Muka berjerawat menjadi salah satu faktor yang menyebabkan seseorang individu itu hilang keyakinan diri dan malu untuk keluar rumah. Tidak mustahil ada yang sanggup berhabis duit mendapatkan rawatan wajah semata-mata mahu kelihatan cantik.
Gadis ini dulu mempunyai masalah kulit muka yang teruk akibat parut jerawat yang memang susah nak hilang.
Tetapi, sekarang mukanya sudah flawless habis! Hanya dengan menggunakan bahan-bahan alami non chemical yang dibuat sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air putih
Ads
Cara-caranya:
1. Ambil sedikit asam jawa mengikut sukatan yang anda mahukan. Kemudian tambah air putih.
2. Kacau hingga sebati. Pastikan ia tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Ads
3. Kemudian, ambil bedak sejuk dan campurkan ke dalam pes asam jawa tadi. Sekiranya terlalu pekat, anda boleh tambah sedikit air.
6. Sapukan pada tempat yang berparut. Sekiranya anda nak sapu pada seluruh muka pun boleh juga. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air. Sebaiknya, lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Menurut wanita yang bernama Sarah ini, sudah lima tahun dia mengamalkan petua ini sejak remaja lagi dan akan lakukannya pada setiap malam. Dalam masa seminggu, insya-Allah parut akan semakin pudar. Selamat mencuba!
Bercakap mengenai K-Beauty dengan individu yang baru mengenali kosmetik Korea, pasti sering tertanya apa yang menjadikan penjagaan kulit Korea berbeza dengan penjagaan kulit Barat dan mengapa anda harus mempertimbangkan produk Korea dalam rejim kecantikan anda.
Jawapan klasik, variasi yang jauh lebih besar di setiap titik harga, cara yang tidak terbatas untuk menyesuaikan rutin penjagaan kulit anda dengan nilai yang luar biasa. Kini lebih banyak jenama Barat mengambil petunjuk dari K-Beauty, jurang tertentu mula mengecil. Jadi mengapa melihat jenama Korea daripada jenama Barat?
Secara peribadi, anda harus menggunakan produk yang paling sesuai untuk kulit, dan jika melihat produk Korea, cari produk yang setara yang tidak dapat anda temui di pasaran Barat. Seperti pelindung matahari wajah yang cantik ketika menyatu dengan kosmetik. Atau konsep penjagaan kulit Korea yang paling jelas yang ekstrim diperkatakan sekarang penjagaan kulit hanbang.
Memandangkan penekanan di seluruh dunia terhadap kesihatan sejak beberapa tahun sebelumnya, adalah bijak bahawa gelombang penjagaan kulit K-Beauty seterusnya berkaitan dengan ‘hanbang’.
‘Hanbang’ adalah ubat tradisional Korea, yang merangkumi penggunaan ubat herba yang luas untuk merawat penyakit dan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Walaupun pada awalnya dipengaruhi oleh perubatan tradisional Korea, ‘hanbang’ telah berkembang di selama berabad-abad. Mempunyai bahan khas dan kaedah penyediaan yang unik. Ramuan dan kaedah penyediaan itu juga dapat meningkatkan kosmetik untuk merawat dan mengekalkan kesihatan kulit.
Esen dan ampul ubat disuntik dengan komponen yang tidak konvensional seperti lendir siput. Rejimen 10 langkah yang teliti dan liang dan kulit “glass”. Rutin keajaiban lebih dari sekadar beberapa kecenderungan penjagaan kulit.
Faktor yang paling penting dalam penjagaan kulit ‘hanbang’ adalah kesan fitokimia,” kata pakar. Merujuk kepada kesan pelbagai sebatian semula jadi yang terdapat pada tanaman yang digunakan. “Bahan ‘hanbang’ berbeza-beza; semuanya mengandungi polifenol, antioksidan berkesan dan agen anti-karsinogenik yang mengubah radikal bebas menjadi bahan yang tidak berbahaya dan membantu menyuburkan kulit yang sihat dan awet muda. Produk penjagaan kulit ‘hanbang’ memaksimumkan kesan dalam setiap agen fitokimia dan menyuburkan kulit agar cantik dan sihat. ”
Memaksimumkan kesan sebatian tumbuhan ini sangat penting untuk memahami penjagaan kulit ‘hanbang’. Banyak produk K-Beauty mengandungi ramuan herba seperti ekstrak ginseng, halia, licorice, dan honeysuckle, tetapi tidak semua produk tersebut adalah hanbang.
Campuran khusus mungkin sangat penting kerana interaksi antara pelbagai ekstrak herba. Gabungan khusus dapat memaksimumkan kesan setiap ramuan dan meningkatkan manfaat keseluruhan pada kulit. Merupakan strategi pemasaran, tetapi demi klasifikasi dan definisi, ideanya formulasi ‘hanbang’ memfokuskan pada campuran khas pelbagai ramuan yang sering diilhamkan secara tradisional.
Kualiti lain yang dapat membezakan penjagaan kulit ‘hanbang’ dari penjagaan kulit yang mengandungi ramuan herba adalah kegunaan herba komplek. Jenama ‘hanbang’ membuat persediaan untuk menyediakan ramuan mereka menggunakan kaedah penuaan atau penapaian tradisional.
Tetapi bagaimana anda akan tahu jika produk yang anda gemari menggunakan resipi herba tradisional atau kaedah penyediaannya?
Biasanya, sangat mudah diketahui, promosi jenama produk melalui bahan pemasaran mereka akan memberitahu anda! Rumusan tradisional yang rumit dan kaedah penyediaan yang panjang dan terperinci boleh jadi produk tersebut mahal. Kualiti ‘hanbang’ tersebut cenderung menonjol dalam pemasaran jenama atau produk hanbang kerana proses produk itu sendiri.
“Kesan penjagaan kulit hanbang berbeza-beza bergantung pada unsur fitokimia dalam setiap produk,” kata pakar. Sama seperti setiap rutin penjagaan kulit yang lain, kesan produk penjagaan kulit hanbang juga akan berbeza-beza bergantung pada keperluan, tujuan dan kepekaan kulit anda.
Sebagai salah satu pelembap terlaris Sulwhasoo, krim ini menjanjikan untuk memulihkan dan meremajakan kulit, tanpa mengira usia seseorang. Senarai ramuan yang penuh dengan ekstrak tumbuhan yang mempunyai sifat antioksidan. Ini termasuk kepekatan akar Panas ginseng yang tinggi, komponen anti-radang yang sangat baik, bersama dengan ekstrak teh hijau yang mempunyai polifenol, bahan aktif untuk mengurangkan keradangan dan meningkatkan penghalang pelindung kulit anda.
Terdapat juga akar mulberry, yang mengandungi arbutin untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi. Krim ini hanya meleleh ke kulit anda, memberikan kilauan lembut dan berkhasiat pada kulit yang letih.
History of Whoo adalah barisan penjagaan kulit yang sangat fokus pada hanbang. Bichup Ja Saeng adalah salah satu produk yang paling popular yang mesti diberikan oleh jenama untuk memberi manfaat anti-penuaan. Sesuai digunakan pada waktu malam, esensi kaya dan hampir lengket dirumuskan dengan kompleks Gongjinbidan khas Whoo. Dibuat dengan tanduk rusa, akar angelica, ceri cornelian, kulit akar acanthopanax, thyme liar dan akar asparagus, ini adalah produk untuk meningkatkan pembaikan kerana meningkatkan kelembutan kulit anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kurang lebih satu minggu lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan yang mulia iaitu Ramadan Al-Mubarak, tidak terkecuali muslimin dan muslimat di Malaysia.
Bila masuk bulan puasa ni, macam biasa satu perkara yang sering menjadi kerunsingan adalah menentukan tempat untuk berbuka puasa samada secara berseorangan, bersama pasangan, rakan-rakan mahupun keluarga tercinta.
Ini kerana, ketika iftar inilah masa yang terbaik untuk mengeratkan ukhwah sesama manusia sambil menikmati pelbagai juadah yang menarik untuk santapan nafsu setelah seharian menjalani ibadah puasa.
Menariknya, bagi Ramadan kali ini Pavillion Bukit Jalil dengan kolaborasi bersama rangkaian restoran makanan dan minuman di sana, bakal menawarkan pelbagai juadah serta promosi Iftar sepanjang bulan Ramadan nanti!
Terdapat pelbagai juadah berbuka puasa yang boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil ini, dari hidangan berat seperti nasi dan lauk pauk, hinggalah kepada pelbagai pencuci mulut yang pastinya memenuhi citarasa Hijabi sekalian.
Antara restoran yang turut sama mengadakan promosi Iftar pada Ramadan nanti adalah Restoran Grandmama’s – Flavours of Malaysia, D’Laksa, Two Cents Hot Wings, Go Coconuts, Perfect Ice dan banyak lagi.
Selain itu, sekiranya Hijabi kehabisan barang dapur untuk menyediakan juadah sahur, sis boleh membeli belah barangan keperluan di The Food Merchant iaitu sebuah pasaraya yang menawarkan barangan kering dan basah dengan kualiti yang premium.
Barangan runcit, di The Food Merchant semuanya segar-segar belaka dan terjamin memberikan khasiat yang menyeluruh untuk anda dan keluarga menjalani ibadah puasa kelak.
Dah tau, port mana nak lepak untuk berbuka puasa nanti kan? Pastikan Pavilion Bukit Jalil ada dalam wishlist hijabi untuk dikunjungi pada Ramadan nanti!
Bukan mimpi tapi kulit wajah fresh dan glowing sepanjang hari memang mampu dimiliki, bonus mekap pun ‘on-point’ dengan skincare COSMODERM Hyaluronic Acid terbaharu ni.
Sis perasan tak, kulit wajah kita makin struggle dengan masalah kering dan tak sekata seawal usia 18 tahun? Makin usia meningkat dewasa, kulit yang kurang hidrasi akan menyebabkan muka nampak kusam dan tak glowing.
Tambah pula dengan faktor cuaca panas, penghawa dingin, kurang minum air atau jadual yang padat sampai lupa rutin skincare... itulah penyebab kulit rasa tight, garis-garis halus makin jelas dan mekap pun tak tahan lama.
Mujurlah kini ada COSMODERM Hyaluronic Acid. Diformulasi khas untuk mereka yang mengutamakan kesihatan kulit namun inginkan rutin mudah dan produk tak complicated,skincare ini sesuai untuk semua. Ia pilihan terbaik untuk pelajar universiti sehinggalah working hijabi yang perlukan solusi self-care yang ringkas tapi berkesan.
Hyaluronic Acid
Ada apa dengan ramuan hyaluronic acid? Sebenarnya, ia sangat berkesan untuk menyimpan air dalam kulit sehingga 1,000 kali ganda. Maksudnya bila kulit cukup lembap, ia secara automatik akan jadi lebih anjal, kurang berkedut, tak kusam dan lebih glowing. Itu sebabnya hidrasi adalah kunci untuk kulit sihat, especially bagi kita yang berhijab sepanjang hari.
Kalau nak dapatkan wajah ‘dewy glass skin’, produk COSMODERM juga diperkaya dengan Natural Moisturising Factor (NMF) iaitu kombinasi asid amino dan sodium PCA yang mampu meresap jauh ke lapisan kulit dan menguatkan rintangan pelembap kulit.
Kedua-dua gabungan ramuan dalam COSMODERM Hyaluronic Acid ini fokus 100% pada hidrasi. Formulanya ringan, telah diuji selamat oleh pakar dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Harga pun berpatutan sis, especially untuk yang masih belajar atau baru kerja. Ia adalah produk skincare lokal yang sebaris standard antarabangsa.
Kalau baru nak mula jaga kulit atau tengah cari rutin yang boleh kekal konsisten, try 3-steps routine ini:
Gentle Cleanser (Pagi & Malam)
Mulakan dengan pencuci yang tak mengeringkan kulit. Formulasinya lembut tapi cukup efektif untuk menyingkirkan peluh, minyak dan kotoran muka. Rasa fresh dengan bau yang menenangkan.
Essential Hydrating Serum
Ini dia hero utama dalam rutin ni. Serum ni ringan, cepat meresap dan buat kulit rasa kenyal dengan serta-merta. Wajib ada dalam koleksi, especially kalau kulit jenis cepat kering. Sis pakai pagi & malam, confirm rasa kulit hydrated all day.
All-Day Hydrating Moisturiser
Langkah terakhir yang paling penting. Moisturiser ni tak melekit, tak greasy dan mudah dioles sebelum keluar rumah. Mekap pun tak bercapuk. Plus, nak solat pun tak rasa berat atau tebal sangat untuk dibersihkan.
Selain formulasi yang sesuai untuk semua, COSMODERM juga dermatologically tested, jadi tak perlu risau tentang iritasi atau breakout. Kalau sis jenis suka follow beauty trends, aktif scroll skincare tips kat TikTok dan IG, produk ni memang tengah trending. Banyak beauty influencer pun dah review dan bagi thumbs-up.
Baru-baru ni COSMODERM ada buat event yang cukup meriah. Ada sesi hands-on, beauty talk dan ramai yang try terus jatuh cinta dengan produk ni. Banyak feedback positif especially yang kulit kering dan tak sekata sebelum ni, tapi sekarang dah nampak lebih glowing dan sihat. Kalau sis terlepas event tu, jangan risau, COSMODERM akan kembali lagi dengan event dan aktiviti menarik, so make sure follow mereka untuk update terkini.
Tak perlu berbelanja besar untuk skincare rutin 10 langkah pun, cukup dengan 3 produk ni pun kulit sis akan fresh dan glowing sepanjang hari.
Sis nak mula misi kulit lembap dan glowing hari ni? Boleh layari link www.cosmoderm.com.my atau beli Cosmoderm Hyaluronic Acid Hydrating All Set harga istimewa di Shopee ini:
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.