Ketiak termasuk salah satu bahagian di tubuh yang paling aktif memproduksi peluh. Dan terkadang, rasa gatal sering muncul di area ini. Cari punya cari, rupanya rasa gatal dan iritasi pada kulit ketiak boleh dicetuskan oleh kesalahan anda ketika memakai deodoran ya.
Jangan biar masalah seperti ini berulang lagi, lebih baik pertimbangkan 5 kesalahan ini ketika menggunakan deodoran yang boleh membuat ketiak anda gatal dan jengkel!
1. Memilih Deodoran yang salah
Deodoran dibuat untuk melawan bakteria penyebab bau badan. Tapi jangan lupa, pilih produk yang mengandung anti perspirant yang diketahui mampu menutrisi kulit ketiak dan mengurangkan peluh berlebih. Jadi jangan cuma memilih deodoran dari baunya sahaja. Kerana tambahan pewangi juga alkohol, berisiko membuat ketiak anda gatal dan iritasi.
2. Salah Waktu Pemakaian
Deodoran umumnya diaplikasikan di pagi hari. Tapi sayangnya, banyak yang memakainya saat keadaan kulit ketiak masih basah setelah mandi. Padahal, memakai deodoran Ketika kulit masih basah atau lembap boleh mengurangkan effektif pemakaiannya. Jadi, pastikan untuk mengeringkan tubuh terlebih dahulu.
3. Memakai Deodoran Setelah Beraktiviti
Pernah memakai deodoran di siang hari saat peluh anda sedang banyak? Kalau pernah, baiknya jangan cuba ulang kesalahan ini. Mengaplikasikan deodoran ketika ketiak anda sudah berpeluh akan sia-sia dalam mengatasi bau badan. Aroma deodoran dan peluh yang tercampur menimbulkan bau yang kurang sedap.
Ads
4. Memakai Deodoran Setelah Bercukur
Kulit ketiak yang baru saja dicukur sangat sensitif. Mengaplikasikan deodoran setelahnya tentu akan mendorong reaksi iritasi. Mencukur ketiak yang baiknya dilakukan di malam hari. Supaya kulit punya waktu istirahat sebelum terkena deodoran.
5. Memakai Deodoran Secara Berlebihan
Semakin banyak mengaplikasikan deodoran, maka peluh akan lebih terkawal dan ketiak semakin wangi. Adakah anda berfikiran demikian? Sekiranya ya, sila ubah mind set itu. Faktanya, penggunaan deodoran spray atau roll on secara berlebihan tidak akan berkesan. Malah, hanya akan meningkatkan risiko tertinggalnya bekas noda di pakaian anda.
Itulah 5 kesalahan ketika memakai deodoran yang boleh mendorong timbulnya iritasi dan rasa gatal di kulit ketiak.
Cadangan Deodoran Untuk Atasi Masalah Iritasi
1.Nivea Black & White Clear Roll On
Ads
Pasti menyesal sekiranya pakaian kegemaran meningalkan kesan kekuningan, bukan? Produk dari Nivea ini boleh menjawab kerungsingan anda. Dilengkapi teknologi pencegah kotoran dan masks ingredients, kotoran pun tidak muncul di baju. Selain itu, produk ini juga tanpa alkohol dan pewarna sehingga selamat dikenakan tanpa iritasi. Jadi, anda boleh memakai pakaian kegemaran tanpa takut lagi!
2. Dove Ultimate Repair Antiperspirant Deodorant Roll On
Sering mencukur bulu ketiak tanpa sedar membuat ketiak menjadi gelap. Jadi anda tidak boleh mengenakan baju tanpa lengan dengan bebas. Ni, produk yang boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut! Diperkaya vitamin B3, moisturising cream, dan ekstrak biji bunga matahari membuat produk ini mampu mencerahkan kulit ketiak. Dove juga menuntut bahawa dalam waktu tiga hari kulit penggunanya dapat terlihat lebih cerah.
Walaupun packaging berbentuk tube, bukan krim yang keluar sebab produk ini adalah deodoran roll on. Dibanding packaging deodoran roll on lain, kemasan produk ini terbilang unik dan travel friendly. Sesuai sekali untuk anda penggemar produk kesihatan dengan packaging unik. Produk ini menuntut mampu mencerahkan kulit ketiak anda berkat kandungan minyak habbatus sauda.
Memiliki kulit sensitif memang sangat menyusahkan. Anda harus berhati-hati mencari produk untuk kulit, jika tidak kulit akan kemerahan dan gatal. Nah, karena itulah produk satu ini bisa menjawab permasalahan Anda. Produk ini mengandung Aloe vera yang mampu meredakan kulit kemerahan kerana iritasi. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi, pewarna, dan alkohol selamat digunakan.
Menjaga tingkat pH itu penting untuk menjaga kesihatan kulit. Tahap pH orang dewasa normalnya dari 4,2 sampai 5,6. Jadi, produk dari Sebamed ini mampu mengembalikan tingkat pH kulit anda ke tingkat normal. Selain itu, produk ini tidak mengandungi kandungan logam selamat digunakan. Sesuai sekali bagi anda yang alergi dengan kandungan logam pada deodoran.
Deodoran roll-on dari Total Image ini mengandungi bahan mineral dan garam semulajadi yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria. Tidak menghitamkan kulit, tak melekit dan berminyak. Ianya sesuai untuk kulit yang alergi. Dijamin Halal kerana bebas alkohol dan wangian, pasti tidak akan meninggalkan kesan pada pakaian anda. Jadi tak perlu risau kalau anda memakai pakaian yang berwarna putih.
Mulakan hari anda dengan sapuan deodoran segar Aromachologie Refreshing Aromatic Deodorant daripada jenama antarabangsa, L’Occitane. Diformulasikan secara semulajadi dengan minyak pati dari Provence, deodoran ini bebas dari bahan aluminium chlorohydrate.
Diekstrak daripada pati mint, pine dan rosemary, ia menawarkan perlindungan yang tahan lama. Deodoran ini mampu untuk menghalang peluh dari keluar dengan banyak. Anda akan berasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan bau badan yang kuat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bibir merupakan antara anggota badan yang bakal mempengaruhi penampilan atau make-up look seorang wanita. Jadi tak hairanlah, mengapa produk penjagaan bibir atau pemerah bibir kekal relevan dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Malah, wajah tidak akan lengkap sekiranya usai disolek tidak dioleskan gincu pada bibir. Tapi ramai diantara kaum hawa hari ini kurang cakna, bahawa beberapa tindakan ini bakal membuatkan bibir anda bertukar menjadi kusam dan lebam!
Terdapat banyak faktor dan punca yang menyebabkan kulit bibir menjadi gelap. Salah satunya adalah tabiar buruk yang sering dilakukan Hijabi tanpa sedar. Justeru, jom semak ada tak anda lakukan perkara-perkara ini? Jika ya, adalah lebih baik sis berhenti melakukanya dari sekarang sebelum keadaan bibir menjadi semakin memburuk.
Punca Bibir Bertukar Warna Menjadi ‘Gelap Dan Kusam’
1. Tabiat Menjilat Dan Menggigit Bibir Dijadikan Amalan
Kadangkala, tanpa sedar tabiat kita sendiri yang membuatkan bibir menjadi kusam. Sebagai contoh, tabiat menjilat dan menggigit bibir. Kenapa tabiat ini cenderung menjadikan bibir kusam? Ini kerana geselan yang berterusan akan membuat bibir mengalami pigmentasi hingga akhirnya membuatkan kulit bibir menjadi gelap.
Lebih buruk lagi, stigma bahawa ‘jika bibir kering, jilat bibir untuk melembapkanya’ adalah salah! Ini kerana enzim dalam air liur yang melekat pada bibir hanya akan membuatkan bibir lebih kering dan menbuatkan bibir kurang mungil.
2. Tabiat Sering Menarik Kulit Bibir Yang Kering
Haa.. Tabiat yang kedua ini, pasti ramai dikalangan hijabi yang suka ‘gatal tangan’ dan tarik kepingan-kepingan kulit kering pada bibir terutamanya di musim panas ni kan? Kadang ada yang punya ‘syok’ tarik kulit kering tu sampai bibir terluka dan berdarah.
Memang rasa puas bila dapat singkirkan kulit-kulit kering pada bibir tu. Tapi kesanya kepada bibir juga tidak akan membuatkan hijabi tersenyum gembira.
Tabiat mengelupas kulit bibir ini kesanya boleh merosakkan jaringan bibir hingga menyebabkan bibir jadi menggelap. Malah, kulit bibir kering yang terkelupas akan meninggalkan kesan luka berwarna kehitaman.
Oleh itu, jika tabiat buruk ini tidak ditinggalkan, pakailah lipstik berwarna apa sekalipun. Bibir anda pasti tidak akan kelihatan berseri dan menyerlah. Meski lipstik mampu menutup sementara kesan luka tersebut.
Jadi, jika bibir anda sudah menunjukan tanda-tanda dehidrasi, cepat-cepat oleskan lip oil atau lip balm sebelum keadaan bibir menjadi lebih teruk!
3. Kurang Minum Air
Tabiat ketiga ini sememangya tidak harus dilakukan! Kerana umum mengetahui bahawa air mempunyai pelbagai manfaat yang baik terutamanya dalam rejim kecantikan kulit, termasuk kulit bibir.
Jika anda jarang atau hanya kurang minum air, maka badan akan memberikan tindakbalas dan tidak mampu mengekalkan hidrasi dan membutakan beberapa anggota tubuh menjadi kering. Bahagia bibir yang sepatutnya sentiasa lembap dan berwarna merah muda akan menjadi kering dan berubah warna menjadi gelap.
Mesti anda tidak mahukan bibir menjadi gelap dan kusam seperti perokok tegar? Jadi, untuk mengekalkan kulit bibir yang tetap cerah merona merah, atasi tabiat buruk penyebab bibir gelap ini dengan amalan minum air secukupnya supaya badan mampu terhidrat sempurna, sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.
Selari dengan perkembangan pantas teknologi, dapat kita lihat bahawa trend solekan juga mengalami perubahan sama, malah di aplikasi sosial seperti Tik Tok dan Lemon8 ramai menjadikan tresb solekan sebagai content hingga tular dan menjadi sorotan wargamaya khususnya wanita.
Bagi sesetengah orang tujuan bersolek hanyalah untuk menutup cela pada wajah dan sekadar untuk kelihatan lebih cantik dan menambah seri pada wajah. Namun, sedarkah anda? Trend solekan juga sebenarnya merupakan penanda garis masa bagi satu-satu era.
Sehubungan itu, bagi tahun 2023 ini! Hijabista bawakan kepada anda lima gaya solekan yang bakal menjadi sorotan ramai, sekaligus popular pada tahun ini!
1. Skintellectual atau Skinmalism
Skintellectual atau skinmalism akan terus popular dan menjadi pilihan bagi mereka yang lebih suka dilihat seperti ‘Bare face’ tapi sebenarnya menggunakan make-up dengan lebih ringan dan tidak gemar bersolek tebal.
2. Make Up Stail Y2K Kembali!
Walaupun terdapat lambakan trend make-up yang sudah jauh terkehadapan, namun dijangkakan trend make up pada tahun 2000-an ini bakal kembali mengulang sejarahnya, namun lebih moden dan trendy! Solekan berkilat gemerlapan ala Y2K dijangka akan terus diminati sepanjang tahun ini.
Ini demikian kerana, Gen-Z nampaknya belum puas untuk bereksperimen dengan idea solekan ini yang dilihat sangat funky dan sweet persis gaya ‘Barbie Doll’. Nak buat macam mana kan? Wanita dan Barbie berpisah tiada!
Bukan setakat solekan yang hanya berkilat gemerlapan seperti Y2K dijangka akan menjadi trend, lebih advaced lagi adalah solekan yang menggunakan warna-warna ‘bold’ tetapi di tambah dengan ‘bedazzled & bejewelled’ yang bakal memukau dan menaikkan lagi seri di wajah, terutamanya untuk menghadiri majlis-majlis makan malam bertemakan ‘glamorous night’.
Bukan setakat batu kristal dan mutiara bermacam-macam warna akan menghiasi wajah khususnya pada bahagian mata, namun solekan ini juga akan disuai padan dengan aksesori berlian berkilauan yang sesuai tau!
4. Eyeliner Lebih ‘Advanced’
Penggaris mata (Eyeliner) dan pembayang mata (eyeshadow) amat sukar untuk dipisahkan sejak ianya menjadi trend dan dijangka akan terus meneraju trend solekan mata. Ini demikian kerana, penggunaan eyeliner adalah cara yang paling mudah untuk menonjolkan bahagian mata seseorang!
Malah, penggunaan eyeliner ini mampu mengubah bentuk mata seseorang mengikut bentuk mata yang diidamkan seperti mata bundar, mata besar, mata sepet, mata daring, mata sexy dan sebagainya.
5. Gincu ‘Glossy & Bright!’
Bagi solekan bibir pula, Hijabista menjagkakan bahawa gincu bibir dalam kemasan satin serta olesan pengilat bibir akan menjadi satu fenomena.
Selepas bertahun-tahun ‘dihantui’ trend gincu kusam kering dan matte, bibir dengan kemasan glos yang memberikan kesan mungil pada bibir bakal menjadi pilihan wanita-wanita di seluruh dunia untuk melengkapkan solekan di wajah mereka! Pasti ramai Hijabi di luar sana yang mendambakan bibir penuh seperti Kylie Jenner, justeru glos adalah jalan penyelesaian pantas dan mudah untuk dimiliki!
Setelah seminggu kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, barulah bersedia untuk mendedahkan wajah sebenar di media sosial. Anak kedua ini juga merupakan adik kepada kanak-kanak yang diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Posting terbaru dimuat turun oleh ibunya, Siti Safuraa memperkenalkan secara rasmi adik Sophea ini yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Baby Amira yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat di Karolinska Universitetssjukhusef Huddinge dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Sebaik muat turut posting dengan gambar Amiraa, bayi dan ibunya dihujani ucapan tahniah dari follower di laman instagram. Ramai menyampaikan salam kepada baby Amiraa dan juga kakaknya Sophea yang terlebih dahulu mencetus viral.
Sebelum ini kelahiran Sophea mencetus viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia hasil cinta istikharah dua benua, antara ibunya yang berasal dari Terengganu, Malaysia dan bapanya yang merupakan warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sopheaa memang menjadi perhatian di seluruh dunia kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis, setiap kali di muat turut foto melalui laman instagram milik ibunya yang kini berjumlah 212K.
Pencipta kandungan digital (makanan) terkenal dari Lubnan, Abir El Saghir baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dirinya sudah pun bergelar seorang isteri.Abir berkongi momen-momen...