Lazada Malaysia meraikan beberapa jenama dan rakan perniagaan LazMall, serta menyatakan pelaburan yang lebih kukuh semasa LazMall Gala Dinner 2022 di EQ Hotel Kuala Lumpur pasa 31 Oktober 2022.

Meskipun corak perbelanjaan pelanggan sudah kembali ke tabiat pra-pandemik, Lazada Malaysia tetap yakin 8 daripada 10 pengguna di rantau ini bakal terus membeli-belah menerusi atas talian kerana ia terbukti lebih mudah dan senang.

Lebih banyak ciri terbaru untuk memudahkan pelanggan!

Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

LazMall juga merekodkan penambahan dalam pertumbuhan pelanggan, selaras dengan peningkatan jualan pada kadar yang amat memberangsangkan iaitu 75x pada jam yang pertama berbanding hari jualan biasa semasa Jualan 9.9 baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Cipta Stail Tersendiri Dengan Gaya Selebriti, Dapatkan Koleksi Menarik Hijabista Dengan Tawaran Hebat Jualan 9.9 Lazada

“Para pelanggan kini amat mementingkan ketulenan dan nilai jenama, di samping pengalaman yang unik dan berbeza, maka di atas sebab itu kepercayaan dan kaitan relevan tampil menjadi matawang dalam ekosistem digital. Laporan Lazada Sponsored Solutions (LSS) menunjukkan bahawa 53% daripada para pelanggan di Malaysia kini mencari produk secara terus di app atau platform eDagang, berbanding pendekatan terdahulu di mana pelanggan mencari produk menerusi enjin pencarian.” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

IKLAN

Lazada Malaysia bakal memperkenalkan LazMall Priority Delivery (Penghantaran Keutamaan LazMall) iaitu pilihan penghantaran yang boleh mengurangkan masa penghantaran! Kini, barang yang anda nantikan akan cepat sampai di depan pintu.

Malah, Lazada Malaysia juga cuba perkasakan teknologi yang lebih canggih di mana pengalaman membeli belah anda akan dikuasakan oleh AR (Augmented Realiti), antaranya Virtual Try-On (ciri ‘Cuba di Alam Maya’) yang mana para pelanggan boleh mencuba produk kecantikan pada masa sebenar dengan keputusan true-to-life, lantas menjanjikan pengalaman membeli-belah yang terpadan dan ultra-realistik.

IKLAN

Baru-baru ini, ciri terbaru turut dilancarkan iaitu ‘Cuba & Beli’ (Try & Buy) yang mana para pelanggan berpeluang untuk mencuba produk saiz sampel secara percuma atau pada harga yang amat rendah, serta program Keahlian Kedai LazMall (LazMall Store Membership) yang membolehkan para pelanggan menikmati keistimewaan serta tawaran eksklusif dari kedai LazMall pilihan mereka.

Artikel berkaitan: Elak Pakaian Jadi Hapak & Melekat Dengan Virus, Mesin Basuh Dan Pencuci Main Peranan Penting

IKLAN

Semasa majlis gala makan malam tersebut, Lazada turut menghargai rakan jenama LazMall yang cemerlang dalam pelbagai kategori menerusi anugerah seperti;

  • Rakan Jenama Cemerlang Tahun Ini (Brand Partner of the Year) – L’Oreal Malaysia Anugerah Pencapaian Mengagumkan (Outstanding Achievement Award) – The Estée Lauder Companies Malaysia
  • Rakan Jenama Barangan Runcit Paling Popular (Most Popular Grocery Brand Partner) – Nestlé
  • Rakan Jenama Fesyen Paling Popular (Most Popular Fashion Brand Partner) – Nike
  • Rakan Jenama Bayi & Produk Mainan Paling Popular (Most Popular Baby & Toys Brand Partner) – The LEGO Group
  • Rakan Jenama Elektronik Paling Popular (Most Popular Electronic Brand Partner) – Xiaomi Rakan
  • Jenama Gaya Hidup Paling Popular (Most Popular Lifestyle Brand Partner) – AKEMI
  • Rakan Jenama Kesihatan & Kecantikan Paling Popular (Most Popular Health & Beauty Brand Partner) – Beiersdorf
  • Anugerah Kecemerlangan Pemasaran (Marketing Excellency Award) – Pediasure
  • Anugerah Bintang Yang Semakin Meningkat (Rising Star Award) – Prism+
  • Anugerah Jenama Tempatan Paling Popular (Most Popular Homegrown Brand Partner) – Signature Market

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI