Mesti ramai di antara kita yang mengamalkan penggunaan mask wajah agar kulit kekal sihat dan jelita. Tetapi ramai juga yang ingat semakin lama kita pakai mask itu, semakin baik kesannya untuk wajah kita. Salah tu!
Sebenarnya, kita mestilah menanggalkan mask itu mengikut waktu yang ditetapkan. Mengikut perkongsian @NaufalAntezem yang mendapat hampir 5 ribu retweet di twitter, dia telah menceritakan kesan memakai mask terlalu lama mengikut pengalamannya. Jom kita baca.
Ads
Ads
Ads
Kebiasaannya tempoh masa yang disarankan adalah 15 hingga ke 25 minit. Ramai juga yang ingat lebih baik pakai sehingga tidur. Itu amalan yang silap kerana boleh mengeringkan kulit wajah.
Kelembapan itu akan hilang jika dibiarkan terlalu lama. Set alarm pada telefon jika takut terlajak!
Untuk cantik, kita mesti banyak mengikut aturan yang betul tau. Jangan mengikut andaian sendiri nanti hasilnya tidak seperti yang diharapkan pula. Selamat bercantik hijabi!
Proses menurunkan berat badan pastinya berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengamalkan diet jenis A, ada pula yang mengamalkan diet jenis B. Namun, sepanjang proses itu, pastinya mengambil tempoh yang lama dan menguji kesabaran diri. Ada kalanya kecundang, dan ada kalanya konsisten bersemangat untuk mencapai tubuh badan yang diidamkan.
Kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah perjalanan diri sendiri yang mungkin bukan sebesar mana kisahnya, namun cukuplah untuk memberi nafas inspirasi kepada anda yang sedang membaca. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam masa 2 tahun bukannya sebuah proses yang senang. Ada naik turunnya, dan ada susah senangnya. Namun, penulis jadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang begitu manis untuk disimpan dalam diari diri.
Ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang titik permulaan diri apabila ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya, semuanya terjadi saat penulis bekerja di sebuah akhbar kesihatan dan ditugaskan untuk menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan. Ada diantara mereka yang pernah memiliki berat badan sebanyak 110kg dan berjaya menurunkan berat sehingga 70 kg dalam tempoh 2 tahun! Ada juga yang hampir melakukan proses pembedahan usus (Bariatrik) namun menolak saranan doktor dan terus menukar corak diet ke arah yang lebih sihat. Akhirnya, dari 200 kg menjadi 80 kg, hasil titik peluh sendiri. Menarik, bukan? Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mendengar kisah perjalanan mereka, pahit manis mereka menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada penulis untuk mula mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif.
Untuk menukar corak pemikiran dengan sesuatu yang baru pastinya mengambil masa. Ada kalanya culas untuk melakukan sebuah perubahan. Mujur, diri cepat sedar. 88 kg bukanlah sebuah angka untuk mendiamkan diri tanda selesa. Malah, harus bermula dengan sebuah langkah yang sihat.
Hanya mengambil oat sebagai menu makanan sepanjang 4 bulan terawal merupakan proses yang menyakitkan! Sarapan, makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam, semuanya dengan oat.Ada juga yang bertanyakan, Mengapa tak campur oat tu dengan buah-buahan ataupun madu?. Saya lebih selesa untuk makan kosong sahaja. Walaupun rasanya tawar dah ada kalanya hampir termuntah, namun, Alhamdulillah ianya memberi kesan yang cepat! Malah, 4 bulan terawal ini juga saya mula berlari di atas treadmill dan ia amat-amat membantu menurunkan berat badan saya. Dari 88 kg sudah mula menjadi 80 kg! Diri semakin bersemangat untuk terus konsisten apabila perubahan mula jelas kelihatan dari masa ke semasa!
Selepas berakhirnya 4 bulan, diet saya mula berubah dalam bentuk ‘suku-suku separuh’. Untung ketika itu, banyak yang saya pelajari dari pakar nutrisi dan juga jurulatih senaman yang saya menemu-bual untuk akhbar kesihatan itu. Kadang-kala, sempat saya tanyakan beberapa soalan untuk diri saya sendiri. Sedikit-sebanyak, ia memberi informasi berguna yang dapat dipraktikkan dalam proses penurunan berat badan.
Konsep ‘suku-suku separuh’ ini saya amalkan setiap kali waktu makan tengah hari. Selalunya saya akan ambil kuantiti suku untuk nasi, suku untuk sumber protein dan separuh lagi adalah sayur-sayuran.Dalam konteks ini, saya hanya ‘buat acah-acah tahu’! Andai kata tubuh mula berasa tidak selesa, saya akan makan buah-buahan atapun ulam-ulaman untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong! Pernah juga ada ketikanya tubuh menggigil, mungkin kerana tidak cukup makan. Bahaya tau! Jadi saya ambil buah-buahan seperti buah pisang ataupun epal sebagai sumber makanan untuk memberi tenaga.
Malah, air kosong juga sudah menjadi ‘sahabat baik’ saya ketika ini. Botol air sebesar 2 liter diisi dengan air yang penuh pastinya akan habis tidak sampai setengah hari. Boleh dikatakan banyak kali tambah dalam masa satu hari. Jadi, berapa liter saya minum air kosong dalam sehari? Saya juga hilang pengiraannya!
Mengenai senaman pula, saya mencuba pelbagai jenis senaman di saat awal saya ingin menurunkan berat badan. Ternyata, saya lebih selesa untuk berlari di atas treadmill. Jadi, berat saya turun dengan senaman berlari sahaja. Setiap pagi dan malam saya akan penuhkan waktu dengan aktiviti berlari di gim mahupun di kawasan rumah. Bukan mengangkat berat ataupun lain-lain. Bermula dengan larian 1 km saat pertama kali saya mencuba peralatan treadmill di gim sehinggalah saya mampu berlari ‘outdoor’ sejauh 20 km! Pepatah slowly but surely sememangnya menjadi pegangan ketika ini.Mungkin saya bertatih saat mula-mula menjinakkan diri dalam aktiviti berlari. Namun, usah bandingkan diri dengan orang lain kerana ia mungkin akan mematahkan semangat untuk terus mencapai misi yang dihajati.
Sehingga hari ini, untuk sentiasa kekal motivasi, saya seringkali setkan dalam pemikiran “Jika tak capai 10km, maksudnya kau lembik!”.Slogan itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berlari jauh dari hari ke hari sehinggalah saya mampu untuk berlari sejauh 20km. Bukan itu sahaja, malah saya juga sentiasa bercakap dalam hati “Putra, kau kena kurus sampai kau boleh pakai baju putih!”. Bukan apa, selalunya sebelum ini ketika bersaiz besar, baju berona putih membuatkan saya lebih lebar dan malu untuk menyarungkannya. Jadi, saya jadikan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus aktif berlari.
Bukan hanya berlari, saya juga berjinak-jinak melakukan senaman yoga setiap pagi dan malam. Bagi saya, senaman yoga memberi kepuasan yang sama dengan berlari, cumanya ia memfokuskan kepada faktor dalaman. Sehingga harini, saya masih lagi aktif berlari, melakukan yoga dan mempunyai hobi yang terbaru, iaitu berbasikal!
Apa yang saya perolehi saat saya menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan itu ialah mereka menasihati saya, jika mahu kurus, buat untuk kekal sihat, dan bukan untuk kurus semata-mata. Jika saya meletakkan dalam fikiran saya hanya untuk kurus, berkemungkinan jika sudah mencapai berat badan yang diimpikan, saya akan berhenti mengamalkan rutin harian yang sihat. Oleh itu, kepada anda semua yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, sentiasalah beringat, langkah yang anda lakukan ini untuk sentiasa kekal sihat, dan bukannya untuk kurus semata-mata!
Mengakhiri warkah penulisan ini, suka untuk saya tekankan kepada anda semua tentang beberapa perkara jika ingin menurunkan berat badan. Antaranya:
Semoga cebisan penulisan ini memberi inspirasi kepada anda yang memerlukan. Maaf anda ada yang terkurang. Salam sihat untuk semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi terkenal Adira Suhami selamat melahirkan cahaya mata ke empatnya di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh semalam. Khabar berita ini telah dikongsikan dengan orang ramai melalui akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum .. alhamdulillah syukur 🙏🏻 ami dengan bby selamat 29/09/22”
Penyanyi terkenal itu kini berumur 31 tahun dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015. Menurusi perkongsian dari mstar, Adira telah melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram secara pembedahan.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.”
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.”
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” ujarnya lagi.
“Alhamdulillah tahniah, semoga baby sentiasa sihat. Selamat berpantang ibu 💕”
“Congrats dear Dira 🤗 semoga mummy baby sihat2 and selamat berpantang 😘♥️”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Adira. Semoga Adira terus sihat dan menjalani hari berpantang dengan sebaiknya.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, berikutan pernah membintangi drama hangat yang berjudul ‘Andai Itu Takdirnya’, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne atau Hannah Delisha tular lagi kerana satu lagi bakat yang dimilikinya.
Hannah bukan sahaja berjaya membawa watak, Aleya iaitu seorang isteri yang berperwatakan lemah lembut hingga menjadi mangsa keganasan rumahtangga dek kerana sikap suaminya, Syed Aizril iaitu lakonan Shukri Yahaya yang panas baran, hingga naskah adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu sempat menjadi fenomena dan bualan hangat warganet di laman sosial.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan netizen adalah sisi lain Hannah Delisha yang ternyata mampu menyanyi dan mempunyai suara merdu bak buluh perindu.
Terdahulu, bertebaran di laman sosial suara Hannah Delisha sedang asyik menyanyi sehingga video berkenaan menjadi tular, serta mendapat sorotan ribuan wargamaya yang rata-ratanya terpaku dan terkesima melihat bakat nyanyian Hannah.
Hantaran video berkenaan telah tular di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @mawarofficial96 dalam video berkenaan memaparkan Hannah mendendangkan lagu ‘Someone Like You’ nyanyian asal Adele sambil diiring petikan gitar akustik.
Malah, rata-rata wargamaya mengagumi bakat terpendam yang dimiliki Hannah itu, sudahlah mempunyai bakat lakonan yang mantap dan tidak perlu dipertikaikan lagi, kini pandai pula menyanyi dengan begitu bersahaja.dan mempunyai alunan suara yang sungguh merdu.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati nyanyian Hannah mendapat maklumbalas positif dari para peminat hingga ada yang melabel aktess jelita itu sebagai figura yang serba boleh dan sempurna.
Hannah juga disifatkan mempunyai pakej lengkap kerana tidak hanya mempunyai paras rupa cantik, boleh berlakon dan juga boleh menyanyi dengan amat baik.
Berikut merupakan beberapa tangkap layar komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista.
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.