Sejak bergelar isteri, Nabila Razali atau nama komersilnya Bella kelihatan semakin berseri-seri.
Nampaknya, seri pengantin yang dimiliki oleh artis berusia 31 tahun ini masih belum hilang. Orang kata masih dalam mood ‘bulan madu’ kan?
Rupa-rupanya Bella sangat konsisten dengan rutin penjagaan kulitnya sejak zaman bujang lagi.
Hijabista kongsikan temu bual bersama Bella, bercakap tentang rutin penjagaan asas kulitnya agar kekal berseri dan flawless.
Ads
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua dan Pematah Hati ini, untuk mendapatkan kulit cantik seperti yang diimpi memerlukan pelaburan kos yang tinggi.
“Tak dinafikan, ia melibatkan kos yang banyak jugalah. Sebab dalam rutin penjagaan kulit Bella perlu ada krim siang dan malam, eye mask, pelembap, penyegar, serum, dan sebagainya.
“Kalau ada jerawat nak kena ada acne patch. Banyak la sikit, renyahlah kejenya. Tapi, it is an investment kepada wanita dan juga lelaki di luar sana.
“Jangan pandang remeh kepada rutin penjagaan kulit ni. Semakin kita menua, kita pun tak tahu apa yang ada pada kulit kita kan.
“Mungkin sekarang ‘letop’ lah tapi bila dah tua nanti dah start keluar jeragat. Jadi, sangat pentinglah amalan rutin penjagaan kulit ni.”
Ads
Kulit Pernah Breakout
Bella atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali turut mendedahkan dia juga pernah mengalami masalah kulit sebelum bergelar artis.
“Bella rasa sewaktu Bella belajar dulu kot. Waktu belajar dulu kita tak ada banyak modal nak beli barang-barang ni semua.
“Tapi sekarang alhamdulillah. Kalau dulu, ada jerawat je picit. Itu sajalah penyelesaiannya. Lepas tu tinggal dark spot pada kulit. Bella pula jenis tangan gatal, ada je jerawat rasa nak picit.
“Sedangkan kita pun tak tahu bakteria apa yang ada dekat kuku kita kan. Bila picit tu tinggal bekaslah. So itu yang membuatkan Bella hilang keyakinan sikit.”
Ads
Masa berlalu, ia mula memberi kesedaran buat Bella tentang penjagaan kulit.
“Alhamdulillah, sekarang Bella pun dah ada duit. Bella dah start jaga kulit muka. Sekarang ni tak ada lah flawless sangat tapi ada perubahan yang baik pada kulit Bella.”
Pernah Cuba Putih Telur
Bella juga pernah menggunakan putih telur sebagai mask. Dia percaya bahan tersebut dapat membantu menjadikan kulitnya tegang.
“Bella try dan memanglah bila putih telur tu dah kering, kulit kita akan jadi tegang. Bila dah cuci, rasalah anjal dan sebagainya.
“Tapi, macam mana pun kulit kita memerlukan nutrien-nutrien yang lain juga untuk menaikkan seri wajah,” ungkap Bella yang tak pernah lokek dengan senyuman.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia,pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.
Penghidap ekzema, perlu waspada pilih produk, kerana salah satu masalah kulit yang ada ialah ekzema yang agak sukar untuk diubati. Ekzema ialah ruam dan kegatalan yang disebabkan oleh pendedahan kepada bahan kimia, bakteria dan kulat.
Selain itu, ekzema juga boleh dicetuskan oleh penggunaan produk penjagaan kulit atau produk penjagaan kulit yang menyebabkan kerengsaan. Atas sebab ini, adalah penting bagi penghidap ekzema untuk memilih produk penjagaan kulit yang betul.
Sebelum anda memutuskan mana-mana produk penjagaan kulit atau penjagaan kulit, anda perlu melakukan ujian tampalan terlebih dahulu. Ujian tampalan ini dilakukan untuk menentukan tindak balas kulit terhadap produk penjagaan kulit yang digunakan.
Jadi bagaimana cara saya menggunakan patch ujian? Sangat mudah!Mula-mula sapukan sedikit produk ke kawasan di belakang telinga, di belakang tangan dan di lipatan siku.
Jika tiada tanda-tanda tindak balas buruk daripada kulit anda dalam masa tiga hingga tujuh hari, ini adalah tanda bahawa produk penjagaan kulit selamat digunakan.
Gatal adalah masalah yang selalu dihadapi oleh penghidap ekzema. Jika tersalah guna produk penjagaan kulit, kegatalan akan bertambah.
Oleh itu, pilihlah produk penjagaan kulit yang boleh menghilangkan kegatalan. Juga, gunakan produk penjagaan kulit yang mempunyai kesan penyejukan dan dilabelkan “hypoallergenic.”
Selain memilih bahan yang boleh meredakan kegatalan, anda juga boleh menggunakan produk penjagaan kulit yang boleh melembapkan kulit. Seperti yang anda tahu, penghidap ekzema mempunyai kulit kering dan kulit kering gatal.
Apabila memilih pelembap, pilih yang mengandungi gliserin, asid hyaluronik, mentega shea dan ceramide.
Elakkan bahan aktif yang boleh merengsakan kulit
Tidak semua bahan aktif selamat untuk penghidap ekzema. Sebut saja vitamin C, AHA, asid salisilik, retinol. Terdapat kebimbangan bahawa bahan-bahan ini boleh memburukkan lagi ekzema yang dihidapinya.
Selain bahan aktif, penggunaan bahan lain dalam produk penjagaan kulit, seperti pewangi, tidak disyorkan untuk penghidap ekzema.
Penggunaan pelindung matahari adalah rutin yang tidak boleh dilepaskan walaupun anda mengalami ekzema. Anda boleh menggunakan pelindung matahari mineral sebagai pelindung matahari. Diandaikan bahawa pelindung matahari mineral tidak merengsakan kulit dan oleh itu selamat untuk penghidap ekzema.
Ini adalah lima petua untuk memilih produk penjagaan kulit untuk penghidap ekzema.Sila ambil perhatian bahawa sebelum menggunakan produk ini, anda perlu melakukan ujian tampalan terlebih dahulu. Ini dilakukan untuk mengelakkan ekzema menjadi lebih teruk.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pemilik kenderaan di Malaysia mesti pernah merasai kesukaran untuk menanggalkan pelekat cukai jalan kenderaan (Vehicle Road-Tax) yang wajib ditampal pada bahagian kiri cermin hadapan kereta.
Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan bahawa pemilik kenderaan di negara ini tidak lagi wajib menampal roadtax di kenderaan masing-masing.
Mesti sis runsingkan macam mana nak tanggalkan road tax di cermin hadapan kereta, tanpa meninggalkan sebarang kesan gam? Mudah je sis, di sini Hijabista kongsikan caranya, cuma perlukan dua bahan je!
Cara mudah menanggalkan road tax dengan penggunaan dua bahan ini telah dikongsikan menerusi laman Youtube Hisham Kasim
Nak tahu apa dia dua bahan yang sis perlukan tu? Bahan pertama adalah sebarang kain yang sudah tidak digunakan lagi dan juga air panas.
1. Kain
2. Air Panas dalam bekas yang bersesuaian.
Cara untuk menanggalkan pelekat cukai jalan kenderaan juga amat mudah hanya perlu lakukan tiga langkah je sis!
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah, celup kain tadi dengan air panas yang telah disediakan terlebih dahulu.
Kemudian ambil kain yang dicelup dengan air panas tadi, tekapkan pada bahagian atas cermin hadapan kenderaan dari luar, pastikan sis tekap betul-betul di atas roadtax. Tekapan perlulah dilakukan selama satu minit, langkah ini bertujuan untuk mencairkan gam yang melekat kuat pada bahagian roadtax berkenaan.
Seterusnya, bila masa satu minit tekapan telah tamat, sis boleh mula menanggalkan roadtax tadi dari bahagian dalam dengan perlahan-lahan. Roadtax lebih mudah ditanggalkan tanpa kesan gam jika hijabi mengaplikasikan cara ini!
Sekadar info mulai 11 Februari 2023, semua pemilik kenderaan persendirian kini boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ je!
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.