Sesiapa sahaja di dunia ini mahukan pengakhiran hidup yang baik dan ingin ditempatkan di syurga. Beruntunglah orang yang berusaha membuat kebaikan dan perbuatannya itu masih dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun sudah tidak hidup di dunia lagi.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh @furqanurfaliq, dia telah berkongsikan kisah mengenai Cikgu Hayati Aini Ahmad, seorang guru Matematik Tambahan yang telah meninggal dunia. Namun, amalan kebaikannya masih dipanjang-panjangkan lagi kerana dia telah memuat naik lebih 100 video mengenai topik dalam subjek itu di YouTube.
Ads
Videonya telah membantu ramai pelajar yang menghadapai kesukaran dalam subjek itu.
Seorang YouTube tutor baru meninggal dunia. Hayati namanya. She left more than 100 AddMath topics dkt You Tube for any Form 4 & 5 students. Mohon pjgkan her You Tube classes ye. Semoga amal jariah Arwah menjadi bekalan pahala untuknya
— Qan Rajalie [undangan.my] (@furqanurfaliq) March 12, 2019
Ads
Menurut sumber, arwah dikatakan telah menghidap barah sejak dari tahun 2017. Syurga buatmu cikgu.
Ads
Sesungguhnya orang yang baik itu sentiasa disayangi dan disenangi ramai. Ramai yang terkesan dengan pemergiannya kerana jasanya yang tidak terkira dalam menyebarkan ilmu.
Sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan, selebriti jelita, Ardell Aryana kini sekali lagi menyertainya bagi membantu rakyat Syria serta Lubnan dan terpaksa meninggalkan suami dan anak buat sementara waktu.
Berkongsi di instagram, Nadzmi Adhwa turut memuat naik video sewaktu dia dan anaknya, Arwa Malaikha Urwa menghantar Ardell di lapangan terbang bagi menjayakan misi bantuan di sana.
Jelas Nadzmi, dia redha kerana sudah memahami semangat Ardell yang sukakan aktiviti kemanusiaan sejak dari mereka berkawan lagi.
Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh ☺️ kuat nangis.
Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni 🤲🏻 1 pesan saya doakan kami disini ketika berada di bumi barokah as syam. Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin.
Tambah Nadzmi, dia juga mengharapkan urusan Ardell dipermudahkan dan orang ramai dapat mendoakan perjalanan pergi dan pulang isterinya yang tercinta itu.
Moga Allah redha ❤️ Semoga dipermudahkan segala urusan awak , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang 🤲🏻
Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang ❤️
Doa adalah inti ibadat dan juga kekuatan orang Islam. Allah SWT menjadikan doa sebagai medium untuk hambaNya berhubung terus denganNya selaku Maha Pencipta seluruh makhluk dan alam ini.
Allah SWT menegaskan dalam ayat 55, Surah al- A’raf yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dengan suara yang lembut. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
Kita buat dosa, tapi Allah tutup aib kita. Allah masih pelihara aib kita, walaupun kita berkali-kali melakukan dosa yang sama. Syukurlah pada Allah kerana segala aib kita tersimpan rapi.
Jika Allah senantiasa menutupi aib (dosa) kita, masih memuliakan kita dengan menutupnya, itu tandanya Allah memberi kesempatan untuk memperbaiki dan bertaubat atas keburukan-keburukan kita. Oleh itu janganlah malah kita membukanya.
Menyembunyikan dosa dan tidak menampakkan aib diri kita pada manusia, ia sangat dituntut, dengan melihat daripada beberapa sebab. Diantaranya, jika tidak ada yang mengetahui dosa/maksiat yang telah dilakukan, maka kita tidak boleh membukanya.
“DOA MENUTUP AIB”
Sebagai manusia biasa tentu kita banyak memiliki kesalahan dan khilaf yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Mungkin tidak sedikit kesalahan kita yang apabila diketahui orang, adalah aib yang sangat memalukan.
Terlebih lagi apabila misalnya kita sedang diberikan amanah oleh Allah. Maka itu, Rasulullah S.A.W. mengajarkan kita berdoa agar Allah SWT tidak memalukan kita di hadapan orang ramai dengan membuka aib kita.
Dalam Sahih Ibn Hibban, doa ini diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar yang mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. selalu membaca doa ini pada waktu pagi dan petang.
Allahumma inni as’alukal ‘afiyah fid dunya wal akhirah, Allahumma inni as’alukal ‘afwa wal ‘afiyah fi dini wa dunyaya wa ahli wa mali. Allohummastur ‘aurati wa amin rau‘ati. Allohummahfazhni min baini yadayya wa min khalfi wa ‘an yamini wa ‘an syimali wa min fawqi. Wa a‘udzu bi ‘azhamatika an ughtala min tahti.
(HR Ibnu Hibban)
“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat pada-Mu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung pada-Mu dari musibah yang tak terduga.”
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan reda Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung satu pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah agensi swasta hingga menjadi sorotan dan perdebatan dikalangan wargamaya.
Ini demikian kerana, agensi berkenaan didakwa mengenakan caj harga perkhidmatan yang terlampau tinggi bagi perlaksanaan ibadah umrah dengan menampilkan selebriti terkemuka di Malaysia.
Sehubungan itu, bagi merungkai isu ‘panas’ ini, Hijabista mendapatkan maklum balas daripada Ustazah, Dr. Robiah K Hamzah yang sering mendapat undangan bersama jemaah ‘kayangan’ melaksanakan ibadah umrah.
Menurut Ustazah Robiah yang mesra disapa dengan panggilan ummi, jelasnya perkara ini tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi perbalahan sesama muslim. Malah, jika seseorang individu itu mampu, menyertai pakej umrah ‘kayangan’ ini seharusnya dilihat dari sudut positif menerusi konteks ‘rezeki’.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa individu itu mempunyai rezeki yang lebih, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mendapatkan ibadah yang selesa dan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pakej umrah kayangan ini semestinya menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding pakej-pakej umrah sedia ada. Malah, urusan mereka juga lebih mudah dan berjalan lancar kerana ditawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’.
“Contohnya, di Thaif mereka singgah di restoran paling mahal, jadi layanan, makanan, dan cara mereka di sambut ketika tiba di tanah suci sudah pasti berbeza, mereka juga dimudahkan segala urusan ketika melaksanakan umrah.
“Mereka tidak diuji Allah dengan ujian-ujian kecil ketika dalam perjalanan, tak ditimpa musibah seperti sakit. Kerana mereka dijaga dalam bentuk yang highclass.
“Dari segi layanan pengurusan, hinggalah kepada kepakaran mutawwif semuanya ‘tiptop’ sebagai pemandu arah (tour-guide) kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam pakej umrah kayangan ini.
“Ini juga merupakan satu bentuk rezeki dan nikmat yang mereka (golongan berada) mampu untuk bayar,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bercakap melalui pengalaman membawa golongan kenamaan menunaikan ibadah umrah, Ummi berkata, setiap kos yang dibayar dan dikeluarkan oleh golongan ini sememangnya berbaloi dengan keselesaan melakukan ibadah yang mereka terima.
“Sebab orang-orang yang menguruskan jemaah kayangan ini pun bukan orang Malaysia, kita hanya menjadi orang tengah sahaja. Disana banyak menggunakkan tekong-tekong atau pakar-pakar seperti pakar perjalanan, pakar tempat makan, pakar travel, pakar tempat bersejarah.
“Hampir semua perkhidmatan umrah kayangan ini menggunakan pakar. Jadi ummi merasakan beruntungnya dapat masuk ke pakej ini, kerana kita mendapat satu layanan yang sangat istimewa di tanah suci,” jelasnya.
Mengulas berkenaan hukum, Ummi berkata ia berbalik kepada hukum asal menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu ‘Menunaikan Haji dan Umrah bagi yang mampu’. Hukumnya wajib bagi yang menunaikannya pertama kali, dan sunat bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya.
Tetapi Ummi menegaskan, meskipun hanyalah melakukan ibadah sunat, pastinya kita mahu mengerjakan dan melaksanakannya dengan cara yang paling baik, agar ibadah kita itu sempurna dan diterima disisi Allah swt.
“Maksud paling baik ini, pertama kita mesti berada dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.
“Kedua, sewaktu pergi melaksanakan ibadah, kita juga dapat menghulurkan sedekah. Kemudian kita juga diberikan kemudahan-kemudahan seiring peredaran zaman.
“Contoh kalau dulu kita kata duduk masjid, tak payah la air-cond kipas pun dah cukup, dah boleh laksanakan ibadah. Solat je pun. Tapi akhirnya kita akur perlunya ada penambahbaikkan juga, supaya ibadah kita lebih mudah dan khusyuk.
Justeru, Ummi berkata tidak timbul isu sekiranya travel agensi menggunakan para selebriti sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan ataupun mengumpul jemaah agar perlaksanaan ibadah umrah itu dapat disegerakkan.
“Kalau nama dia (para selebriti) mampu untuk menarik pelanggan dan menarik orang-orang untuk pergi umrah apa salahnya? Itu merupakan satu cara travel agensi dapat mengumpul jemaah pergi menunaikan umrah dengan lebih cepat. Mungkin itu juga satu nikmat dari selebriti tadi.
“Kedua, artis yang membantu travel agent untuk mendapatkan pelanggan, itu juga kita anggap sebagai sebahagian dari ibadah.
Namun, katanya bagi rakyat marhaen yang tidak mampu untuk membayar kos pakej kayangan, mereka juga layak menunaikan umrah tetapi perlu berpada-pada dan tahu ‘mengukur baju, di badan sendiri’.
Rakyat marhaen tidak perlu ‘mengikat perut’ serta merasa runsing memikirkan bagaimana cara untuk mengumpul wang, hanya kerana ingin menikmati pakej umrah kayangan ini.
Bagaimanapun, Ummi turut menasihati golongan yang berduit ini agar menaja fakir-fakir miskin menunaikan umrah bersama mereka, daripada pergi menunaikan umrah secara bersendirian dengan mengambil pakej ‘kayangan’.
“Kepada orang ‘kayangan’ kalau ada duit yang banyak, lebih baik membawa lebih ramai jemaah menunaikan umrah. Tajalah orang untuk pergi umrah. Kerana itu diantara ibadah yang paling besar, jika dibandingkan dengan ibadah kita bersendirian dengan belanja mewah.
“Kalau Allah kata satu umrah satu pahala. Kalau taja 10 orang, dapat 10 pahala umrah contohnya.
“Ummi nasihatkan kepada yang banyak duit, daripada membayar harga-harga kayangan ini, lebih baik gunakan duit itu, kita pegi sama-sama ambil pakej sederhana yang dekat dengan masjid,” katanya.
Mengulas isu sama, Ustazah Robiah turut mengingatkan agar mereka yang pergi menunaikan umrah bersama golongan artis agar menjaga niat dan ikhtilat supaya tidak terpesong.
“Jagalah niat, walaupun membayar dengan harga mahal tapi jangan sampai jatuh riak, kita takut dengan adanya selebriti ini dia akan jatuh riak. Contohnya saya pergi umrah dengan artis ini, artis itu. Jadi jangan sampai niat-niat ini terkucil hingga menjejaskan ibadah,” tegasnya.
Sekadar info, media tempatan melaporkan bahawa ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mengakibatkan para jemaah terpaksa menanggung kenaikan harga pakej umrah yang naik mendadak hingga melebihi 50 peratus, berbanding pakej asal yang ditempah.
Perkara berkenaan mendapat pengesahan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya mengesan kenaikkan berkenaan mula berlaku sejak November lalu, susulan kenaikan jemaah Umrah yang mendadak sebaik Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan Umrah
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.