Melakukan diet sering membuat anda seperti dalam peperangan yang akhirnya berakhir dengan kekalahan. Beberapa penelitian menunjukkan lebih dari sembilan dari setiap 10 orang yang mencuba diet akan gagal.
Akan berhasil mengamalkan diet yang ekstrem juga boleh membuat anda mendapat pelbagai risiko. Daripada menjalankan diet ekstrim yang berbahaya, ini 5 cara efektif menurunkan berat badan menurut sains yang selamat!
1. Tetap terhidrasi
Cara yang paling mudah adalah dengan meminum air putih secara rutin. Jika anda tidak menyukainya, boleh digantikan dengan air limau atau minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat adalah air biasa yang dialiri gelembung gas karbondioksida. Minuman berkarbonat seperti sparkling water atau air berbuih tidak mengandung gula dan tidak mengandung kalori, membuat kita merasa kenyang lebih lama.
Sebuah kajian pada tahun 2016 lebih dari 18.000 orang di AS menemukan bahawa mereka yang minum lebih banyak air secara konsisten lebih kenyang dan makan lebih sedikit kalori setiap hari. Mereka juga memakan gula, lemak, garam, dan kolesterol dalam jumlah yang lebih rendah daripada mereka yang lebih dehidrasi.
2. Ganti makanan asas dengan gandum
Sebuah kajian 2012 yang diterbitkan dalam jurnal Food and Nutrition Research menemukan hubungan kuat antara diet tinggi karbohidrat yang diproses menyebabkan penambahan berat badan. Salah satu alasannya adalah biji-bijian diproses dengan cepat dan berubah menjadi gula di dalam badan. Biji-biji diproses tersebut meliputi nasi ataupun gandum.
IKLAN
Sedangkan biji-bijian keseluruhannya dengan sempurna dapat dicerna perlahan dan mengisi perut kita berjam-jam lamanya. Perbezaan utamanya adalah bahawa biji-bijian masih memiliki kulit luarnya yang kaya nutrisi dan kaya serat. Bahagian-bahagian itu diambil dari karbohidrat olahan (seperti nasi dan gandum) di kilang sebelum kita memakannya.
Roxanne B. Sukol, direktur medis dari Wellness Enterprise Cleveland Clinic, mengatakan, ” Mereka harus memikirkan karbohidrat diproses hanya sebagai “karbohidrat yang dikuliti” dan menghindarinya kemungkinan bila-bila sahaja. ”
3. Usahakan tidur 7-8 jam sehari
Penelitian yang diterbitkan pada tahun 2013 dalam jurnal Nature Communications mengungkapkan bahawa mereka yang kurang tidur berkemungkinan besar untuk memakan makanan berkalori tinggi dan menambah berat badan daripada mereka yang cukup istirahat.
IKLAN
Hal itu terjadi kerana ketika mengantuk bahagian otak yang berfungsi memberi syarat kenyang akan terganggu sehingga terlambat memberitahu bahwa anda sudah kenyang meskipun sudah makan banyak.
4. Makan kekacang
Kekacang adalah makanan berlemak namun sihat serta luar biasa untuk mencegah nafsu makan. Baru-baru ini, para peneliti telah menemukan bahawa kekacang juga merupakan sumber protein yang berpotensi menyelamatkan kehidupan.
IKLAN
Sebuah penelitian terhadap lebih dari 81.000 orang di Amerika Utara menemukan bahawa mereka yang hanya memakan sedikit kacang atau biji campuran seharian kurang risiko terkena penyakit jantung dan mendapatkan sedikit kacang juga membantu orang menurunkan kadar kolesterol LDL “jahat” di tubuh mereka.
5. Berolahraga di pagi hari
Penelitian telah menunjukkan bahawa orang yang berolahraga di pagi hari dengan perut kosong dapat membakar hingga 20% lebih banyak lemak tubuh selama latihan mereka, kerana mereka harus menggunakan lebih banyak lemak yang disimpan sebelumnya sebagai bahan bakar.
Beberapa bukti menunjukkan bahawa berolahraga dengan perut kosong tidak akan meningkatkan nafsu makan. Manfaat latihan rutin tidak berakhir di lingkar pinggang kita sahaja yang mengecil, tapi olahraga juga telah terbukti memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Misalnya dapat membantu mencegah depresi dan menjaga jantung, paru-paru, dan fikiran sihat hingga usia lanjut.
Memiliki berat badan ideal tidak menuntut anda harus melakukan pelbagai diet yang ekstrim. Dengan 5 cara seperti ini usaha penurunan berat badan akan terasa lebih selesa dan selamat bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nampaknya selepas bersalin anak ketiganya tempohari, penampilan Sari Yanti semakin cantik dan berseri-seri. Jika sebelum ini ketika hamil ketara juga pertambahan berat badannya, tetapi selepas bersalin, penampilan Sari Yanti kekal langsing. Dia juga semakin seronok menghabiskan masanya melayan kerenah si kecil Dariya Inara, hasil perkahwinan dengan jantung hati, Jep Sepahtu. Malah penampilannya ini juga membuat dirinya seperti anak dara.
Netizen juga turut memuji kejelitaan pelakon kecil molek ini. Rata-rata ingin tahun rahsia sebenar Sari Yati kekal cantik dan menawan biarpun kini sudah mempunya tiga cahaya mata.
Memuat turun status di laman instagram, Sari Yanti memberitahu rutian hariannya sejak mempunyai anak kecil. Selain membeli barangan harian, memasak untuk suaminya, Sari Yanti juga turut membawa babynya mendapatkan suntikan.
Salah satu yang diperhatikan, walau dalam apa juga situasi, Sari Yanti lebih bersikap tenang. Misalnya ketika membawa anaknya mendapat suntikan, Sari Yanti berkata Jep kelihatan nervous tidak mahu melihat naknya kena suntikan, tetapi dia lebih bersikap tenang menghadapi situasi berkenaan.
Kita pegi cucuk hari ni Abah @jepsepahtunervous sangat sampai tak nak masuk bilik Dr. Tak sanggup tengok anak kesayangan dia @dariyainaraofficialdapat 2 jarum. Baby nangis 1 minit. Abah punya bimbang 1 malam. Sampai tertidur dia bimbang. Mama biasa je. Tenang.
Bawak @dariyainaraofficialkeluar hari ni pegi beli barang. Pastu balik terlewat masak lunch untuk Abah. Tapi Abah chill je Sebab masih ada lagi keterbiasaan puasa hari tu. Mama macam biasa. TENANG. . @jepsepahtu.
Malah sudah ada pengalaman mempunyai dua anak sebelum ini, jadi Sari Yanti tidak kekok menguruskan kerenah si kecil yang baru berusia beberapa bulan. Biarpun sudah lapan tahun sebelum bergelar ibu sekali lagi.
Sisi kehidupannya juga menampakkan Sari Yanti kini begitu bahagia berada di samping Jep. Ini boleh kita lihat setiap caption dalam status pelakon berbakat ini memberitahu hatinya kini milik Jep Sepahtu.
Ternyata kehadiran si kecil Dariya melengkapi kehidupan keluarga kecil ini. Baby Dariya yang juga merupakan #anakabah ini juga sangat comel dan dilihat begitu rapat dengan Jep Sepahtu.
Sejak awal tahun lalu, laman sosial dilihat dilihat dibanjiri dengan hantaran selebriti-selebriti Malaysia yang teruja menjadi tetamu Allah bersama keluarga mahupun pasangan masing-masing.
Namun, lain pula bagi selebriti jelita yang satu ini, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong apabila kelibatnya bersama suami dan anak kini terlihat berada di tanah suci, Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Tindakan Emma yang tidak mewar-warkan perkara tersebut di media sosial telah menjadi bualan ramai, sekaligus meraih pujian di kalangan peminat dan warganet.
Perkara tersebut menjadi tular apabila terdapat jemaah yang turut berada di tanah suci memuatnaik sebuah video menerusi akaun pengguna TikTok @zairachematt, memaparkan pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu sedang mendukung anaknya sewaktu berada di Madinah.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut dan rata-rata warganet menghamburkan pujian diatas tindakan Emma Maembong yang secara senyap melakukan ibadah dan kebaikan.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen dan mencuri perhatian Hijabista.
“Dia dah pergi senyap2..Tapi orang pulak tolong hebohkan. Mujurlah benda baik”
“Senyap2 je g umrah rupanya. Allahuakbar semoga mendapat umrah yang mabrur”
“Bagus cara Emma..Tak perlu heboh pun..Tau2 da sampai sana. Alhamdulillah moga kita semua pun dapat jejak ke sana..”
“Owh patut la dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu..Senyap2 je dia g umrah..Humble betul..Semoga mendapat umrah yang mabrur” tulis wargamaya.
Selain itu, Hijabista juga sempat meninjau laman Instagram milik pelakon itu dan mendapati, Emma Maembong ada berkongsikan perkembangan terbaharunya, dengan memuat naik beberapa rakaman video dirinya dan keluarga ketika berada di Tanah Suci bersama suami dan anak.
Sekadar info, antara beberapa selebriti terkenal tanahair yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini adalah Intan Najuwa, Zizi Kirana, Puteri Sarah Liyana, Fasha Sandha, Chacha Maembong, Zul Ariffin dan ramai lagi.
Ada di antara kita yang bersolek untuk memberi fokus kepada bahagian yang cantik pada wajah tetapi ada di antara kita yang bersolek kerana terpaksa; untuk menutup cela pada wajah.
Pasti terasa segan apabila wajah kita dipenuhi dengan parut jerawat atau jeragat hitam. Penyelesaian yang segera adalah dengan menutupnya dengan produk solekan. Ia tidak salah sama sekali namun sampai bila kita mahu bergantung kepada alat solek?
Apa kata cuba beberapa cara ini untuk mendapatkan kulit yang baik tanpa cela:
1. Gunakan pelembap ‘tinted’ yang mengandungi SPF
Gunakan pelembap ‘tinted’ ini berbanding ‘foundation’. Anda bukan sahaja melindungi kulit wajah malah ia memberi sedikit sentuhan rona serta melembapkan wajah anda.
2. Minum secawan Vitamin C panas
Minum secawan air panas bersama hirisan lemon segar. Ia mampu membuang radikal bebas dari tubuh badan anda, membuatkan kulit anda kekal sihat dan semakin baik.
3. ‘Toner’ tanpa alcohol
‘Toner’ tanpa alkohol yang baik selepas mencuci wajah adalah baik untuk menyamaratakan tona kulit wajah serta membuang lebihan produk solekan pada wajah ketika waktu pagi.
4. Lakukan pengelupasan dua kali seminggu
Gunakan sama ada produk pengelupasan atau campurkan sahaja satu sudu teh ‘baking soda’ dengan satu sudu teh air. Sapu perlahan-lahan pada wajah selama satu minit sebelum bilas dengan air sejuk dan keringkan.
5. Jangan sentuh wajah!
Berhenti menyentuh wajah anda sepanjang hari. Jangan picit atau mengopek jerawat anda dan tidak perlulah menarik atau memicit-micit wajah anda.
Cara di atas mampu memberi peluang kepada wajah anda untuk pulih dan bernafas dengan selesa. Ini hanya akan memberi kompleksi yang baik kepada wajah anda jesteru anda tidak perlu menempek produk solekan terlalu tebal. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kini kerap tayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.