Aktres cantik Indonesia yang baharu bergelar mualaf, Celine Evangelista baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai abaya dan burka di tanah suci Mekah.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah,” tulis Celine dalam kapsyen muat naiknya.
Abaya & Burqa
Dalam video yang dikongsikan, ibu kepada empat anak ini kelihatan sangat anggun memakai abaya dan burka biarpun ringkas.
Celine memakai abaya longgar serba putih dari @hijabsabine. Berkonsepkan minimalis tanpa perincian berlebihan memberikan kesan bersih dan segar.
Banjir Pujian
Melengkapkan penampilannya, Celine menggabungkan abaya putihnya dengan tudung labuh atau khimar rona senada.
Ads
Pemilihan warna monokrom mengukuhkan lagi kesan keanggunan dan keharmonian penampilannya. Celine turut memakai burqa yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya.
Celine turut berpesan kepada para pengikut dan peminatnya agar tidak mengungkit perkara buruk atau aibnya pada masa lalu di media sosial.
Untuk info, Celine Evangelista memeluk Islam selepas bercerai dengan aktor Stefan William pada Oktober 2021.
Celine merupakan seorang pelako, penyampai, penyanyi dan model Indonesia. Pemilik nama penuh Celine Evangelista Monica Maureen Ricci ini berusia 33 tahun dan dilahirkan di Itali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di era moden dan teknologi yang kian canggih pada masa kini, dunia pendidikan negara juga tidak terkecuali dari mengalami transformasi dampak dari perkembangan teknologi kini. Malah, dunia pendidikan kini juga berasaskan digitalisasi.
Oleh itu, pendidikan secara virtual dan digital ini menjadi fokus serta tumpuan utama di dalam Karnival Pendidikan Sonar Bestari pada tahun ini, yang dijangka berlangsung pada tanggal 8 hingga 10 September nanti.
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan.
Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar Bestari dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Menariknya! Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti yang mengujakan buat para pengunjung.
Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba, Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Malah, turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat dan crossword puzzle. Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Wow! Dengar macam menyeronokkan je semua aktiviti yang diadakan sepanjang Karnival ni! Jadi hijabi jangan lupa, tanda siap-siap kalendar agar tak terlepas peluang menghadiri karnival yang terlajak seronok ni!
Jangan lupa ajak seluruh ahli keluarga meluangkan masa menyertai setiap aktiviti yang diadakan nanti. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan karnival ini, hijabi boleh layari Sinar Bestari
Saban tahun sering terlepas peluang menyambut hari ulangtahun kelahiran ‘cinta pertamanya’ekoran kekangan menuntut ilmu jauh di perantauan. Justeru, tahun ini, hijabi yang dikenali sebagai Qistina Adlin nekad untuk menempuh 13 jam perjalanan dari Kota London ke Malaysia pada hari lahir ayahnya!
Namun, tanpa disangka oleh Qistina kejutan yang dilakukannya itu mengundang sebak di hati sang ayah sehingga bercucuran air mata membasahi wajah, tatkala melihat kelibat sang anak.
“Tahun ni nekad nak balik senyap-senyap buat surprise merentas negara 13 jam buat papa tersayang,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuatnaik di laman Tik Tok pengguna akaun @Qistina Adlinn itu memaparkan kegigihan dirinya menempun 13 jam perjalanan utnuk pulang ke pangkuan keluarga demi menyambut ulangtahun kelahiran ayahnya bersama-sama.
Malah, sebaik sahaja ayahnya melihat kepulangannya itu, ayahnya terus memeluk dan mencium pipi Qistina bertalu-talu sambil menghamburkan air mata sebak dan jelas terpancar riak kerinduan seorang bapa terhadap anak gadisnya itu.
“Tiada apa yang lebih berharga dari dapat melihat air mata dan senyuman kegembiraan di wajahmu.
“Maaf sebelum ni kakak tak dapat balik. Terima kasih kerana telah menjadi papa yang sempurna untuk kakak dan adik-adik,” ujar Qistina pada video tersebut.
Malah, tidak hanya si ayah menangis keharuan, kejutan itu juga berjaya membuatkan si ibu turut menangis sebak taktkala menyaksikan situasi sedih dalam kegembiraan itu.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati perkongsian video tersebut juga berjaya menyentuh hati wargamaya apabila turut sama mengalirkan air mata, sehingga ada yang terkenangkan kedua ibu bapa yang sudah kembali ke rahmatullah.
“Alamak.. ternangis sama.. rindukan arwah ayah”
“Cinta pertama anak perempuan…”
“Kenapa saya nangis ni”
“Bestnya masih ada mak ayah, haish siapa potong bawang ni..”
Benarlah kata orang terdahulu, Ibu dan bapa tiada galang gantinya. Ibu adalah tulang belakang dan support sistem terbaik. Manakala, ayah adalah cinta hati pertama seorang anak perempuan. Memandangkan mereka adalah insan yang telah menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Pelantun lagu “terlalu istimewa”, Adibah Noor seorang yang selalu menghiburkan orang kelilingnya malah beliau juga seorang pencinta & penyelamat kucing jalanan.
Adibah Nor merupakan salah seorang artis yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan.
“Bukan mudah untuk menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka. Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.
“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” – Adibah Noor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kerana kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang disyorkan dalam Islam. Nabi Muhammad juga menyukai seekor kucing bernama Muezza. Dalam Islam terdapat beberapa fadhilat atau faedah jika kita memelihara kucing. Haiwan kesayangan Rasul itu juga mampu mendatangkan tabiat, tau, seperti berikut;
Menjaga kucing dengan baik adalah sebahagian daripada kebaikan. Menjaganya, menyediakan tempat tinggal, memberi makan dan memberi perlindungan adalah perkara baik yang akan direkodkan. Islam adalah agama rahmatan lil alamin yang bermaksud rahmat bagi alam semesta. Kucing adalah sebahagian daripada kandungan alam semesta. Maknanya sebagai orang Islam, kita juga kena berbuat baik kepadanya.
Jika kita mampu, kita boleh memuja kucing terbiar. Atau kita boleh memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang berada di sekeliling kita. Ia lebih baik daripada kita melepaskannya.
Kucing adalah haiwan yang comel. Dia sering berlakon lucu. Dengan memelihara kucing, kita akan mendapat kawan baik di dalam rumah.
Jika anda berasa sunyi, anda harus mencari kawan. Jika kawan manusia sukar dicari, maka anda boleh berkawan dengan kucing di dalam rumah. Kucing akan menghiburkan dengan tingkah lakunya. Secara tidak langsung akan dijemput untuk berkomunikasi melalui interaksi. Dengan cara itu perasaan sunyi akan hilang.
“Barangsiapa yang mencintai binatang sembelihan sekalipun, maka Allah akan merahmatinya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari).
Hadis ini memberi nasihat bahawa manusia yang menyayangi haiwan, walaupun haiwan itu disembelih, akan mendapat rahmat. Dalam beberapa tafsiran, rahmat boleh diertikan sebagai keampunan, rezeki, kebaikan, pahala dan sebagainya. Hai, siapa yang ingin mendapat keberkatan di hari kiamat? Jom jaga kucing.
Pernahkah anda mendengar kisah seorang wanita yang dimaafkan kerana memberi anjing minum. Kisah hikmah memberitahu bahawa sekecil-kecil perkara sekalipun jika ia baik boleh membawa kita kepada keredhaan Allah. Tidak mustahil jika kita menjaga seekor atau lebih kucing dengan baik, ia boleh mendatangkan keredhaan Allah.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa memberi makan haiwan peliharaan adalah tanggungjawab. Tanggungjawab itu kemudiannya sebahagian daripada pahala kerana dia telah bersedekah kepada haiwan.
Kadangkala perangai kucing juga menjengkelkan. Contohnya kucing yang memecahkan perabot dalam rumah, membuang air besar secara tidak sengaja, mendengkur dan sebagainya. Saat ini kesabaran akan diuji. Untuk menangani kucing yang degil, kita juga dituntut untuk bijak bertindak balas.
Tidak seperti Anjing dan Babi yang najis, kucing tidak najis. Air liurnya pun tidak najis. Ini menjadikan kita bebas untuk menyentuhnya. Kucing juga bukan seperti anjing yang boleh menjadi buas apabila tertekan, atau kotor seperti babi. Kucing merupakan haiwan yang jinak dan rajin menjaga kebersihan. Malah kucing akan membersihkan bulunya secara rutin dengan air liur mereka.
Memelihara kucing boleh berguna untuk hiasan rumah kita. Kucing juga boleh menjadi pelaburan ganjaran, kerana kucing boleh membiak. Kemudian kita boleh mendermakan anak itu kepada rakan atau keluarga yang ingin mengambilnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang penyayang juga akan dicintai oleh Allah. Kasihanilah makhluk Allah yang ada di bumi, nescaya penghuni langit pun akan disayangi.” Hadis ini sudah tentu berlaku bagi manusia yang mencintai kucing.
Industri seni hiburan tanah air hari ini berduka dengan anak seni yang cukup versatil dalam gaya persembahan yang menghiburkan. Jam 7.45 petang (Sabtu), rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kembalinya Adibah Noor ke rahmatulallah akibat penyakit kanser ovari tahap 4.
Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun instagram kenalan artist iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida. Mari kita doakan semoga segala kebaikannya pada kucing-kucing peliharaannya tu diberi ganjaran pahala yg berlipat ganda dari Allah.. Aamiin Ya Rabal Alamin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.