Setiap manusia dicipta dengan pelbagai rupa paras, kesihatan, dan juga kehidupan yang berbeza-beza. Ada juga yang tidak seperti orang lain seperti cacat penglihatan dan sebagainya.

Hari ini di Hijabista akan mengupaskan mengenai perbezaan bagi mata juling dan mata malas (lazy eyes). Ayuh kita sama-sama lihat dan kupas topik ini bersama.

Apa itu mata juling dan mata malas?

Sumber dari Canva

Ramai yang bingung apabila membincangkan tentang perbezaan mata juling dan mata malas. Mungkin disebabkan ia ‘kelihatan’ agak sama tidak bermakna keduanya sama.

Kedua-dua kondisi kesihatan ini sama kerana berlaku pada organ mata. Namun, ianya mempunyai banyak ciri dan simptom yang berbeza antara satu sama lain.

Mata Juling

Sumber dari Canva

Mata juling atau Strabismus merupakan satu kondisi yang membuatkan kedua-dua belah mata tidak melihat pada arah yang sama. Ia juga akan menyebabkan sebelah mata memandang kearah lain.

Mereka yang mengalami masalah ini akan menghadapi masalah penglihatan kerana akan fokus kepada 2 imej yang berbeza dalam satu masa.

Mata Malas (lazy eyes)

Sumber dari Canva

Ia juga dikenali sebagai Amblyopia yang berpunca dari kondisi otak mengutamakan mata satu mata dan mengabaikan sebelah lagi mata. Ia mewujudkan satu masalah mata yang ‘lemah’ dan ‘malas’ sekaligus menjadikan otak menganggap ianya normal.

Oleh dengan itu, mata sebelah akan terlihat berbeza dan seakan terapung sahaja. Kondisi pula akan menjejaskan penampilan serta penglihatan mata penderita kerana ia bergantung kepada 1 belah sahaja.

IKLAN

Simptom dan punca yang berbeza!

Sumber dari Canva

Kedua-dua kondisi ini membawa kepada simptom yang berbeza pada penghidapnya masing-masing. Anda boleh lihat perbezaan antara simptom Strabismus dan Amblyopia.

Mata Juling

Simptom:

  • Posisi anak mata yang berbeza
  • Penglihatan terjejas
  • Penglihatan berganda
  • Penurunan persepsi kedalaman imej
  • Sering sakit mata
  • Kerap pening kepala

Punca kondisi ini boleh berlaku:

  • Genetik
  • Golongan kanak-kanak
  • Kecederaan pada mata
  • Kondisi rabun jauh
  • Kondisi mata malas
  • Kondisi cerebral palsy
  • Strok

Mata malas

Simptom:

IKLAN
  • Satu mata terlihat berbeza
  • Satu mata seakan terapung
  • Penglihatan terjejas
  • Penglihatan berganda
  • Penurunan persepsi kedalaman imej
  • Cenderung terlanggar objek

Punca kondisi ini boleh berlaku:

  • Genetik
  • Golongan kanak-kanak
  • Kecederaan guna sebelah mata
  • Kekurangan ambil vitamin A
  • Kerabunan
  • Glaukoma

Bolehkah kedua kondisi ini dirawat?

Sumber dari Canva

Kedua jenis penyakit mata ini banyak berlaku kepada kanak-kanak mahupun bayi atau remaja. Namun, orang dewasa juga berisiko jika ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit yang sama.

Ia perlulah dirawat dengan segera kerana boleh memudaratkan sehingga tua kelak. Jadi rawatan unutk kedua kondisi mata ini adalah hampir sama, antaranya:

1. Menggunakan cermin mata/kanta lekap

Masalah mata juling atau mata malas boleh di datangi dengan kerabunan. Menggunakan cermin mata atau kanta lekap boleh membantu mereka lihat dengan lebih jelas.

IKLAN

2. Penyuntikan steroid

Kondisi seperti starbismus adalah disebabkan oleh kemerosotan otot mata yang boleh diselesaikan dengan suntikan steroid ke dalam otot yang bermasalah.

3. Penggunaan ‘eye patch

Bagi mereka yang menghidap amblyopia boleh dirawat dengan cara menggunakan eye patch pada mata. Ini membolehkan mereka melatih penggunaan mata yang lemah dari bergantung pada mata dominan.

4. Penggunaan ‘eye drop

Rawatan menggunakan eye drop pada mata yang dominan boleh membantu mereka yang menghidap amblyopia untuk melatih mata yang lemah!

5. Pembedahan mata

Ada perubahan secara drastik buat penghidap yang menghadapi penyakit ini seperti pembedahan. Pakar akan memperbaiki dan membetulkan kondisi mata juling atau mata malas.

Sumber: Hellodoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI