Penyanyi nada tinggi terkenal dengan jolokkan ‘Katty Perry’ Malaysia, Aina Abdul memukau netizen dengan penampilannya ketika membuat persembahan di Konsert 10Q meleTOP, di MBSA Shah Alam baru-baru ini.
Aina yang gemar memberikan kelainan dalam setiap penampilan tampil berseri, elegan, versatil dan mempunyai ‘kelas’ tersendiri menggayakan gaun mewah hasil air tangan Daniel Zharif.
Sewaktu membuat persembahan duet bersama Amir Masdi mendendangkan lagu ‘Senja Nan Merah’ Aina terlihat ‘classy’ dalam gaun jenis Brocade Dress, bertanah hitam dan bercorak dedaun berona merah yang berseri dan menonjol dari kombinasi warna hitam itu.
Ads
Meninjau keruangan komen pada hantaran Instagam milik Aina, rata-rata rakan artis dan netizen memuji penampilan Aina itu yang disifatkan terlalu cantik dan sesuai dengannya penampilannya yang menyerlahkan sisi lain Aina Abdul.
Selain itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen dengan kata-kata positif serta pujian terhadap penampilan Aina yang serba sederhana namum masih menonjolkan elemen elegan.
Sebagai rekod, pada 8 November lalu, Aina Abdul membuat persembahan dipentas Meletop berduet dengan Amir Masdi bertujuan untuk mempromosikan konsert ‘Night With Aina Abdul 2.0’ yang disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First.
Siapa dekat sini suka makan Hokkaido Cheese Tart? Ia datang dalam pelbagai perisa seperti original, coklat dan durian. Dahulu, makanan ini pernah tular dan menjadi kesukaan penggemar makanan manis.
Cheese tart berasal dari Sapporro Jepun dan kini semakin dikenali di Malaysia. Kalau hijabi nak cari pun senang saja, boleh dapatkan di mana-mana cawangan Secret Recipe berdekatan. Kombinasi kerak tart yang rangup dan lembut serta intinya yang dipenuhi dengan rasa keju lemak memang menjadi kesukaan ramai.
Yang paling istimewa, Hokkaido cheese tart juga sedap dimakan ketika panas atau sejuk. Mana-mana pun boleh, rasanya masih sama!
Tapi, kalau hari-hari asyik nak beli, memang ‘kering’ lah poket. Jadi hari ini Hijabista akan kongsikan cara buat Hokkaido cheese tart ala-ala resepi original yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook.
Khas untuk anda yang memakai hijab, pastinya anda mengalami masalah rambut berminyak, kering dan berbau! Malah, kulit kepala kering juga akan menyebabkan kegatalan dan kelemumur. Sebenarnya, untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan produk ‘dry shampoo’ untuk mengatasinya.
Dry shampoo’ merupakan produk sedikit berbeza dari syampu biasa. Ia dapat memberi kesegaran kepada rambut anda yang berminyak dan berbau lebih harum. Tiada siapa yang suka rambut kusut, tak bermaya, berkelemumur dan kulit kepala bermasalah. Jadi, dengan dry shampoo ia mungkin boleh membantu korang untuk hilangkan semua masalah tersebut.
Produk ini hanya perlu ‘spray’ seperti ‘hairspray’ sahaja dan anda mulakan aktiviti harian seperti biasa! Tidak perlu habiskan masa untuk keringkan rambut, senangnya!
Antara kelebihan ‘dry shampoo’ yang wajib anda tahu adalah:
1. Menyerap Minyak di Kulit Kepala.
Khas untuk anda yang memiliki kulit kepala yang berminyak yang disebabkan sebum yang dihasilkan dari kulit kepala (yang juga mungkin bercampur dengan peluh) diserap oleh formula ‘dry shampoo’ ini! Terutamanya kepada anda yang aktif dan mempunyai jadual harian yang padat, ia benar-benar menjimatkan masa!
Dalam beberapa percikkan sahaja, ‘dry shampoo’ ini mampu mengatasi rambut dan kulit kepala berminyak.
2. Menambah volum pada rambut
Oleh kerana ia mamu menyerap minyak dengan baik dan rapi, ia dapat memberi efek kepada rambut untuk volum yang lebih besar dan lebat!
3. Kebaikan dari akar rambut!
Selain membuat rambut lebih bervolum, salah satu manfaat lain ialah ia dapat memberi kebaikan dari akar rambut juga. Kelembutan yang diserap pada rambut bukan sahaja dari hujung malah dari akar rambut juga!
Triknya, cuba semburkan ‘dry shampoo’ ini pada akar rambut dan sikar rambut anda dari atas. Caranya sama sahaja jika anda menggunakan penyembur rambut! Kemudian sisir sekali lagi untuk meratakannya! Pastinya anda akan memiliki rambut yang lembut dan licin!
4. Memberi haruman berpanjangan!
Jika anda memakai hijab sekalipun, semburan ‘dry shampoo’ ini mampu menghasilkan haruman yang wangi! Usah risau jika anda berpeluh dan risau jika tudung anda berbau, ‘dry shampoo’ mampu untuk mengatasi masalah ini. Pastikan anda menyembur pada setiap bahagian rambut dari akar hinggalah ke hujung rambut!
5. Melambatkan warna rambut pudar
Bagi anda yang mewarnakan rambut, ‘dry shampoo’ berfungsi sebagai bahan pelindung untuk memastikan warna rambut kekal lama. Ini adalah kerana, jika anda menggunakan syampu biasa, ia akan menyebabkan warna rambut cepat turun apabila anda menggosok dan membilas rambut! Oleh kerana itu, untuk menjaga kebersihan kepala, langkah ini amat disarankan untuk dilakukan.
6. Menjimatkan masa
Sesuai bagi anda yang mempunyai jadual harian yang sibuk dan padat, semburkan sahaja ‘dry shampoo’ ini untuk memastikan kesegarannyta tahan lebih lama! Tidak perlu risau untuk membersihkannya, ia semula jadi diformulasi untuk tidak dibasuh. Hanya semburkan sahaja dengan rapi dan anda sudah siap untuk melakukan aktiviti anda! Menjimatkan masa, bukan?
7. Mencegah kulit kepala dari menjadi kering
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap memang membuatkan kepala cepat berpeluh. Ia akan menyebabkan kita seringkali ingin membasuh rambut. Tetapi awas! Jika selalu mencuci rambut, ia akan menyebabkan kulit kepala akan kering dan menyebakan penghasilkan minyak semakin banyak! Jadi, salah satu cara untuk mengatasinya, gunakan sahaja ‘dry shampoo’ untuk kesegaran yang berpanjangan tanpa menyebabkan kulit dan rambut menjadi kering!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernahkah anda menyukai produk penjagaan kulit, seperti pelembap, tetapi tidak menyukai pembungkusannya? Ia boleh menghalang anda daripada membeli semula walaupun formula itu berfungsi dengan baik untuk kulit anda.
Nah, TikTokers ini menemui penyelesaian, balang pam tanpa udara! Bekas ini berfungsi sama seperti Drunk Elephant Protini Polypeptide Cream tetapi berharga hanya RM7 dan boleh diisi dengan apa-apa pelembap yang sudah ada.
Sudah tentu, jika anda sudah menyukai Drunk Elephant Protini Polypeptide Cream, anda hanya boleh membeli yang itu dan bekasnya. Tetapi jika ia tidak mengikut bajet anda atau tidak sesuai dengan jenis kulit, anda boleh membeli salah satu balang pam tanpa udara ini dan hanya pindahkan pelembap kegemaran anda di dalamnya.
Skru pada bahagian atas dan ia mengepam keluar bahagian atas sama sahaja. Ramai menyukainya kerana kurang bimbang tentang kuman di dalam balang. Selain itu, bahagian atas berguna untuk mencampurkan penjagaan kulit dan bronzer untuk krim muka yang bercahaya.
Contohnya, @oliviarrobichaud menggemari pelembapnya, tetapi tidak suka memasukkan jarinya ke dalam bekas pembukusan produk atau menggunakan spatula yang selalu hilang. Dia meletakkan krim kegemarannya di dalam balang dan ia keluar dari atas dengan tolakan dengan sempurna. Walaupun, dia memberi amaran, jangan terlalu banyak mengisi atau ia akan bocor keluar dari tepi.
Walaubagaimanapun, pendapat pakar godam kecantikan ini berisiko rendah, kerana mereka memindahkan sesuatu daripada bekas tidak kedap udara ke dalam bekas kedap udara, yang bermaksud kestabilan dipertingkatkan (berbanding sebaliknya).” Fuh! Tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.
Langkau peretasan kecantikan ini jika anda menggunakan produk OTC seperti pelindung matahari dan rawatan jerawat, kerana ia melalui ujian kestabilan dan keserasian pembungkusan yang lebih ketat untuk memastikan bahan aktif kekal pada peratusan yang dipasarkan sepanjang hayat produk.
Produk yang datang dalam bekas legap kerana ia boleh menjadi sensitif cahaya atau produk yang anda beli dalam pembungkusan kedap udara sebagai permulaan. Pastikan juga membersihkan pam tanpa udara dengan teliti sebelum menggunakannya.
Terdapat banyak pilihan hebat di atas talian dengan harga yang berbeza-beza:
BELI DI SINI:
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di