Alhamdulillah penantian penyanyi nombor negara, Datuk Siti Nurhaliza selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata berakhir. Beliau mengesahkan dirinya hamil 4 bulan dalam satu majlis kesyukuran di rumahnya Jumaat lalu. Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Siti yang selama ini memang menanti kehadiran seorang anak sebagai penyeri rumah tangga.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Berita kehamilan beliau memang ditunggu-tunggu peminatnya di seluruh negara. Walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan Siti tetap berusaha untuk hamil dan dua tahun lepas beliau telah mengalami keguguran.
Dan tahun ini Allah telah mengurniakan ‘anugerah agung’ pada Siti dan suami. Berita ini disampai kepada media dalam suasana cukup santai. Dalam majlis itu juga terserlah ‘baby bump’ Siti yang kelihatannya cukup comel. Wajah Siti juga berseri-seri tatkala mengumumkan perkembangan terkininya itu.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan dan salah satunya menggunakan kaedah IVF. Beliau menggunakan kaedah itu sebanyak 3 kali sebelum disahkan hamil.
Tidak dinafikan, soal anak cukup sensitif pada sesetengah orang terutama bagi yang sudah lama kahwin tetapi belum dikurniakan anak. Perasaan sedih akan cepat datang lebih-lebih lagi melihat teman-teman lain sudah ada anak. Walaupun rezeki itu datangnya pada Allah tetapi sebagai insan biasa kita akan berusaha untuk menimang cahaya mata.
Seperti juga pengalaman wanita ini, Eswati Azni Jaafar yang menanti hampir 8 tahun sebelum dikurniakan anak, Iman Rifqi yang kini berusia 8 tahun. Dia juga mencuba bukan satu tetapi 15 ikhtiar untuk hamil dan akhirnya penantikan itu telah berakhir apabila disahkan hamil.
Ikuti perkongsiannya yang ditulis dalam blognya modernmumthingy.com. semoga boleh dijadikan paduan buat pasangan yang sudah lama kahwin tetapi masih menanti kehadiran zuriat. Lama atau sekejap rezeki itu datangnya dari Allan dan kita hanya mampu berusaha dan terus berdoa.
Mana mana pasangan yang dah berkahwin tu opkos lah nak dapat anak kan! Kalau yang tak nak tu memang pelik, especially yang beragama islam. Anak tu lah penyambung zuriat kita. Tapi, tak semua orang bernasib baik. Ada orang bunting pelamin terus… rezeki.. namanya.
Aku? heheh.. 8 tahun baru dapat Iman rifqi ni. walaupun sebelum tu pernah mengandung luar rahim pada tahun ke 5. So entri aku ni.niat nak share pada sapa sapa yang masih berusaha nak dapatkan zuriat tu, ini lah antara ikhtiar dapatkan zuriat yang aku and husband lakukan sepanjang tahun 2002-2008.
15 ikhtiar dapatkan zuriat or mungkin lebih sebenarnya.. (tak ingat hahaha)
1. Jumpa pakar sakit puan
First and foremost, selepas 2 tahun dah kahwin tu. Korang jumpalah dengan Dr pakar sakit puan. Kadang dr. ni pun akan cakap pada kita “masih awal lagi, jangan risau.” Tetapi kita cuma takut, kalau ada penyakit lain yang akan menghalang kita dapat zuriat. So pls insist dr buat check up sebelum kita tambah stress nak dapat anak. Penyakit orang perempuan ni pelik2.. ada yg cyst, fibroid, endomiosis, pcos and lain lain lagi lah. korang google tau.. panjang kalau nak cerita.
For my case, rupanya aku ada masalah endometriosis dan juga retroverted uterus. Penyakit endometriosis tu pulak dah membentuk spider web dan menyempitkan salur faloppian. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal endometriosis ni korang boleh baca dekat link yang letak kat bawah ni.
For record, 2 kali kena buat laporoscapy disebabkan serangan endometriosis. Aku jumpa 3 orang Dr. pakar sakit puan dari tahun 2002 -2008. Dr Idris dari hospital Pantai, Dr Hamid Arshad dan Dr Micheal Samy dari Gleaneagle.
Sometimes you need 2nd or 3rd opinion kan, tu yang jumpa banyak dr. dan mencari dr yang terbaik dah sesuai dengan kita. FUh… bab duit… hurmmmm… tak payah cerita lah. Macam macam ikhtiar kami buat. Segala supplement kita orang amik., selain dari aku, dr juga mengesyorkan asben aku sendiri ambik vitamen E dan spemen untuk meningkkatkan lagi kualiti sperma.
Ads
See.. bukan perempuan sahaja yang kena berusaha.. It takes 2 to tanggo.. eh.. kena tak peribahasa tu kat sini? heheh
Walaupun adik beradik aku cakap aku banyak duit sebab tak ada anak.. tapi derang tak nampak pula kos aku nak p berubat ni kan… huhuh
Selain usaha moden, kami juga pergi berurut. tapi asben and Wife yer.. bukan sorang sorang jer. So mana sahaja orang suggest p urut kami pergi kalau berkesempatan selagi tak bertentangan dengan agama kita. Ada juga tempat yang berulang kali kami pergi. Tapi kalau tanya balik tempat tempat aku p urut tu hahah.. memang tak ingat dah weh… no semua dah hilang. Pointnya kalau rasa dapat info tempat orang boleh p urut.. p lah ikhtiarkan juga.
3. HSG
Perubatan moden pun aku tetap buat, HSG ni rasanya dekat 3 kali kut buat. Agak sakit tapi sikit jer…urmm.. ada jugak yang sakit senak ya amat, sbb byk kali sangat buat sampai lupa.. tapi bergantung pada tahap sumbat orang kut hahaha… so since aku ni dah ada kes endometriosis yang menyebabkan spider web kat dalam tu, so fallopian pun mungkin menyempit. Maka dr pun suggest buat HSG ni sebelum buat IUI. Harapnya korang paham lah dalam bahasa Inggeris kat bawah nih. Takut salah translate medical term ni. But basically dye akan dimasukkan ke dalam rahim wanita sampalah ke fallopian tiub, untuk membuka ruang.
“The HSG test is a radiology procedure usually done in the radiology department of a hospital or outpatient radiology facility. Radiographic contrast (dye) is injected into the uterine cavity through the vagina and cervix.”
4. IUI
IUI ni pun rasanya lebih 4 kali kami buat. Sekali buat dekat RM800 kut. itu 10 tahun yang dulu. Sekarang tak pasti lah berapa yer. IUI ni dimana sperm laki di keluarkan dan dibersihkan, kemudian akan di injek kedalam rahim wanita dan sedekat mungkin dengan kawasan ovari yang mengeluarkan telur. Sebelum buat treatment ni kita kena amik pil subur terlebih dahulu. Supaya dapat meransang pengeluaran telur. heheh mmg banyak yang keluar. Setengah orang dapat anak kembar tau.
Selepas buat treatment ni, rasanya kena baring untuk beberapa jam untuk elakkan sperm laki keluar dari rahim wanita. Owh sebelum buat treatment ni, kalau jumpa dengan prof hamid arshad juga suruh suami ambil Vitamin E dan kalau tak silap speman juga.
Tahun 2005 yg aku concieve selepas balik mekah tu selepas buat IUI lah. Malangnya luar rahim huhuhu. Tapi aku teruskan Ikhtiar dapatkan zuriat
5. Perubatan tradisional – makan telur kampung & air kunyit
Selain dari berurut. aduh… beberapa usaha kami lalui, termasuklah melalui pemakanan. Makcik tersebut juga telah mengurut beberapa kali dan aku perlu minum air kunyit yang dia buat tu dengan memijak ibu jari yang sebelah. so kaki kanan pijak kaki kiri kut..
Asben pulak heheh kena makan telur ayam kampung mentah mentah … uwekkk… sib baik dia yang makan .. haha bukan aku.. confirm muntah ruah . Paling tak tahan, we all masa tu travel ke bali, tapi kena lah bawak telur ayam kampung yang dah dibaca doa tu. Org lain makan telur yag hotel bg, kami siap bawak telur dalm tupperware .. mau tak pelik.
Ads
6. Perubatan tradisional – air nenas + gula batu
Yang ni pula, kami kena cari nenas .. tapi bukan sebarang nenas.. lupa dah.. nama nenas ni. dan juga bawa gula batu bersama. Pakcik tu baca doa dan dia juga campurkan kedua ramuan ni dan akhirnya di blend dan hasilnya dalam bentuk jus.
So sebaik aku minum jus ni. Sewaktu period, keluar ketul ketul darah yang banyaaak sangat. tak tahu mari mana hahaha…. wallhualam. But positive side, mungkin di dalam rahim terdapat sisa sisa period yang tidak keluar habis. Seingat aku yang ini aku berubat di Manong Kuala kangsar
7. Pil buah mengkudu
Pil mengkudu agak terkenal pada masa ini. Rasanya tahun 2002. Aku ingat sbb masa tu tinggal di rumah lama di keramat. Bila amalkan pil mengkudu ni seingat aku sampai demam dan badan sampai bergetar. Seterusnya terus buang air besar sehingga keluar air kehitaman sahaja. Sori agak “gross” hahahha…
tapi bagi aku , ini juga salah satu cara pembuangan toksik kut. sbb aku ni tak jaga makan … kuat makan makanan yang acidic.
8. Buah zuriat
Haa.. yang ni memang cuba jugak. Seksa betul nak pecahkan buah ni… dan sampai sekarang tak pasti betul ke tak cara yang we all lakukkan . Yang ni mungkin ramai yang tahu. Kalau pergi mekah tu, tu korang pesan pesan lah org beli kat sana.Nama pun buah zuriatkan.. so inilah antara Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat
9. Baca buku birth hypnoteraphy
Haa.. yang ni interesting. aku jumpa satu buku yang sangat menarik. Rasanya buku tu aku beli dari amazon.com. alahai.. sayang pulak mana aku letak buku ni. tapi intipati buku ni, menceritakan teknik hypnotheraphy untuk membayangkan kita juga melalui fasa dari sperm masuk ke dalam rahim, persenyawaan, implantation dan terbentuknya janin
sehinggalah kita bayangkan kita bersalin dan menyusakan bayi tersebut. Bagi aku, ini macam psikologi orang bela anak angkat lah. hormon wanita ni haywire kadang kadang tu. So dia membentuk naluri keibuan dari dalam diri kita.
kalau google korang cari lah keyword seperti “Hypnotherapy for Fertility atau Hypnotheraphy to concieve”
10. Menjaga anak saudara beberapa hari.
Kebetulan kakak aku baru melahirkan anak. Sama kes jugak lambat dapat anak, rasanya selepas 12 tahun kawin, barulah dia dapat si balkhis nih. So aku siap amik cuti seminggu sebab nak jaga balkish ni, heheh to be frank mmg aku gelabah memula tu.. siyes gelabah. maknya pergi kerja macam biasa so tinggalah aku ni jaga budak nih.
Kenapa buat macam ni? Sebab aku takut aku ni kurang naluri keibuan. Aku nak bayangkan aku juga punya anak nnt. Hehehhe ni rasanya lepas baca buku hypnotheraphy tu lah… tak cukup rasa visualisation sahaja.. nak real experience jugakkan. Rasa lah camna dia lapar, dia nagis, dia berak. Rasanya masa tu balkis umur 6 bulan. kut… hurm dah besar dah dia skrg. BFF iman lagi.
11. Darul syifa Bangi
Selain dari berjumpa dengan ustaz yang pelik2 (huuuhu..macam2 claim hebat, terbanglah duit weh).. huhuuh… kami pergi juga berubat di darul syifa di bangi tu. hurmm.. camna nak mula yer?. kemungkinan aku ni ada ganguan saka juga yang memang dia kat rahim tu… setiap kali berlaku persenyawaan, katanya benda tu akan makan. Masa muda muda dulu, hehhehe badan aku ni selalu macam ada gigitan atau lebam lebam…
So selain ambil air penawar, kami kena cari akar pokok kayu ara yang berjuntai tu. kemudian disimpulkan dan diletakkan di bawah katil. Itu semua ustaz kat darul syifa yang buat, sambil dia menyulam adalah bacaaan doa dia. Dan of course lah kami dibekalkan dengan doa doa syifa yang kena amalkan setiap kali lepas sembahyang.
Ads
12. Urut kaki – refleksologi
Setiap kali balik melaka, kami akan p urut satu tempat chinese ni. Nama dia Peter. Pertama kali aku buat, haaaa… balik rumah terus muntah putih. bila kita cakap kita tengah berusaha untuk dapatkan anak tudiaaa..dia memang tekan dekat area tumit kita yakni bahagian rahim or production wanita. Memang badan jadi sedap. Korang p jelah mana mana tempat yang korang rasa selesa nak buat reflesologi ni. hehhe sampai sekarang aku still amalkan.
13. Accupunture
haaa.. ini pun aku try tau. Aku pergi 2 tempat secara serius. 1 di kelana jaya. 1 lagi dengan master tole di area KL. Acupunture yang kami buat ni juga dengan mengalirkan tenaga elektrik yang rendah . korang boleh refer dekat sini http://www.thetole.org/
harga .. heheh boleh tahan … tapi berbaloi… cubalah mana tahu serasi. Walaupun aku tak terus pregnant masa tu , tapi ilmu lain yang aku dapat. hurmm.. ramai budak autism yang buat treatment disitu dan kata nya kebanyakkan anak doktor. Kemungkinan terlebih folik asid. hehe bukan aku cakap.. dia yg cakap yer
14. Pergi Umrah
Tahun 2005, we all decide p Umrah… nak rasa dekat nak berdoa dengan yang SATU tu di bumi barakah. segala tempat yang orang kata doa makbul tu kami pergi. Masa pergi umrah tu, sebenarnya aku belajar 1 benda yang paling penting. Hal dunia ni memang hilang masa tu. Hal opis lansung tak ingat. So kat sana tu lah belajar stress free. Kalau tak asyik stress pikir kerja jer. Stress ni mmg tak bagus korang. Badan akan jadi lemah, akan release kan radikal bebas. Betullah stress ni bawak penyakit.
Balik dari umrah aku mmg tak stress dah, pergi bulan 5 rasanya kalau tak silap dan bulan 9 pada tahun yang sama aku ngandung. tapi malangnya kandungan luar rahim . So terpaksa lah buang janin tersebut huhuhu .. sedey ya amat.. but……. positive sign yang aku ni boleh concieve.
15. Tabib Cina Phang Oo lang
We all tahu pasal Phang oo lang ni, dari opismate sebenarnya. Wife dia yang kerja di sirim cakap, ada opismate dia dia sirim tu dah 10 tahun tak dpt anak, dan.. berjaya selepas ambil herbs dari Phang oo lang ni. So, kami terus pergi dan berjumpa dengan dia sendiri. Funny thing, dia adalah orang India sejati tapi bercakap chinese, dan bila cakap bahasa melayu pun seperti orang cina yang melayu. Phang OO lang ni di kepala batas pulau pinang.
Again… husband and wife kenalah jumpa sama. So for my case, cyst lah puncanya dan banyak angin. Husband pulak disebakan selalu terkena migraine yang agak kuat menyebabkan badan selalu berangin dan agak acidic. siap kena check kencing dulu and lain lain jugak. mcm dr plak hehhe.
Alhamdulillah tak sampai abis 1 botol pada 2 jul 2008.. tarikh besday husband tu.. aku postive !
Nak dapat anak ni atau Ikhtiar dapatkan zuriat ni.. kena dua dua pihak sama sama berubat yer.. kalau ikut our experience memang lah ‘sakit’ dan ‘ sedih’ sangat waktu tu. Rasa macam dipinggirkan, rasa tak normal… rasa kita ni ALLAH tak sayang… tapi bila dah lalui semua ni.. yakinlah ALLAH tu maha mengetahui yang lebih baik untuk kita kan. On top of semua ikhtiar ni mmg kami x putus doa. Syukur sangat dapat asben yang sangat sabar.
Lupa nak cakap, ada beberapa supplement yang kami ambik macam Biodex lah, flaxseed, milk thistle, EPO, Vitex, neem, madu tak sah habaq lah.. macam macam. korang google jer herbs for fertility dan boleh dapatkan di farmasi.
Bersyukur sangat dapat anak walaupun sorang, umor pun dah 43 rasa macam takder harapan nak dapat lagi hahaha..
Harapnya perkongsian ni dapat membantu kawan kawan yang senasib, Jangan Give up okay. Dan teruskan berdoa! Jangan putus asa dalan Ikhtiar dapatkan zuriat.
Majalah Remaja sekali lagi berkolaborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mencungkil personaliti remaja berpotensi menerusi pencarian Dewi Remaja 2019. Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif.
Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu. Selepas sesi ujibakat yang mengambil tempat pada awal September lalu, 20 orang finalis telahpun disenarai pendek oleh pihak juri dan penganjur.
Bukan mudah untuk memilih daripada hampir 600 peserta yang mencuba nasib. Ia bergantung kepada kriteria utama seperti latar belakang, pengetahuan, cara pembawakan diri, personaliti dan pakej lengkap yang ada pada diri peserta.
Jom sistur kita ‘dekati’ Finalis TOP 20 Dewi Remaja 2019
SYAMIRA IZZATI
22 tahun. Merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
“Namun jika saya terpilih menyertai Dewi Remaja itu tidak bermakna saya akan melupakan hasrat untuk menyambung pengajian. Pada saya, pelajaran itu amat penting. Kerana dengan adanya ilmu, barulah hidup kita akan dipandu. At the end, knowledge is the one that will help to guide and guard us,”ungkap Syamira.
Tambah Syamira lagi dia tidak terfikir akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
FARHA NABILA
Berusia 24 tahun. Merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College. Gadis ini ingin mengambil peluang dan menjadikan Dewi Remaja sebagai satu platform untuk menimba pengalaman baru.
“Saya ingin membuktikan kepada mereka-mereka yang memandang rendah pada saya yang saya boleh berjaya. Dan secara tidak langsung, menjadi inspirasi kepada remaja-remaja wanita di luar sana.
“Saya harap dapat asah bakat dalam bidang seni dan juga dapat mempelajari sesuatu yang baru apabila menyertai Dewi Remaja. Walaupun saya seorang graduan diploma pembantu perubatan, namun saya tidak meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut, malahan, saya bekerjase sebagai seorang pramugari,”ujar Farha.
Ujar Farha, macam-macam pengalaman yang telah dilaluinya dalam bidang ini, dipuji, dimarahi penumpang, dan kadang-kadang tidak tidur tiga hari. Kenangan manis pun banyak, dapat bercuti ke pelbagai jenis lokasi dan negara.
“Tapi yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila saya mempunyai ‘layover’ di Lahore, dan cuaca di sana sangat sejuk. Saya tidak bawa baju sejuk untuk berjalan di sana namun ‘set crew’ ingin ke Kashmir sedangkan kawasan itu sudah dilitupi salji tebal.
“Saya pakai baju sampai lima lapis. Perjalanan dari Lahore ke Kashmir mengambil masa 8 jam dengan kereta. Namun kami tidak dapat ke tempat tinggal kami di Kashmir kerana jalan dilitupi salji tebal dan kereta tidak dapat melalui jalan tersebut. Kami terpaksa berjalan kaki menaiki kaki bukit.
“Sebaik kami sampai, tempat tinggal kami tiada elektrik, maksudnya tiada heater. Kami tidur di atas katil, berhimpit bayangkan enam orang perempuan kerana inginkan haba. Kami juga buat teh dan merebus air menggunakan unggun api. Tapi, kami tetap enjoy. Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa,”cerita Farha.
Jika ditakdirkan menjuarai Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui bahawa dia akan menjadikan peluang ini untuk memperbaiki diri di samping mencari peluang baru dalam bidang seni. Gadis ini juga berazam untuk ingin menjadi ikon yang positif kepada anak muda selain bercita-cita untuk membantu golongan yang memerlukan jika ada rezeki yang lebih,”akhiri Farha.
AINA SHUADA FAIZAL
Berusia 22 tahun. Baru menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan pengurusan hartanah. Menyertai Dewi Remaja atas dorongan ibunya.
“Ibu percaya dengan keyakinan dalam diri saya dalam bidang ini. Sebenarnya dulu lepas SPM saya nak sertai Dewi Remaja tetapi ibu tidak memberi sokongan. Namun kini ibu yang menyokong saya untuk menyertai Dewi Remaja,”ujar Aina.
Akui Aina ketika sesi uji bakat, stage yang agak mencabar bagi dirinya ialah ketika dia perlu melakonkan watak bisu selain perlu menjawab tentang isu semasa. Katanya dia perlu menjawab dengan tenang dan matang. Keyakinan diri perlu tinggi.
“Saya bercita-cita untuk bekerja sebagai eksekutif valuer di syarikat penilaian hartanah. In Sha Allah, jika saya menjadi juara Dewi Remaja 2019, saya harap saya akan jadi sumber inspirasi remaja-remaja di luar sana tentang kehidupan sewaktu belajar serta menggapai kerjaya dalam bidang yang kita impikan.
“Dalam masa yang sama juga, saya ingin menaik taraf wanita berhijab. Saya ingin buktikan wanita berhijab tidak mustahil untuk mara ke depan memakai mahkota Dewi Remaja,”akhiri Aina.
SYAZA AZRA
Berusia 19 tahun. Masih menuntut di bawah fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi. Bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang guaman.
“Jujur saya tidak pernah terfikir untuk sertau Dewi Remaja sebelum ini sebab belum ada keyakinan. Tapi tahun ini saya mencabar diri untuk mencuba nasib sebab sebelum ini saya ada visi untuk menceburkan diri dalam industri hiburan. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mencapai sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang, In Sha Allah.
“Bagi saya apabila saya sudah terlibat dengan industri ini, kita akan dapat lebih banyak peluang untuk cuba benda baru dan juga peluang untuk upgrade diri dalam mencapai cita-cita,”jelas Azra.
Gadis ini juga menanam harapan untuk memecah rekod sebagi hijabi pertama memenangi Dewi Remaja dan mengubah stigma masyarakat tentang Dewi Remaja.
“Saya selalu baca komen-komen negatif netizen yang mengatakan Dewi Remaja ini hanyalah untuk mencari mereka yang mempunyai rupa, seksi, tiada latar belakang pendidikan yang tinggi dan sebagainya. Saya memang bercita-cita tinggi untuk melakukan perubahan terhadap pandangan mereka melalui diri saya.
“Selain itu, harapan saya ialah melalui Dewi Remaja, saya dapat menempa nama dalam industri hiburan dan meluaskan lagi langkah dan pengalaman dan membina bisnes yang akan mendapat nama dan perhatian di mata dunia di samping menaikkan nama negara di persada antarabangsa, In Sha Allah. And also my aim is to be a powerful woman one day,”jelas gadis yang bercita-cita untuk menjadi peguam selain menjadi seorang entrepreneur yang berjaya.
Tatkala ditanya jika dia terpilih sebagai juara Dewi Remaja 2019, ini jawapannya.
“Sekiranya ada rezeki saya terpilih dan menjuarai Dewi Remaja 2019, saya akan buktikan yang angan-angan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Orang yang berjaya adalah orang yang bermula dengan angan-angan. And at the same time sudah tentu saya dikira sebagai seorang influencer.
“Oleh itu, saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang influencer dengan betul dan menggalakkan orang ramai dengan perkara-perkara yang berfaedah. Saya juga berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan. Tentang hadiah kemenangan pula, saya berazam untuk membawa ibu bapa saya berjalan-jalan dengan wang kemenangan yang dimenangi,” akhiri Azra.
SHAHIRAH SAZALI
Berusia 21 tahun, gadis ini merupakan Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga bekas atlet lompat tinggi Sukan Malaysia (SUKMA). Istimewanya tentang gadis ini ialah dia merupakan pemandu Grab sepenuh masa.
“Saya mula menjadi pemandu Grab pada April tahun ini. Saya mendapat sokongan penuh daripada ayah saya untuk menjadi pemandu Grab. Tujuan utama saya menjadi pemandu Grab sepenuh masa ialah demi untuk mencari pendapatan dan pengalaman. Saya berasal daripada keluarga yang sederhana jadi saya perlu berusaha untuk membantu meringankan beban keluarga sayam”ujar Shahirah yang merupakan anak tunggal.
Menurut Shahirah kecederaan yang dialaminya ketika menyertai SUKMA 2018 di Perak telah membantut keinginannya untuk menyambung pengajian. Ketika itu Shahirah menyertai acara lompat tinggi.
KUMPUL DANA SAMBUNG PENGAJIAN
Tambah Shahirah lagi memang dia masih menanam azam untuk menyambung pengajian tetapi dia ada sasaran yang tertentu. Lagi pun untuk menyambung pengajian memerlukan perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai kos pengajian.
“Ayah tidak mahu saya membuat sebarang pinjaman kerana tidak mahu saya berhutang. Oleh itu saya memerlukan masa untuk mengumpul wang bagi mencukupkan dana pengajian saya nanti,”ungkap Shahirah yang sudah tujuh bulan bergelar seorang pemandu grab.
Tatkala ditanya tidakkah dia malu bergelar seorang pemandu Grab, ini jawapan padu Shahirah.
“Saya tak pernah rasa malu bawa Grab. Buat apa nak malu. Saya cari rezeki yang halal dan saya sendiri selesa bawa Grab. Namun dalam masa yang sama juga saya turut menjengah peluang-peluang lain. Namun saya percaya Allah sudah sediakan rezeki bagi setiap orang.
“Dari segi keselamatan pula, saya yakin Allah sentiasa ada dengan saya. Apa-apa kerja pun semuanya ada risiko yang tersendiri. Saya beranikan diri untuk menjadi pemandu Grab sepenuh masa pun sebab nak cari rezeki dan nak mudahkann urusan ibu bapa saya,”ungkap Shahirah.
BERTUAH DAPAT PELANGGAN YANG BAIK
Ujar Shahirah lagi sepanjang tujuh bulan bergelar seorang pemandu Grab dia sangat bersyukur kerana semua pelanggannya baik-baik belaka. Ada yang bagi duit lebih kerana berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Ada juga pelanggan yang mahukan saya jadi pemandu peribadi Grab mereka. Paling penting apabila kita jadi pemandu Grab, kita anggap mereka sebagai ahli keluarga. Dengan cara itu urusan kita jadi lebih mudah,” jelas Shahirah.
Antara sebab mengapa Shahirah menyertai pencarian Dewi Remaja 2019 kerana gadis ini begitu kagum dengan personaliti bekas Dewi Remaja, Scha Al-Yahya.
“Saya mahu buktikan yang gadis pemandu Grab seperti saya juga mampu untuk ke depan. Sesiapa sahaja memasuki apa-apa pertandingan pasti ingin menang begitu juga dengan saya.
“Setakat ini saya lihat belum ada lagi juara Dewi Remaja yang berhijab. Jika saya menang Dewi Remaja 2019 ini, saya ingin gunakan wang hasil kemenangan untuk membawa ibu bapa saya menunaikan umrah,” akhiri Shahirah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Julai menyaksikan beberapa selebriti serta tokoh kenamaan yang menyambut hari lahir, antaranya Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika tahun lalu sambutannya cukup istimewa kerana cukup 100 hari pemerintahan beliau setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh.
Dan hari ini melihat pada usianya beliau tetap aktif dan cergas menjalankan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.
Tiga perkara yang diamalkan adalah tidak merokok, tidak minum arak dan jangan makan terlalu banyak.
Selain itu beliau juga turut menjaga soal pemakanannya. Tun Mahathir juga akan pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut mudah jadi besar.
Selain itu beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan lebih mudah untk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi, katanya.
Tun Dr Mahathir yang turun padang sekali lagi dalam kancah politik selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke empat sebelum ini, turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dulu.
“Ibu saya kata ketika tengah seronok makan berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan jadi lebih mudah.
“Oleh sebab itu seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya lagi.
Pada waktu ini, sudah menjadi norma baharu untuk kita tidak berjabat tangan sebaliknya hanya meletak tangan di dada sebagai tanda hormat bagi mengelakkan penularan wabak covid-19.
Namun begitu, ada yang mengambil pendekatan melakukan ‘fist bump’ bagi menggantikan salaman. Err, nak nampak cool mungkin?
Sebenarnya, fist bump juga mempunyai risikonya tersendiri dan wabak tetap boleh menular jika seseorang itu tetap tidak menjaga kebersihan dirinya.
Trend Fist Bump dimulakan sebelum ini oleh pemain besbol dan kriket bagi menggantikan bersalaman kerana mereka memakai sarung tangan tebal.
Entah dari mana asalnya, cara bersalaman ini mula dipraktiskan dalam majlis majlis rasmi sejak akhir akhir ini.
Segalanya lancar sehinggalah tetamu undangan khas tiba. Beliau telah mula bersalam dengan gaya menumbuk (fist bump) dengan semua hadirin.
Selepas bersalaman, tangan tidak dibersihkan dengan hand sanitizer dan beliau meneruskan salam tumbuk dengan individu berikutnya.
Jika ada individu pembawa virus, sudah tentu separuh dewan telah tersebar dengan kuman maut ini.
Tuan puan, yang dihormati,
Kita masih ada didalam tempoh pandemik. Beberapa daerah di utara tanah air masih perlu dikuarantin sepenuhnya kerana ada jangkitan aktif.
Bersabarlah, elakkan bersalaman dan bersentuhan untuk masa ini. Kita tidak bersalaman bukan tanda tidak hormat, tetapi penting untuk kita saling menjaga.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...