Gemar melihat personaliti ini yang kelihatan cantik, ceria dan cukup positif dalam setiap gambar deserta posting yang dimuat turun dalam laman sosialnya. Wanita cantik ini sering dilihat memuatkan kata-kata nasihat kepada followernya yang semakin hari kian bertambah. Terbaru personaliti TV, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid memuat turun satu nota yang ditulis oleh arwah suaminya.

Nota bertajuk ‘Kelebihan Bersuami itu dikongsi olehnya untuk panduan kepada kaum isteri di luar sana.  Walaupun arwah sudah tiada, tetapi beliau tetap mengingati segala pesanan yang dititipkan dan dijadikan panduan untuknya melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina bersama suamnya kini.

Bukan sahaja untuk dirinya, bahkan buat wanita di luar sana yang sudah berkahwin dan mahukan hidup berkeluarga itu kekal hingga ke jannah.

Bismillahirahmanirahim. Satu perkongsian buat semua wanita. Kelebihan wanita yang bersuami. Nota ini diberikan kepada saya daripada arwah suami yang terdahulu. Sy ingin menyampaikan dan berkongsi nota ini agar arwah mendapat sedikit ganjaran dari kebaikan yg arwah tinggalkan. Sy ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suami terakhir sy inshaa Allah. ?? Kelebihan bersuami. .

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

IKLAN

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

Artikel Berkaitan: Dato’ Nurul Zahlt Buka IG Baru Gara-gara Dikecam Haters

IKLAN

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

IKLAN

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

SUMBER: INSTAGRAM NURUL ZAHID VIA OHBULAN

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI