Mati itu pasti dan setiap individu pasti akan merasai kematian. Setiap amalan anda di dunia akan dihisab oleh Allah Taala, tidak kira sama ada amalan yang baik ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan pahala meskipun anda sudah pergi menghadap Ilahi. Malah, dengan lakukan 6 cara ini, pahala anda tetap akan mengalir jika ia bermanfaat untuk semua orang.
Ads
TIada istilah sudah terlewat kerana realitinya, kita masih belum terlambat. Moga inisiatif kita diambil kira Allah SWT. Mudah-mudahan.
Ads
Ads
1. Terlibat dalam pembinaan masjid. Tentunya pahala anda akan berganda-ganda.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital-hospital. Apabila orang sakit menggunakannya, kita juga akan mendapat pahala.
3. Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid pasti anda mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca mahupun diselak helaiannya.
4. Apabila air diminum dari water cooler dan dapat menghilangkan dahaga orang ramai, anda juga turut mendapat pahalanya.
5. Menanam pokok untuk orang berteduh dari panas terik dan hujan lebat, serta juga tempat berteduh haiwan, anda akan mendapat ganjaran pahala.
6. Dan yang paling mudah tolong sebarkan perkara ini, pasti anda akan mendapat pahala dengan mudah.
Memiliki kulit yang sihat dan cerah secara semulajadi merupakan idaman setiap gadis. Ini kerana, kulit yang sihat pastinya bebas dari masalah-masalah yang merunsingkan seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan tidak bermaya.
Sehubungan itu, rawatan yang tepat dan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten amat diperlukan. Malah, untuk memiliki kulit yang cantik, Hijabi perlu mempunyai rutin asas penjagaan kulit yang baik.
Ini demikian kerana, ia adalah kunci kepada kulit yang segar dan sihat tetapi, untuk mengekalkanya anda perlu melindungi kulit dengan pelindung matahari yang sesuai dengan kulit anda.
Apa?! Masih bingung tak tahu produk mana yang sesuai dan selamat untuk membersih dan melindungi kulit dari terik matahari yang boleh memusnahkan kesihatan kulit anda? Hijabista mengesyorkan hijabi mencuba rangkaian rutin asas penjagaan kulit dari Haneul!
Haneul Brightening Cleanser mengandungi ekstrak White Blossom yang kaya dengan Antioksidan serta Niacinamide yang membantu mencerahkan kulit.
Ia menawarkan pembersihan kulit yang menyeluruh dan lembut pada wajah. Sabun pembersih yang berkrim dan berbuih gebu telah diformulasi menggunakan bahan-bahan pencerah semulajadi. Sekaligus membantu mencerahkan kulit hijabi, satu tona lebih cerah dengan setiap penggunaan Haneul Brightening Cleanser.
Selain itu, ia juga mengandungi formula yang tidak mengeringkan kulit serta memberi pengalaman pembersihan yang muktamad dan amat sesuai diguna pakai sebagai pembersih kedua selepas hijabi menanggalkan solekan.
Setelah membersihkan wajah secara optima, Hijabi WAJIB menggunakan pelindung matahari (Sunscreen) terutamanya ketika anda menjalani aktiviti-aktiviti harian di luar rumah (Outdoor).
Hijabista mencadangkan agar hijabi memilih Haneul Brightening Sunscreen kerana pelindung matahari ini dilengkapi dengan SPF 50 PA+++ sekaligus berfungsi sebagai pelembap. Lebih menarik lagi, ianya meresap terus kedalam kulit wajah tanpa meninggalkan kesan putih dan bercapuk.
Tambahan pula, ia bakal membuatkan kulit hijabi satu tona lebih cerah dengan formula pelindung matahari hibrid yang mengandungi kedua-dua jenis penapis matahari (mineral dan kimia).
Mempunyai Ekstrak White Blossom memberikan manfaat Antioksida dan pencerah. Niacinamide dan Betaine pula mencerah sambil melindungi kelembapan, agar kulit kekal hidrat dan bertindak sebagai agen kawalan minyak.
Justeru, Haneul Brightening Range perlu menjadi rutin asas serta pelopor kecantikan kulit yang memenuhi keperluan anda! Serta memberikan pengalaman kulit pembersihan kulit yang amat lembut dan dalam masa sama membantu mencerahkan kulit.
Lebih wow lagi, kedua-dua produk dari Haneul Brightening Range mengandungi 8 bahan ‘superstar’ ni tau! Antaranya adalah, Centella Asiatica dan Daun Camellia Sinensis yang diekstrak dari Teh Hijau bertujuan untuk menenangkan (Soothing) kulit wajah anda.
Manakala, Bunga Camellia Japonica dan Thymus serpillum yang lebih dikenali sebagai Wild Thyme akan membantu mencerahkan kulit.
Selain itu, ia turut mengandungu Morus Alba yang diekstrak daripada akar Mulberi. Pyrus Malus diekstrak daripada epal, Tricholoma Matsutake yang diekstrak daripada cendawan dan Oxalis Triangularis diekstrak daripada Cengkih Ungu sebagai agen antioksida.
Haa.. Sekarang dah tau kan produk apa yang sesuai untuk hijabi guna ketika melakukan rutin asas harian anda? Jangan tunggu lagi, segera dapatkan Haneul Brightening Range sekarang! Anda boleh layari laman sesawang rasmi Haneul atau dapatkanya di media sosial Instagram, Tik Tok serta laman beli belah atas talian Shopee. Pada 9.9 kita mempunyai pelbagai diskaun dan RM9 OFF voucher.
Dalam 13 hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan suci Ramadan Kareem yang diikutkan jatuh pada tanggal 23 Mac 2023. Sudah tentu ramai ingin bersiap sedia mulai awal bulan lagi untuk mengganti puasa yang tertinggal sebelum ini.
Bila bakal menjelang bulan Ramadan, pasti ramai yang risau jika diri tidak kuat untuk menahan nafsu dan tenaga untuk menghadapi puasa. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga punyai masalah untuk kekal bertenaga pada bulan suci itu.
Diikutkan lagi, ramai yang punyai tip mereka tersendiri untuk mengekalkan tenaga ketika berpuasa. Jadi ayuh kita lihat beberapa cara yang senang anda ikuti untuk kekal bertenaga walaupun berpuasa!
Ramai dalam kalangan kita yang selalu menghadapi masalah kurang minum air ketika berpuasa. Mungkin anda boleh cuba minum satu gelas air mengikut panduan masa di bawah:
Untuk mereka yang ganti puasa pada bulan ini bolehlah tukar masa berikut mengikut citarasa dan cara anda sendiri. Siapa tahu dengan ini anda akan lebih berdisiplin untuk kekal hidrasi meski pun berpuasa.
Kenapa kena kurangkan garam? Ini kerana tindak balas badan kepada garam akan membuatkan tubuh badan cepat dehidrasi dan berlakunya masalah kehilangan air yang cepat.
Maka, badan akan menjadi cepat lesu, letih sehinggakan tiada langsung tenaga untuk bercakap. Jadi kurangkan apa-apa makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi ya sis.
Ada dalam kalangan kita yang tidak mahu berpisah dari minum kafein seperti teh dan kopi. Sebenarnya, kafein punyai sifat diuretic yang tinggi, ia merangsang pembentukan air kencing dan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dari badan.
Jadi, badan anda akan dehidrasi dan mula tidak bertenaga sepanjang berpuasa. Mulalah nanti mengantuk, kulit kering, pening kepala dan sebagainya, maka elakkan dari minum minuman kafein.
Untuk menghadapi kehidupan berpuasa anda harus sahur tidak kira apa pun. Ini kerana ia penting untuk bantu anda menambahkan tenaga sewaktu berpuasa dan pastikan badan kekal cergas sentiasa!
Bagi mereka yang malas dan tak tahu untuk ambil makanan atau minuman apa ketika sahur, bolehlah ambil satu paket minuman bertenaga MILO untuk pastikan anda kekal bertenaga!
Minuman bertenaga MILO ini juga menjadi pilihan yang bagus untuk anda yang inginkan minuman berkhasiat dan mudah di bancuh sewaktu sahur. Park Seo-Joon turut gemari minuman coklat ini kerana dapat mengekalkan tenaga berpanjangan.
“Saya juga selalu minum MILO awal pagi untuk berikan tenaga yang berpanjangan untuk lakukan rutin harian.”- Adriana Adnan
“Saya gemar minum MILO ais dan ada juga minum MILO 3in1 sebelum tidur.”- Yaya Zahir.
PERINGATAN! Pastikan anda jaga diri dan kesihatan dalam melakukan ibadah berpuasa. Jangan pula untuk ganti puasa kerana tak lama lagi dah hampir tiba untuk bulan Ramadan.
Mungkin ramai di antara kita berasa takut untuk bangun pada waktu tengah malam namun tahukah anda pada detik inilah kita disunatkan untuk bangkit dari tidur bagi melakukan solat tahajud. Abaikan segala kisah seram yang telah kita dengar sebaliknya fokuslah niat untuk mendapat keredhaan daripada Tuhan Yang Esa.
Buat mereka yang baru hendak memulakan rutin ini, jangan putus asa. Walaupun kadang kala badan terasa penat untuk bangun namun percayalah segalanya pasti akan membuahkan hasil. Berkongsi di laman sosialnya, Puan Adi Sakinah Omar atau lebih dikenali sebagai Kina Omar yang merupakan seorang usahawan agensi pelancongan yang berjaya ini memberikan tip mudah buat mereka yang mahu berjinak-jinak mengerjakan solat sunat ini.
Malam ni sebelum tidur, izinkan kina share sikit tips cara kina bangun tahajud. Mungkin tak semua orang senang nak bangun 3am-4am, jadi boleh baca beberapa tips ni ya. Senang sahaja.. Mudah-mudahan perkongsian ni berguna bagi mereka yang berazam nak bangun tahajud setiap malam~ . 1. Waktu untuk solat tahajud ialah selepas azan isyak sehingga sebelum azan subuh. Syaratnya mestilah dah tidur/tertidur pada waktu isyak. Tidur 5min sahaja pun dah dikira tidur. . 2. Biasanya selepas solat isyak, kina akan tertidur kejap. Nanti dalam pukul 10PM atau 11PM kina akan terjaga, terus solat tahajud. Ya, paling afdhal untuk tahajud ialah 3-4AM, tapi kalau awal pun takpa, asalkan solat.
. 3. Ada hari2 yg terasa letih nak tidur malam lama terus, set alarm 10-15minit sebelum azan subuh, sempat je nak solat tahajud time ni. . 4. Kalau ibu2 yang menyusukan baby lagi senang, time baby minta susu tengah2 malam, lepas ibu bagi susu, terus boleh bangun solat tahajud. . 5. Yang paling penting sekali mestilah niat. Sebelum tidur niat dulu malam ni aku nak bangun tahajud lepastu set alarm. Kalau boleh tidur awal. Insya Allah, Allah akan permudahkan. Kalau Allah bangunkan kita tengah malam tu, percayalah anda golongan bertuah. Kalau dah terjaga terus bangkit utk solat, jangan layan nafsu tidur pula. . Siapa yg ada tips lain boleh kongsikan di bawah? ♥
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.