Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Rancangan realiti ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa dan personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Peserta mestilah berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun pada tahun 2020. Tarikh ujibakat secara atas talian akan bermula dari 1 Jun – 14 Jun 2020.
Ads
Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
Ads
1.Muat naik video pengenalan diri anda di Instagram. 2.Tag Majalah Hijabista @hijabistamag dan hashtag #majalahhijabista #ratuhijabista #safihijabista #sayasayangsaya. Pastikan akaun Instagram anda berada dalam mod terbuka. 3.Isi borang secara atas talian di www.hijabista.com.my/ratuhijabista bagi melengkapkan penyertaan anda.
Ads
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Noryn Aziz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Shaik Rizal Sulaiman dalam majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana yang sangat sederhana. Majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat seramai 30 orang jemputan .
Pada malam akad nikah (13 Oktober 2020) yang diadakan di kediaman suaminya di Bukit Damansara, Noryn menerima mas kahwin sebentuk cincin. Pada mulanya Noryn dan suami merancang untuk melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Oktober ini.
Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober hari ini, majlis tersebut akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal. Ini kerana, Noryn dan suaminya mahu hari bahagia mereka dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat.
Segala persiapan dilaksanakan dengan baiknya dalam jangkamasa 24 jam dengan pertolongan padu kaum keluarga terdekat, sahabat handai dan juga ahli ‘team’ Noryn.
“Alhamdulillah, hajat dan keinginan itu tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.
“Majlis akad nikah itu juga diadakan dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP),”kata Noryn.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana permulaan perkenalan Noryn dan suaminya jelas Noryn mereka mula berkenalan pada penghujung 2019. Perkenalan itu atas dasar kawan kenalan perniagaan.
“Cuma pertengahan 2020 kami mulai rapat dan serius yang akhirnya membawa kami ke alam rumahtangga. Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih.
“Hubungan kami benar-benar secara profesional namun suami saya banyak mendorong saya untuk lebih berjaya dalam industri seni sehinggalah lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal amat menyenangkan saya dan juga keluarga terdekat.
“Keperibadiannya memikat saya. Dia seorang yang sangat positif dan banyak memberi sokongan moral yang padu kepada saya dalam segala urusan bisnes saya. Untuk makluman, suami saya adalah seorang ahli perniagaan dalam industri pembangunan dan pembinaan,”jelas Noryn.
Selepas beberapa bulan, Noryn dan suaminya menjadi lebih akrab (terutama sekali dalam waktu MCO bermula Mac lalu). Mereka banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya mereka sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci.
“Pada usia saya 44 tahun dan suami 48 tahun, tiada apa lagi yang kami harapkan selain majlis pernikahan kami dirahmati oleh Allah SWT dan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua.
“Bagi saya adalah penting persahabatan cinta kita harus dihalalkan secara betul kerana ini bukan main main buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah SWT telah makbulkan hajat kami ini.
“Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu. Ia amat memberi makna buat kami,”jelas Noryn.
Untuk info, wajah manis Noryn di hari bahagianya ini adalah hasil sentuhan Sheila Mohamad, Tym Fatimah stylist dan busana pengantin daripada air tangan Rizman Ruzaini.
Setiap kali selepas solat, anda tentunya akan mengambil sedikit masa untuk berdoa kepada Allah. Doa merupakan satu tanda kasih sayang dan pengabdian diri kita sebagai makhluk kepada Sang Pencipta. Doa yang paling penting dalam hidup kita tentunya doa ibu bapa dan doa mereka dikatakan doa yang akan dimakbulkan Allah tanpa sebarang hijab.
Ibu bapa banyak berkorban sepanjang membesarkan kita dan sebagai seorang anak, kita juga perlu mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari. Terdapat juga satu perkongsian di Facebook oleh Ikhfa Musa tentang berdoa dengan menjual nama mak. Menurutnya, insyaAllah doa itu akan ‘naik’ serta merta tanpa hijab. Mudah je kan nak doa dimakbulkan Allah? Ayuh kita baca perkongsian oleh Ikhfa Musa ini.
Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil-sambil berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata:
“Abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak.”
Aku tak faham.
Mak sambung lagi, kalau abang doa nak bawak Efa pergi umrah, doa macam ni:
” Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.
Kalau abang nak beli rumah, doa macam ni:
“Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”.
Mak cakap insyaAllah doa tu naik serta-merta tanpa hijab.
Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap, badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat mcm ni? Dia pun kata:
“Setiap hari aku berdoa pada Allah, ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.
Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehlah selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan.
Bukan mudah untuk memilih busana pernikahan. Hari tersebut merupakan penanda kehidupan seorang wanita akan berubah selama-lamanya. Pilihan busana menjadi satu perkara yang kadangkala memeningkan kepala.
Rona putih bersih menjadi pilihan menandakan permulaan hari yang baik serta terbinanya sebuah mahligai yang diharapkan berkekalan sehingga ke syurga. Empat selebriti popular tanah air ini, memilih untuk mendapatkan khidmat pereka fesyen tempatan tanah air dalam merealisasikan impian busana pernikahan mereka yang akan tersemat rapi sebagai lipatan memori manis sepanjang hidup.
MIRA FILZAH x RIZMAN RUZAINI Siapa boleh lupa dengan baju kurung Pahang mewah rekaan Rizman Ruzaini untuk si cantik manis, Mira Filzah ketika majlis pernikahnnya. Memilih rona putih bersih, rekaan baju kurung ini ringkas namun tatahan batuan perincian di bahagian hujung lengan dan labuh baju memberikan satu ‘statement’ gaya yang cukup memukau. Dilengkapi pula dengan layah panjang meleret sesuai dengan gaya bagai ratu sehari.
INTAN LADYANA x HATTA DOLMAT Perkahwinan Intan dan suaminya, Haris mendapat perhatian ramai bukan sahaja dek jarak usia mereka namun keutuhan cinta di antara mereka cukup mengagumkan. Memilih busana rekaan Hatta Dolmat, siluet baju kurung moden diilhamkan untuk hari pernikahannya. Hatta mereka busana tersebut dengan ringkas namun apa yang menariknya ia disuntik dengan elemen dramatik kain meleret. Selain itu tambahan sulaman corak bunga timbul memberikan nuansa rasa nan romantis.
ERNIE ZAKRI x AMAZÉ Penyanyi bervokal hebat ini memilih busana rekaan pereka fesyen kesayangannya Zeed Jamil & Amar Madfie yang bernaung dibawah jenama Amazé. Mengambil siluet kurung Pahang, busana mewah ini dihiasi dengan kombinasi sulam tebuk yang diinspirasikan oleh Sulam Tekat tiga dimensi sebagai perincian utama. Biarpun siluet busana ini nampak tradisional namun potongannya yang sofistikated menjadikannya kelihatan moden dan lain daripada yang lain.
NEELOFA x ALIA BASTAMAM Boleh dikatakan perkahwinan Neelofa antara yang dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Ramai berteka-teki siapakah pereka fesyen yang akan menjadi pilihannya sementelah penampilannya telah berubah 360 darjah berbanding dahulu. Akhirnya Alia Bastamam dipilih dan ternyata pilihannya tepat. Masih kekal dengan DNA yang sopan sebagai seorang Muslimah yang berniqab, Alia bijak mengadunkan gaya sopan dan mewah. Rekaan gaun potongan duyung yang longgar dimewahkan dengan pilihan fabrik perincian dan juga tamabahan bulu pelepah menyerlahkan gaya romantis. Kehadiran ‘cape’ yang labuh meleret seolah-olah menggantikan penggayaan veil yang tidak digayakan Neelofa.
Ha, yang mana satu busana pernikahan yang anda suka? Mungkin empat gay aini boleh menjadi inspirasi untuk anda hijabi yang bakal melangsungkan pernikahan kelak.
Fabrik tudung yang sesuai dengan bentuk wajah boleh membuatkan gaya lebih kemas. Ketahui material terbaik untuk wajah bulat, oval, panjang, petak dan hati.