Sewaktu bercuti di negara orang, pasti banyak memori indah yang tersimpan di kotak minda dan terpahat di hati. Begitulah yang dirasakan oleh Shafinaz Roshaizad,apabila mendapat peluang untuk menerokai pelbagai negara dan tempat pada usia yang muda.
Jika hendak disenaraikan tentu panjang sekali namun antara yang berada di ingatannya ialah United Kingdom, Indonesia, Thailand, Australia, Hong Kong, Ireland, Poland, Brussels dan Dubai.
Jelas gadis ini, sememangnya semua tempat yang telah dijelajahi menyeronokkan tetapi ada satu negara yang menjadi kesukaannya. “Yang paling saya suka sekali ialah negara Poland. Seronok dan best skali rasanya apabila dapat bermain ski di situ ketika musim salju. Memang menjadi antara momen kegemaran dan kenangan terindah percutian saya.
“Namun,ada juga kejadian yang tidak disangka berlaku. Adik saya jatuh hingga berdarah ketika bermain. Ambulans bergegas ke tempat kejadian dan dia terpaksa berkerusi roda sepanjang percutian kami di sana. Ia seperti kelakar tetapi juga menakutkan,” tambahnya.
POLAND DESTINASI PILIHAN
“Kebiasaanya sewaktu bercuti, saya dan rakan ataupun keluarga tidak menggunakan perkhidmatan mana-mana agensi pelancongan. Kami memilih untuk merancang sendiri percutian kami kerana lebih selesa dengan cara begitu,” jelas hijabi yang berusia 24 tahun ini ketika ditanya bagaimana dia merancang percutiannya.
Ads
Tidak sah sesuatu percutian itu jika tidak dilengkapi dengan aktiviti membeli-belah yang sememangnya sinonim dengan diri seorang perempuan. Sekali lagi, negara Poland turut menjadi destinasi pilihannya untuk membeli-belah.
“Saya suka membeli-belah di Poland kerana harganya yang sangat murah. Memang rambang mata untuk membeli di situ. Semua pusat membeli-belah di situ juga besar dan cantik sekali. Ianya boleh dikatakan sebagai lokasi shopping heaven!’’ tutur gadis dari Ampang ini.
Ketika ditanya mengenai pencarian makanan halal sebagai santapan sewaktu melancong, Shafinaz atau mesra dipanggil Finaz ini menjelaskan bahawa perkara itu tidaklah sukar dan tidak menjadi masalah untuknya.
TEMUI BANYAK INSAN BAIK SEWAKTU BERCUTI
Ads
“Tidak susah untuk mencari atau mendapatkan makanan halal ketika bercuti di luar negara tetapi ada kalanya ada hari yang kita akan masak sendiri. Ataupun untuk lebih mudah, kita akan makan makanan segera yang dibawa dari rumah seperti yang selalu dilakukan oleh orang lain juga.
“Sepanjang pengalaman saya melancong di luar negara, Alhamdulillah saya selalu berjumpa dengan orang dan masyarakat yang baik. Semua yang saya jumpa sangat mesra dan selalu memberi pertolongan tatkala kita memerlukannya.
“Kebanyakkan daripada mereka memang suka membantu orang luar. Pemandu-pemandu yang membawa kami berjalan-jalan sewaktu bercuti juga sangat bagus kerana pandai carikan tempat yang menarik dan membawa kami ke lokasi yang murah untuk membeli-belah dan makan,” tambahnya lagi.
Ads
Bercerita mengenai fesyen yang digayakan, dia akan sentiasa membawa pakaian lebih kerana risau jika apa-apa berlaku. Shafinaz akan memadankan segala aksesori dengan pakaian serta kasut sebelum memasukkannya ke dalam beg.
“Tetapi yang paling penting saya akan memastikannya selesa supaya mood saya tidak terganggu tatkala bercuti nanti,” jelasnya.
Selain itu, ketika melancong, gadis ini sering membelikan rantai kunci ataupun magnet peti sejuk sebagai kenangan buat kenalannya. Walaupun kedengaran seperti perkara biasa, namun sebolehnya dia akan mencari rekaan yang paling menarik dan unik kerana setiap negara yang dijelajahi pasti ada keistimewaan rekaan mereka yang tersendiri.
Berazam untuk ke Santorini selepas ini kerana terpukau dengan keindahan tempat tersebut, Shafinaz juga menyifatkan percutian ini bukan sekadar mengisi waktu lapang tetapi juga sebagai momen indah bersama keluarga dan sahabat handai.
“Bahagian paling menarik sewaktu bercuti semestinya kerana kita dapat berkumpul bersama-sama keluarga atau kawan sambil menerokai tempat-tempat yang belum pernah kita pergi. Walaupun ianya boleh jadi mencabar, namun pengalaman itu sangat berharga dan menyeronokkan!
“Nasihat Shafinaz kepada semua yang ingin melancong, sebagai seorang gadis kita perlulah sentiasa berhati-hati dan pandai menjaga diri kerana perempuan ini selalu menjadi sasaran untuk diganggu. Pakailah pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan diri kita. Tak salah untuk bergaya kerana kita boleh menggayakannya dengan stail yang tersendiri asalkan kita tahu batas-batasnya,” katanya sebelum menutup perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Rozita Che Wan antara selebriti yang paling bijak bergaya. Tak kiralah sewaktu hadiri majlis rasmi, santai ataupun pergi bercuti. Kita boleh lihat penampilannya ‘top to toe’ lengkap sekali dan dia juga bijak mengambil gambar selfie. Sebelum bergelar pelakon, Che Ta adalah seorang model. Dia juga antara selebriti yang sering menggayakan baju pengantin daripada pereka terkenal antaranya Man Kajang. Jadi apabila sekali lagi Che Ta memperaga ‘dress’ pengantin untuk koleksi pereka Minaz sempena Bridal Show, fotonya sekali lagi jadi tumpuan ramai. Lengkap dengan veil dan bunga tangan, gaya Che Ta tak ubah seperti patung Barbie Doll.
Foto dimuat turun di laman Instagramnya ini mendapat komen cukup positif dari netizen. Ramai memuji kecantikan Che Ta dan nampak begitu kena sekali baju berkenaan diperaga Che Ta.Bukan itu sahaja, ada juga usikan nakal dari netizen yang menyuruh Che Ta bersanding lagi dan menggayakan baju ini nanti sempena ulang tahun perkahwinan.
Che Ta juga dikatakan awet muda seperti usia 30-an dengan menggayakan busana pengntin cukup indah ini. Dengan tubuh langsing begitu, pastinya membuatkan ramai yang cemburu bagaimana ibu anak 3 ini menjaga penampilannya hingga boleh menyarung dres indah ini.
Admin percaya siapa yang sudah berkahwin pasti akan rasa macam nak naik pelamin balik melihat gaya pengantin Muslimah digayakan Che Ta.
KOMEN NETIZEN:
@thats_siti Barbie doll mai dah
@noraidah_ismayel Cantik sgt la che ta ni..bila pkai baju gown wedding ni mcm barbie doll..
Berinspirasikan keindahan dan kesabaran yang rumit di sebalik ukiran kayu Melayu, koleksi raya dUCk membawakan konsep Sabar pada hari raya ini.
Setiap koleksi raya dUCk mempunyai ceriteranya tersendiri, berbeza dengan koleksi tahun ini bukan sahaja memupuk sifat mulia dalam diri seseorang malah dUCk memperkenalkan koleksi terbesar, The Heritage dUCk yang diinspirasikan daripada ilustrasi indah dan halus motif ukiran kayu Melayu.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Koleksi lengkap bergaya bersama keluarga
Koleksi ini menampilkan tudung, beg, aksesori, wangian serta baju raya sedia pakai untuk dewasa dan kanak-kanak! Tepat pada masanya untuk menyambut Raya dengan penuh gaya bersama.
Dengan hiasan ukiran kayu di tengah-tengah reka bentuk, anda akan mendapati setiap bahagian adalah sangat peribadi, seperti perhatian dan kerja tangan yang teliti yang dimasukkan ke dalam ukiran setiap kepingan kayu.
“Sejak dua tahun kebelakangan ini, kami menyambut Aidilfitri secara jarak jauh, dan berjauhan dengan orang tersayang sememangnya mencabar bagi kebanyakan dari kita. Dari perjalanan jauh untuk berjumpa keluarga, memasak juadah bersama-sama dan memohon kemaafan dalam keluarga, hari raya ini kita berpeluang untuk mengimbau detik-detik terindah Raya bersama keluarga tersayang. Dan inilah masa yang seperti segala-galanya dinantikan yang baik dalam hidup kita,” kongsi Jacky Hussein, Pengarah Kreatif The dUCk Group.
Selendang diperbuat daripada sutera satin berkualiti tinggi dan didatangkan dengan pesona duo gantung
Topeng Muka Heritage dUCk menyelitkan tradisi sesuai untuk ke mana-mana majlis.
“Tahun ini, The dUCk Group ingin memberi inspirasi kepada nilai kesabaran kerana ia telah mengajar untuk menjadi tabah dari segi rohani dan ia mendorong untuk mengingatkan satu sama lain untuk terus beramal. Tertarik dengan keindahan warisan ukiran kayu Melayu, daripada lengkungan halus hingga motif ukiran, dUCk sangat teruja kerana dapat menghidupkan seni ini melalui koleksi terbaharu raya,” tambah Jacky.
Rekaan mengambil kira kemudahan dan kepraktisan, telekung yang mempunyai poket sisi untuk menyimpan barang berharga serta dibawa sahaja dengan mudah dengan bag yang kecil.
Koleksi Heritage dUCk pertama kali diilhamkan oleh penpengaruh Asma Nasa apabila melawat Pak Osman, seorang pakar seni ukiran kayu di Terengganu. Beliau berkongsi petikan yang bermakna dengan D tentang kepentingan kesabaran dalam ukiran kayu. Kesabaran benar-benar merupakan nilai murni bagi mereka yang ingin melihat karya seni mereka yang indah dihidupkan, dan di situlah The Heritage dUCk dengan motif ukiran kayunya dalam koleksi Aidilfitri ini.
Setiap beg dihiasi dengan loket emas mawar daripada siluet dUCk yang terkenal, dengan kerumitan ukiran kayu digambarkan di sekeliling, mewakili gabungan yang lama dan baharu.
Lebih-lebih lagi, ukiran kayu juga merupakan warisan abadi yang telah dipelihara dalam warisan yang kita sehingga hari ini, koleksi ini merangkumi tentang kegembiraan dan penghargaan tradisi, warisan dan budaya kita melalui perayaan yang cukup gemilang ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bila mendengar sahaja status ‘Jutawan’ pasti hijabi terbayangkan figura lelaki atau wanita yang berpakaian serba mewah dan memperagakan jenama mewah dari kepala hingga ke kaki. Malah, apa sahaja barangan yang digayakan oleh Jutawan pasti menjadi sorotan dan meraih perhatian.
Namun, lain pula kisah yang didedahkan oleh hijabi jutawan seorang ini, iaitu cik Epal yang juga pengasas kepada produk kecantikan wanita ‘Makaji’ dan ‘Fair Fit’.
Dek kerana status Jutawan yang dimilikinya, ramai menyangka bahawa apa saja yang diperagakan oleh Cik Epal ini pastinya berjenama dan mahal harganya.
Cik Epal Selamba, Pakai Tudung ‘Marhaen’ RM 6 Melaram Di Milan!
Tetapi, perkongsian yang dilakukan Cik Epal menerusi hantaran Instagram miliknya baru-baru ini yang mendedahkan bahawa dia hanya memakai tudung bawal RM6 yang dibeli di Shoppee sahaja ketika berkunjung ke Milan, Itali telah mengejutkan wargamaya!
“Today pakai tudung RM6. Dah share link tudung 6 ringgit dekat IG story,” dedahnya di media sosial.
Meski kehidupan dilimpahi dengan kekayaan dan murah wang ringgit, namun hijabi jutawan ini bersikap ‘selamba’ dan tidak kisah menyarung dan menggayakan tudung marhaen ketika berkunjunh ke luar negara.
Malah, apa sahaja yanh diperagakan oleh Cik Epal secara automatik akan terlihat mewah dan mahal jika anda pandai mengayakanya bersesuaian dengan tempat dan acara. Paling penting, bila dah cantik perlulah ada rasa yakin terhadap penampilan diri sendiri!
Sekadar info, kunjungan Cik Epal dan keluarga ke Milan bukan sekadar untuk bercuti tapi juga sebagai tanda sokongan kepada suami tercinta yang menyertai pertandingan membuat pizza di sana.
Menariknya! Daripada 50 pasukan yang bertanding, suami Cik Epal iaitu Jofliam berjaya menduduki tempat keempat! Sebelum ini pizza buatan Jofliam atau lebih dikenali Pizza Wagyu menjadi bualan ramai kerana keenakannya.
Hijabista menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaan suami kepada Cik Epal yang telah berjaya membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa!
Memiliki raut wajah persis 'barbie' bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir...