Kerana tertarik dengan keindahan Islam, Ana Farhana seorang gadis Jepun telah bergelar mualaf pada tahun 2016. Bukan itu sahaja, dia juga sebenarnya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia dan nekad untuk pindah ke Malaysia tak lama lagi.
Sudah 3 tahun memeluk Islam, cintakan Malaysia sejak tahun 2011 lagi…
“Dah la baru jadi 3tahun lepas saya masuk Islam. Sampai harini saya fokus kuatkan iman. Tapi saya akan pindah ke Malaysia nanti,(tak lama lagi) boleh belajar agama yang khusyuk & solat on time(yg khusyuk) insyallah & harini #WorldDownSyndromeDay Happy For Us,May Allah Bless Us”
Cantiknya kamu Ana! Moga hasrat baik awak akan dipermudahkan. Pastinya rakan-rakan di Malaysia tidak sabar menantikan kehadiran awak. Hijabista doakan yang terbaik buat kamu Ana!
Hidayah Allah datang tanpa diduga. Ada yang cepat dan lambat menerima hidayah dariNya. Seperti pelakon, pengacara dan usahawan kecil molek, Elfira Loy yang menjadi antara selebriti terawal menerima penghijrahan dari Allah. Dia melakukan penghijrahan dengan berhijab seawal usianya 21 tahun. Malah lebih mengharukan, Elfira berhijab dengan keinginan sendiri bukan paksaan dari seseorang. Lebih menggembirakan bakal Imamnya juga memang suka melihat dirinya berhijab.
Bercerita kisah penghijrahannya sempena Edisi Hijabersary, Elfira memberitahu sudah lebih 4 tahun dia berhijab sejak mendapat kunci kebebasan ketika usianya 21 tahun.
“Alhamdulillah El sudah hampir empat tahun berhijab dan sehingga saat ini tidak pernah terlintas sedikit pun untuk menanggalkannya. Malah El tidak rasa menyesal apabila memakai hijab lebih awal kerana ketika itu El merasakan ianya memang really good timing untuk berhijab.
“El berhijab ketika usia 21 tahun dan disebabkan oleh keinginan diri sendiri tanpa paksaan sesiapa. Waktu itu memang dada El berkobar-kobar menantikan saat untuk berhijab. Dan apabila pakai, El jadi insan yang paling happy sekali.
“Begitu juga dengan keluarga mereka turut happy dengan penghijrahan yang El lakukan. El cukup berbangga dapat berhijab hingga ke hari ini dan tidak pernah sekalipun terfikir untuk menanggalkannya. Insya-Allah,” ujarnya yang kelihatan cukup berseri-seri sejak jadi tunangan seseorang.
Namun begitu sepanjang tempoh berkenaan, tidak mudah untuk Elfira atau mesra dipanggil El ini untuk kekel istiqomah. Dan dalam masa sama cara untuk lebih mendalami ilmu agama supaya dapat menjadi insan lebih baik.
“Memang bukan senang sebenarnya untuk kekal istiqomah tetapi semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Cara kita berfikir dan jangan selalu anggap perkara negatif sebaliknya fikirkan soal positif sahaja.
“Untuk kekal berhijab tak susah kerana kita sepatutnya cari benda yang mudah untuk menutup aurat. Sementara itu bagi memenuhi pengisian ilmu di dada pula El banyak beli dan membaca buku.
“Kalau orang lain memilih membeli novel tetapi El lebih suka beli buku keagamaan kerana bagi El ia lebih intimate. Kita tidak boleh tipu diri sendiri dan bila kita baca kita sendiri akan faham dan ikut apa ilmu yang dikongsi,” tambahnya yang turut bertanya pada Ustazah jika tidak faham sesuatu hukum.
“Kalau tak faham sesuatu hukum saya akan tanya pada ustazah atau kawan-kawan mama di masjid. Sekarang ini memang El rajin ikut mama ke masjid dan selalunya lepas waktu Subuh memang banyak kuliah yang bagus disampaikan penceramah.
“Biasanya El akan kongsi di laman sosial bukan untuk berlagak sebaliknya mahu share perkara atau ilmu yang baik dengan orang lain. Tidak kisah apa orang nak kata apa yang penting nawaitu untuk kebaikan bersama.
“Jangan pertikai apa orang lain cakap dan jangan kita fikir jemaah di masjid itu hanya orang tua sahaja. Sebaliknya ramai yang muda dan ini menjadi pemangkin semangat untuk El rajin mengunjungi rumah Allah itu,” cerita Elfira lagi yang beruntung kerana bakal Imamnya itu sendiri gemar melihat dirinya berhijab. Pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri pada Januari.
“Dia tak letakkan apa-apa kriteria untuk menjadi isterinya dan dia juga bukan jenis judge orang itu sesuka hati. Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab.
“Sejak berhijab memang El gemar tukar stail yang digemari. Sebenarnya styling tudung El belajar sendiri. El jenis suka explore benda baru setiap hari. Dan siapa yang follow IG El akan perasan setiap kali OOTD styling tudung mesti berlainan.
“Biasanya El akan ikut gaya pakaian pada hari berkenaan. El juga tiada idola yang dijadikan inspirasi sebaliknya menjadikan diri sendiri sebagai inspirasi kerana setiap style adalah dari gaya El sendiri,” jelas Elfira yang juga turut membuka perniagaan tudung dan hanya fokuskan ketika musim perayaan sahaja.
Walaupun baru beberapa tahun berhijab namun Elfira tidak keberatan berkongsi sedikit nasiht buat hijabi di luar sana.
“Jangan takut untuk sentiasa explore new style. Be yourself dan find your way dalam cara paling mudah. Lagi satu kita harus sentiasa pandai jaga diri dan kekal istiqomah untu menutup aurat.
“Dan lagi satu kalau boleh hari demi hari berusahalah untuk menjadi Muslimah yang lebih baik,” ujarnya sambil tersenyum manis.
Untuk istiqomah di jalan Allah itu memang banyak dugaannya. Tiada siapa yang mengatakannya mudah. Namun untuk tersungkur itu sangat senang jika kita tidak kuat berusaha menjaga iman kita.
Bagi sama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, marilah kita dengar nasihat daripada selebriti terkenal iaitu Heliza Helmi. InsyaAllah, niat baik kita akan dipermudahkan olehNya.
“Sewaktu perjumpaan usrah fitrah yang kedua dahulu, ustaz yang mengajar kami mengajar agar sentiasa membuat niat yang betul. Contohnya, ketika hendak keluar rumah. Para ulama dahulu bukan hanya menumpukan pada satu niat tetapi hinggakan 50 niat agar dapat memberikan yang terbaik pada orang lain juga.
“Setiap yang dilakukan berdasarkan niat kita. Lagi banyak niat kita, lagi Tuhan akan permudahkan. Pengaruh rakan juga sangat penting. Jika kita bersama dengan rakan yang suka maki hamun, lama-lama kita akan terikut juga.
“Firaun dahulu pun hampir cair dengan dakwah Nabi Musa tetapi dek kerana mendengar nasihat daripada penasihat yang negatif, hasratnya itu terus terbatal. Jadi, itulah pentingnya kita bersama dengan rakan yang boleh buatkan kita ingat pada Allah.
“Kita juga kalau boleh pergilah ke majlis ilmu. Boleh tengok video di YouTube tapi kita kena tapis tahu mana yang betul ajarannya. Sebaiknya pergi ke kelas. Menghadiri kelas agama ini seperti berada di taman-taman syurga. Beribu malaikat yang akan mendoakan kita. Tidur pun tidak mengapa jika tidak larat sangat.
“Terakhir, bersyukurlah. Jangan bandingkan dengan orang lain. Bila kita beryukur Tuhan akan tambah lagi nikmat. Doa pada Tuhan agar terus kekal istiqomah. Kak Ja juga ada melalui struggle. Orang lain juga ada struggle yang tersendiri. Cuba kita senaraikan apa yang kita mahu ubah dalam hidup kita agar lebih mudah untuk capai sasaran,” jelasnya sebelum menutup bicara.
Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.
Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini. Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.
“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.
Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.
Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT