“Saya reda apabila ditakdirkan anak saya, Sharifah Fariesha Syed Fathi,21, meninggal dunia disebabkan kejadian itu, walaupun dia satu-satunya anak yang saya ada tetapi Allah dah ambil semula,” kata Hasnida Hassan,47.
Jelasnya, anak tunggalnya seorang anak yang baik dan sangat menghormati orang tua. Jika diikutkan perancangan, arwah bakal bernikah dengan tunangnya pada Oktober tahun depan.
“Tapi semuanya Allah dah atur, dia pergi dulu buat selamanya.”
Hasnida berkata, Sharifah Fariesha bertunang dengan lelaki pilihannya pada Ogos lalu dan dia pernah menyatakan impiannya untuk kahwin dengan tema yang sangat cantik.
Ujarnya, arwah memang gemar bersolek dan sentiasa bersiap untuk kelihatan cantik kerana dia memang sukakan kecantikan.
“Ketika saya menatap wajahnya kali terakhir ketika hendak dikafankan semalam, wajahnya sangat berseri dan bersih.
“Dia memang seorang anak yang manja, malah hubungan saya dengan dia bukan saja sebagai seorang ibu dan anak, malah dia jadikan saya sebagai kawan serta tempat dia mengadu masalah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah.
Menurut Hasnida, dia dan suaminya, Syed Fathi Syed Zain, 60, cuba menghubungi telefon bimbit anak mereka beberapa kali, sejak jam 9 malam kelmarin namun tidak dijawab dan pesanan WhatsApp yang dihantar pada jam 11 malam juga tidak dibalas lalu membuatkan hatinya semakin berdebar.
“Arwah jarang tidak membalas setiap WhatApp yang dihantar menyebabkan saya meminta tunang arwah yang bekerja di Sarawak untuk membantu menghubunginya,” katanya.
Hasnida berkata, tunangnya berjaya menghubungi telefon bimbit arwah dan dimaklumkan mereka ditemui dalam keadaan “tertidur” dalam kereta di stesen minyak di Pulau Pinang dengan enjin dan penghawa dingin yang masih terpasang.
“Masa tu dah jam 1 pagi dan saya terus ke Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang dan dimaklumkan arwah anak saya sudah meninggal dunia menyebabkan seluruh badan saya seolah-olah lumpuh kerana kehilangannya,” tambahnya.
Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, keempat-empat sahabat karib, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
“Saya dimaklumkan oleh tunangnya, arwah sempat berpesan kepadanya supaya jaga diri baik-baik kalau dia tiada nanti.
“Dia sempat meminta izin dari tunangnya sehari sebelum kejadian untuk ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya sebelum tragedi itu berlaku,” ujarnya.
Jelas Hasnida, anaknya sempat mencium tangannya sebelum keluar dari rumah kelmarin sambil memberitahu sudah berjanji untuk melancong bersama tiga rakannya di Pulau Pinang sempena cuti Hari Malaysia yang lalu.
Namun, perubahan pada arwah yang boleh dilihat adalah dia kurang bercakap sejak tiga hari lalu sedangkan sebelum ini arwah memang ceria.
“Pada 20 Oktober ini hari kelahirannya yang ke-21 dan saya rasa sangat sedih kehilangan anak namun sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi.
“Saya minta semua tolong doakan roh anak saya dicucuri rahmat kerana saya dah kehilangan anak yang paling disayangi,” katanya.
Jenazah Sharifah Fariesha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Laguna, Merbok, petang semalam.
Tidur lewat kerana menyiapkan kerja yang tertangguh boleh menyebabkan anda mengantuk seharian di pejabat dan menjadi tidak fokus. Pelbagai perkara cuba anda lakukan tapi masih tidak berjaya. Nah, Hijabista cadangkan 10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
1. Ambil Snek
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk.
2. Jalan-Jalan Sebentar
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
3. Quick Nap
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
4. Berborak Dengan Kawan
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
5. Dengar Muzik
Mendengar lagu ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar lagu favourite kan.
6. Minum Air
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
7. Alihkan Pandangan Daripada PC
Menatap PC dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihat PC. Cuba lakukan perkara lain seperti berborak dengan kawan, touch up makeup atau melihat pokok yang hijau.
8. Minum Kopi
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
9. Lampu Yang Terang
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
10. Stretching
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 42 pada hari ini, penyanyi pujaan ramai iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti mengucapkan syukur dan merakamkan penghargaan buat semua yang memberikan ucapan buat dirinya.
Berharap agar dipermudahkan dalam segala cabaran yang mendatang, Tok Ti juga berdoa moga bencana banjir segera beransur pulih dan wabak covid-19 segera lenyap daripada muka bumi ini.
11 Januari 2021. Alhamdulillah & Terima kasih.
Saya berterima kasih kepada stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu saya dengan slot khas bermula pagi ini.
Jika tidak keberatan, saya mohon agar dapat diputarkan lagu Basyirah dari album #ManifestaSITI2020. Lagu yang saya lancarkan sekitar 6 bulan lalu, di mana kita bertungkus lumus menentang Covid19 serta penghargaan saya kepada frontliners serta semua yang sedang berjuang tidak kira sesiapa sahaja.
Semoga Basyirah atau khabar gembira akan mengiringi kita semua dan kita akan menang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi bantuan, bekerja membantu mangsa banjir di semua negeri yang terlibat. Kita terus berdoa agar negara kita akan dilindungi Allah dan dijauhkan musibah yang lebih teruk lagi.
Ini doa hari lahir saya. Semoga kita semua dipermudahkan dalam setiap cabaran yang Allah uji. Terus kuat!
Amin! Moga doa Tok Ti ini diperkenankan olehNya. Selamat Hari Jadi Tok Ti! Kami doakan agar urusan Tok Ti untuk bersalin cahaya mata kedua nanti dipermudahkan dan semoga terus bahagia bersama keluarga tercinta. InsyaAllah…
Menjaga anak autism bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik mereka. Anak autism memerlukan perhatian yang lebih kerana mereka lebih istimewa berbanding anak-anak normal yang lain. Sebagai ibu dan bapa yang memiliki anak autism, anda perlu tahu cara penjagaan yang betul dan bagaimana mahu mengawal emosi mereka.
Berkongsi pengalaman menjaga anak autism, Aisha Amin, seorang suri rumah dan juga merupakan seorang blogger mengakui pada peringkat awal mengetahui anaknya disahkan autism, dia seakan-akan blur dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana dia tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan ilmu tentang autism.
“Pada awalnya, ibu saya yang perasan anak saya nampak lain sedikit dan mempunyai tanda-tanda autism tetapi saya menafikan. Maklumlah, anak pertama dan tidak mempunyai banyak pengalaman. Sebenarnya, tanda-tanda itu sudah ada sejak anak saya lahir lagi. Cuma saya sahaja yang tidak sedar.
“Antara tandanya adalah dia sangat susah untuk ditenangkan dan mempunyai masalah tidur. Saya rasakan itu perkara biasa kerana saya tiada pengetahuan tentang autism. Sewaktu dia berusia setahun lebih, perangai dia yang suka berulang-ulang itu semakin teruk dan obvious. Dari situlah saya mula rasakan apa yang dikatakan ibu saya itu mungkin ada benarnya.
“Jadi, saya mula mencari fakta-fakta berkaitan autism dan bertanya kepada rakan-rakan saya. Kebetulan sahabat baik saya merupakan seorang speech therapy, jadi saya banyak bertanya kepada dia. Selepas tiga tahun, barulah anak saya disahkan autism,” jelas Aisha dengan tenang.
Menyentuh soal perasaan seusai mengetahui anaknya itu autism, Aisha mengakui dia menangis pada awalnya kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan dek kerana tiada pengetahuan tentang autism itu sendiri. Sejujurnya, Aisha sedih kerana memikirkan masa depan anaknya. Tetapi apabila dia belajar tentang autism dan mula menghantar anaknya ke sekolah khas, barulah dia sedar yang anaknya itu masih mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Cuma kita yang perlu bantu dia.
“Sebagai ibu kepada tiga orang anak, cabaran terbesar yang saya alami adalah untuk membahagikan perhatian di antara anak-anak saya. Anak sulung saya tentunya memerlukan perhatian yang lebih berbanding adik-adiknya yang lain kerana ada sesetengah perkara yang masih memerlukan tunjuk ajar daripada saya. Kadangkala saya perasan juga anak kedua saya agak cemburu dengan perhatian lebih yang saya berikan kepada abangnya. Setiap kali saya lakukan aktiviti bersama keluarga, saya akan pastikan semua mendapat perhatian yang sama rata. Itulah cabaran yang paling sukar buat saya sekarang,” tambah Aisha lagi.
Tidak dapat dinafikan, memang besar pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya. Demi menjaga anak kesayangannya, Aisha yang dulunya merupakan seorang tenaga pengajar bagi jurusan seni bina tekad untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap anak-anaknya terutama anak sulungnya itu. Pada Aisha, anaknya itu lebih memerlukan dirinya.
Nasihat Aisha kepada ibu-ibu yang memiliki anak autistik, jangan risau tentang anak itu. Setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai seorang ibu, tugas kita hanya bantu mereka untuk menonjolkan bakat diri mereka. Percaya dan yakin mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak yang lain.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...