Pemakanan adalah suatu benda yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Diet dan juga keseimbangan dalam makanan perlu di teliti supaya kesihatan terjamin.
Sering kita lihat tip-tip yang di sebut untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup yang seimbang supaya kesihatan badan terjamin. Juga sudah tentu ada amalan pemakanan yang boleh kita ikuti seperti makanan kegemaran Rasulullah SAW.
Makanan kegemaran Rasulullah baik buat kita
Menjadi suatu panduan kita untuk mengikuti apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan, kita harus menyakini apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW bakal memberikan manfaat buat diri kita.
Jadi di sini kita ingin menyentuh soal gaya pemakanan Rasulullah SAW, sudah pasti Baginda mempunyai makanan kegemaran. Kita juga dalam tidak sedar mungkin sudah mmengamalkan makanan kegemaran Baginda dalam kehidupan seharian.
Mengikuti perkongsian dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah menerangkan tentang makanan kegemaran Baginda, antaranya:
1. Barli
Di perjelaskan oleh Imam at-Tirmizi melalui karyanya, al-Syamail al-Muhammadiyyah, antara makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah barli.
Ada juga di ceritakan dalam sebuah hadis sahih Bukhari:
“Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbinah untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya.
Ads
Aisyah berkata, “Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “bubur Talbinah (bubur campuran tepung barli dan gandum) dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.” (Hadis Riwayat Bukhari)
2. Buah kurma
Ya, sering menjadi perhatian kita ketika bulan Ramadan. Kurma merupakan makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Baginda sering menjamah kurma memandangkan ia merupakan makanan ruji pada zaman baginda.
Sabda Nabi, “Tidak akan lapar penghuni rumah yang memiliki kurma.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain dari itu, melalui Saaid bin Abi Waqqas, baginda SAW juga turut bersabda:
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ads
3. Tembikai
Buah tembikai yang sedap, manis, dan sangat melegakan tekak ketika panas hari dengan sensasinya yang nyaman. Ia juga menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Daripada Aisyah RA, “Adapun Nabi SAW pernah memakan buah tembikai bersama kurma basah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
4. Susu
Di nyatakan dalam sebuah hadis, Abdullah bin Abbas RA berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda, yang berbunyi:
“Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya),
“Manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” (Hadis Riwayat Ahmad)
5. Minyak zaitun
Melalui hadi riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW telah bersabda:
Ads
“Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati.”
Kita tahu bertapa bagusnya penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan kandungan antioksidan yang tinggi serta dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada rosak. Ia juga di jelaskan boleh mencegah penyakit strok malah menurunkan berat badan.
7. Air kosong
Daripada Anas bin Malik RA, beliau telah berkata mengenai amalan Rasulullah SAW yang sering minum air kosong. Beliau berkata, “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” (Hadis Riwayat Muslim).
Rata-rata makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah makanan ruji yang sering menjadi juadah harian kita tanpa sedar. Alangkah bagusnya pemilihan pemakanan oleh Baginda SAW yang dapat memberikan manfaat serta kesihatan tubuh badan.
Apabila hendak berpindah rumah baharu, tentunya masalah yang sering dihadapi ialah ketika mengemas barang-barang. Bagi yang mempunyai bajet lebih maka bolehlah menggunakan perkhidmatan pindah rumah namun bagi anda yang ingin berjimat, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan.
Ketika inilah kotak-kotak kertas dicari. Atau pun mungkin ada yang membeli kotak plastik. Ada cara yang paling jimat dan praktikal yang boleh dibuat ketika mengemas barang untuk berpindah rumah.
Berikut tip yang dikongsikan Susun Atur Sioca
PACKING PINDAH RUMAH
Takes time jugalah nak adapt tempat baru. Mostly sebab nak adjust emotionally. Rindu rumah sendiri…
Tapi life must goes on. So here you go! Untuk mereka yang nak berpindah, ni antara tips yang boleh digunapakai:
GUNA BOX
Untuk memudahkan urusan pack dan unpack, gunakan POLYSTYRENE BOX. Selain senang nak packing, box tu boleh digunakan sebagai storan di rumah baru nanti.
PACK IKUT RUANG RUMAH
Apabila berpindah bukan hanya bawa barang-barang tapi juga ‘sistem’ dalam rumah. Oleh itu, packinglah ikut ruang rumah. Contohnya saya ada box ‘ruang dapur’, ‘ruang bilik baju’, ‘ruang bilik buku’, ‘ruang tamu’, dll. Jadi, bila nak unpack, kita akan buat area-by-area. Cara ini sangat menjimatkan masa dan mengekalkan kekemasan sepanjang proses unpack. Malah, kalau belum siap unpack pun, nak cari barang pun mudah, terus tuju box tersebut.
Kategori box yang saya buat ialah:
*Baju kids
.
*Baju parents
.
*Printer
.
*Komputer
*School items
.
*Home supplies
.
*Kitchen supplies
.
*Kasut
.
LABELKAN BOX
Pada setiap box, wajib labelkan isi kandungan di dalamnya supaya senang nak unpack. Label ni jangan dibuang, nanti nak guna semula bila pindah balik. Selain tu, labelkan juga arah letak box supaya tak tersalah dalam kereta/lori, nanti terbalik barang dalam tu.
SEAL BOX
Yang terakhir, pastikan box diseal dengan baik supaya tak terbuka dan berterabur pula nanti.
Saya gunakan box polistrin putih sebab:
*besar
*kukuh
*boleh jadi rak
*ada banyak kat rumah
.
Kemas dan teratur sahaja semua barang.
.
.
.
Kelebihan guna box camni, boleh jadi rak.
.
Senang hendak susun dalam kereta.
.
.
.
Label yang memudahkan kita mencari barang-barang yang diperlukan.
.
Buku sekolah anak-anak.
.
Bawah office supplies, ada buku-buku.
.
Atas kasut, ada hanger besar.
.
Atas baju parents, ada hanger kecil.
.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sis mengemas barang-barang yang akan dibawa pindah ke rumah baru jadi lebih mudah. Tidaklah nanti tidak tahu bagaimana hendak mencari barang-barang yang sudah dikemas. Cara ini juga bukan sahaja praktikal tetapi menjimatkan. Tentunya bila pindah ke rumah baharu, banyak belanja yang perlu dikeluarkan jadi ini adalah salah satu cara untuk berjimat.
Sumber kredit: Susun Atur Sioca
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sambutan Ramadan tahun ini pastinya lebih meriah berbanding tahun sebelum ini kerana negara tidak lagi menjalankan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemeriahan itu turut dirasai oleh penyanyi kecil molek yang pernah menjuarai program realiti One In a Million, Ayu Damit.
Menurut Ayu, sambutan kali ini lebih luar biasa kerana berpeluang menyambut bersama keluarga tersayang, rakan-rakan artis serta dapat berkongsi kemuiaan bulan Ramadan ini dengan anak-anak yatim.
“Sudah dua tahun kita menunggu untuk merasai sambutan begini. Jadi, saya tidak melepaskan peluang untuk meraikannya bersama-sama yang tercinta,” kongsi Ayu.
Umpan Duit Untuk Berpuasa
Ibu kepada tiga orang anak ini juga turut tidak melepaskan peluang mendidik anak-anaknya untuk berpuasa biarpun anaknya yang bongsu baru sahaja berumur tujuh tahun.
“Anak-anak saya berumur 13, 11 dan tujuh tahun. Setiap daripada mereka saya didik untuk berlatih berpuasa. Namun saya percaya, setiap ibu-bapa mempunyai cara yang berbeza. Untuk anak-anak saya terutamanya yang masih kecil, saya akan umpan mereka dengan wang ringgit sejumlah RM 10 sehari.
Alhamdulillah, biarpun masih kecil, dia berusaha untuk berpuasa penuh. Ada ketikanya bila penat bersekolah, dia akan meminta izin kepada saya untuk berpuasa setengah hari. Jadi, umpannya hanya menjadi RM 5.
Selepas itu, dia kembali berpuasa penuh kerana mahu mendapatkan RM 10. Begitulah juga untuk anak-anak saya yang lain saat saya mengajar mereka berlatih berpuasa.
Lama-kelamaan, ibadah puasa itu sudah sebati dalam diri mereka, dan insyaAllah, mereka akan terus lakukannya bukan kerana wang ringgit apabila sudah dewasa,” tambahnya lagi.
Berbicara soal Aidilfitri yang bakal tiba, dia lebih selesa untuk meraikannya dengan penuh kesederhanaan terutamanya dari perbelanjaan baju raya.
“Baju raya yang lama masih lagi banyak yang tidak dipakai. Jadi, saya dan anak-anak akan memakainya untuk Aidilfitri tahun ini. Masing-masing mempunyai dua pasang baju raya pada tahun ini,” tambahnya mengakhiri ruang bicara ini.
Hari ini, kita sudah terbeban dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk kita di Malaysia. Penyakit ini bukan dilihat sebagai penyakit biasa namun ia mampu meragut nyawa.
Walaupun pengambilan vaksin merupakan salah satu cara terbaik mengurangkan penularan wabak ini, namun selalulah berdoa kepada Allah S.W.T untuk melindungi kita dari wabak merbahaya ini. Amalkan amalan ringkas ini untuk sentiasa dipelihara oleh-Nya. Selamat beramal!
1. Bacaan yang Rasulullah sarankan untuk melindungi kita dari segala jenis penyakit.
Berdoa menjadi salah satu cara terbaik untuk selalu meminta pelindungan dari Allah SWT. Begitu juga dalam berlindung dari wabak penyakit. Diambil dari Syarah Riyadhus Shalihin Jilid 4 dalam hadis Nomor 1484 yang diriwayatkan Anas r.a, ini doa yang pernah dibaca Rasulullah untuk berlindung dari segala penyakit.
Allahumma sholli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin thibbil qulubi wa dawa ihaa wa’aafiyatil abdaani wa shifaa ihaa wa nuuril abshoori wa dhiyaa ihaa wa ‘alaa aalihi wa shohbihi wa sallim.
Ertinya: Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, sebagai ubat hati dan penyembuhnya, penyehat badan dan kesembuhannya, sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya. Dan semoga rahmat dilimpahkan kepada para sahabat beserta keluarganya.
3. Membacakan kalimah tauhid dan surah pendek dalam setiap doa
Mulakan berdoa dengan membaca bismillahirrahmanirrahim dan bersalawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Untuk melengkapkan doa-doa dia atas, ia boleh ditambah dengan surang pendek seperti Surah Al-ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...