Hijab melindungi rambut dari cuaca yang panas dan juga hujan ataupun apa sahaja perubahan cuaca. Namun ia tidak bermakna anda boleh abaikan kesihatan rambut anda. Walaupun berhujan seharian, anda masih perlu menjaga kesihatan rambut. Ada beberapa tip menjaga rambut yang boleh dilakukan bagi wanita berhijab.

Selain dari tip untuk menjaga rambut kekal sihat, hijabista kongsikan bersama terbaharu inner tudung yang mempunyai Nano teknologi menyelesaikan masalah hijabi yang kerap pening dan berpeluh ketika menyarungkan hijab.

3 Oktober 2019 bertempat di One Utama The duck grup melancarkan inner terbaharunya dengan teknologi Nano yang mengawal bau dan anti bakteria adalah solusi terbaik hijabi untuk kekal segar walaupun seharian mengenakan hijab.

Inner tudung yang berharga RM45 yang terdapat dalam 3 rekaan iaitu neck tie, snow cap dan snowcap 2.0. Tiga rekaaan ini sesuai untuk hijabi kekal stailo malah tetap selesa sepanjang hari.

Hijabi Sang Pencinta Buku

Seperti berada di perpustakaan yang penuh dengan berlatar belakang warna rasmi the duck grup ungu. Sekali lagi pengasas The Duck Grup Datin Vivy Yusof, menginspirasikan store terbaru dUCk terletak di One Utama, Damansara dedikasi kepada hijabi sang pencinta buku. Berkonsepkan perpustakaan koleksi duck scarve di susun seperti berada di rak buku, di mana konsep layan diri membenarkan pelanggan memilih dan mengambil sendiri koloksi yang ingin di beli.

Berdasarkan pengalaman hijabista ketika di hari pelancaran sistem ini lagi mudah dan menjimatkan masa. Koleksi tudung dan alat solek terletak pada rak yang teratur dan mudah untuk pengunjung terokainya dan yang pastinya, hijabi jangan lupa OOTD di khas semua box koleksi istimewa dan terhad disusun atur dengan kemas.

IKLAN

Berikut langkah terbaik kekalkan kesegaran rambut untuk hijabi:

1. Jangan ikat rambut tatkala ia basah

Pasti ramai yang sudah sedia maklum yang kita tidak digalakkan untuk mengikat rambut tatkala ia basah. Tetapi apabila kita sudah lewat, ia tidak membenarkan kita untuk membuat pilihan lain. Ini hanya akan mengakibatkan rambut anda lebih cepat berbau dan juga leper.

Penyelesaian: Pelan masa mencuci rambut anda terlebih dahulu. Jika hari itu sangat panas dan rambut anda basah dengan peluh, pastikan anda ada senggang masa beberapa jam untuk membiarkan rambut anda kering dengan baik. Jika anda tidak ada masa tersebut, gunakan pengering rambut (dengan berpada).

2. Pastikan rambut anda ada peluang untuk bertemu cahaya matahari

Jangan tidak tahu bahawa kepala dan rambut anda juga perlu bernafas dan juga terdedah dengan cahaya matahari. Memandangkan anda memakai hijab, cukup dengan membuka tingkap atau pintu rumah anda untuk membenarkan cahaya matahari mengenai rambut anda. Vitamin D sangat penting ya untuk kesihatan rambut dan kepala anda.

Penyelesaian: Lakukan jemuran ini sekurang-kurangnya 30 minit seminggu. Pilih kawasan di dalam rumah anda yang paling terdedah dengan cahaya matahari dan berehatlah di situ.

IKLAN

3. Lepaskan rambut anda

Apabila memakai hijab, biasa bagi kita untuk mengikat, menggulung, menyanggul dan mengikat tocang pada rambut kita. Bergantung kepada gaya hidup kita, biasanya 6 – 9 jam rambut kita akan berada di dalam keadaan yang begitu.

Penyelesaian: Pulang ke rumah, buka hijab dan lepaskan rambut anda! Jangan biarkan ia terus kepam begitu. Kalau boleh, elakkan juga dari mengikat rambut anda melainkan anda tiada pilihan. Jika ada sahabat bukan mahram datang ke rumah, ikat hijab anda dengan lebih relaks dan longgar untuk membenarkan peredaran udara yang baik.

4. Cuci anak tudung dengan kerap

Memandangkan anak tudung sentiasa melekat kepada kepala, ia juga merupakan benteng pertama dari lelehan peluh dan juga tempat berkumpul kelemumur. Ini membuatkan anak tudung anda boleh menjadi penyebab rambut anda kotor dan berbau.

Penyelesaian: Pastikan anda mecuci anak tudung dengan kerap dan lebih senang jika anda memiliki sekurang-kurangnya lima helai anak tudung agar kebersihannya terjamin dan anda tidak kehabisan stok anak tudung.

5. Potong rambut secara berkala

Ingat, walaupun kita berhijab tidak bermakna rambut tidak perlu dipotong. Bukan bermakna anda perlu berambut pendek ya!

IKLAN

Penyelesaian: ‘Trim’ rambut anda secara berkala setiap 4 ke 6 minggu, cukup untuk membuang hujung rambut bercabang. 1/2 ke 1 inci sudah mencukupi.

6. Jangan ikat rambut terlalu ketat

Bagi anda yang tidak sukakan ikatan rambut yang longgar, ini sahaja penyelesaiannya. Apabila anda mengikat rambut dengan terlalu ketat, ia akan menarik rambut anda dan ia akan mudah tercabut atau terputus.

Penyelesaian: Benarkan ikatan rambut yang longgar sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk merehatkan kulit kepala anda.

Memakai hijab bukan bermakna kesihatan rambut boleh diabaikan. Malah ia menjadi lebih penting dan mustahak untuk kita memastikan kesihatannya.

EKSTRA TIP:

Tidak kira orang yang bertudung ataupun tidak, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk memastikan kesihatan dan kecantikan rambut terpelihara. Anda jugando digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E, vitamin B12, vitamin B6, protein dan vitamin C. Sumber vitamin ini boleh anda perolehi daripada buah-buahan, sayuran hijau dan kekacang.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM WEDDING DIARIES KL (UNTUK TOP)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI