Anak ibarat kain putih, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mencorakkanya. Malah, tugas untuk membentuk anak yang normal itu sememangnya tidak begitu mudah.
Apatah lagi jika diuji memiliki anak ‘istimewa’ seperti pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi.
Bagaimanapun, sebagai ibu tinggi harapan yang diletakkan Oki, agar anak keempatnya Sulaiman Ali Abdullah yang ditakdirkan lahir dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi hamba Allah yang rajin membaca Al-Quran.
Oki Mahu Sulaiman Dalami Ilmu Agama
“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Ads
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
“Ya, seperti diketahui, Sulaiman hidap sindrom ‘prader willi’, iaitu suatu keadaan yang jarang ditemui.
“Ada banyak perkara yang harus dilakukan seperti terapi dan suntikan hormon. Terbaharu kami ikhtiar untuk sel stem.
“Sekarang keadaan dia sihat, sangat aktif, kawan-kawan doakan, saya tidak tahu apa takdir Allah buat Sulaiman, saya anggap kurniaan Allah ini sebagai ujian agar mendidik saya menjadi hambanya yang sabar dan lebih tabah,” ujarnya.
Bergelar instafamous atau ‘influencer’ menjadi impian hijabi masa kini. Bukan sahaja terdedah dengan dunia glamor, tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan.
Hal ini turut diakui oleh influencer menggunakan nama Faralisa atau nama penuhnya Farah Anisah. Berusia 20 tahun Farah yang mempunyai follower berjumlah 236,000 di laman Instagram. Malah siapa sangka dalam usia masih muda itu, dia mampu menjana pendapatan hingga mencecah belasan ribu ringgit dengan menjadi influencer serta model bagi produk busana dan tudung. Bukan itu sahaja, Faralisa juga turut dilantik menjadi duta untuk produk penjagaan wajah.
Hijabista berkesempatan mengundangnya ke studio untuk berkongsi pengalaman bergelar personaliti media sosial sejak tiga tahun lalu.
Gadis manis yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata dia memulakan kerjaya dalam bidang ini ketika masih bersekolah menengah lagi.
“Saya terbabit dalam bidang ini ketika usia masih belasan tahun, itu pun sekadar suka-suka dan tidak sangka dari sehari ke sehari ada peningkatan dari segi follower. Awalnya hanya lebih 100 orang kini lebih 200,000 pengikut. Produk pertama yang saya review adalah tudung. Selepas bergelar influencer, saya mula mendapat tawaran untuk menjadi model pula.
“Memang pada masa ini, influencer yang ramai pengikut menjadi pilihan pengasas produk untuk membuat review produk. Jadi, daripada situ bermula segalanya.
“Keseronokan bergelumang dalam bidang tersebut bagaimana pun banyak membantu saya terutama mendisiplinkan diri, berdikari, menepati masa, menjaga mood dan banyak yang saya belajar dalam bidang ini.
“Soal kata-kata orang kononnya influencer ini mengejar glamor semata-mata adalah salah. Sebenarnya influencer boleh jadi tidak ada bakat tapi memiliki follower yang ramai jadi secara tidak langsung mereka ini bermula dari bawah. Belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan bakat itu datang secara automatik.” ungkap Farah yang tidak menolak pernah dikecam netizen.
Namun dia tidak mengambil pusing hal tersebut. Tambah Farah lagi, dia mengambil pendekatan menutup laman instagramnya jika berlaku sebarang kecaman kerana tidak mahu ia terus berlarutan.
“Memang kecaman akan diterima oleh mereka yang mempunyai ramai pengikut. Pasti ada sahaja yang tidak kena, sebagai contohnya kapsyen yang diletakkan itu boleh saja disalah tafsir oleh netizen terutama yang suka berfikiran negatif. Jadi saya memilih untuk deactivate Instagram lebih kurang seminggu untuk bagi keadaan reda kembali.
“Tidak timbul soal hilang follower kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha. Walaupun pendapatan saya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya model dan duta selain paid review’.
“Memang agak terseksa sebenarnya namun demi memastikan persekitaran saya jauh dari perkara negatif, saya reda. Biasanya follower akan bertanyakan hal saya di laman instagram kakak atau kawan baik saya. Memang boleh jadi ‘sesak’ instagram mereka ketika itu,” ujar gadis manis yang sudah mempunyai teman hidup ini.
Jujur mengakui ahli keluarganya tidak membenarkan dia terjebak di dalam bidang ini kerana mahukan dia menyambung pengajian, namun hati dan jiwanya sudah ke arah bidang ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan.
“Kalau diikutkan famili memang tidak izinkan, tetapi saya sudah terjebak dan nak tak nak saya terpaksa teruskan. Sementelah minat saya memang ke arah bidang ini. Justeru, saya kena buktikan kepada keluarga bahawa bidang ini juga boleh menjamin masa depan.
“Akhirnya apabila keluarga nampak apa yang saya lakukan ini ada manfaatnya dari segi memberi pendapatan, jadi mereka mulai faham dan menyokong,” ujar Farah lebih suka mengikut cara sendiri dibandingkan memilih cara yang ‘gila’ untuk sesuatu paid review.
Memilih Santorinis sebagai tempat impiannya untuk bercuti, cerita Farah pengalaman ke Jepun atas urusan kerja adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Namun begitu akui Farah setakat ini dia belum pernah bercuti sendiri atau melancong bersama kawan-kawan. Sebaliknya lebih banyak travel untuk urusan kerja.
Dalam pada itu biarpun tampak lemah lembut dan sopan, Farah seorang yang ‘sempoi’ dan sukakan imej rockers.
“Saya bukan jenis yang ‘ayu’ atau suka gaya yang ‘keperempuanan’, sebaliknya lebih suka gaya yang funky dan rock. Soal pemakaian tudung pula sebenarnya saya ‘dipaksa’ ketika berumur 16 tahun. Ayah antara orang yang banyak memberikan galakan.
“Namun, apabila kita mula berhijab, secara automatik kita jadi segan dan malu untuk membukanya,”jelas Farah yang tidak mempunyai idola dalam berhijab, sebaliknya dia mahu menjadi diri sendiri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selalunya cartridge terpakai ramai yang pandang sebelah mata. Hakikatnya ia boleh dijual dengan harga yang agak tinggi. Dapatlah juga duit ‘tepi’ untuk disimpan di dalam tabung kecemasan, contohnya.
Melalui satu perkongsian Suhana Salleh di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang bagaimana boleh dapat ‘duit lebih’ dengan menjual cartridge terpakai. Jadi selepas ini tiada lagilah ada di antara kita yang hanya buang sahaja cartridge ke dalam tong sampah.
Hari ini saya berjaya menukarkan semua cartridge terpakai saya menjadi wang yang lebih besar. Sebelum ini saya hanya tolak (baca:jual semula) pada penjual di tempat saya beli catridge. Maksimum penjual itu ambil RM5 untuk satu unit.
Terjumpa iklan di FB yang menawarkan khidmat beli semula catridge terpakai. Saya pun sajalah mesejnya untuk tanya lebih lanjut. Harga ditawarkannya 4 kali ganda daripada harga biasa yang saya terima. Wow!
Sebelum datang ambil, Mr. Moon (kiranya dia ini ejen ambil cartridge terpakai di kawasan Kuala Lumpur, Sg. Buloh dan kawasan sekitarnya) Whatsapp saya tanya nama, lokasi dan jenis cartridge yang ada. Saya cuma tunggu di rumah.
Pelik juga saya kenapa cartridge terpakai ini dia sanggup bayar pada harga yang lebih tinggi. Menurut Mr. Moon cartridge ini akan dihantar ke bos mereka di China. Ada ‘part’ yang penting pada cartridge itu. Tanpanya tak bolehlah disambung ke komputer.
Saya kira ramai kawan-kawan saya di sini yang bekerja pejabat atau di rumah yang menggunakan cartridge ini atau selainnya. Jika sudah habis bolehlah call Mr. Moon untuk dia ambil dan tukarkan pada RM. Mr. Moon boleh dihubungi terus di talian 01164665007
Bolehlah jana sedikit wang.
Nota: Sepatutnya total duit yang saya terima ialah RM144. Tapi Mr. Moon tak ada duit kecil. Dia minta saya belanja (baca: halalkan) RM4 tu. Saya okay je. Tambah-tambah lagi sekarang bulan Ramadan. Manalah tahu dengan sedekah RM4 itu Allah mudahkan urusan saya sekeluarga.
HIJABISTA: Mungkin sebelum ini ada yang tidak tahu bahawa cartridge ini boleh ‘ditukarkan’ dengan wang sehingga ada yang membuangnya sahaja ke dalam tong sampah. Selepas ini jika sudah habis digunakan, boleh kumpul dan kemudian jual.
Bermula semalam 29 April pengguna WhatsApp di Malaysia boleh menggunakan fitur panggilan suara atau panggilan video berkumpulan hingga 8 orang. Menerusi sebuah kenyataan pemberitahuan, fitur ini telah dilancarkan untuk semua pengguna, baik di smartphone Android dan iPhone di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
WhatsApp meningkatkan keupayaan panggilan video, dengan mempertingkatkan keupayaan panggilan video di sebabkan penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika wabak virus korona.
Panggilan suara atau video berkumpulan boleh memuatkan sehingga lapan peserta. Fitur ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja pengguna berada.
Untuk menggunakan ciri kumpulan panggilan video agak mudah. Inilah langkahnya:
Walau bagaimanapun, jika satu kumpulan mempunyai lebih daripada empat ahli, pengguna mesti meningkatkan jumlah peserta satu persatu untuk mencapai maksimum lapan orang.
Walaupun panggilan video kumpulan WhatsApp mampu memuatkan lapan orang, jumlah peserta masih rendah berbanding aplikasi lain.
Anda boleh menggunakan aplikasi Google Duo, aplikasi pesanan segera ini telah meningkatkan kapasiti maksimum peserta kumpulan panggilan video dari lapan hingga 12 orang. Boleh lah hilangkan kerinduan melalui video whatapp ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.