Menerusi laman sosial Instagram, @theduckgroup memuat naik satu permohonan maaf kerana terlepas pandang material yang digunakan.untuk tali leher edisi hari bapa hasil kolaborasi bersama Marvel.

dUck yang merupakan jenama tudung terkemuka menarik balik penjualan tali leher edisi hari bapa setelah menerima kecaman netizen.

Hal ini kerana koleksi tali leher yang diperbuat daripada sutera itu menerima kritikan kerana lelaki Islam diharamkan daripada memakai material tersebut.

Amin Idris yang juga merupakan seorang pengacara merupakan seorang perunding latihan dan motivasi, penulis buku dan pengacara televisyen turut memberikan komen tentang isu ini.

Baru nak beli tie ni… serius smart. Sekali dapat tau 100% sutera. Adoooooiii frustnyaaa. Mungkin @theduckgroup perlu lebih sensitif bab hukum sebab lelaki memang DIHARAMKAN pakai sutera . Daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA: . إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي . Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki. (Riwayat Ahmad) . Dalam hadis lain, nabi bersabda: . أُحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها “Dihalalkan emas dan sutra bagi wanita dari kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya” (Riwayat An Nasa’i) . Malah lelaki bukan hanya dilarang menggunakan sutera, lelaki juga dilarang sengaja duduk di atas sutera. Dari Hudzaifah RA beliau berkata: . نَهَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَأَنْ نَجْلِسَ عَلَيْهِ . “Nabi SAW melarang kami memakai pakaian sutera dan dibaj (sutra yang bergambar), dan melarang kami duduk di atasnya” (Riwayat Bukhari). . Kesemua hadis larangan adalah haram pada teks & konteks dalil… Huhu… mohon tolong produce yang non-sutera Confirm Bro Amin nak!

A post shared by Amin Idris (@amin_idris) on Jun 17, 2020 at 9:42am PDT

Baru nak beli tie ni… serius smart. Sekali dapat tau 100% sutera. Adoooooiii frustnyaaa. Mungkin The Duck Group perlu lebih sensitif bab hukum sebab lelaki memang DIHARAMKAN pakai sutera

Daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:

إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي

Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki. (Riwayat Ahmad)

Dalam hadis lain, nabi bersabda:

أُحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها

“Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dari kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya” (Riwayat An Nasa’i)

Malah lelaki bukan hanya dilarang menggunakan sutera, lelaki juga dilarang sengaja duduk di atas sutera. Dari Hudzaifah RA beliau berkata:

نَهَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَأَنْ نَجْلِسَ عَلَيْهِ

“Nabi SAW melarang kami memakai pakaian sutera dan dibaj (sutra yang bergambar), dan melarang kami duduk di atasnya” (Riwayat Bukhari).

Kesemua hadis larangan adalah haram pada teks & konteks dalil… Huhu… mohon tolong produce yang non-sutera

Menerusi laman sosial Instagram, @theduckgroup memuat naik satu permohonan maaf di atas kekhilafan mereka kerana terlepas pandang material yang digunakan.

IKLAN

Selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai, dUCk dilihat memberhentikan jualan tali leher tersebut di laman web rasminya. Malah, dUCk juga bakal lakukan pemulangan wang semula kepada pelanggan mereka dan bakal tali leher tersebut bakal diberikan sebagai hadiah kepada para frontliner yang bukan islam.

Kami ingin memohon maaf kerana terlepas pandang pemilihan material tali leher bagi koleksi Marvel X dUck dan telah menghentikan penjualannya dengan serta merta. Semua tempahan yang sudah dibayar akan dikembalikan,” tulis jenama tersebut sebagak kenyataan rasmi.

Untuk tali leher pula, kami akan menghadiahkannya kepada frontliners yang bukan beragama Islam supaya bapa-bapa mereka gembira menjelang hari bapa ini. Kami memohon maaf sekali lagi di atas kesilapan dari pihak kami ini.

Selain tali leher, koleksi Marvel X dUCk ini turut hadir dalam lima jenis rekaan tudung.

There’s a hero in everyone’s life and the Marvel x dUCk collection is specially dedicated to the heroes of this Father’s Day. Featuring the iconic heart of Iron Man, this collaboration is made for you to admire and honour the true hero your father is. Made from Satin Silk, Marvel x dUCk features a collection of scarves in deep colours inspired by Iron Man suits and each scarf comes with a special arc reactor charm. For your father, gift him with the Father's Day Edition Tie. With a play on lines and patterns, the tie effortlessly brings print and colour into any styling. Both are launching online tonight at 10pm! The tie is online exclusive and will be available via @fashionvaletcom only while the scarves will be available at the following stores from tomorrow onwards: 1) #theduckstore in One Utama 2) #theduckstore in Pavilion 3) #theduckstore in Setia City Mall 4) #theduckstore in Suria KLCC 5) @fashionvaletpublika 6) @fashionvaletioicitymall 7) @fashionvaletbangsar First Father’s Day collection in 6 years, this one’s to let them know we love them 3000! ‍ – D. #duckscarves #marvelxduck

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on Jun 17, 2020 at 6:07am PDT

Berikut petikan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah tentang hukum memakai sutera bagi lelaki.

HUKUM MEMAKAI SUTERA BAGI LELAKI

Hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum wanita. Hal ini berdasarkan hadith nabi S.A.W:

أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها

Maksudnya: “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”. Riwayat al-Nasa’ie (5163)

Imam al-Syaukani menyatakan hadis ini merupakan dalil yang digunakan oleh jumhur ulama’ yang berpendapat bahawa sutera dan emas adalah haram bagi lelaki dan harus bagi wanita. (Rujuk: Nail al-Autar, 2/98).

IKLAN

Saidina ‘Ali bin Abi Thalib R.A menyatakan: “Nabi S.A.W pernah memberiku pakaian daripada sutera bergaris maka aku pun keluar mengenakannya. Ketika Rasulullah S.A.W melihatnya, tampaklah kemarahan di wajah baginda. Maka aku pun membahagikan pakaian sutera tersebut di antara wanita-wanitaku.” Riwayat al-Bukhari (5840)

Selain itu, para ulama’ menyatakan hikmah pengharaman sutera bagi lelaki kerana kerana Islam adalah agama jihad dan kekuatan. Maka Islam juga menjaga sifat kelelakian kaum lelaki daripada segala perkara yang menunjukkan kelemahan dan kelembutan. Sedangkan sutera itu sifatnya lembut dan melambangkan kewanitaan. Hal ini berbeza dengan wanita yang dihalalkan memakai sutera kerana Allah menciptakannya dengan sifat kelembutan yang sukakan kecantikan dan kewajipannya untuk berhias demi kesenangan suaminya. (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 373-374).

Penggunaan Sutera Selain daripada Pakaian

Kita sedia maklum bahawa hukum pemakaian sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan harus bagi kaum wanita. Justeru, apakah hukum mengambil sutera sebagai alas untuk solat atau duduk dan sebagainya?

Hukum menggunakan sutera sebagai selimut, cadar atau alas untuk solat adalah seperti hukum memakai sutera iaitu diharamkan bagi lelaki dan diharuskan bagi wanita. Ini adalah pandangan jumhur ulama’ daripada mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali. (Rujuk: Umdah Al-Qari' Syarh Sahih Al-Bukhari, 22/13-14; Al-Iqna', 1/198, Kasysyaf al-Qina', 1/273).

Berkata Imam Hajar al-Asqalani dalam bab ‘mengambil sutera sebagai alas’: “Hukumnya (menjadikan sutera sebagai alas) adalah sama seperti hukum (memakai sutera) dari sudut pengharaman dan keharusan”. (Rujuk: Fath al-Bari, 10/291; Irsyad al-Sari, 8/440).

Berkata Imam Hajar al-Haitami: “Dan diharamkan bagi lelaki untuk menjadikan sutera sebagai pakaian, alas untuk duduk atau bersandar, alas untuk tidur dan segala jenis penggunaan”. (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, 3/20 dan Al-Iqna', 1/198). Hal ini bersandarkan hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Huzaifah:

نَهَانَا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم عَن لبس الْحَرِير والديباج وَأَن نجلس عَلَيْهِ

Maksudnya: "Nabi S.A.W melarang kita daripada memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera) serta duduk di atasnya."

Riwayat al-Bukhari (5837) dan Muslim (2067)

IKLAN

Berkata Imam al-Mawardi ketika menjawab pandangan daripada Abu Hanifah yang mengharuskan pemakaian sutera sebagai alas: “Pandangan ini adalah suatu pandangan yang bersalahan kerana keumuman hadis nabi S.A.W yang menyatakan “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”, oleh yang demikian mengambil sutera sebagai alas adalah suatu perkara yang berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan, justeru hukumnya lebih berat daripada hukum memakai sutera, maka lebih utama ia diharamkan”. (Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 2/478).

Justeru, diharamkan bagi kaum lelaki menggunakan sutera selain daripada pakaian seperti sejadah, selimut, cadar dan sebagainya. Hal ini berdasarkan keumuman hadis nabi S.A.W yang melarang pemakaian sutera bagi lelaki. Tambahan pula ia merupakan simbol kemegahan dan berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan.

Hukum Sembahyang Dengan Pakaian Sutera Meskipun diharamkan bagi lelaki untuk memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas ketika solat, namun sekiranya dia solat dalam keadaan sedemikian solatnya itu tetap sah di sisi jumhur ulama’.

Berkata Imam Ibn al-Mulaqqin: “Diharamkan mengerjakan solat dengan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada sutera, dan barangsiapa yang melakukan hal sedemikian, maka solatnya sah tetapi dia berdosa, dan ini adalah pendapat jumhur ulama’. Dan berkata Imam Syafie dan Abu Thaur: “Perbuatan (mengenakan pakaian sutera) ketika solat itu haram, tetapi solatnya sah”. (Rujuk: Al-Taudhih li Syarh al-Jami' al-Sahih, 5/353).

Berkata Imam Ibn Nujaim: “Dan sekiranya dia menutupi dirinya dengan pakaian daripada sutera dan menunaikan solat (dalam keadaan itu), maka solatnya sah tetapi dia menanggung dosa sama seperti hukum orang yang solat di tanah yang dirampas”. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq Syarh Kanz al-Daqaiq, 1/283).

Imam al-Rajihi ketika mengulas tentang hukum solat dengan mengenakan pakaian daripada sutera berkata: “hukum solatnya sah tetapi dia mendapat dosa, kerana kaedah fiqh menyebutkan, sekiranya larangan itu merujuk kepada zat (syarat dan rukun), maka hukumnya boleh membatalkan solat, namun sekiranya larangan itu merujuk kepada faktor luaran, maka hal tersebut tidak membatalkan solat. Seorang Muslim hanya dituntut untuk memastikan pakaian dan badannya bersih ketika solat”. Sekiranya dia memakai pakaian bernajis maka solatnya tidak sah, namun sekiranya dia bersolat memakai pakaian daripada sutera, maka solatnya sah tetapi berdosa kerana mengenakan pakaian yang diharamkan”. (Rujuk: Syarh Umdah al-Fiqh, 1/15)

KESIMPULAN:

Setelah meneliti perbahasan di atas, dapatlah kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara:

Hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan selagi tidak melanggar batas syariat. Namun begitu, kaum lelaki diharuskan memakai sutera ketika dalam keadaan darurat seperti memakainya ketika tiada pakaian yang boleh menutupinya pada musim sejuk atau untuk tujuan perubatan (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 4/437).

Hukum menggunakan sutera selain daripada pakaian samada di dalam solat seperti sejadah atau di luar solat seperti selimut, cadar, dan sebagainya ialah sama seperti hukum memakai sutera iaitu haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan.

Bagi lelaki yang memakai sutera atau menggunakannya sebagai alas untuk solat, dia menanggung dosa kerana melakukan perbuatan yang haram tetapi solatnya tetap sah di sisi jumhur ulama’. Hal ini kerana perkara tersebut tidak memberi apa-apa kesan dari sudut sah dan batalnya solat mengikut hukum syarak. Wallahu a’lam.

Kami juga ingin mengingatkan kaum lelaki supaya bertaqwa kepada Allah dalam urusan meninggalkan pakaian sutera. Sesungguhnya Allah menjanjikan kenikmatan di syurga yang lebih abadi bagi kaum lelaki yang meninggalkan larangan tersebut di dunia, sebagaimana firman Allah S.W.T:

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

Maksudnya: "Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal (yang bertekap), serta mereka dihiasi dengan gelang tangan daripada perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih dan suci."

(Surah al-Insan: 21)

Sumber kredit: Instagram The dUCk Group Instagram Amin Idris dan laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI