Tahniah buat pasukan bola jaring kita yang berjaya melayakkan diri ke Final setelah tundukkan Brunei semalam.
Khabarnya acara ini paling ditunggu kaum wanita kerana aksi permainan agresif dan mendebarkan dan juga antara suka paling favourite jika di sekolah.
Malah tiket final untuk acara ini juga telah ‘sold out’. Tapi admin nak ingatkan, tak payah risau kerana peminat sukan ini masih boleh menontonnya di kaca TV petang ini.
Ads
Apa yang menarik perhatian admin adalah daripada semua pemain ini, ada 3 orang (termasuk pemain utama dan simpanan) yang berhijab.
Ads
Walaupun berhijab, namun tidak membataskan untuk mereka bergerak aktif di padang dan sama-sama menyumbang emas seterusnya buat negara.
Ads
Kita doakan semoga kejayaan akan dilakar pasukan bola jaring dan menghadiahkan emas seterusnya buat negara kita, Malaysia. Mereka akan bertemu Singapura jam 3 petang ini.
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.
Mesti anda pernah kan tiba-tiba terlupa nak bawa dompet, benda-benda penting atau tertinggal pelitup muka walaupun dah banyak kali ingatkan diri supaya tidak terlupa. Sampai kadang-kadang jadi geram dengan diri sendiri!
Sakit pelupa merupakan satu habit yang normal bagi semua manusia. Siapa sahaja yang tidak pernah lupa. Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca cepat lupa. Antaranya ialah seperti faktor usia, kurang tidur ataupun kesan pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Namun, sekiranya tabiat pelupa ini berterusan, ia dikhuatiri akan menimbulkan masalah meskipun faktor genetik, usia serta gaya hidup. Bagi anda yang cepat lupa dan susah nak fokus ketika melakukan sesuatu perkara, anda boleh cuba amalkan senarai makanan di bawah ini.
Terdapat banyak jenis coklat yang biasa dimakan. Salah satunya ialah dark chocolate atau biasa dikenali sebagai coklat gelap. Biasanya, coklat gelap dijadikan kek dan adunan roti. Coklat jenis ini mempunyai warna yang dalam dan rasa yang pahit, menjadikannya sesuai sebagai penyedap rasa, aroma atau penambah warna.
Diperbuat daripada biji koko, coklat gelap juga mempunyai pelbagai manfaat, salah satunya adalah antioksidan. Antioksidan ini sangat baik untuk kesihatan otak, melawan penyakit pelupa serta berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan saluran darah serta neuron pada bahagian otak yang bertanggungjawab untuk memori dan pembelajaran.
Sama seperti dark chocolate, buah beri turut mengandungi antioksidan. Antioksidan dalam buah beri termasuklah anthocyanin, asid kafeik, katekin, dan kuersetin. Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa, sebatian antioksidan dalam buah beri mempunyai banyak kesan positif kepada otak diantaranya:
Mesti anda tak biasa dengar mengenai ikan berlemak ini kan? Ikan berlemak merupakan ikan yang mengandungi kandungan minyak atau omega-3 yang tinggi seperti salmon, kod, tenggiri, kembung, tuna dan ikan selayang.
Omega-3 dalam ikan jenis ini membantu membina membran di sekitar setiap sel dalam tubuh, termasuklah sel otak. Hasilnya, ia memperbaiki struktur sel otak yang disebut sebagai neuron.
Kekacang dan bijian mempunyai sifat dan faedah yang serupa. Kedua-duanya adalah makanan ruji di banyak tempat di dunia. Makanan ini agak mudah ditanam dan pada masa yang sama, terutamanya untuk kekacang, ia memperkayakan tanah yang menjamin penanaman barunya.
Makanan jenis ini baik untuk otak kerana mengandungi asid lemak omega-3 dan juga antioksidan. Menurut satu kajian pada tahun 2014, pengambilan kacang yang lebih tinggi secara keseluruhannya dikaitkan dengan fungsi otak yang lebih baik pada usia yang lebih tua.
Kacang dan bijian juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E dan berperanan melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Ramai yang sering mengatakan minum kopi mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Namun siapa sangka, kopi sebenarnya membantu menguatkan ingatan anda dan melawan penyakit pelupa.
Untuk pengetahuan anda, kafein dalam kopi diketahui boleh menyekat bahan dalam otak yang dipanggil adenosin, yang bertanggungjawab membuatkan seseorang berasa mengantuk.
Bukan hanya itu, menurut laman Hello Doktor, satu kajian telah mengaitkan penggunaan kopi sepanjang hayat mampu mengurangkan risiko lain seperti kemerosotan kognitif, strok, penyakit parkinson dan juga penyakit alzheimer.
Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat. Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?
Memang jadi masalah besar bila dah lama tak shopping, mesti ada rasa keinginan nak membeli makin membuak-buak. Lagi-lagi bila sudah hujung tahun ini macam-macam jenis jualan murah. MIsalnya ada jualan Black Friday la, year-end sale ataupun Christmas sale la. Memang ini akan menyebabkan duit makin susut. Tetapi bagi yang nak shopping, dan malas nak pergi ke pusat beli belah tak payah risau, online shopping kan ada!
Apabila sudah seminggu tidak basuh baju sebab sibuk bekerja dan kain baju akan menggunung tingginya! Tambah lagi musim hujan sekarang dan selepas itu baju tak akan kering. Jadi penyelesaiannya, kena pergi kedai dobi. Tetapi bagi yang tak berkesempatan, boleh cuba perkhidmatan ‘dobi on-the-go’ ini! Ada orang yang akan ‘collect’ baju di rumah, basuh dan hantarkan semula di rumah. Kalau dapat pakej lipat baju lagi seronok kan.
Oleh kerana musim hujan sekarang ini jadi agak malas sedikit untuk ke tempat kerja. Tambahan lagi nak berhadapan dengan masalah trafik akibat hujan ini. Jadi solusinya, apa kata anda pergi kerja dengan menaiki perkhidmatan awam sahaja seperti LRT, MRT atau KOMUTER. Hati senang dan jiwa pun tenang.
Perkara ni memang selalu berlaku. Nak kerja dari rumah tapi tak sempat apply cuti. Jadi terus ambil keputusan untuk bercuti terus walaupun tak masuk pejabat. tetapi admin nak ingatkan jangan pula tidur sahaja ketika di rumah. Kerja tetap kena buat walaupun duduk di rumah terutama yang boleh ‘update’ dari rumah. Cuma pastikan data internet anda mencukupi.
Ini perkara paling menyeronokkan. Malah pasti hijabi berharap akan ada personal stylist kan? Mereka ini yang akan tolong decide anda untuk pakai baju apa bila pergi kerja, keluar dengan kawan-kawan dan sebagainya. Tidaklah hanya termenung depan wardrobe memikirkan untuk apa yang mahu dipakai untuk pergi kerja sebaik bangun tidur. Semua sudah tersedia! Memang senang bukan?
Punya la malas nak keluar sarapan, sampai sarapan pun nak delivery. Tetapi lagi bagus juga sebab tak perlu membazir masa duduk makan sarapan sampai terbabas waktu kerja. Tetapi sediakan sahaja duitnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bercuti memang menyeronokkan untuk menghilangkan stress. Sebenarnya tak perlu pergi luar negara dan keluarkan bajet yang banyak pun untuk bercuti. Apa kata kita bercuti dalam negara seperti ke Sabah?
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.