Anda mungkin pernah mengalami situasi di mana kulit menjadi gatal-gatal. Apabila digaru, kulit akan jadi ‘berpeta-peta’ timbul sehingga akhirnya menjadi pedih.
Ruam itu hanya muncul pada waktu malam selepas selesai mandi atau apabila cuaca sejuk sehingga anda tidak boleh tidur kerana mengalami kegatalan.
Berikut perkongsian Doktor Khairul Faizie tentang penyakit yang mungkin ramai pernah mengalaminya.
“Lepas maghrib je, dia timbul. Startlah gatal-gatal. Dah banyak hari macam ini dari minggu lepas.”
Makcik saya kata, kena ludah dengan jin”
1. Jangan cepat sangat salahkan jin.
2. Tak semua penyakit yg simptomnya ketara waktu malam/ lepas Maghrib, ialah angkara jin/sihir.
3. Kulit gatal macam dalam gambar tu, dipanggil URTICARIA. Orang Melayu panggil gegata/gelegata.
IKLAN
4. Punca biasa Urticaria, ialah tindakbalas alahan – DI MAKAN (contoh ubat atau makanan) atau SENTUHAN ( contoh pada fabrik baju, cadar, sofa, Atau sabun mandi / basuh / bahan kimia tempat kerja etc. Termasuk sentuhan pada bulu haiwan)
5. Terdedah pada cuaca panas, atau sejuk, pun boleh sebab kan Urticaria. Maka cuaca sejuk (selepas Maghrib) boleh jelaskan kenapa Urticaria terjadi berulang ulang lepas Maghrib.
Ditambah pula pakai baju malam yg agak ketat (jadi panas pula kulit).
Sengatan haiwan seperti lebah pun boleh sebabkan Urticaria. Semut gigit pun boleh.
Nyamuk gigit waktu Maghrib, pun secara teori nya boleh trigger tindakbalas Urticaria.
6. Urticaria boleh juga terjadi tanpa diketahui puncanya. Bukan sebab alahan, bukan sebab perubahan cuaca. Tapi dalam situasi macam ini, ingat, jangan nak fitnah jin dahulu.
Selalunya ada trigger ( penyebab) terjadi Urticaria yang masih anda belum temui/faham.
IKLAN
Apa jua punca Urticaria, ini yang berlaku kepada badan anda (yang menyebabkan kulit berubah jadi macam itu)
– paras Histamine dalam badan meningkat. – Histamine yg banyak menyebabkan saluran darah halus di bahagian kulit terlibat menjadi terbuka ( open up ). – Saluran darah terbuka ni yg menyebabkan kulit kelihatan kemerahan. Saluran darah terbuka juga menyebabkan bocor ( leaking) yg cecair dari saluran darah – cecair ini yg sebabkan bengkak & gatal pada kulit.
7. Urticaria boleh juga terjadi sebab keturunan. So periksa lah samada parents atau adik beradik anda hadapi masalah yg sama.
8. Urticaria ada 2 jenis:
i) Acute Urticaria – ruam gatal hilang dalam tempoh kurang 6 minggu. Kalau berulang ulang pun, tak akan lebih 6 minggu. ii) Chronic Urticaria – ruam on off lebih dari 6 minggu.
IKLAN
9. Untuk kes Chronic Urticaria, pemeriksaan lanjut perlu dibuat utk cari punca sebenar. Masalah hormon thyroid, masalah jangkitan, masalah hati – ini antara punca lain kenapa Urticaria boleh terjadi secara kronik.
10. Sebagai umat Islam, tadaburlah Surah Jin. Al Quran bukan hanya untuk dibaca, dihafaz, ditaranumkan. Barulah tak cepat melatah semua keadaan yang berkaitan waktu malam/pelik sikit sahaja, salah jin.
Antara pengajaran terbesar dari Surah Jin ialah:
“Jin sendiri rasa kagum apabila mendengar bacaan Al Quran oleh Rasul SAW, lantas jin beriman.”
Maka, kalau kita dengar Al Quran sudah berpuluh tahun, tapi tak faham, tak tadabur dan tak beramal dgn Al Quran, maka boleh tak kita kata, kita lebih teruk dari Jin ? Lagi mahu hendak fitnah Jin jahat.
Bibir merupakan antara anggota badan yang bakal mempengaruhi penampilan atau make-up look seorang wanita. Jadi tak hairanlah, mengapa produk penjagaan bibir atau pemerah bibir kekal relevan dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Malah, wajah tidak akan lengkap sekiranya usai disolek tidak dioleskan gincu pada bibir. Tapi ramai diantara kaum hawa hari ini kurang cakna, bahawa beberapa tindakan ini bakal membuatkan bibir anda bertukar menjadi kusam dan lebam!
Terdapat banyak faktor dan punca yang menyebabkan kulit bibir menjadi gelap. Salah satunya adalah tabiar buruk yang sering dilakukan Hijabi tanpa sedar. Justeru, jom semak ada tak anda lakukan perkara-perkara ini? Jika ya, adalah lebih baik sis berhenti melakukanya dari sekarang sebelum keadaan bibir menjadi semakin memburuk.
Punca Bibir Bertukar Warna Menjadi ‘Gelap Dan Kusam’
1. Tabiat Menjilat Dan Menggigit Bibir Dijadikan Amalan
Kadangkala, tanpa sedar tabiat kita sendiri yang membuatkan bibir menjadi kusam. Sebagai contoh, tabiat menjilat dan menggigit bibir. Kenapa tabiat ini cenderung menjadikan bibir kusam? Ini kerana geselan yang berterusan akan membuat bibir mengalami pigmentasi hingga akhirnya membuatkan kulit bibir menjadi gelap.
Lebih buruk lagi, stigma bahawa ‘jika bibir kering, jilat bibir untuk melembapkanya’ adalah salah! Ini kerana enzim dalam air liur yang melekat pada bibir hanya akan membuatkan bibir lebih kering dan menbuatkan bibir kurang mungil.
2. Tabiat Sering Menarik Kulit Bibir Yang Kering
Haa.. Tabiat yang kedua ini, pasti ramai dikalangan hijabi yang suka ‘gatal tangan’ dan tarik kepingan-kepingan kulit kering pada bibir terutamanya di musim panas ni kan? Kadang ada yang punya ‘syok’ tarik kulit kering tu sampai bibir terluka dan berdarah.
Memang rasa puas bila dapat singkirkan kulit-kulit kering pada bibir tu. Tapi kesanya kepada bibir juga tidak akan membuatkan hijabi tersenyum gembira.
Tabiat mengelupas kulit bibir ini kesanya boleh merosakkan jaringan bibir hingga menyebabkan bibir jadi menggelap. Malah, kulit bibir kering yang terkelupas akan meninggalkan kesan luka berwarna kehitaman.
Oleh itu, jika tabiat buruk ini tidak ditinggalkan, pakailah lipstik berwarna apa sekalipun. Bibir anda pasti tidak akan kelihatan berseri dan menyerlah. Meski lipstik mampu menutup sementara kesan luka tersebut.
Jadi, jika bibir anda sudah menunjukan tanda-tanda dehidrasi, cepat-cepat oleskan lip oil atau lip balm sebelum keadaan bibir menjadi lebih teruk!
3. Kurang Minum Air
Tabiat ketiga ini sememangya tidak harus dilakukan! Kerana umum mengetahui bahawa air mempunyai pelbagai manfaat yang baik terutamanya dalam rejim kecantikan kulit, termasuk kulit bibir.
Jika anda jarang atau hanya kurang minum air, maka badan akan memberikan tindakbalas dan tidak mampu mengekalkan hidrasi dan membutakan beberapa anggota tubuh menjadi kering. Bahagia bibir yang sepatutnya sentiasa lembap dan berwarna merah muda akan menjadi kering dan berubah warna menjadi gelap.
Mesti anda tidak mahukan bibir menjadi gelap dan kusam seperti perokok tegar? Jadi, untuk mengekalkan kulit bibir yang tetap cerah merona merah, atasi tabiat buruk penyebab bibir gelap ini dengan amalan minum air secukupnya supaya badan mampu terhidrat sempurna, sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.
Kesemmpurnaan seorang wanita selalu diukur dari rambut hingga ke kaki, wanita memang mementingkan kecantikan. Walau pun tumit jarang dilihat orang, namun kecantikan tumit juga bukannya sesuatu yang diambil ringan. Sakit sungguh hati bila tengok tumit yang dulunya cantik dan merah jambu kini dan mula merekah.
Apakah punca dan petua tumit merekah yang anda wajib anda tahu. Elakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan tumit anda merekah dan amalkan petua untuk menghilangkan tumit merekah. Semak petua ini semoga bermanfat!
Apakah punca tumit merekah?
Pastinya anda pelik kenapa tumit yang dulunya lembut, halus, dan licin tiba-tiba menjadi kering dan merekah. Malah jika anda biarkan, tumit yang merekah akan menjadi semakin teruk malah boleh mula menjadi luka dan berdarah. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa tumit anda merekah. Di antaranya ialah:
Proses penuaan – Tidak dinafikan bahawa faktor penuaan adalah di antara punca utama kenapa tumit anda merekah. Semakin kita berusia, kolagen dalam kulit akan berkurangan malah kulit juga akan mula mongering. Apabila kulit menjadi kering, ia akan mula merekah. Tertamanya di bahagian tumit memandangkan setiap hari kita memijak tumit.
Banyak berjalan – Semakin banyak kita berjalan, semakin banyak tekanan dan geseran yang berlaku kepada tumit lalu menyebabkan kulit di bahagian tumit mengering dan mula merekah.
Memijak lantai tanpa alas kaki – Semasa berada di rumah, jika anda suka memijak lantai simen atau mozek tanpa memakai alas kaki seperti selipar, ia juga boleh menjadi punca kenapa tumit mula merekah. Lantai rumah yang sejuk akan menyebabkan kulit tumit menjadi kering dan merekah.
Kurang minum air juga adalah punca tumit merekah yang ramai orang tak tahu. Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan mengalami kekurangan air dan akibatnya kulit di seluruh badan akan menjadi kering. Kulit di tumit akan menjadi bukan sahaja kering namun kana merekah juga.
Beberapa penyakit seperti ekzema atau diabetis akan membuatkan tumit menjadi merekah. Jika anda tiba-tiba mengalami masalah tumit merekah dan kulit menjadi gatal-gatal, kemungkinan besar anda terkena ekzema. Atau jika tiba-tiba tumit anda merekah dengan teruk, anda mungkin terkena diabetis.
Tumit Kembali Berseri Dan Merah Jambu
Jika anda nak sangat hilangkan masalah tumit merekah yang sedang dialami, jom amalkan petua berikut:
1. Minyak argan
Minyak argan sememangnya terkenal sebagai minyak kecantikan dengan 1001 kegunaan. Tahukah anda bahawa minyak argan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit merekah. Anda boleh sapukan minyak argan ke kedua-dua tumit dan gosok sehingga minyak argan meresap ke dalam kulit. Sapukan dua kali sehari selepas anda mandi pada waktu pagi dan malam.
2. Aloe vera
Selain minyak argan, aloe vera juga merupakan tumbuhan hijau yang sangat berguna untuk kecantikan. Itulah sebabnya kenapa setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya sepasu pokok aloe vera memandangkan lendir aloe vera boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mengatasi luka terbakar, menghilangkan sunburn, mencantikkan kulit, dan mengatasi masalah tumit merekah. Untuk menghilangkan tumit merekah, apa yang anda perlu lakukan ialah:
Ambil lendir aloe vera
Sapukan ke kedua-dua tumit
Gosok sehingga lendir aloe vera meresap ke dalam kulit
Ulang sapu untuk kali kedua dan gosok
Elakkan daripada memijak lantai dalam 10 minit
4. Bawang putih Dan perahan limau
Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan pada tumit yang merekah. Amalkan setiap hari untuk nampakkan hasilnya.
5. Bawang merah
Gosokkan bawang merah yang dibelah dua pada tumit yang merekah dan diamkan di dalam sarung kaki beberapa minit.
6. Pakai alas kaki semasa berada di dalam rumah
Seperti yang kami nyatakan di atas, salah satu punca tumit merekah ialah kurangnya air di dalam badan. Oleh itu, jika anda inginkan tumit yang lembut dan cantik, pastikan anda minum air kosong secukupnya setiap hari agar kulit tidak menjadi kering.
7. Gosok kaki dengan pumice stone
Salah satu petua untuk mengatasi masalah kulit merekah ialah dengan merajinkan diri untuk menggosok tumit dengan pumice stone. Pumice stone adalah batu yang digunakan untuk menggosok tumit kaki bagi membuang kulit yang kering. Apabila kulit kering dibuang, ia akan digantikan dengan kulit baru yang cantik dan licin. Anda boleh membeli pumice stone di kedai-kedai seperti Daiso, Kaison, Body shop, dan sebagainya. Langkah untuk menggunakan pumice stone adalah seperti berikut:
Pastikan tumit tidak berada dalam keadaan kering kerana menggosok tumit semasa kering boleh menyebabkan tumit anda berdarah. Rendam kaki sebentar sebelum menggosok atau gosok kaki selepas anda mandi.
Untuk merendam kaki, anda boleh masukkan air panas ke dalam besen bersama garam kasar. Anda juga boleh masukkan minyak aromaterapi kalau ada. Kesegaran dari minyak aromaterapi bukan sahaja akan menyegarkan anda malah melembutkan kawasan tumit anda. Rendam kaki semasa air suam dan rendam sehingga air menjadi sejuk. Rendamana kaki ini sangat baik untuk mendapatkan tumit yang lembut dan halus.
Gosok berlahan-lahan tumit sehingga kulit kering tertanggal.
Tumit anda akan terasa lembut.
Basuh kaki untuk menghilangkan kotoran.
Itulah dia info tentang tip tumit merekah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. tumit kaki anda lebih lembap dan sihat! Berjalan pun lebih selesa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Keletihan, mabuk dan juga sakit-sakit badan adalah perkara biasa buat seorang wanita yang sedang mengandung. Tidak kurang juga yang mengalami ketidakstabilan hormon dan emosi, marah-marah suami dan juga stress.
Namun, tahukah anda wahai bakal ibu sekalian bahawa terdapat 14 kemuliaan yang Allah S.W.T kurniakan kepada anda sepanjang anda hamil dan ianya tiada galang gantinya.
1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah S.W.T.
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan dia baru dilahirkan.
4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap seteguk daripada susunya diberi SATU kebajikan.
5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T seluruh dosanya dan apabila ia menghiburkan hati anaknya Allah memberi balasan 12 tahun pahala ibadah.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah S.W.T mengkurniakan satu pahala haji.
12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2.5 tahun), maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah S.W.T akan memberi pahala satu tahun solat dan berpuasa.
Jadi, janganlah kita sering mengeluh dan mendengus ketika mengandung. Banyakkan bersabar dan berdoa kerana kurniaan Allah S.W.T itu tidak ternilai harganya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu 'Dan Sebenarnya', Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.