Kulit cantik putih mulus dambaan hijabi untuk kekal yakin berketerampilan. Siapa sahaja yang melihat kulit wajah si genit ini pasti merasa cemburu. Ayda Jebat punyai cara tersendiri untuk kekalkan kulit cantik selama 9 tahun, hanya minum minuman dengan bahan semula jadi. Yang pasti amalkan dua kali sehari!
Menariknya Ayda Jebat sendiri kongsi rahsianya kekalkan kulit cantik dan mulus walaupun jadual padat dengan pengambaran dan masa menjaga anak. Rutin yang Ayda jarang tinggalkan walaupun ketika sibuk, kerana ianya mudah dan senang dibawa ke mana sahaja.
Apabila usia sudah meningkat kolagen dalam badan pun makin menurun, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Sempurna ini sendiri akui apabila menginjak umur dia perlu lebih prihatin tentang kecantikan luaran dan dalaman.
Kekal menjadi Aura White yang bertahan selama 9 tahun ini, Ayda hanya mengamalkan minuman yang memudahkan dia menjaga penampilannya. Dengan ciptaan ‘all in one formula’, ternyata kolagen terbaru ini memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting dengan rasa laici beri yang lazat.
Pada tahun ini, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium. Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.
Ads
Minuman kolagen diiktiraf Halal
Pastinya ramai yang teruja dengan kelainan produk minuman kolagen terbaharu Aurawhite Dazzle Glopeptide ini, kolagen peptida yang digunakan lebih premium dengan gabungan laici dan ekstrak ros atau nama sainstifiknya rosa centifolia.
Bahan yang digunakan di dalam minuman kolagen ini diiktiraf Halal oleh Jakim dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aurawhite Dazzle Glopeptide didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 800g dan kali ini Aura White mengeluarkan edisi terhad 400g. Ramai pengguna setia pasti teruja dengan keluaran produk terbaru daripada Aurawhite.
Kekuatan Aurawhite Dazzle Glopeptide dengan 11 ramuan premium semulajadi ini memberi kesan optimum yang mudah diserap seperti litchi chinensis (ekstrak laici) , kelopak ros, rosa canina (rosehips) , aloe vera, kranberi, biji anggur, tomato, dan penambahan dengan khasiat dengan biotin, vitamin C,E dan A.
Ads
Minuman kolagen atasi masalah kulit
Biotin adalah bahan yang terbaik membantu masalah keguguran rambut dan kuku rapuh. Ia menguatkan struktur kuku dan rambut. Memang sukar untuk anda mendapatkan vitamin sekiranya ia terdapat dalam makanan, tetapi dengan minuman ini memudahkan cara!
Kebaikan Aurawhite Dazzle Glopeptide pula ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Apabila usia semakin meningkat kadar kolagen dalam tubuh menurun, jadi Aurawhite Dazzle menjana semula protein kolagen dalam bentuk peptida jadi melalui proses hidrolisis canggih ia menghasilkan molekul yang boleh diserap dengan baik untuk tubuh badan.
Ads
Rebut peluang
Selepas lebih 10 tahun dalam pasaran, terbukti ramai pengguna yang telah berpuas hati dan menjadi pengguna setia produk Aura White. Aurawhite juga membuka peluang kepada mereka diluar sana yang ingin turut serta menjana pendapatan menjadi stokis, agen atau affiliate boleh hubungi pihak Aurawhite.
Pembeli yang telah membeli boleh membuat video menarik bersama produk Aurawhite Dazzle Glopeptide dan share di Tiktok serta tag @aurawhitehq bersama hashtag #aurawhitedazzle2023.
Bukan itu sahaja, pembeli bertuah juga berpeluang memenangi hadiah percutian ke Korea yang ditaja oleh Aurawhite. Mengikut terma dan syarat. Aura White Global Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan berkualiti tinggi dan diiktiraf halal oleh Jakim.
Syarikat yang diasaskan oleh Datin Furyna Azmeer bersama Datuk Saiful Safwan sejak tahun 2012 lagi. Terdapat lebih daripada 40 rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi untuk lelaki dan perempuan untuk pasaran Malaysia dan luar negara. Aurawhite juga mendapat banyak pengiktirafan antaranya Super Health Brand Asia Pacific, Keris Entrepreneur Award dan sebagainya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
https://youtu.be/umxDjw_utPk
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai selebriti yang mengambil keberkatan Syawal untuk meraikan hari bahagia. Selain pengacara popular, Dayah Bakar, anak sulung kepada pelakon dan juga penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah juga selamat diijab kabulkan bersama pasangannya. Majlis yang berlangsung penuh meriah ini turut dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Selain terpesona melihat kecantikan wajah puteri sulung Ziela Jalil yang menggayakan busana indah, inai tangan bertatah batuan manik yang dilukis juga turut mencuri tumpuan ramai.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Puteri Julia cukup anggun menggayakan dress persalinan rona putih rekaan Nurita Harith dengan layangan layah rona senada. Manakala wajah comel Puteri Julia pula mendapat sentuhan mekap artis tersohor Saidatulnisa Aminuddin.
Kedua-duanya dilihat bagai pinang dibelah dua usai majlis ijab kabul dan disandingkan di pelamin yang dihias indah oleh Razak Flora dengan bunga-bungaan mewah.
Sebelum itu, pada Mei yang lalu pasangan ini telah mengikat tali pertunangan. Menerusi laman instagram Ziela Jalil juga turut berkongsi momen indah majlis khatam quran, berinai dan juga ijab kabul.
Bukan itu sahaja ramai yang turut memuji kecantikan Dr Puteri Julia Nabila yang dikatakan seiras ibunya, Ziela Jalil. Mereka turut mendoakan pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.
Satu lagi yang menarik mengenai majlis perkawinan pasangan yang sama-sama bergelar doktor ini adalah tentang inai yang dipakai oleh Dr Puteri Julia.
Memilih inai putih dengan rekaan cukup indah dengan taburan batuan menjadikan ia seperti sarung tangan yang membaluti tangan. Inai yang cukup indah dan kemas ini dilukis oleh Sheema Henna Artist.
@semuacomel Cantiknya inai di tangan tu. Sangat unik
@nadiaimie im so in love with white henna! so elegant!!
Masalah keguguran rambut sememangnya sering menjadi kerisauan buat para hijabi. Hati menjadi gusar apabila melihat rambut yang tebal kian menipis. Lebih-lebih lagi apabila melihat rambut jatuh berguguran ketika mandi ataupun ketika menyikatnya.
Sememangnya apabila berhijab kita perlu lebih menitik beratkan soal cara penjagaan rambut. Bagi merawat masalah ini, ada beberapa petua tradisional untuk dicuba bagi melebatkan rambut. Kosnya juga sangat murah!
Ayuh, Mari kita lihat 4 petua yang mujarab untuk menyuburkan rambut.
Kombinasi limau nipis dan santan yang juga bagus untuk mencegah kelemumur.
Nak gunakan daun bunga raya dan aloevera juga boleh jika anda mudah untuk mendapatkan bahannya.
Boleh juga kalau nak pakai buah tembikai. Jangan buang kulitnya lagi lepas habis makan !
Lepas guna lendir lidah buaya, rambut pasti tidak akan lebih kuat dan tidak rapuh.
Banyak juga cara yang kita boleh cuba untuk merawat masalah ini. Yang penting kita haruslah konsisten mengamalkannya dan tidak berhenti separuh jalan. Peliharalah mahkota kita dengan sebaiknya. Selamat mencuba !
Kredit: Facebook Treatment Rambut Lebat Tanpa Uban
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja medial sosial TikTok, pasti ramai yang sudah arif untuk menggunakannya. Bukan sahaja digunakan sebagai platform untuk hiburan semata-mata, malah TikTok hari ini dilihat sebagai sebuah media sosial untuk perniagaan, pendidikan serta lain-lain lagi. Barisan artis dari dalam dan luar negara juga menjadikannya sebagai kaedah utama untuk berhubung dengan peminat mereka.
Salah seorang artis yang kerap dan aktif memuat naik di TikTok ialah penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ataupun lebih mesra dengan panggilan Tok Ti! Ha, jangan tak percaya ya! Tok Ti juga suka ber-TikTok! Baru-baru ini, menerusi laman TikTok nya, Tok Ti memuat naik sebuah video transisinya ‘before and after’. Video yang ringkas itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila penyuntingan video kelihatan begitu ‘smooth’ dan sempurna!
Ya Allah dia punya transition lagi padu dari kita semua!
Video yang mendapat tontonan mencecah 1.3 juta itu menarik perhatian ramai kerana teruja melihat Tok Ti yang dilihat begitu santai dan bersahaja di dalam video itu.
Biar betul tok ti ni..hafal step betul ni!
Ada juga yang turut bergurau mengatakan selepas ini video itu akan menyebabkan pengguna TikTok yang lain akan menghadapi masalah jumlah tontonan video mereka berkurang! Wah! Sampai macam tu sekali ya!
Habislah budak-budak TikTok, Tak boleh cari makan nanti..
Apa-apapun, Team Hijabista juga turut terhibur dengan video dari penyanyi kesayangan ramai ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada 10 Februari lalu genaplah usia usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang ke-36 tahun.Masih belum terlambat untuk Hijabista titipkan ucapan selamat ulang tahun...