Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM5.63 bilion.
“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin).
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.
Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).
Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40.
Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.
Jadual pembayaran seperti berikut:
Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang ramai dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.
Terdapat empat kategori penerima iaitu:
1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
Ads
4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:
Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.
RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.
Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.
Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.
Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.
Ads
SEMAKAN STATUS BPN
Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my
Kemaskini: Portal rasmi BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/
Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.
Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.
Untuk panduan menggunakan sistem BPN, anda boleh baca manual di sini.
SIAPA YANG LAYAK?
Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.
Isi rumah B40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Bujang B40
Ads
*Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah
Isi rumah M40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
*Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Bujang M40
*Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
*Had umur 21 tahun ke atas; dan
*Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
KAEDAH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.
Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:
Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
CARA MOHON BPN 2020
Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.
Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.
Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.
Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Prihatin berjumlah RM250 bilion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Siapa sahaja yang masuk dalam bidang seni pasti akan menukar nama masing-masing menjadi lebih komersial untuk lebih senang diingati dan tujuan promosi. Namun berbeza dengan ‘cikgu viral’ yang tular baru-baru ini kerana muncul dalam aplikasi muzik karaoke ‘smule’. Nur Ameera Nabila Azmi, 24 tahun, yang kekal menggunakan nama Cikgu Meera walaupun sudah bergelar penyanyi.
A post shared by Cikgu kental !!! ?? (@cikgumeera) on
Beliau yang berasal dari Kodiang Kedah ini tidak menyangka pembabitannya secara suka-suka mendapat perhatian hingga ditawarkan menjadi artis rakaman Jayy Production dan diberi peluang merakam single berjudul ‘Oh Sayangku’ karya komposer Eddie Hamid manakala liriknya ditulis oleh Nur Hakim.
Beliau yang amat mengagumi penyanyi Datuk Siti Nurhaliza bersyukur single pertamanya itu mendapat respons positif daripada para peminat selain video lirik lagu itu telah mencapai tontonan kira-kira 47,000 di YouTube.
Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa antara waktu mengajar di sekolah dan nyanyiannya, anak jati Kodiang, Kedah ini menegaskan beliau hanya bernyanyi pada waktu cuti mingguan dan tetap meletakkan kerjaya sebagai seorang guru sebagai keutamaannya.
“Saya tidak akan mengabaikan kerjaya di sekolah kerana itu merupakan cita-cita saya sejak dahulu lagi, manakala nyanyian hanyalah karier separuh masa saya untuk mengisi waktu terluang,” katanya yang menyanyi sejak usia remaja lagi.
Namun ketika itu dia perlu menyelesaikan pengajiannya dulu. Justeru ketika belajar di Maktab Perguruan di Ipoh, Jurusan Muzik menjadi pilihan utamanya, manakala minor dalam Pendidikan Persuratan dan Kesenian Melayu serta Pendidikan Jasmani.
A post shared by Cikgu kental !!! ?? (@cikgumeera) on
Beliau juga terharu dengan sokongan padu yang diberikan rakan-rakan guru termasuk guru besar serta anak-anak muridnya untuk memperkembangkan lagi bakatnya sebagai penyanyi.
Bagaimanapun kata Cikgu Meera, 24, walaupun telah bergelar penyanyi dia tidak terlintas untuk meninggalkan karier sebagai guru di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor.
Sebaliknya dia yakin dapat mengimbangkan kedua-dua kariernya itu dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsanya.
“Saya sudah bersedia menjalani kehidupan sebagai anak seni tanpa melupakan tanggungjawab sebagai pendidik dan tidak akan meninggalkan karier sekarang.
“Jika ada keseimbangan dan perancangan yang betul, Insya-Allah saya lihat tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua karier itu secara serentak,”ujarnya yang tetap menggunakan nama Cikgu Meera untuk tujuan komersial.
Bimbang jika mengundang masalah di kemudian hari, pihak produksinya juga telah meminta izin kementerian Pendidikan untuk menggunakan nama Cikgu Meera.
Bercakap lanjut mengenai Oh Sayangku, Cikgu Meera berkata, ia sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya yang juga mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Admin ucapkan semoga Cikgu Meera tak leka dengan dunia glamour sehingga lupa tanggungjawab utama mendidik anak bangsa. Sejak viral, Cikgu Meera yang comel ini juga telah mempunyai mengikut tersendiri di media sosial.
Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan berita beberapa selebriti dan juga pempengaruh medi sosial tempatan yang akhirnya memutuskan untuk tidak lagi menutup aurat dan berhijab. Malah, golongan ini tanpa segan silu memaparkan kepada khalayak umum seolah tiada rasa bersalah.
Sehingga perkara ini, tidak hanya menggusarkan para agamawan dan rakan artis yang masih lagi mencuba memperbaiki diri untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.
Lebih mengejutkan apabila, perkara ini juga berjaya meraih perhatian mereka yang bukan Islam, untuk menegur dan memberikan sudut pandang tentang tindakan konyol ini!
Baru-baru ini, menerusi sebuah muatnaik hantaran dilaman Instagram miliknya, tindakan penerbit, David Teo, yang bersuara tentang keputusan yang diambil penyanyi BBNU untuk melepas hijabnya telah menjadi sorotan netizen.
Malah, rata-rata wargamaya turut menzahirkan rasa malu apabila individu bukan Islam seperti David pula yang mengingatkan umat Islam tentang tuhan dan berharap agar wanita muda itu sedar akan kesilapan yang telah dilakukan.
“Ramai orang kejar pahala dunia, tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.
“Walaupun iman kita berbolak-balik, tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan,” tulisnya.
Menerusi hantaran itu, teguran serta nasihat yang diberikan oleh David disifatkan, sebagai teguran seorang bapa kepada anak perempuannya. Dalam masa sama, dia meminta agar orang ramai mendoakan semoga artis BBNU berkenaan menerima hidayah semula untuk kembali ke pangkal jalan.
“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalan-Nya,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata warganet menyokong tindakan David menegur dan memberikan nasihat positif berkenaan. Meskipun, dia bukan terdiri dari umat Islam atau mualaf. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet.
“Mr David Teo tegur keliru siapa muslim sebenarnya ni. Semoga Mr David mendapat hidayah Allah SWT,” komen netizen.
“Saya hormat sama awak Mr David, bukan muslim tegur orang yang sedia muslim, sedih dengan seagama sendiri, terima kasih Mr David,” tulis netizen.
“Bukan muslim tegur yang muslim, malunya ya Allah. Moga kita sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Makin ramai yang bertudung dah free hair.. Allahu.. Moga kita sempat bertaubat,” komen netizen.
Sekadar info, pada Ahad lalu, seorang penyanyi BBNU, telah mengejutkan orang ramai apabila berkongsi beberapa foto dirinya yang sudah tidak bertudung di dalam Instagram miliknya dengan warna rambut baharu seakan patung ‘Barbie’.
Sekiranya anda mempunyai kulit kombinasi, maka anda mungkin sudah mengetahui perjuangan mencari produk penjagaan kulit yang sesuai untuk anda. Memiliki kulit kombinasi harus mendapatkan produk yang berjalan lancar sehingga tidak menghilangkan kelembapan dari bahagian muka yang kering, sambil mengawal sebum di kawasan berminyak.
Walaupun pembersihan mungkin kelihatan seperti bahagian termudah dalam rutin penjagaan kulit, tetapi tidak semudah yang anda percayai. Ini kerana tidak semua pembersih berfungsi untuk semua jenis kulit – dan untuk anda, anda perlu mencari pencuci muka untuk kulit kombinasi yang sesuai dengan keperluan anda.
Kulit kombinasi TIDAK boleh menggunakan pembersih pelucut minyak. Jika anda menggunakan juga mungkin berpotensi memperburuk masalah minyak di zon-T.
Pembersih jenis apa yang berkesan? Pakar mengesyorkan pembersih penyeimbang ringan yang tidak mempunyai bahan yang terlalu keras. Beberapa jenama yang terdapat dalam senarai larangan termasuk asid salisilik, alkohol, dan benzoil peroksida semua ini terkenal kerana mengeringkan kulit anda.
Masih tidak pasti apa yang sesuai untuk anda? Lihat pembersih terbaik yang disyorkan oleh kebanyakkan pengguna yang mempunyai kulit kombinasi!
Innisfree’s Green Barley Bubble Cleanser adalah pembersih lembut yang diformulasikan dengan tiga jenis AHA semula jadi untuk menghilangkan serpihan kulit yang berkesan bagi orang yang mempunyai kulit sensitif, atau mengeringkan kulit mereka secara berlebihan. Apabila dibersihkan, pembersih menghasilkan gelembung yang kaya dan halus untuk membersihkan kulit sensitif tanpa menjengkelkannya.
Pengguna yang mempunyai kulit kombinasi sangat menyukai produk ini, setelah bersusah payah mencari pembersih yang menggunakan campuran bahan yang betul. Malah ada yang mendakwa bahawa kulit mereka lebih baik menyerap kelebihan produk penjagaan kulit lain yang mereka gunakan setelah mereka mula mencuci dengan ini.
Pembersih muka baharu bebas minyak dengan ekstrak buluh adalah langkah pertama anda untuk mencapai kulit matte yang sempurna. Tekstur gel berbuih yang menyegarkan menjadikan kulit terasa segar, tidak ketat, dan dengan kemasan matte yang bersih. Pembersih ini sangat sesuai untuk kulit kombinasi dengan jenis kulit berminyak dan diformulasikan tanpa minyak, paraben, phthalates, formaldehid, sls dan sles.
Kekuatan ekstrak buluh, bahan penyeimbangan ini sifatnya yang mengagumkan dan kemampuannya menyerap minyak, meninggalkan kulit dengan penampilan yang matte yang sihat dan rasa bersih yang melengking walaupun dengan penutup muka!
Produk terhebat ini yang mempunyai ramai peminat sejak zaman turun-menurun. Cetaphil Gentle Skin Cleanser menggunakan formulasi ringan dan tidak menjengkelkan juga menenangkan kulit ketika membersih. Hasilnya, kulit sangat lembut hingga terbukti selamat digunakan pada kulit halus bayi.
Sebab mengapa pembersih ini menjadi kegemaran pelanggan Kiehl? Diformulasikan dengan squalane, minyak biji aprikot, vitamin E dan minyak avokado, Pembersih muka ini penuh dengan bahan-bahan yang melindungi dan menghidrat kulit anda.
Sekiranya masih tidak yakin, ulasan dalam talian yang sangat positif pasti akan mengubah fikiran anda. Beberapa individu telah menggunakan pencuci muka ini selama lebih dari satu dekad, sementara yang lain mengucapkan terima kasih kerana pencuci ini mampu menyembuhkan jerawat mereka. Kulit kombinasi anda pasti akan berterima kasih kepada anda kerana menggunakan pencuci muka ini.
Sekiranya pembersih anda meninggalkan kulit anda yang ketat dan gatal setiap kali selepas mencuci, sudah tiba masanya untuk menukar kepada pilihan yang lain yang lebih lembut. Pertimbangkan krim bebas sabun KORA Organic: pembersih ini diformulasikan untuk membersihkan kulit anda dengan lembut dan teliti. Gabungan ekstrak semula jadi organik yang diperakui bekerjasama untuk melegakan kulit yang jengkel, menjadikannya mustahil sekiranya anda menginginkan sesuatu yang dapat memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh pembersih lama anda.
Membersihkan kulit dengan lembut dengan menghilangkan minyak, alat solek, kotoran, dan kotoran yang tidak diingini di permukaan wajah. Ini bukan hanya melakukan pekerjaan yang sangat baik dalam pembersihan, tetapi juga menenangkan kemerahan dan seimbang dengan pH, jadi anda dapat memastikan bahawa penggunaan harian akan menyebabkan lebih sedikit kemerahan dan mengurangkan kereaktifan kulit.
Anda juga akan menyukai tekstur krim yang kaya dengan pembersih ini, yang terasa sangat selesa sehingga anda mungkin terdorong untuk mencuci lebih kerap.
Air beras telah digunakan sebagai rawatan kecantikan tradisional selama berabad-abad, dan The Face Shop terkenal kerana menggabungkannya ke dalam pembersih terlaris mereka.
Pembersih berbuih yang mendalam untuk membersihkan kotoran yang menyumbat kulit dan mencerahkan kulit anda dengan ekstrak beras dan sabun. Oleh kerana teksturnya yang lembut, buih pembersih ini benar-benar membantu menjaga kulit sentiasa terhidrat dengan meminimumkan kelembapan yang hilang dari pembersihan.
Diperbuat daripada ekstrak herba kaya yang melarutkan kekotoran semasa bersentuhan, ini adalah satu pembersih yang tidak boleh anda lepaskan sekiranya anda menginginkan sesuatu yang dapat membersihkan dan menenangkan kulit kombinasi. Sekiranya anda salah seorang yang percaya bahawa pembersih harus melakukan lebih daripada sekadar pembersihan, anda pasti seronok mengetahui bahawa pembersih Mario Badescu dilengkapi dengan banyak faedah. Kemampuan pencuci ini untuk mengelupas dan merangsang pertumbuhan sel-sel baru dengan lembut, anda juga dapat melihat penurunan warna dan tanda-tanda penuaan yang berkurang.
Buih pembersih ultra-lembut dari LANEIG, kandungan air gula phyto yang mengisi kelembapan pada kulit menjanjikan untuk melembabkan ketika membersih wajah. Bukan itu sahaja, pembersih ini diformulasikan dengan Moisture White Dew, teknologi pencerah yang dipatenkan yang dapat memperbaiki bintik-bintik gelap dan warna kulit yang tidak sekata untuk keseluruhan warna yang lebih cerah dan halus.
Pembersih terbaik dan juga sabun untuk kulit kombinasi dari Clarins yang membersihkan lembut seperti krim. Bahan-bahan yang disasarkan pada pencuci muka ini, seperti ekstrak kelapa bekerjasama untuk mengekalkan kulit semula jadi dan menjaga keseimbangan kelembapan kulit wajah. Bilas mousse pembersih dengan air sejuk dan kulit kombinasi anda akan meningkatkan tekstur lembut yang sangat didambakan dalam masa yang singkat!
Nikmati semburan kelembapan yang menyegarkan pada kulit anda setiap kali anda membersihkan dengan Neutrogena Hydroboost Water Gel Cleanser. Pembersih gel penghidratan ini menggunakan teknologi pembersih yang dipatenkan dan Asid Hyaluronik untuk membersihkan minyak di zon-T anda, dan memberi kawasan kering hidrasi yang diperlukannya.
Pembersih berasaskan air ini pada langkah kedua rutin pembersihan dua kali anda, setelah anda menggunakan pembersih minyak untuk menghilangkan solekan kalis air yang lebih degil.
Agak mahal tetapi berbaloi, pengalaman pembersihan yang mewah, jenama penjagaan kulit Tatcha siri The Rice Polish yang terkenal kegemaran Meghan Markle.
Menenangkan untuk kulit wajah yang mungkin lebih sensitif dan merupakan pengelupasan yang diaktifkan air yang mengandungi teh hijau, beras dan algae untuk mengatasi garis-garis halus dan kedutan. Penggunaan harian boleh membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus, warna kulit yang tidak sekata, hiperpigmentasi dan jerawat. Hebat bukan!
Mempunyai kulit kombinasi bermakna anda tidak boleh langsung menggunakan bahan yang berat di zon T berminyak anda. COSRX menawarkan pilihan yang dapat menghilangkan solekan, kotoran dan minyak berlebihan tanpa menjengkelkan atau mengeringkan kulit.
Formula gel-krim gel susu mengandungi ekstrak buah betik untuk melembut, ekstrak witch hazel yang menenangkan dan allantoin melembap. Gabungan ramuan ini dijamin menjadikan wajah anda terasa halus dan berkhasiat, seolah-olah mencuci wajah dengan susu tulen!
Pembersih yang menghilangkan minyak berlebihan secara menyeluruh di zon-T sambil meninggalkan kulit anda terasa bersih dan segar hanya dengan menggunakan Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser La Roche-Posay. Pembersih gel bebas dari paraben, alkohol, dan minyak, menjaga keseimbangan pH kulit anda pada 5.5. Formula ini memastikan kulit anda bebas dari kotoran, tetapi tidak dilucutkan minyak dan penghidratan yang diperlukan.
Adalah sukar untuk salah dengan produk terlaris dari jenama Glossier. Formula gel berkrim yang seimbang pH dibuat dengan campuran lima perapi kulit sehingga wajah anda dibiarkan terasa sihat dan lembut, tetapi tidak sesekali tidak selesa.
Pembersih ini juga unik kerana ia menggunakan agen pembersih lembut yang sama yang terdapat dalam larutan kanta lekap. Ini bermaksud pembersih ini cukup kuat untuk menghilangkan kekotoran, namun cukup selamat untuk digunakan walaupun pada mata anda!
Ikuti trend penjagaan kulit jeli dengan pembersih jeli Drunk Elephant! Ia dikatakan sebagai pembersih jeli inovatif yang menghilangkan semua kesan solekan, minyak berlebihan, pencemaran, dan kotoran lain.
Mereka yang mempunyai kulit kombinasi sensitif, ia sangat baik sehingga mungkin menjadikan pembersihan sebagai salah satu langkah paling menyenangkan dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Pembersih jeli ini tidak berbuih, dan gunakan dalam rejim anda sebanyak mungkin untuk hasil maksimum!
Mula berada di pasaran sejak tahun 1990-an, dan tidak sukar untuk melihat mengapa ia sangat disukai selama ini. Sejumlah peminat setia memuji pembersih soya ini kerana dapat mencairkan solekan secara harfiah, tanpa membiarkan kulit mereka terasa kering walaupun jelas bersih. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat sensitif dan rawan jerawat yang sering timbul, yang mungkin disebabkan oleh penggunaan pembersih yang salah, anda akan dapati bahawa pembersih ini berfungsi dengan baik.
Keliru sama ada ini pelembap, atau adakah pembersih? Tidak seperti pembersih biasa, Pond’s Cold Cream Cleanser sebenarnya pelembap 50 peratus. Bermaksud pembersih Pond berfungsi seperti pelembap, memasukkan kulit anda dengan kelembapan sambil membersihkan kotoran dan solekan. Bahkan maskara kalis air dan yang diperlukan hanyalah satu produk untuk melakukan semuanya.
Daun teh hijau dalam botol itu adalah bahan utama. Pembersih unik ini adalah ekstrak teh hijau yang diperam, yang dikatakan dapat mencerahkan, menenangkan, dan menghidrat kulit anda. Penyelidikan juga mendapati bahawa ia meningkatkan tahap kelembapan kulit sambil mengurangkan sebum, menjadikannya sempurna bagi mereka yang bimbang pembersih terlalu kering atau terlalu berminyak.
Jenama dari Jepun ini salah satu kegemaran pencinta kecantikan. Bukan terkenal dengan dengan alat tulis, makanan ringan, dan perabotnya, tetapi tahukah anda bahawa mereka juga mempunyaisenarai produk kecantikan?
Pembungkusannya yang ringkas, pembersih gel dari Muji ini terkenal menyebar dengan cepat ke seluruh kulit dan menghilangkan solek dengan teliti. Apa yang menjadikannya pilihan yang baik untuk kulit kombinasi adalah bahawa ia tidak merengsakan kulit anda dan juga mengandungi bahan pelembap semula jadi seperti jus aprikot dan ekstrak daun pic.
Caudalie’s Fleur De Vigne Instant Foaming Cleanser adalah pembersih cecair semula jadi tanpa sabun 99 peratus yang berubah menjadi buih berangin yang lembut untuk pembersihan yang lembut dan berkesan. Ia diformulasikan khas untuk kulit kombinasi campuran ekstrak anggur, sage, dan chamomile sangat bagus untuk membersihkan kulit tanpa mengganggu keseimbangan kulit. Aroma manis dalam produk ini, pecinta kecantikan menyukai dengan haruman pembersih ini dan menyatakan bahawa ia sama sekali tidak menjengkelkan kulit mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.