Baru-baru ini tular mengenai insiden pasaraya Mydin cawangan Sri Muda, Shah Alam, Selangor dipecah masuk akibat situasi banjir dahsyat yang berlaku pada ketika ini.
Faham dengan situasi mangsa yang sedang terdesak kerana sehelai sepinggang, pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin dengan seikhlas hati telah menghalalkan segala barang yang diambil biarpun cawangan tersebut mengalami kerugian jutaan ringgit akibat banjir.
Jelasnya lagi, beliau tidak menyokong perbuatan mencuri tapi mengerti si pelaku mungkin berada dalam keadaan darurat dan terpaksa melakukan kerana tiada pilihan pada saat itu demi meneruskan hidup.
Ads
Kenyataan Rasmi Mydin
Ads
Beliau juga mendoakan agar mereka semua terselamat dan bencana serta pandemik ini pulih seperti sedia kala.
Ads
Mulia sungguh hatinya… InsyaAllah, berkat niat baik ini pasti akan dibalas Allah. Didoakan semoga perniagaan Mydin akan berkembang lebih maju lagi selepas ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memulakan kerjaya sebagai anak seni seawal usia belasan tahun, rezeki pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih selesa disapa sebagai Ernie Zakri dilihat semakin murah apabila bakat suara yang dikurniakan ilahi berjaya membawa namanya sebaris dengan penyanyi gah negara.
Malah, meskipun kini sudah dua tahun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, namun figura ini sentiasa tampil menawan setiap kali membuat persembahan. Memiliki tubuh badan genit, wajah yang jelita serta bersuara lunak menjadikan penyanyi ini antara barisan selebriti yang memiliki pakej yang lengkap.
Ketika ditemui team HIJABISTA, Ernie Zakri mendedahkan bahawa peranan ibu sebagai bukanlah penghalang bagi dirinya untuk terus ligat berkarya dalam industri muzik tempatan, pelantun lagu Ku Bersuara ini komited untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang pernah menjuarai Bintang RTM 2019 ini juga pernah melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Korban. Sudah terang lagi bersuluh, wanita ini tidak pernah lelah untuk mencapai impiannya.
Namun, statusnya yang kini bergelar ibu dan juga sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera serta bualan netizen, semestinya mahu tampil sebaik mungkin di laman sosial untuk tatapan peminat istimewanya.
Pun begitu, menurut ibu kepada Nur Khawla Soleha, untuk tampil sempurna di media sosial bukanlah perkara yang mudah. Sudah pasti istilah ‘kesempurnaan’ itu sukar untuk dicapai sebagai manusia biasa. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
Jujurnya, untuk menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mustahil. Apatah lagi, kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Tetapi, harus diingat, kita sentiasa menjadi yang lebih baik dari semalam.
Bagi dirinya sebagai seorang selebriti, dan juga memiliki bilangan pengikut yang ramai di laman sosial, dia menggunakan sehabis baik untuk menyebarkan nilai-nilai positif.
Kongsinya lagi, untuk tampil sempurna di laman sosial pastinya menjadi impian semua orang. Namun, usahlah jadikan laman sosial sebagai platform yang menyebarkan nilai negatif.
“Kita tidak mungkin jadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling,” ujarnya.
Sekadar info, Ernie Zakri mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Sofea.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Seorang gadis kecil molek berusia 25 tahun memulakan perniagaan sendiri berbekalkan ilmu dalam bidang rekaan seni grafik, Ain Nurina sebagai pengasas dan pengarah kreatif CASESBYWF.
Memang tidak pernah dijangkakan jenama sarung telefon yang menjadi kegilaan ramai ini, pemiliknya seorang hijabi yang muda dan berdidikasi. Kegigihan Ain Nurina memulakan perniagaan menjadi inspirasi hijabi di luar. Jom ikuti cabaran yang Ain Nurina dan strategi menaikkan jenama CASESBYWF ke tahap ini.
Idea perniagaan muncul pada tahun 2015 ketika Ain menjalankan perniagaan menjual tudung. Sanggup bertukar android ke iPhone, Ain gemar memilki pelbagai jenis sarung telefon. Dari situ Ain dapati pelbagai jenis rekaan untuk iPhone berbanding Android
“Malangnya, setelah menaik taraf, saya menyedari masih belum ada pilihan yang cukup untuk model iPhone kerana reka bentuk yang ada tidak dapat berbicara dengan jiwa pereka saya yang menyukai sesuatu yang unik.” ujar Ain.
“Saya survey pelbagai jenama dan penjual, tidak ada yang memenuhi kriteria saya sebagai pembeli, jadi ketika saya memutuskan untuk memulakan jenama Phone Case saya sendiri menggunakan set kemahiran yang saya miliki sebagai pelajar reka bentuk dan minat saya untuk reka bentuk.” Begitulah CASESBYWF bermula.
Terkeliru dengan nama jenama ramai yang menganggap jenama ini berasal dari luar negara. “Saya memang dapat soalan ini banyak! WF sebenarnya adalah singkatan dari Wallflower. Semasa saya memulakan perniagaan sebelumnya, itulah nama syarikat yang saya pilih. Saya secara peribadi menganggap diri saya sebagai Wallflower kerana saya menganggap diri saya seorang introvert.”
Namun apabila menceburi di dalam dunia perniagaan, Ain mencabar diri setiap hari untuk keluar dari zon selesa. “Masih berpegang pada nama Wallflower kerana ia mengingatkan saya tentang siapa diri saya sebelum ini dan apa yang menjadi saya hari ini.” kongsi Ain bagaimana wujudnya nama jenama ini.
Selaku pemilik syarikat memegang dua jawatan di CASESBYWF. Pengarah syarikat dan sebagai pengarah kreatif, Ain Nurin bertanggungjawab ke atas segala keputusan dari segi arahan seni dan konsep bagi setiap koleksi yang dikeluarkan oleh CASESBYWF mahupun kolaborasi dan koleksi sendiri.
Jenama pilihan ramai ini menarik perhatian ramai, menapak dalam industri ini pasti mempunyai pengalaman menarik.
“Pengalaman menarik bagi saya apabila saya terserempak dengan para pelanggan di luar sambil mereka memakai sarung telefon dari CASESBYWF. Tidak dapat digambarkan perasan seronok itu bila saya sendiri melihat orang yang tidak saya kenali memakai hasil kerja saya. Itu adalah momen paling menarik bagi saya sepanjang perjalanan membina jenama CASESBYWF ini.
Membawa jenama CASESBYWF pada tahap ini, pasti banyak strategi pemasaran yang dijalankan, salah satunya kolabratif bersama selebriti tempatan yang punyai nama setaraf antarabangsa.
Pasti punyai banyak cabaran dan rintangan. Walaupun baru berusia 25 tahun Ain Nurin tangkas menjalankan tanggungjawab dan dengan adanya kumpulan kreatif dan pemasaran CASESBYWF yang cukup bagus.
Ya cabaran pasti ada! Paling dahsyat bagi saya adalah saat ingin mendapat kepercayan dari nama-nama besar untuk menerima lamaran kami untuk berkolaboratif. Saya masih ingat pada tahun 2018, Athisha Khan merupakan Youtube Vlogger dan Influencer pertama yang sudi menerima lamaran kami untuk berkolaboratif.
Sejak itu, kami mula diterima oleh nama-nama besar yang lain seperti Cupcake Aisyah, Yuna, Shalma Aina, Hanis Zalikha dan jenama minuman seperti Tealive. Setelah melihat perjalanan saya setakat ini, saya bersyukur saya tidak pernah berputus asa untuk cuba berkali-kali sehingga ada yang sudi menerima jenama CASESBYWF yang dahulunya tersangat kecil.
Disaat jenama saya tidak diterima oleh mana-mana nama besar, saya fokus lebih kepada menguatkan kepercayaan bersama para pelanggan dan kualiti jenama CASESBYWF. Alhamdulillah ia membuahkan hasil seperti apa yang anda lihat hari ini.”
Perniagaan saya juga tidak terlepas dari tempias Covid-19 ini. ‘Purchasing power, antara halangan yang CASESBYWF harungi. Majoriti individu lebih peka dalam berbelanja di dalam fasa covid-19 ini oleh kerana faktor ekonomi. Perlu ada strategi yang tepat bagi memastikan CASESBYWF dapat bertahan di dalam keadaan yang sukar sebegini.
“Cara saya atasi dengan melakukan kolaboratif bersama jenama-jenama lokal agar kami dapatkan cross-followers antara jenama untuk memberi lebih exposure yang dapat memanfaatkan kedua-dua jenama as a win-win situation. Contohnya koblrasi terbaharu bersama jenama kosmetik tempatan, Velvet Vanity Cosmetics. Cara ini dapat meningkatkan sales kedua belah pihak. Justera dapat atasi halangan kekurangan purchasing power.
“Pesanan bulanan kami berkisar pada sekitar 2000-3000 kes dan setelah bekerjasama dengan Ninja Van, mereka telah menunjukkan bahawa mereka dapat menangani semua penghantaran kami, bahkan ketika musim puncak atau musim penjualan.
Sebelum ini, saya biasa menulis nota konsainan secara manual dan perlu pergi ke pejabat pos sendiri tetapi setelah bekerjasama dengan Ninja Van, prosesnya lebih lancar dan senang. Selain itu, mereka juga dapat menyediakan sistem penghantaran yang boleh dipercayai yang disatukan secara langsung dengan laman web kami dan proses kami menjadi dua kali lebih cepat daripada aliran sebelumnya. Pelanggan kami benar-benar menikmati penjejakan pesanan automatik dan analisis masa nyata.” Begitulah pentingnya ada sistem penghantaran yang dipercayai.
Setelah bekerja dengan Ninja Van dalam beberapa tahun terakhir, saya yakin dapat mengatakan bahawa mereka dapat membantu perniagaan saya untuk memenuhi tahap pemenuhannya dan ini juga menanamkan rasa percaya pada pelanggan kami.
Tambahan pula, Ninja Van telah membina sistem yang membolehkan ketelusan sepenuhnya bagi pelanggan kami untuk mengesan dan mengesan bungkusan mereka, ketika mereka bergerak dari CASESBYWF ke hab Ninja Van, kemudian ke depan pintu mereka.
Ninja Van benar-benar menyedari kepentingan jenama homegrown dan memberi kami cara yang lebih mudah untuk menghubungkan produk kami dengan pelanggan melalui inovasi, menjadikan pengurusan rantaian bekalan lancar.
Antara strategi saya untuk menapak dalam industri adalah dengan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Buat masa ini, CASESBYWF lebih fokus kepada market lokal. Misi untuk menjadi sebuah jenama yang terkenal di persada antarabangsa. Memperbanyakkan variasi produk, selain sarung telefon Casesbywf mengeluarkan produk lain seperti Macbook case, iPad case, Airpod case dan pelbagai lagi aksesori telefon dengan kreativiti yang maksima antara strategi kumpulan kreatif CASESBYWF.
Memulakan perniagaan dari di bilik tidur tetamu keluarga untuk 3 tahun pertama perniagaan ketika masih menuntut di universiti. Hari ini, syarikat berkembang sehingga 12 orang dan mempunyai pelanggan dari seluruh dunia.
“Untuk hijabi yang ingin memulakan perniagaan, berani untuk berfikir besar walaupun anda harus mula kecil dan menjadikannya alasan utama anda.” Nasihat Ain Nurin pada pemula.
Kami selalunya akan melamar jenama local atau selebriti terkenal contohnya Yuna melalui kertas kerja. Tetapi ianya tidak semudah itu kerena sesebuah jenama perlu gah dimata mereka untuk mereka memberi perhatian terhadap sesebuah lamaran. Selalunya makan masa beberapa tahun untuk sesebuah lamaran itu diterima. Jadi ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Selalunya saya akan beri fokus lebih untuk bangunkan jenama saya agar dapat menarik perhatian mereka yang dilamar. Alhamdulillah, berkat usaha dan kesabaran. CASESBYWF berjaya skor beberapa kolaborasi sepanjang 6 tahun di dalam industri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum, semalam telah berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan Dan Terengganu.
Lebih menarik lagi, apabila Penyanyi RAP tersohor, Altimet buat pertama kalinya berjaya memperoleh mandat rakyat untuk menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya serta terus menjalankan tugas bermula hari ini dengan mengekalkan rutin menunaikan ibadah Subuh di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pagi tadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Altimet sendiri menerusi beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.
Menerusi ciapan sama, Altimet turut menyeru masyarakat di bawah naunganya agar turut serta bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dan menunaikan solat pada setiap waktu sebagai langkah permulaan yang baharu.
“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!,” tulisnya.
Mengulas lanjut, Altimet juga turut mendedahkan beberapa perancangan masa hadapanya dalam mentadbir warga Lembah Jaya dan berbakti kepada mereka dengan menjadikan masjid ke arah yang lebih menarik serta menganjurkan lebih banyak program-program ilmiah melibatkan agama dan kerohaniah.
“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” ujar Altimet lagi.
Tambah Altimet, menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat bukanlah satu perkara mudah, jadi dia tiada masa untuk berlengah ataupun berehat kerana kini menyelesaikan segalan permasalahan rakyat merupakan satu keutamaan baginya.
“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut
“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.
Sekadar info, Altimet yang mewakili Pakatan Harapan telah berjaya mengenepikan calin Perikatan Nasional (PN) iaitu Sharifah Haslziah Syed Ariffin.
Dengan mengutip undian sebanyak 26,172, beliau berjaya menewaskan calon PN dengan majoriti 6,320 undian.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.