Setiap daripada kita pastinya mempunyai banyak impian dalam hidup ini. Nak banyak duit, rumah besar, pasangan yang baik dan sebagainya. Namun, sebenarnya ada impian lebih besar yang perlu kita kejar iaitu kejayaan di akhirat nanti kerana di sanalah destinasi kita yang abadi.
Bagi mendapatkan syurga di sana, kita haruslah istiqomah dalam mengejar cintaNya. Tak perlu berubah secara drastik sebaliknya mulalah dengan perlahan-lahan asalkan kita tidak berhenti di pertengahan jalan.
Anda juga boleh mengikuti amalan yang dikongsikan oleh Neelofa ini agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik. InsyaAllah.
Amalan Neelofa setiap hari:
✅ Setiap hari bangun awal sikit sebelum Subuh untuk mengerjakan solat-solat sunat. Lepas Subuh dia akan luangkan masa lebih kurang dua jam untuk mengaji, baca kitab dan dengar ceramah online.
Ads
✅ Neelofa ada buat eksperimen pada diri sendiri, kenapa selama ini dia buat solat tahajud sampai menangis tapi doanya tidak terkabul, rupa-rupanya ada dua sebab yakni pemakanan dan pakaian dia.
✅ Pakaian dia kata agak susah nak untuk ikut guideline sebab terlibat dalam bidang industri fesyen tapi perlahan-lahan dia ubah, labuhkan tudung dan pakai stokin. Ramai orang lupa nak jaga aurat kaki, walhal Allah sedang murka. Sebab tu rezeki sempit, masih buat dosa setiap hari.
Ads
✅ Makanan pula, makan dekat tempat yang betul-betul diyakini halal bukan syubhah. Kadang restoran ada tulis pork free tapi belum tentu halal, jadi jangan makan dekat situ.
✅ Sentiasa utamakan akhirat, perlahan-lahan tinggalkan hiburan. Ada yang tanya dekat Neelofa, dia tak takut ke suatu hari nanti peminat lari, dia sudah tidak popular lagi? Jawabnya dia tak menyesal sebab semuanya Allah yang kawal, kalau dia terpaksa tinggalkan industri dia sanggup sebab dia tahu kalau dia cari Allah, dunia akan ikut dia.
Ads
Menarik perkongsiannya ini. Sebenarnya kita semua dah tahu dan sedar mengenai amalan-amalan ni cuma tak istiqamah setiap hari. Jadi, bila Allah datangkan orang-orang sebegini untuk buka mata kita, barulah kita terbuka mata hati untuk melakukannya semula.
Kalau nak cuba menutup aurat dengan lebih baik, cuba buat dulu 40 hari pakai stokin tanpa gagal. InsyaAllah hari ke-41 kita akan rasa janggal bila keluar rumah tak pakai stokin.
foto: google
“Kesian kaki kita dekat akhirat nanti menangis sebab kita tak tutup dia bila keluar…”
Sama-samalah kita amalkan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cukup terkenal dengan lawaknya yang sempoi, Nabil Ahmad amat di gemari oleh rakyat Malaysia dan telah sinonim dengan gaya pengacaraannya yang bersahaja.
Baru-baru ini, perkongsian dari isteri pelawak tersebut, Zira Ayub telah mendapat perhatian ramai. Dia mendedahkan sebabnya berhenti dari kerjayanya atas satu syarat.
Zira berkongsi kisah kerjayanya dalam satu temubual bersama Zarul Umbrella yang dimuatnaik pada akaun TikTok milik penyanyi tersebut. Dia juga mendedahkan pernah menjadi ‘flower pot’ bagi Air Asia pada seketika dahulu.
Zarul bertanyakan kepada Zira apa sebab utamanya untuk sertai kerjaya sebagai pramugari dan dia menjawab semuanya kerana duit ketika itu. Dia juga menjelaskan lagi ketika itu kerjaya itu juga menawarkan gaji yang agak lumayan.
“Ketika itu gaji yang ditawarkan agak lumayan! Saya pula dengar orang cerita dan tertanya betul ke boleh earn sampai RM7k?” katanya.
Zira juga menceritakan pengelamannya bekerja bersama syarikat penerbangan itu hanya bertahan selama 3 tahun sahaja. Katanya, Nabil ada bertanya jika Zira ‘fly‘ bagaimana mereka berdua hendak berjumpa, jadi selepas itu Zira berhenti atas sebab mahu berkahwin.
“Kalau nak saya berhenti awak kena bayar gaji saya, berapa pendapatan saya awak kena bayar. Dia setuju, sebulan, dua bulan dia bayar. Bulan ketiga dah tak bayar sebab dah kahwin.” ujarnya lagi apabila Nabil Ahmad bersetuju membayar gaji kepadanya.
Tidak disangkal atas jawapan Zira sendiri, sudah tentu wargamaya tertarik dengan cara Nabil dan Zira berkomunikasi mengenai kerjaya. Ramai juga memberikan reaksi yang positif.
“Ini baru betul lelaki alpha, suruh awek berhenti dan bayar gaji. Terbaik Haji Nabil,
“Jujur sangat Zira ini, memang dia cantik!
“Macam kawan saya, dia cikgu. Pastu lepas dapat anak, husband suruh resign jaga anak. Husband dia bayar gaji bulanan siap EPF lagi lepas dia resign.” tulis wargamaya di ruangan komen.
Untuk rekod, Nabil telah berkahwin dengan Zira pada 30 September 2011. Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.
Anda sedang berpuasa tetapi mengambil ujian saringan Covid. Apakah hukum swab test Covid 19 ketika sedang berpuasa? Adakah ianya membatalkan puasa atau tidak? Swab test atau ujian saringan Covid 19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui hidung) yang dijalankan ketika sedang berpuasa adalah tidak membatalkan puasa.
Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam. Ujian saringan, pengesanan dan pengesahan Covid 19 terbahagi kepada dua jenis. Pertama adalah Reverse Transcritase Polymerase Chain Reaction (Rt-PCR). Manakala yang kedua pula disebut sebagai Antigen Rapid Test (RTK Ag).
Kedua-kedua ujian ini dijalankan menggunakan calitan melalui tekak ( Oropharyngeal swab) dan melalui hidung (Nasopharyngeal swab)[1]. Kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengesan jangkitan virus Covid 19.
Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dengan kedalaman 18. lebih kurang 4.8 cm bagi kanak-kanak dan 8-12 cm bagi orang dewasa untuk mengambil sampel mukus. Manakala kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel mucus.
Antara perkara yang boleh menyebabkan puasa terbatal adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga melalui saluran yang terbuka seperti hidung, telinga, mulut, dubur dan kemaluan. Ibn Al-Naqib Al-Misri menyatakan :
وصولُ عينٍ وإنْ قلَّتْ منْ منفدٍ مفتوحٍ إلى جوف
“(Antara yang membatalkan puasa itu adalah) Sampai sesuatu benda ke dalam rongga melalui saluran yang terbuka walaupun sedikit.”[2]
“Orang yang berpuasa terbatal puasanya dengan sampainya sesuatu benda walaupun sedikit seperti bijan dan walaupun yang masuk itu kebiasaannya benda yang tidak dimakan seperti batu kecil. Yang mana ianya masuk melalui saluran yang terbuka dengan sengaja. Ini kerana ianya sampai kepada apa yang dinamakan sebagai rongga yang terbuka.”[3]
Saluran yang terbuka itu termasuklah telinga, hidung, mulut, dubur dan kemaluan. Perkara ini dijelaskan oleh Ibn Al-Muqri’:
“Piawaian had zahir dihadkan dengan makhraj huruf Ha’, kemudian dalam mulut dan hidung sehingga penghujung anak tekak dan juga rongga hidung.”[4]
Justeru, menurut mazhab Al-Syafi’i, apa sahaja yang masuk melalui saluran tersebut boleh menyebabkan puasa seseorang terbatal. Tambahan lagi, jika prosedur swab test yang dijalankan masuk jauh ke dalam rongga hidung. Ia dikira boleh membatalkan puasa seseorang.
“Kemudian halkum dan di sebalik rongga hidung yang mana ia adalah pangkal hidung merupakan bahagian rongga. Apa-apa yang masuk ke dalam kedua-dua bahagian tersebut boleh menyebabkan puasa terbatal.”[5]
Pandangan ini berbeza dengan mazhab Maliki yang berpendapat bahawa puasa hanya terbatal jika ada sesuatu yang masuk ke dalam rongga melalui mulut. Apa-apa yang masuk melalui bahagian yang lain.
Maka ianya tidak membatalkan puasa seperti mana yang dinyatakan oleh Sheikh Abu Abdullah Al-Maliki menyebut :
“Adapun selain cecair maka ia tidak membatalkan puasa melainkan jika ia sampai ke perut melalui mulut.”[7]
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke 3 tahun 2020, mesyuarat menetapkan:
“Prosedur saringan bagi mengesan penyakit COVID-19 adalah dengan mengambil sampel lender (mukus) yang berada di dalam rongga hidup sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dan rongga mulut sehingga ke kawasan oropharynx (anak tekak) adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA.”
Ianya selaras dengan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2009 yang telah memperakukan Panduang Berpuasa bagi Pesakit.”
Justeru, swab test atau ujian saringan COVID-19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui mulut) yang dijalankan ketika sedang berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam.
Keprihatinan Raja Permaisuri Agong dan keluarganya membuatkan ramai netizen rasa terharu.
MOGA ALLAH SENTIASA MENAUNGI RAJA PERMAISURI AGONG
SEMOGA TUANKU DIRAHMATI DAN DISAYANGI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas COVID-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana NegaraDatuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat atas doa dan keprihatinan semua terhadap kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka sekeluarga.
Seri Paduka berdua dan keluarga menjalani kuarantin diri di Istana Negara seperti dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan pengesahan beberapa kakitangan Istana Negara positif COVID-19 oleh pihak KKM dua minggu lepas.
“Berikutan kes-kes positif tersebut, sejumlah 116 kakitangan Istana Negara turut diarahkan oleh KKM menjalani saringan dan kuarantin diri selama 14 hari yang juga berakhir pada hari ini (Khamis, 9 April 2020),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah, yang amat prihatin terhadap perkembangan terkini wabak COVID-19, mengulangi titah agar rakyat mematuhi semua nasihat dan perintah yang dikeluarkan KKM dan pihak berkuasa, khususnya perintah kuarantin diri dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seri Paduka turut menzahirkan perasaan amat sedih kerana masih ada rakyat Malaysia yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan atas kepentingan diri sendiri. Ini menyebabkan peningkatan kes-kes COVID-19 positif dan pertambahan kawasan-kawasan zon merah.
“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 ini dengan terus berada di rumah. Jika perlu keluar untuk membeli barang keperluan, pakailah penutup hidung dan mulut serta amalkan jarakan sosial,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan sanjungan tinggi kepada KKM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya para wira dan wirawati di barisan hadapan, atas ketabahan dan pengorbanan menjalankan tanggungjawab tanpa mengira penat lelah.
Peratusan tinggi pesakit COVID-19 yang pulih dan peratusan kematian di Malaysia yang rendah membuktikan bahawa kerajaan mempunyai tatacara pengendalian pandemik di antara yang terbaik di dunia.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa-mangsa COVID-19 dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan.
“Seri Paduka Baginda Berdua turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.