Malam semalam telah berlangsung majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak keempat kepada pasangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida di kediaman mewahnya. Majlis buat ‘baby’ Yusof AlQardawi ini juga dibuat sempena sambutan rumah terbuka Aidlfitiri. Selain tertarik dengan dekorasi indah, tumpuan juga sebenarnya tumpah pada isteri kesayangan Aliff Syukri. Malam iu Datin Seri Shahidah cukup cantik menyarung busana kurung moden ilham dari Rizalman. Walaupun masih dalam tempoh berpantang, tetapi seri wajah beliau tetap terserlah hingga dipuji netizen.

Sekali pandang, penampilan Datin Seri Shahidah bak pengantin baru dengan persalinan kurung moden rona putih dari fabric lace dilengkap dengan hijab serta cape panjang juga dari rona sama.


Sentuhan tatarias yang sederhana juga turut menambah kejelitaan ibu kepada enam cahaya mata termasuk dua adalah anak angkat kepada pasangan ini.


Penampilan beliau ini juga turut mendapat pujian netizen yang memberitahu wanita ini cukup cantik dan begitu anggun sekali biarpun masih dalam tempoh berpantang.


@safirah13 Cantik sgt Datin.. Mcm pegantin dh

@ou_champion Mcm pengantin datin @shahidadherbs

@mrazrozmohd Sentuhan rizalman mmg diff! The whole thing #worldclass!

@serisugarbellestar_syafiza Wow datin..cantik macam penganti baru..berseri2 wajah datin..

@cik_kuntum8Nanti sharela tips pantang kekal berseri mcm nie

IKLAN

@exora2431 Dah mcm anak dara yg baru bernikah dear @shahidadherbs..cantik sgt truly

@mrscebolton Dalam pantangpun cantik


Sementara itu untuk dekorasi majlis tahnik malam semalam adalah bertemakan Versailles Bed Chamber dari sentuhan pereka tersohor Datuk Rizalman Ibrahim dari Glam Wedding.

Rata-rata netizen juga turut mengkagumi idea dan kreativiti pereka terkenal yang dicurahkan untuk majlis berkenaan.

@yusoffalqardawi Versailles Bed Chamber by @glamweddings

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Ada juga yang memberitahu dekorasi diilhamkan seperti di zaman Inggeris klasik, nampak eksklusif dengan warna serta bungaan yang begitu cantik dan mempesona.

IKLAN

!husna_ghani27 Masyallah.. Cantiknya..

@deeza_hadeeza mmg cantik sgt……sgt colour ni…

@iamrosmidarwati Nampak exclusive sangat dan terbaik!!!!

@wanilah79 Mcm deco zaman inggeris klasik..

@philby2121 Stunning love it

IKLAN

@prudential.siti Cantik btl idea @rizalman71 terbaikkk

@rosnah12othman Subhana Allah cantiknye …..suka sy tgk….warna dn bunga tu lawanye

Artikel Berkaitan: Tetap Cantik Walaupun Polos Tanpa Mekap Lepas Melahirkan

Anak keempat pasangan ini, Yusof AlQardawi dilahirkan beberapa hari selepas Syawal dan dinamakan nama yang indah tu sempena nama ulamak terkenal Mesir.


Kelahiran bayi ini memang cukup istimewa kerana beberapa jam selepas dilahirkan, Datuk Aliff juga telah membuat akaun instagram si kecil ini dan sudah ada lebih 200 ribu pengikutnya.

LAGI FOTO MENARIK SEKITAR MAJLIS BERKENAAN:

1. @nurzaisha_78_ Cantiknya pelamin…baju datin..dah mcm pengantin..tahniah dato n datin


2. @yana_hariez Masha allah.. cantiknya.. keep it up


3. @jariah.amal So cute .. Semoga menjadi hamba Allah yg terpilih.


4. @lizzajewels6 Comey semuanya


5. @zana1578 Macam pengantin baru dato dgn datin sama cantik sama padan

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATIN SERI SHAHIDA, RIZALMAN & YUSOF ALQARDAWI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI