Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini yang bertukar menjadi satu penderitaan. Namun, sampai bila kita mahu untuk memendam dan tidak mahu rasa bahagia dalam kehidupan yang singkat ini?

Jom kita bersama menelaah perkongsian yang dibuat oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fazilah Kamsah tentang bagaimana seseorang itu boleh menukarkan ‘penderitaan’ kepada ‘kebahagiaan’.

Artikel berkaitan: Alamak Malasnya Nak Buat Kerja? Ini Cara Yang Anda Boleh Ikuti Dari Dato Dr Fadzilah Kamsah!

Setiap yang ‘pahit’ pasti ada ‘manisnya’…

Sumber dari Canva

Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menukilkan satu bebenang (thread) di Twitter mengenai tip bagi anda yang ingin menukarkan ‘derita’ kepada ‘bahagia’ dalam kehidupan. Ini adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan:-

1. Tukar rutin harian anda

Menurut beliau, anda cuba mulakan hari pada seawal 4.30 pagi. Ketika itu, kita sedang bersendiri dan tiada apa gangguan yang akan mengacau. Jadi disarankan untuk dekatkan diri beribadat dan lakukan aktiviti yang produktif seperti bersenam atau menambah ilmu (penyelidikan dan sebagainya).

IKLAN

2. Hidup dengan cara minimalis

Cuba perhatikan sekeliling rumah anda–jika kelihatan terlalu banyak benda itu tandanya anda perlu untuk mula mengemas! Kadangkala, persekitaran yang terlalu ‘sesak’ akan membuatkan anda rasa terlalu ‘sesak’ sehinggakan tiada ruang untuk bernafas. Ambil plastik dan asingkan barang yang tidak perlu!

3. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Ramai yang alpa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan sering mengambil endah tentangnya. Anda boleh cuba amalkan untuk lakukan setiap 3-6 bulan sekali. Ini boleh membantu anda untuk perhatikan keseimbangan diet dan menambah apa yang berkurang.

4. Cari ‘true calling’ dalam hidup

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘true calling‘? Ianya bermaksud anda perlu mencari satu objektif atau goal dalam kehidupan. Sesuatu yang membuat anda berinspirasi dan ingin kecapi. Itulah satu semangat yang bakal menguatkan diri anda untuk jadi lebih konsisten dalam kehidupan!

IKLAN

5. Jaga kesihatan mental

Kesihatan mental perlulah dijaga sebaik mana anda menjaga kesihatan fizikal. Mental ini penting kerana ia banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan interaksi bersama sesuatu perkara. Jadi elakkan untuk terlalu overthinking dan gunakan minda untuk berfikir tentang sesuatu yang lebih indah.

6. Perbaharui kehidupan sosial

Cuba dekatkan diri anda dengan circle atau kumpulan kawan yang lebih cenderung membuat anda rasa selesa dan stress-free! Susah juga jika anda cuba untuk fit-in meski pun mereka layan anda ala kadar. Ingat…anda adalah berharga dari mereka yang toksik!

Artikel berkaitan: Tiada Guna Kalau ‘Overthinking’ Tapi Tidak Ada Jalan Penyelesaian, Elakkan Dari Fikir Secara Berlebihan Demi Kesihatan Mental

IKLAN

7. Pastikan tempat kerja yang membina!

Adakalanya kita tidak perasan suasana atau tempat kerja itu sendiri akan membuatkan diri ini pada tahap yang sama. Jika anda berfikir sebegitu–ubah pekerjaan dan mula mencari sesuatu yang lebih menjaminkan masa depan anda!

Sumber: Twitter Official Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI