Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari 2025.
Nabila, 32, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya.
Menurutnya yang popular menerusi lagu Tangis, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka.
Ads
“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.
“Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” katanya.
Nabila berkata dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.
“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.
“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” katanya.
Berkongsi mengenai keadaan dirinya sepanjang kehamilan ini, Nabila berkata tiada perubahan ketara melainkan selera makan yang kian bertambah.
Ads
“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.
“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” katanya.
Terdahulu, Nabila dan suami melangsungkan perkahwinan pada 18 November 2023. Hijabista mendoakan semoga dimudahkan segala urusan dan perjalanan kehamilan sulung Nabila Razali.
Ajinomoto, perisa ramuan paling popular yang meningkatkan rasa makanan. Malah, anda boleh menemuinya dalam masakan Cina. Tetapi hari ini, penggunaan Ajinomoto semakin meningkat dengan pesat.
Rasa lazat “Ajinomoto” juga dikenali sebagai Monosodium Glutamat. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kesan sampingan berbahaya Ajinomoto. Dalam dunia hari ini, ramai orang mengambil makanan segera dan makanan berbungkus.
Sebelum ini, anda mungkin mendengar istilah “Ajinomoto” sebagai perisa makanan. Tidak lagi sekarang, tular di apl tiktok penggunaan “Ajinomoto” sebagai bahan kecantikan semulajadi. Namun adakah ianya bahan yang selamat disapukan dan adakah benar-benar berhasil?
Anda pernah dengar tak boleh pakai “Ajinomoto” untuk muka? Masalahnya, ia benar-benar menjadi viral di TikTok.
Katanya MSG Ajinomoto menjadikan kulit putih dan glowing. Ajinomoto sememangnya salah satu pengeluar MSG yang terkenal di Asia. Tetapi persoalannya, jika MSG boleh digunakan untuk muka, adakah Ajinomoto selamat untuk muka?
Mengikut maklumat dari pelbagai sumber, MSG (Monosodium Glutamate) merupakan bahan perisa makanan. MSG dikenali untuk membuat makanan terasa enak dan lebih menyeronokkan. Ayuh, adakah anda menggunakan MSG untuk memasak di rumah atau tidak? Penggunaannya tidak dilarang, tetapi disyorkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan.
Bagi anda yang menggunakan TikTok, mesti tahu video ini tentang kebaikan MSG untuk wajah. Ramai yang cakap pakai masker MSG boleh buat kulit putih dan glowing. Malah pencipta kandungan di TikTok mengatakan ia mudah digunakan dengan kesan pantas. Seram jika tidak berdasarkan kajian, apatah lagi menggunakannya di muka!
Menurut pakar dr. Richard Lee, yang sering mendidik masyarakat tentang penjagaan kulit di media sosial. Jadi dr. Richard Lee memberi pandangan penggunaan MSG Ajinomoto, bahan ini baik untuk kulit. Antaranya sebagai exfoliator yang banyak digunakan dalam produk skrub, ia boleh digunakan untuk melembapkan kerana kandungan utamanya adalah garam dan dapat mengurangkan kelenjar minyak berlebihan pada wajah.
Tetapi dr. Richard menjelaskan, untuk mendapatkan khasiat tersebut, komposisi MSG yang digunakan mestilah tepat. Untuk keselamatan, asalkan ia digunakan dengan cara dan komposisi yang betul, ia cukup selamat untuk digunakan.
Pakar kulit berkata MSG boleh memutihkan wajah adalah mitos. Sehingga kini tidak ada kajian yang sah untuk menyokong idea ini. “Sebenarnya semuanya ada tujuan. Sudah tentu ada bahan yang boleh bertindih. Contohnya aloe vera yang boleh dimakan dan boleh digunakan untuk penjagaan kulit tetapi ia mempunyai ekstrak.
Jadi, MSG dibuat dengan komponen seperti itu untuk masakan,” jelasnya, dipetik dari laman sesawang kompas.com. MSG yang digunakan pada muka sebagai topeng secara teori tidak boleh menembusi kulit. Ini kerana molekul MSG agak besar, menyukarkan untuk meresap jauh ke dalam kulit. Selain itu, pakar kulit turut menyebut bahawa terdapat potensi iritasi jika MSG digunakan untuk topeng pemutih muka.
MSG tidak diformulasikan untuk kulit. Walaupun ada bahan aktif, ia tidak dapat menembusi kulit kerana molekulnya besar. Jika dos tinggi MSG disapu pada muka, kulit boleh menjadi iritasi, meradang, kemerahan, dan kesannya menjadi hitam,” jelasnya.
Orang ramai perlu berhati-hati sebelum mencuba trend penjagaan kulit alternatif rawak yang tular di media sosial. Beliau menyarankan agar orang ramai mempercayai petua daripada pakar atau kandungan daripada sumber yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Demikian penjelasan doktor berkenaan sama ada MSG boleh memutihkan muka. Elakkan mencuba secara tidak sengaja menggunakan topeng untuk muka, termasuk yang menggunakan tambahan semula jadi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jauh di sudut hati admin dapat merasakan ramai masyarakat di luar sana yang masih belum ‘move on’ dengan peristiwa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Khamis lalu hingga mengorbankan 23 termasuk guru dan pelajar.
Biarpun polis sudah menahan 7 suspek utama yang menjadi dalang kepada punca kebakaran, tetapi hati rakyat Malaysia masih belum reda kemarahannya.
Setiap hari dan setiap masa, pelbagai komen dan pandangan dilemparkan pada pengurusan tahfiz terutama membabitkan soal keselamatan di pusat berkenaan.
Dalam banyak-banyak pandangan dilontarkan di media sosial, admin tertarik pada komen yang diberikan oleh seorang seorang Engineer ini.
Pemerhatiannya cukup bernas dan beliau menyentuh beberapa perkara yang ditimbulkan netizen. Cukup deep dan ada kebenaranya.
Jom, sama-sama kita baca agar dapat meredakan sedikit kemarahan dalam hati kita. Insya-Allah
Pandangan seorang M&E Engineer (Bukan pandangan kami)
“Assalamualaikum.
Saya berkesempatan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung. Setakat jam 8.00pm 14 Sept, 23org telah kembali ke pangkuan ilahi.
Bila baca news, macam2 cerita yg diterima. Cuma ada beberapa perkara yg netizen sentuh saya nak betulkan. Ini berdasarkan pemerhatian saya sahaja.
1. Pusat tahfiz ni bukanlah pusat tahfiz yang dhaif seperti kebanyakan pusat tahfiz di pedalaman. Ini pusat tahfiz yang agak maju. Bangunan yang terbakar tu seperti bangunan asrama yg elok. Bangunan konkrit. (ada sebuah asrama PICOM yg lebih kurang sama binaan mcm pusat tahfiz ni). Jadi ada tohmahan sekolah tahfiz membunuh adalah tidak benar. Ini sebuah bangunan standard asrama sekolah dan layout plan sdg menunggu kelulusan bomba.
2. Punca kebakaran bukanlah lintar pintas. Pendawaian baru dan disahkan suruhanjaya tenaga. Ada kemungkinan dari perkara lain. Pihak bomba mengesahkan api yg marak dalam masa yg sgt singkat tidak menampakkan punca dari Litar pintas. (Berita Harian, 14 Sept). Pihak polis dan bomba sedang menyiasat punca kebakaran. Tak perlu buat kesimpulan khianat dan sebagainya. Kita tunggu hasil siasatan sebelum membuat apa2 telahan.
3. Menteri2 pun keluar mcm2 statement. Antaranya tiada kelulusan M&E (TS Noh Omar) & tiada ciri2 keselamatan (DS Tengku Adnan). Saya harap tiada lagi statement yang tidak wajar dari pak2 menteri buat masa ini. Statement2 ini seperti melepaskan batuk di tangga. Buat masa ini, biarlah keluarkan statement yg baik utk menjaga hati ibubapa mangsa yg terlibat. Saya menyokong statement dari menteri KKLW Dato Ismail Sabri.
Giat MARA akan menjalankan audit menyeluruh ke pusat2 tahfiz dan membantu secara percuma utk pendawaian. Ini langkah yg amat baik dan statement yg sgt bertanggungjawab dari seorang menteri yg dipilih rakyat.
Kerajaan melalui NBOS (National Blue Ocean Strategy) boleh menggabungkan agency di bawahnya seperti Bomba untuk kelulusan, JKR untuk submission plan, Giat Mara (Pendawaian dan kelengkapan) bg membantu pusat tahfiz yg berdaftar.
4. Kepada netizen. Jgn dicemuh pengurusan dan pengetua pusat tahfiz. Ada yang meminta pengetua bertanggungjawab atas kematian anak2 ini. Ya betul, pengetua mengatakan ini anak2 syurga dan mereka mati syahid.
Bukanlah bermaksud beliau lepas tangan dan hanya berserah pada takdir. Sistem pembelajaran tahfiz sgt berlainan dgn sistem sekolah biasa. Hubungan antara pengetua dan anak2 tahfiz bukan sekadar guru dan murid. Hubungan mereka seperti bapa dan anak2. Bapa yg memberi ilmu yg terbaik utk anak2. Sesetengah tahfiz, merekalah bapa yg mencari makan dan minum untuk anak2. Pengetua ini kehilangan 23 orang “anak2 kesayangannya”. Itu yg berlaku di sini.
Bukan bermaksud saya menyebelahi pusat tahfiz ini. Kita tidak berada di pihak mereka. Mereka mengadakan pusat tahfiz ini bukan sebagai business. Kebanyakan pusat tahfiz ini bukan saja dihuni oleh anak2 yg ingin mendalami pengajian AlQuran tetapi juga oleh anak2 yatim yg ingin tumpang berteduh.
Ya mungkin ada setengah pusat tahfiz dimanipulasi oleh pihak tertentu tetapi bukan kesemuanya.
5. Ambil iktibar dari kejadian ini. Mungkin ada pusat tahfiz di sekeliling kita yg memerlukan bantuan. Jumpa pihak pengurusan dan hulurkan bantuan dan derma. Sekalipun bukan wang ringgit, mungkin keringat dan pengalaman kita diperlukan. Jangan asyik salahkan mana2 pihak.
6. Yang ada anak2 di sekolah tahfiz, minta pihak sekolah adakan fire drill di waktu malam. Buat secara mengejut. Kalau boleh, libatkan pihak bomba.
7. Juga ingatkan anak anak di asrama, tentang bahaya electrical overloads. Pekakas elektrik seperti sterika, periuk nasi, cerek air antara yg mempunyai nilai watt yg tinggi dan tidak sesuai digunakan serentak pada satu2 outlet socket elektrik. Begitu juga anak anak di asrama agar jangan terlalu kreatif dgn memasak menggunakan sterika. Atau memasak air menggunakan baldi dan tangkal pemanas sahaja.
8. Kepada pihak bomba, boleh adakan audit di sekolah sekolah tahfiz untuk elakkan kejadian ini berulang. Adakan lawatan ke sekolah tahfiz dan sekolah2 berasrama bagi memudahkan pematuhan spesifikasi dan kelulusan di buat.
9. Cadangan menutup pusat pusat tahfiz yang beroperasi tanpa permit memang mudah dan langkah cepat dalam menangani lambakan pusat tahfiz. Tetapi adakah ini yang terbaik? Perlu diingat penutupan pusat tahfiz menyebabkan anak2 tahfiz perlu dipindahkan sekolah. Bagaimana dengan anak2 yatim? Nak dipindahkan ke mana?
Banyak pusat tahfiz dan rumah anak yatim ini hidup disebabkan sumbangan orang ramai untuk membeli makanan dan keperluan harian.
Kos yg agak tinggi diperlukan untuk mambangunkan infra bg memenuhi spesifikasi kelulusan bomba. Di mana nak dicari dana ini?
10. Akhir kalam, marilah kita sama sama sedekahkan alfatihah kepada mangsa yang terlibat. Anak2 ini adalah anak syurga. Mereka meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu Allah. Mereka meninggal ketika Alquran di dalam hati mereka. Alfatihah
Sekian Ir Khairie M&E Engineer”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti yang kini sukses sebagai ahli perniagaan, Mila Jirin baru-baru ini memuat naik satu hantaran megimbau kembali detik permulaan serta cabaran dihadapi sebelum berada pada tahap sekarang.
Puas sudah menangis, berkat kesabaran dan ketabahan akhirnya Juara Akademi Fantasia musim ke-5 ini bukan hanya bergelar usahawan hebat di Malaysia malah berstatus jutawan!
Bersama suami tercinta, pemilik nama penuh Nursyamila Jirin ini berjaya membangunkan perniagaan berkaitan pengurusan perkahwinan dan katering di bawah Bizmilla Catering.
Malah, Mila yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM50 juta setahun.
“Ada masa saya menangis..” kongsi Mila menerusi Instagram miliknya.
“Terkadang terfikir, kenapa saya tak berada di pentas besar menyanyi seperti yang saya impikan dulu.
“Tapi suami saya selalu tenangkan, rezeki Allah itu luas…pentas rezeki kita di sini sebagai usahawan.”
Sentiasa mengenang jasa suaminya sebagai insan yang sentiasa ada bersamanya saat susah dan senang, Mila menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berjaya mengharungi segala cabaran bersama-sama.
“Dia mula bimbing saya berniaga sejak usia 20 tahun. 2008 buka event management sama sama, drive kereta bawak saya ke sana ke sini, sama-sama jual baju kurung.
“2009 buka restoran sama-sama, masak, cuci toilet, basuh pinggan, sama-sama nangis. Tak tidur setup pelamin, goreng ayam, masak catering, delivery sana sini. Semuanya kami buat sama-sama.”
Ibu kepada seorang anak ini turut mengimbau detik bagaimana dia dan suami mula rapat dan cinta berputik yang akhirnya membawa mereka ke fasa perkahwinan.
“Dari sahabat jadi rakan kongsi perniagaan. Sebab dah terlalu BBF sampai tak tahu bila mula jatuh cinta…tahu-tahu, terus dilamar melalui ayah saya. Itulah perjalanan cinta & perjuangan kami.”
“Sekarang, Alhamdulillah dari 2013 kami bina Bizmilla bersama. Kini 20 dewan banquet Bizmilla, dari bekerja berdua hingga kini Alhamdulillah lebih 250 team dengan payroll hampir RM1 juta sebulan, dan Bizmilla menjadi pioneer dalam Wedding Centre “All in one” yang telah bantu ribuan pasangan capai impian majlis perkahwinan mereka dengan lebih mudah dan affordable.”
Menjawab persoalan ramai, Mila turut berkongsi pengalamannya sepanjang bekerjasama dengan suami menguruskan bisnes.
“Mudah ke bisnes suami isteri? Tak mudah. Tapi sangat indah.
“Paling penting ada sefahaman, saling sokong dan mendokong visi dan misi. Sering cari kelebihan pasangan dan tidak sesekali bawa masalah kerja atau bisnes hingga ke dalam bilik tidur.
“Dan walau Encik Suami CEO di pejabat, dia tetap menghormati saya di office.Sering tanya pendapat saya sebelum buat sebarang keputusan. Kami di office pun tak pernah keluar nama-nama manja sebaliknya “Encik / Puan” Masuk kereta barulah tukar nickname manjeeeer.”
Tambah Mila lagi, dia dan suami pernah juga bergaduh kerana itu adalah lumrah bagi pasangan suami isteri.
“Bergaduh tak??? Kami jarang gunakan terma “Bergaduh” sebaliknya “Berbeza pendapat”
“Dalam berniaga bersama pasti berbeza pendapat Sentiasa raikan pendapat pasangan dan neutral dalam digest pendapat masing-masing. Jadi pendengar yang baik bukan pengkritik yang hebat.”
Semoga Mila dan suami kekal bahagia seterusnya sukses membangunkan empayar perniagaan bersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.