Terbaru, warganet ‘digemparkan’ dengan perkongsian Dato’ Sri Siti Nurhaliza berswafo bersama bintang popular Korea Selatan, iaitu Lee Minho. Dengarnya, ramai peminat ‘cemburu’ dan ‘makan hati’!
Bintang popular Korea Selatan, Lee Minho dan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah tampil dalam konsert ulang tahun produk jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) iaitu CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International). Konsert yang diberi nama Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th itu telah berlangsung pada 1 Oktober yang lalu bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selepas berlangsungnya konsert tersebut, Dato’ Siti telah berkongsi ‘selfie’ nya bersama Lee Minho, aktor kegemaran ramai itu. Perkongsian melalui akaun instagramnya telah berjaya mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang cemburu melihat Dato’ Siti berada begitu dekat dengan ‘oppa’ pujaan mereka. Yang penting, Dato’ Siti terlihat sangat manis di dalam gambar tersebut. Sehinggakan, ramai yang memuji kecantikan Dato’Siti.
Tambahan itu, Dato’ Siti juga telah memuat naik satu lagi perkongsian mengenai ‘disebalik kejadian selfie’ tersebut. Dia menyatakan bahawa kawalan terhadap Lee Minho sebagai seorang artis antarabangsa pada konsert berkenaan memang ketat dan telah meminta kebenaran Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Antarabangsa iaitu Mr KC Hoe sebelum mengambil ‘selfie’.
“Kena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan Lee Min Ho ye dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan fotografer official, tapi bila diatas pentas saya taknak lepaskan peluang keemasan ye..berbekalkan keberanian dan hp ditangan, saya tanya Mr KC Hoe .. Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula handphone saya😬.. ( takutla bodyguard tak bagi tau!) .. Mr KC pun kata pergi ambil saja… hahahah .. dalam hati saya kata kalau bodyguard dia naik saya dah bersedia nak buka silat mat kilau .. hahahah..” katanya menerusi ruangan kepsyen.
“Apalagi peluang keemasan depan mata.. terus saya bagi hint kat Mr KCHoe, sambil senyum kat LMH ajak selfie.. Sekali dia setujula.. terus jari saya sepantas kilat tekan tak berhenti snap! Snap! Snap!hahaha… Oklaa bodyguard tak naik pentas.. Yess!! Misi berjaya..” tambahnya lagi,
Sebagai penutup untuk kapsyennya itu, Dato’ Siti telah mengucapkan terima kasih kepada Cuckoo yang memberikannya peluang keemasan itu.
“Tq @cuckoo_official beri kesempatan kepada saya untuk kongsi pentas dengan aktor kegilaan ramai dan duta Cuckoo Antarabangsa.. Tahniah untuk acara semalam ye!!”
Rakan artis turut meninggalkan komen
‘Selfie’ perkongsiannya itu telah tular dan mendapat sebanyak 288.730K kesukaan daripada peminat dari dalam dan luar negara. Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis turut meninggalkan komen.
Peminat Dato’ Siti juga terlihat sangat ‘supportive’ dan teruja dengan perkongsian tersebut. Ada juga yang berseloroh mengusik Dato’ Siti.
“Terus viral pic ni international. ramai puji Tokti lawaaaa”
“Saya ada semalam tokti. Rasa mcm konsert dah semalam. Tokti always the best”
“Kirim salam kat dia okay mak iti “
“Kalau Bodybuard Naik rampas fon tokti memang satu stadium pukoi body guard tu.”
“Berani Lee Min Hoo tolak selfie Siti Nurhaliza . Abg min ho tak kenai hakak lagi . Hmm LMH yg huntung sebenarnya boleh selfie dgn siti nurhaliza hahahaha”
“Pssstt.. tokti, mcm tu la kami sitizoners kalau teruja jumpa tokti masa event.. hehehe…. walau kak zie marah, tehtapppp selfie.. peluang tu.. ampun kak zie …”
Bak kata salah seorang peminat Dato’ Siti, begitulah jua perasaan para peminat kalau dapat ‘selfie’ dengan biduanita negara ini. Pelbagai reaksi di ruangan komen yang telah mencuit hati ramai. Yang penting, rata-rata telah memberikan komen yang positif.
Raut muka ‘baby face‘nya mampu mencairkan siapa yang memandang . Gaya penampilan bahkan menjadi ikutan. Berbicara soal kecantikan, pemilik mata bulat dan juga isteri kesayangan kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof berkongsi kisah kecantikan yang diamalkan sedari dulu. Sudah namanya wanita, Puteri Sarah tidak lari dari regim kecantikan alami. Ayuh, intip petua dan rahsia beliau cantik selalu walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata!
Bagaimanakah Sarah menjaga kecantikan kulit seharian?
Alhamdulillah, Sarah tidak mengalami sebarang masalah kulit. Rutin seharian Sarah hanyalah mencuci muka menggunakan pembersih muka dan aplikasikan pelembap sebelum memakai sebarang solekan.
Kecantikan luaran bermula daripada dalaman. Kalau dalaman kita bersih, secara tidak langsung luaran juga cantik. Jangan selalu bergantung pada solekan. Kulit muka kita juga perlu bernafas.
Kesihatan antara perkara penting yang perlu kita jaga sepanjang bulan Ramadan. Tidak dapat dinafikan sepanjang bulan Ramadan ada yang terasa badan lemah dan tidak bertenaga. Bulan Ramadan ialah bulan kita mengumpul sebanyak-banyak pahala.
Apabila kesihatan terganggu maka tentulah aktiviti ibadah juga turut terganggu. Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kesihatan bagi memastikan kita terus bertenaga bagi memastikan matlamat kita untuk menunaikan amal ibadah mencapai sasaran.
Berikut perkongsian dari Doktor Hafiz Sulaiman.
5 Perkara Penting Harus Jaga Supaya Sihat Di Bulan Ramadan
Kita nak sihat fizikal dan jiwa kita supaya kita dapat beribadah dengan lebih efisyen di bulan pulun pahala ini. Setiap tahun saya dapat berita sedih, ada sahabat kita tak mampu puasa dan solat tarawih jemaah sebab sakit.
Waktu awal puasa terutamanya, badan akan stres sebab tak biasa..tak dapat lagi bakar dan guna lemak sebagai tenaga menggantikan gula darah yang kurang. Maka kita kena bantu badan kita berfungsi lebih baik.
Pemakanan
Elakkan makan berlebihan. Makan sikit je supaya tak bebankan perut kita. Masa puasa ni kita nak ambil makanan padat nutrisi sebab lagi stres badan, lagi lah perlu nutrisi yang cukup..superfood lah macam sayur, protein, sedikit makanan karbohidrat dan pelbagaikan sayur dan buah. Minum air secukupnya..sekerap mungkin sampai air kencing jadi jernih ya. Elakkan makanan tinggi gula, makanan proses dan fastfood yang meningkatkan “kebakaran dalaman” badan kita.
Stress dan senaman
Stres emosi dan stres fizikal perlulah kita minimakan. Masa puasa ini, bila emosi tak stabil mulalah jantung berdegup kencang dan rasa senang marah je kan. Guna teknik pernafasan untuk bertenang. Elakkan join golongan toksik supaya jiwa tak stres. Elakkan buat aktiviti bawah matahari terik. Ada yang bersenam habis-habisan demi body smart masa raya tapi kena waspada ya.. Boleh pitam, heat stroke dan shock ye terutamanya awal puasa. Cukuplah bersenam regangan atau angkat berat 15-20minit sejam sebelum berbuka puasa. Masa yang lebih 30 minit tu, doalah pada Allah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan beribadah.
Aktiviti dan pergerakan
Tak molek kita tidur lepas bersahur. Bukan sahaja ia sunnah untuk menghidupkan amalan selepas subuh, tetapi juga bagus untuk kesihatan hormon badan. Hormon jaga (kortisol) ini biasanya tinggi di waktu pagi..Kalau tidur balik, mungkin huru hara jadinya kitaran jam biologi badan kita. Waktu siang memang best tidur bulan puasa..apatah lagi waktu kelaparan. Ini kerana metabolisma badan menurun untuk simpan tenaga..kita jadi mengantuk. Jadi kalau nak kurus dan detox badan masa puasa, kekallah aktif ya!
Tidur
Perkara yang sering dianggap remeh ini sangat mempengaruhi kitaran hormon dalam badan kita. Semua jenis hormon! Contohnya ramai tak tahu bersenam berat pada waktu malam berisiko mengganggu hormon tidur (melatonin) . Ini menyebabkan kita sentiasa kepenatan, toksin tidak dikumuhkan dengan sempurna serta pemulihan tisu badan jadi terganggu. Cukuplah tarawih sebagai senaman pergerakan dan rehat yang terbaik di bulan puasa ini insha Allah. Kalau nak kurus, pulun sebelum berbuka puasa ya.
Hubungan sesama insan
Bagi kebanyakan orang, hubungan yang keruh merupakan sumber utama stres dalam hidup sama ada dengan suami/isteri, majikan, ibu-bapa dan anak dan rakan-rakan. Apa kaitannya dengan kesihatan? Stres yang berpanjangan merupakan punca meningkatnya hormon stres yang mengganggu fungsi hormon-hormon yang lain. Stres emosi juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman (radikal) menjadikan badan kita sakit-sakit, fungsi badan terganggu dan penuaan menjadi cepat. Stres juga mengganggu sistem mitokondria yang menjana tenaga..maka kita jadi lesu sentiasa. Berilah sokongan kepada orang terdekat kita. Kita perlu lebih empati dan juga bekerja keras ke arah hubungan sosial yang lebih baik.
Paling penting sudah tentulah hubungan kita dengan Allah. Panjatkan doa dan mohon pertolonganNya di bulan mulia ini sesudah kita melakukan amalan-amalan di atas kerana hanya Dia yang menjadikan kita sihat.
Semoga kita mendapat keredaanNya di bulan Ramadan mubarak serta kesihatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
Setelah sekian lama, bintang pop antarabangsa, Jennifer Lopez akhirnya mengubati kerinduan peminatnya apabila kembali dengan filem terbaharu iaitu Marry Me.
Bertemakan romantik komedi, filem ini mengisahkan tentang bintang pop, Kat Valdez lakonan Jennifer Lopez yang bakal berkahwin di hadapan peminat setianya. Bagaimanapun, beberapa saat sebelum majlis itu, dia mendapat tahu bahawa tunangnya, Sebastian (Maluma) telah curang.
Sedih dengan perkara yang terjadi, Kat telah membuat suatu tindakan yang ‘gila’ apabila dia telah mengajak salah seorang penonton konsertnya, Charlie (Owen Wilson) yang langsung tidak dikenali yang juga merupakan seorang guru matematik untuk berkahwin dengannya serta-merta.
Memandangkan ramai yang mahukan pasangan pengantin baru ini berpisah, mereka harus memutuskan sama ada mahu terus kekal bersama mencari cinta sejati ataupun putus membawa haluan masing-masing.
Selepas menonton filem ini, penonton pastinya rasa terbuai dengan jalan ceritanya yang ringkas namun penuh dengan emosi. Lawak yang ditampilkan juga sangat spontan dan tidak ‘try hard’.
Selain itu, lagu-lagu yang menjadi runut bunyi filem ini juga sangat sedap untuk diperdengarkan apatah lagi ia dinyanyikan sendiri oleh J.Lo! Bukan itu sahaja, anda juga dapat menyaksikan sisi lakonan lain yang ditampilkan oleh Owen Wilson apabila karakternya kali ini lebih serius berbanding filem-filemnya terdahulu.
Mula ditayangkan hari ini di pawagam seluruh negara, anda pastinya dapat merasai bibit cinta dan elemen kekeluargaan yang ditonjolkan dalam filem ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...