Sebaik anak lahir masing-masing sibuk membuat persediaan. Bukan sahaja keperluan diri, tetapi juga untuk simpanan masa depan mereka. Bagi selebriti Linda Onn dia mengambil langkah bijak dengan membuka akaun pertama Tabung Haji buat bayinya yang baru lahir dua bulan lalu, Ungku Zara.
Biarpun bayinya masih kecil, tetapi selebriti dan penyampai radio popular ini mengambil pendekatan cukup bagus dengan menabung dari awal untuk anak sulungnya ini.
Malah tindakan Linda Onn juga mendapat pujian dari netizen yang rata-rata bersetuju dengan cara beliau mendaftar akaun tabung haji untuk anaknya itu yang baru berusia dua bulan. Walaupun belum tentu tahun bila dapat mengerjakannya, tetapi ia sebagai persediaan awal.
@lina_suri_hani Tahniah Kecik2 dah ada akaun TH InshaAllah d permudahkan bila sampai masa @lindaonn7
@shoppingwithilma Alhamdulillah.. bagus ada akaun TH ni.. Isi sampai cukup boleh daftar haji. Tahunnya lamaaaa lagi ntah umur brpe dorang waktu tu.
@azizahabbas Alhamdulillah, menabung dr kecil….
@misbanormawati Alahhhhhhhh comeiiiinya….. Waaaa tecik2 lg da ada buku tabung hj ya…. Ucucuuckkkk
Linda Onn sebelum ini selamat melahirkan bayi perempuannya ini di sebuah hospital swasta hujung Februari lalu. Dia yang sebelum ini menunggu beberapa tahun sebelum menimang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Ungku Azhar pada 2013 lalu.
Dalam sisi lain juga, seperti ibu-ibu lain Lnda juga cukup teruja bergelar ibu. Malah lebih menyeronokkannya merasa pengalamai bergelar ibu apabila dapat memberi susu badan kepada anaknya ini.
Dan mungkin itu jugalah yang menjadi rahsia badan Linda kembali langsing setelah melahirkan. Setelah dua bulan berpantang, Linda kini muncul dengan Linda Onn Table Talk, sebuah rancangan bual bicara berbentuk online melalui channel youtube.
KONGSI 5 FOTO COMEL UNGKU ZARA ATAU SINGKATANNYA UZ
#1. @annysmokhtar Ya Allah comel sgt congratulations!
Pelakon cantik Ardell Aryana kini dikhabarkan sedang menghidap kanser peringkat ketiga. Desas-desus itu timbul selepas rakan baiknya yang juga seorang pelakon, Nadzmi Adhwa memuat naik gambar bersama Ardell beserta kapsyen untuk Ardell supaya tabah dan tidak mengalah apabila melakukan ‘terapi’ nanti.
Bagaimanapun, menerusi Instastory-nya, Nadzmi berharap orang ramai tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan kerana ianya boleh menjejaskan emosi teman baiknya itu.
Ardell juga turut meluahkan perasaannya melalui Instastory di akaun Instagramnya walaupun masih berahsia hingga kini mengenai keadaan kesihatannya yang sebenar.
“Kau lebih kuat daripada apa yang disangkakan. Setiap pertarungan, luka dan parut yang kau lalui itulah telah menjadikan diri kau hari ini. Jadi laluilah segalanya dengan tenang dan yakin. Tuhan takkan membebanimu dengan sesuatu yang kau tak mampu hadapi.”
“Bagaimana kau boleh hilang harapan sedangkan Tuhan yang merencanakan hidup kau? Dia yang memudahkan segala masalah, menghilangkan kesakitan yang kau hadapi dan menyembuhkan kau kembali. Asalkan kau percaya kepada Dia dan segalanya pasti akan selesai.”
‘‘Tiada apa dalam hidupmu ini satu kebetulan. Semuanya telah dirancang dengan indah oleh Tuhan. Setiap kegagalan, pintu yang tertutup, semua kejayaan dan setiap kekecewaan telah menjadikan diri kau yang hari ini. Terima kasih Ya Allah!”
“Semalam kau dalam lindungan Allah. Hari ini Dia menjagamu. Jangan risau mengenai hari esok, Allah sentiasa ada untukmu.”
“Perkara yang tidak adil mungkin terjadi kepada kau dan kau merasakan kesakitan yang sangat pedih. Tetapi ingat, Tuhan sedang menjadikan kau seorang yang lebih kuat.
Jika kau mahu tahu kekuatan jiwa kau, lihatlah betapa sabarnya kau sekarang, macam mana bersedianya kau menerima takdirNya. Jangan jatuh bila kau sedang lemah!
Risaukan mengenai masa hadapan tidak akan merubah takdirmu. Teruskan hidup. Percaya sepenuh hati pada Yang Maha Kuasa kerana Dia mahukan yang terbaik untukmu. Kalau turut ketidak adilan yang jadi pada diri kita memang sedih tetapi apa yang tertulis itu adalah yang terbaik.”
Sementara itu, netizen juga tidak putus-putus memberi sokongan buat Ardell di ruang komen Instagramnya.
SubhanaAllah. Kuatnya Ardell ini. Walaupun kita tidak tahu keadaan sebenarnya, namun Hijabista sentiasa mendoakan yang terbaik buat gadis comel ini. Sesungguhnya setiap dari kita menghadapi pertarungan yang berbeza dalam hidup ini.
Sememangnya semangat Ardell menjadi contoh buat insan-insan lain. Kami doakan semoga Ardell terus tabah dalam hidupnya dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan, InsyaAllah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARDELL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang teruja apabila melihat wajah jelita pelakon terkenal, Izara Aishah menghiasi kempen raya Naelofar bagi tahun 2022.
Berkongsi di laman Instagram, pelakon filem Kau Yang Satu itu telah memuat naik foto-fotonya menggayakan hijab terbaharu keluaran Naelofar bersama beberapa model lain.
Ramai yang memuji keanggunannya termasuklah pengasas jenama Naelofar sendiri iaitu tidak lain tidak bukan selebriti terkenal, Neelofa.
Dalam pada itu, Izara juga turut mengucapkan terima kasih kepada Neelofa yang juga sahabat baiknya itu kerana sudi memilih untuk turut serta dalam kempen raya Naelofar ini.
“Alhamdulillah thank you for choosing me Kak Lofa!”
Umum mengetahui mengenai kisah rumahtangga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangganya. Kejadian ini telah berjaya menarik perhatian ramai, bukan sahaja di Indonesia malahan Malaysia. Ramai warganet yang turut bersimpati melihat keadaan Lesti.
Lesti Kejora dan Rizky Billar telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Kisah ini telah tular awalnya selepas Lesti membuat laporan polis susulan dipukul suaminya, Rizky Billar. Terbaharu, Lesti dilaporkan telah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hopital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya itu.
Menurut laporan detiknews, ini bukanlah kali pertama Lesti menjadi mangsa keganasan rumah tangganya.
“Dalam kenyataan awal, Lesti menjelaskan keganasan rumah tangga bukanlah kali pertama, tetapi sudah kerap berlaku dan ini adalah kemuncaknya”
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, penyanyi dangdut Indonesia tersebut juga dilaporkan pernah dibaling bola biliard oleh suaminya. Pihak polis di sana juga sedang giat menjalankan siasatan sepenuhnya.
“Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka” ujarnya.
Usai daripada kejadian tersebut, Lesti dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat dan telah merahsiakan lokasinya.
“Lesti tidak mahu serumah dengan Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” tambahnya lagi.
Isu keganasan rumah tangga
Banyak yang wanita boleh ambil pengajaran daripada kisah Lesti ini. Isu keganasan rumah tangga ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Keganasan rumah tangga dikaitkan dengan perlakuan ‘penderaan’ terhadap pasangan, tidak kiralah penderaan secara fizikal, seksual, psikologi atau sosial. Pada awal kes ini tular, ramai warganet yang terkejut dan tidak menyangka pasangan yang selalu terlihat bahagia ini sebenarnya tidak sama seperti yang dibayangkan.
Tindakan yang boleh diambil oleh mangsa
Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menggubal Akta Keganasan Rumah Tangga pada tahun 1994. Akta ini digubal untuk melindungi mangsa yang terselamat dan juga mencegah keganasan rumah tangga daripada berlanjutan.
Di Malaysia, kita mempunyai satu pertubuhan yang aktif dalam memperjuangkan hak-hak wanita iaitu Pertubuhan Pertolongan Wanita. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ini ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berjuang untuk hak-hak wanita terutamanya terhadap keganasan terhadap wanita. Buat anda yang mungkin sedang menderita akibat keganasa rumah tangga, anda boleh cuba langkah dan garis panduan yang disarankan oleh WAO sendiri.
1.Hubungi talian kasih untuk mendapatkan bantuan
Jika anda ingin mendapatkan sebarang nasihat atau ingin melaporkan sebarang kes yang berkaitan keganasan rumah tangga, anda boleh menghubungi talian kasih. Keutamaan talian kasih ini adalah untuk MELINDUNGI mangsa.
2. Dapatkan pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
Pilihan kedua selain mendapatkan perlindungan daripada WAO ialah mendapatkan pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di hospital-hospital kerajaan yang terletak di bahagian wad kecemasan dan trauma. Difahamkan, di OSCC, doktor akan memberi rawatan untuk sebarang kecederaan dan juga akan mengumpul bukti yang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Setelah itu, mangsa juga boleh membuat laporan polis secara terus di hospital berkenaan.
3. Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)
Selain itu, mangsa keganasan rumah tangga boleh merujuk kepada Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perintah perlindungan ini merupakan suatu perintah yang boleh dimohon oleh mangsa pada bila-bila masa dan terpakai dalam takrif keganasan rumah tangga di bawah Seksyen 2, Akta 521. Pemandiri perlu membawa kad pengenalan atau sijil kelahiran dan tidak perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan EPO yang sah selama tempoh tujuh hari itu.
4. Membuat laporan polis
Sekiranya anda dipukul, jangan ragu-ragu untuk terus ke balai polis berdekatan. Anda boleh membuat permohonan Perintah Perlindungan Interim di mana-mana balai polis berdekatan. Di sana, mangsa perlu memberi keterangan tentang penderaan itu seperti apakah yang berlaku, bila ia berlaku (tarikh dan masa), lokasi kejadian dan siapa yang terlibat.
Semoga segala urusan Lesti di masa hadapan dipermudahkan, seterusnya diberikan kesembuhan, kesihatan dan pulih daripada trauma yang dihadapi. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang… Untuk anda yang mengalami perkara yang sama, jangan lupa untuk selamatkan diri anda segera. Ambil tindakan, selamatkan diri, dapatkan pertolongan dan elakkan dari menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...