Laman sosial instagram sekarang ini menjadi salah satu aplikasi yang wajib kita gunakan dalam kehidupan seharian? Bangun dari tidur sahaja pastinya terus capai handphone dulu nak tengok apa yang kawan kita update di situ terutamanya di bahagian Instastory.
Oh, kalau hijabi nak tahu, sebenarnya macam-macam cara yang boleh kita lakukan untuk menjadikan Instastory kita lebih menarik. Be creative!
Ads
gambar hiasan
Di sini, Hijabista kongsikan 5 fungsi tersembunyi di Instastory. Sis pun excited sebab baru tahu!
Namun, khabarnya cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna iPhone sahaja. Don’t worry sister. Jika ada pengguna Android yang mahu berkongsikan caranya, boleh saja bagitahu kami ok sis!
Beat rancak dan trending ke luar negara, sayang sekali mufti dah tegur trend menari lagu ‘Alamak Raya Lagi’, hijabi sayang wajib baca ni.
Lagu raya pertama oleh kumpulan De Fam, ‘Alamak Raya Lagi’ tahun ini merekodkan fenomena luar biasa sehingga viral ke luar negara. Dalam tempoh sebulan ditayangkan, ia sudah mencapai tontonan 16 juta di saluran YouTube!
Malah sempena musim perayaan, ramai pengguna media sosial yang dilihat merakamkan video tarian lagu tersebut bersama ahli keluarga dan rakan taulan.
Walaubagaimanapun, trend yang dilakukan semata-mata untuk konten media sosial itu mendapat perhatian serius Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun.
ALAMAK RAYA LAGI
Tokoh agama tersebut berkata, trend yang menjadi ikutan ramai terutama para hijabi itu boleh membawa kepada hukum HARAM dan perlu dielakkan bagi menjaga maruah dan aurat seseorang.
“Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram.
Sebarang perbuatan yang negatif sudah pasti mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Mohamad Sabri turut meluahkan rasa kesal atas tindakan masyarakat beragama Islam yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa sehingga melupakan batas agama.
“Kita kesal dengan masyarakat kita yang suka membuat trending apabila ada sesuatu yang dilihat baharu tanpa berfikir sama ada ia positif atau negatif.”
Aksi menari secara terbuka di media sosial menggunakan latar belakang lagu ‘Alamak Raya Lagi’ sebelum ini turut ditegur oleh beberapa pendakwah bebas yang meminta agar ia dihentikan kerana bercanggah dengan ajaran agama Islam dalam menyambut perayaan Aidilfitri.
Teguran ini juga turut dimuat naik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Facebook.
So since isu ini pun dapat teguran ahli agama, mudah-mudahan hijabista kesayangan mengambil iktibar secara sihat ya!
Wanita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan lebih apabila datang haid. Takut datang pula pelbagai penyakit. Belum lagi ditambah sakit senggugut dan kejang perut. Emosi pun kadang-kadang tidak menentu.
Sebagai wanita, haid merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Menurut portal Cleveland Clinic, haid juga dikenali dengan istilah menstruasi. Darah haid adalah darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim anda yang mengalir dari rahim anda melalui serviks dan keluar dari badan anda melalui faraj anda. Kitaran haid selalunya adalah dalam tempoh 3- 7 hari.
Semestinya anda tidak boleh memandang sebelah mata akan isu ini. Ini kerana jika anda sakit senggugut ketika haid, ia akan menghalang pergerakan anda untuk aktif sepanjang hari. Tabiat yang sihat akan membantu anda berasa segar sepanjang haid. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan perkara yang boleh dan perlu dielakkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid.
Makanan masin terutamanya makanan sedia untuk dimakan atau dibungkus, seperti kerepek kentang mempunyai kadar garam yang tinggi. Kadar garam yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan menyebabkan rasa kembung perut ketika haid. Bila dah mula rasa kembung perut, terus hilang mood dibuatnya. Bayangkan ketika itu anda sedang bekerja, sangatlah tidak selesa untuk meneruskan pekerjaan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan masin untuk mengelakkannya.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan kafein ketika haid dapat menyebabkan kegusaran, peningkatan denyut jantung, dan beberapa gejala lain. Mengikut pandangan pakar, minum kafein ketika datang haid juga akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian payudara. Oleh itu, penggemar minuman berkafein seperti americano,esspresso,cappucino dan sebagainya perlulah menahan diri semasa datang haid. Ala sekejap sahaja!
Yang paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus badan kita adalah air. Oleh itu, sangatlah penting untuk minum air secukupnya. Tambahan pula, minum air secukupnya juga boleh mengurangkan risiko sakit kepala atau pening.
Tahukah anda penggunaan pad untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada diri? Biasanya kalau hari pertama dan kedua, kita pasti akan mengalami aliran haid yang banyak ataupun heavy flow. Anda perlu sedar bahawa penggunaan pad dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan infeksi yang teruk. Oleh itu, anda tidak boleh malas untuk menukar pad.
Wanita yang sedang haid terutamanya yang sering senggugut disarankan menambahkan pengambilan kalsium & magnesium. Terkadang, sakit senggugut datang disebabkan kurangnya suplemen di dalam diet. Meninjau perkongsian di HelloDoktor, jika kalsium di dalam diet rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam badan anda. Pengambilan kalsium & magnesium dapat mengurangkan kepenatan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental seperti depresi.
Sebagai kesimpulan, wanita perlulah sentiasa menjaga kebersihatan dan kesihatan diri terutamanya semasa datang haid. Jika anda sering mengalami masalah senggugut, bolehlah cuba tips yang telah diberikan diatas. Ingat, jangan pernah pandang ringan mengenai isu ini ya. Takut menyesal dikemudian hari. Bak peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Selain perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang turut menarik perhatian lain dalam barisan kabinet baru adalah bagi portfolio Menteri Pendidikan. Diterajui oleh orang muda, Dr Maslee Malik yang cukup hebat latar belakang pendidikannya. Ramai mengharapkan agar akan ada pembaharuan dalam sistem pendidikan kita nanti. Salah seorang adalah dari seorang pengguna media sosial, ZF Zamir yang mengharapkan akan ada perubahan kerana sudah tidak tahan melihat kesusahan yang dialami pelajar terutama dalam darjah 1 dalam menjawab peperiksaan.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang juga mantan guru di Kementerian Pelajaran yang dimuat turun dalam facebook beberapa jam sebelum Menteri Pendidikan mengangkat sumpah dua hari lepas.
“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?
Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.
Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 – tahun 3, tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.
Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.
Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?
Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia. Satu yang aku rasa diorang tak faham, nak jadikan anak cerdik bukan dengan jadikan silibus susah, soalan susah, nak jadikan anak cerdik kena banyak beri dia peluang, beri pendedahan, cuba gunakan semua deria dalam kelas, beri ruang dia berkembang, bukan tekan dengan benda yang bukan tahap dia,”
xxx
Ni Whatsapp aku dapat pagi tadi daripada seorang teman. Aku tak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi aku rasa yang penting dia perlu dapat informasi yang betul.
Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.
Aku rasa ini cabaran baru. Untuk bekerja bersama-sama birokrat dalam MOE serta yang paling penting adalah untuk cakap kepada Menteri perkara-perkara yang menyakitkan macam ni.
Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti – supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.
Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang. Supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.