Selalunya cartridge terpakai ramai yang pandang sebelah mata. Hakikatnya ia boleh dijual dengan harga yang agak tinggi. Dapatlah juga duit ‘tepi’ untuk disimpan di dalam tabung kecemasan, contohnya.
Melalui satu perkongsian Suhana Salleh di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang bagaimana boleh dapat ‘duit lebih’ dengan menjual cartridge terpakai. Jadi selepas ini tiada lagilah ada di antara kita yang hanya buang sahaja cartridge ke dalam tong sampah.
Hari ini saya berjaya menukarkan semua cartridge terpakai saya menjadi wang yang lebih besar. Sebelum ini saya hanya tolak (baca:jual semula) pada penjual di tempat saya beli catridge. Maksimum penjual itu ambil RM5 untuk satu unit.
Terjumpa iklan di FB yang menawarkan khidmat beli semula catridge terpakai. Saya pun sajalah mesejnya untuk tanya lebih lanjut. Harga ditawarkannya 4 kali ganda daripada harga biasa yang saya terima. Wow!
Ads
Ini adalah senarai model cartridge yang mereka terima.
Sebelum datang ambil, Mr. Moon (kiranya dia ini ejen ambil cartridge terpakai di kawasan Kuala Lumpur, Sg. Buloh dan kawasan sekitarnya) Whatsapp saya tanya nama, lokasi dan jenis cartridge yang ada. Saya cuma tunggu di rumah.
Pelik juga saya kenapa cartridge terpakai ini dia sanggup bayar pada harga yang lebih tinggi. Menurut Mr. Moon cartridge ini akan dihantar ke bos mereka di China. Ada ‘part’ yang penting pada cartridge itu. Tanpanya tak bolehlah disambung ke komputer.
Ads
Saya kira ramai kawan-kawan saya di sini yang bekerja pejabat atau di rumah yang menggunakan cartridge ini atau selainnya. Jika sudah habis bolehlah call Mr. Moon untuk dia ambil dan tukarkan pada RM. Mr. Moon boleh dihubungi terus di talian 01164665007
Bolehlah jana sedikit wang.
Nota: Sepatutnya total duit yang saya terima ialah RM144. Tapi Mr. Moon tak ada duit kecil. Dia minta saya belanja (baca: halalkan) RM4 tu. Saya okay je. Tambah-tambah lagi sekarang bulan Ramadan. Manalah tahu dengan sedekah RM4 itu Allah mudahkan urusan saya sekeluarga.
HIJABISTA: Mungkin sebelum ini ada yang tidak tahu bahawa cartridge ini boleh ‘ditukarkan’ dengan wang sehingga ada yang membuangnya sahaja ke dalam tong sampah. Selepas ini jika sudah habis digunakan, boleh kumpul dan kemudian jual.
Wuduk ialah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah. Wuduk juga ialah bagi memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.
Menjaga wuduk dan sentiasa dalam keadaan berwuduk ialah satu perbuatan yang terpuji kerana kita dapat bersedia dan lebih mudah untuk menunaikan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat.
Satu persoalan berkenaan solat, terlupa untuk mengambil wuduk. Mula sedar tidak berwuduk selepas melakukan solat. Adakah solat sah atau tidak? Jika menyedari ketika sedang mendirikan solat, adakah perlu memberhentikan solat?
JAWAPAN:
Syarat sah seseorang dalam melakukan solat adalah perlu bersuci dan bersih anggota badannya daripada hadas besar dan kecil. Bersuci atau berwuduk untuk melakukan solat merupakan perintah dari Allah SWT sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” (Surah Al-Maidah, 6)
Maksudnya: “Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna” Riwayat al-Bukhari (5897) dan Muslim (397)
Maka jelas jika dilihat melalui hadis tersebut, sesorang yang ingin menunaikan solat adalah wajib untuk bersuci dari segala hadas.
Manjawab kepada soalan yang diajukan, perbincangan berkenaan isu ini telah banyak dibahaskan oleh para ulama’ terdahulu bahkan ia telah bersepakat mengharamkan mereka yang berhadas menunaikan solat.
Maksudnya: “Kaum muslimin bersepakat bahawa haramnya solat bagi orang yang berhadas (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)
Mengikut amalan dan pandangan disisi mazhab syafie dan Hanafi, mereka menyatakan bahawa kedudukan seseorang yang solat tanpa berwuduk terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu tidak sengaja (terlupa) atau sengaja.
Maksudnya: “Sama ada dia mengetahui hadasnya atau jahil (tidak tahu) atau terlupa tetapi jika dia menunaikan solat kerana dia tidak tahu dia berada di dalam keadaan berhadas, maka tidak ada dosa baginya. Sebaliknya, jika dia mengetahui bahawa dia berada di dalam keadaan hadas dan mengetahui larangan solat dalam keadaan berhadas, maka dia telah melakukan dosa besar tetapi tidak sampai tahap orang yang kafir menurut pandangan kami (mazhab syafie), kecuali jika dia menyatakan bahawa hal itu diperbolehkan. Abu Hanifah menyatakan bahawa dia telah kufur kerana mempermainkan agama.” (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)
Kesimpulannya, jika seseorang itu terlupa berwuduk lalu melakukan solat, status solatnya tidak sah dan perlu diulang semula. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Maksudnya: Allah SWT tidak menerima solat mereka yang berhadas sehingga dia berwuduk. (Hadis riwayat Imam Bukahari, No. 6954)
Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan:
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ
Maksudnya: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak berwuduk (Hadis riwayat Abi Daud, No.101)
Adapun, seseorang yang mengetahui bahawa dirinya dalam keadaan hadas dan mengetahui bahawa larangan untuk menunaikan solat dalam keadaan berhadas tetapi tetap melaksanakan solat, maka dia telah melakukan dosa besar tetapi tidak sampai tahap seperti dosa orang yang murtad.
Maka ini adalah pandangan muktamad ulama’ syafie. Jika disedari bahawa ketika menunaikan solat, diri berada di dalam keadaan berhadas atau terlupa untuk berwuduk, maka perlu diberhentikan solat tersebut dengan serta-merta.
Heboh di laman sosial tentang gadis yang mahu memiliki kulit yang putih dengan mengambil pelbagai pil dan suplemen memutihkan kulit. Sebenarnya anda tidak digalakkan untuk mengambil sebarang suplemen kerana ia boleh membahayakan kesihatan. Ada pelbagai cara lain lagi untuk memiliki kulit yang cerah.
Selain mewarisi gen cerah dari salur galur keturunan kita atau membuat rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya mudah saja melalui pemakanan. Walaupun kesannya lambat tapi tiada kesan buruk di kemudian hari. Namun apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan?
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak mahu mendapatkan pinggang ramping seperti kerengga. Lebih-lebih lagi sebagai persediaan tidak sampai beberapa bulan Syawal akan menjelma. Perkongsian di laman sosial facebook memberitahu petua dengan mengamalkan pengambilan air detok.
Air detok ini boleh dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan dapur. Selain menjadikan pinggang ramping, kulit akan jadi berseri-seri, kurang selera makan dan akan menyebabkan lemak cepat terhakis.
Turut disertakan sekali dalah video cara membuatnya dan telah ditonton oleh 3 juta pelayar laman sosial.
DETOX KULIT – Jerawat HILANG, lemak TERHAKIS dan body maintain KERENGGA tak perlu telan PIL!
Jum kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi..lemak pun terhakissss!
Bahan : 1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka 2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup! 3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan! 4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol 5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!
Cara : 1. Potong semua bahan & masukkan dalam air 2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam 3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar! *tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais Psttttt bukan kulit je cantik nanti..tapi badan pun boleh kurussss sebab ter detox sekali! 2 in 1 gitewww
Sumber: Resepi orang kampung
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Reapply makeup selepas wuduk dengan mudah menggunakan 7 langkah praktikal untuk memastikan wajah kekal segar, natural dan berseri sepanjang hari tanpa perlu bersolek semula dari awal.