Siapa yang tidak mahu pipi merah bak pauh dilayang. Tidak semua orang terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan dunia solekan tahu cara memakai blusher yang betul.
Namun di zaman yang serba moden dengan kecanggihan gajet ini, semua perkara kita boleh dapat di hujung jari. Walau bagaimanapun untuk bezakan sama ada fakta ataupun auta, termasuklah teknik pemakaian blusher.
Tahu atau tidak kalau mahu memakai blusher kita kena pakai ikut bentuk wajah? Hijabista kali ini kongsikan teknik pemakaian blusher yang betul supayamuka tampak runcing dan lebih sempurna.
#1. Wajah Bujur
Sapu blusher kat bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher kat atas tulang hidung. Ini bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor dan wow begitu sis!
#2. Wajah Bulat
Ads
Buat teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit warna gelap daripada tona kulit agar wajah kelihatan lebih bujur. Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.
#3. Wajah Petak
Untuk hijabi yang mempunyai wajah petak pula, menyamarkan potongan rahang dengan sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari bahagian dagu dan pipi sehingga ke telinga.
Ads
#4. Hati
Pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang.
Tahu tak NITA Cosmetics ada beberapa warna blusher yang sesuai untuk korang? Jom klik sinisekarang. Bukan blusher sahaja, malah ada rangkaian mekap dari mata hingga ke bibir. Memang menarik!
Ads
#5. Panjang
Bagi wanita yang memiliki wajah panjang, gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan sapuan mendatar. Gunakan warna yang lebih terang agar tertumpu pada bahagian pipi dan ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.
Jadi selepas ini sebelum memakai blusher atau pemerah pipi ini, kenal pasti dulu bentuk wajah anda dan cuba teknik yang dikongsikan ini bagi mengelakkan hasil solekan keterlaluan dan kelihatan seperti badut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anak-anak istimewa yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini selalunya dikurniakan akal fikiran yang kuat dan hati yang terang, meski diuji dengan ketidaksempurnaan.
Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh seorang gadis istimewa yang dikenali sebagai Sayidah Fatimah Nabihah, yang berusia 19 tahun apabila diuji dengan penyakit Autisme.
Namun, ketidaksempurnaan yang dimiliki bukanlah halangan untuk dia berjaya sebagai umat Islam dan mempelajari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menghafaz sebanyak 23 juzuk daripada kitab suci Qalamullah itu.
Hijabista difahamkan bahawa, hijabi istimewa anak kelahiran negeri bawah bayu, Labuan Sabah ini merupakan penuntut di Sekolah Tahfiz berasrama di Madrasah Darul Hadis sejak usianya 13 tahun lagi.
SubhanaAllah bertapa besarnya keagungan Allah yang telah mengurniakan akal fikiran dan hati yang terang buat hijabi istimewa ini sehingga mampu menghafaz bait-bait ayat dalam kitab suci walaupun diuji serba kekurangan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Fatimah apabila dia gagal menamatkan pengajian kerana seringkali mengalami ‘tantrum’ di asrama dimana dia melaksanakan pengajian Al-Quran, ekoran masalah Autisme yang dihadapinya.
Cakna berkenaan permasalahan yang dihadapi adik istimewanya, kakak kepada Fatimah yang dikenali sebagai Sayidatul Syahirah atau dikenali sebagai Humaira berusia 32 tahun tidak patah semangat.
Justeru, Humaira mengambil satu inisiatif untuk memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya itu dan melakukan perniagaan mudah, bertujuan untuk membantu perkembangan kognitif Fatimah agar dapat terus berkembang.
“Saya mencipta sistem perekodan jualan yang mudah, di mana ia dapat membantu adiknya untuk memasukkan data jualan dengan tepat dan mudah.
“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai / tanpa tunai untum memudahkan Fatimah melakukan urusan merekod jualan,” ujar Humairah menerusi hantaran Facebook yang dibuat
dalam kumpulan Facebook, Autisme Malaysia baru-baru ini.\
Menurut Humaira lagi, selain merangsang perkembangan ‘kognitif’ Fatimah, aktiviti
Perniagaan mudah yang dicipta ini, dalam masa sama mampu memupuk sifat berdikari dalam diri Fatimah kelak.
Jadi Fatimah mampu menjaga dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada Humaira.
“Dalam kedai kecil tersebut, semua makanan ringan dan aiskrim Malaysia akan dijual dengan harga serendah RM1.
“Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya Fatimah mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu kehidupannya,” kongsi Humaira.
Sekadar info, sejak dikeluarkan dari asrama. Fatimah kini tinggal bersama Humaira. Malah, Humaira kini bertindak membantu Fatimah untuk memulakan perniagaan mudah miliknya.
Sejak dilahirkan pada 30 Ogos 2018 yang lalu, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering menjadi sorotan dan perhatian wargamaya dek kerana kecomelan yang dimilikinya.
Baru-baru ini, tular sekali lagi di laman sosial telatah lincah Jayden yang begitu bersemangat menari dalam sebuah video yang tular di aplikasi Tik Tok
Noor Kartini Kongsi Video Jayden Menari Lagu ‘Blackpink’
Video berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh nendanya, Noor Kartini menerusi sebuah hantaran di laman Tik Tok milikya. Video tersebut memaparkan si kecil itu sedang rancak dan ligat menari lagu nyanyian Blackpink yang bertajuk ‘Pink Venom’.
Telatah Jayden yang begitu bersemangat dan lincah memberikan ‘persembahan’ terbaik buat neneknya itu telah berjaya menghiburkan hati Noor Kartini serta mengukir tawa diwajahnya disaat melihat aksi comel yang dipamerkan oleh cucu kesayanganya itu.
“Jayden naik sehh,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran di laman Tik Tok berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si cilik itu yang dikatakan penghibur di hati semua orang.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen setelah melihat gelagat comel Jayden itu. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan bersetuju bahawa Jayden merupakan antara penyeri di dalam keluarga Noor.
Malah ada yang merasakan bahawa satu hari nanti Jayden akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang pelakon dan penghibur, Sharnaaz Ahmad.
“Aku syak dia memang jadi penghibur satu rumah ni HAHAHAHAH.
“Penghibur sungguh la Jayden ni hahahaha.
“Jayden ni memang penghibur no.1 untuk kitaorang semua.
“Memang boleh lawan pak hang confident tu..
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pada 9 Julai 2020, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Baru-baru ini, penyanyi popular Datin Alyah memuat turun sebuah perkongsian menerusi laman Instagramnya berkaitan dengan pembedahan bariatrik yang dilakukan pada 21 Mac yang lepas.
Mengulas lanjut mengenai pembedahan yang dilakukannya, Datin Alyah yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis sambutan berbuka puasa Kamya Glow di Villa Zamara, berkata bahawa penyakit gastrik yang dialaminya sejak dari dahulu lagi menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan bariatrik untuk memastikan kesihatan dirinya terus terjamin.
“Jujurnya, saya takut dengan pembedahan. Namun, disebabkan oleh masalah gastrik yang semakin kritikal ini menyebabkan saya harus akur dan terpaksa untuk melakukan proses pembedahan tersebut.
Penyakit gastrik yang saya alami ini bermula sejak saya masih berusia dalam lingkungan 20 tahun. Oleh disebabkan waktu makan saya tidak tersusun dan sering makan lambat, kesannya dirasai pada usia saya hari ini. Jika tidak dirawat dengan cepat, ia boleh bertukar menjadi kanser,” kongsinya.
Pakar sarankan saya untuk mengambil minuman susu atau sebarang jenis makanan berbentuk ‘liquid food’ sahaja dan tidak mengambil ‘solid food’ sehinggalah masuk minggu keempat selepas pembedahan dilakukan.
Tambahnya lagi, jadual kerja yang padat menyebabkan Alyah sudah terbiasa dengan waktu makan yang tidak tersusun. Lama-kelamaan, ia menjejaskan kesihatan usus dan menyebabkan terjadinya masalah penyakit gastrik.
“Waktu dahulu, disebabkan sibuk dengan jadual kerja yang padat, waktu makan saya tidak teratur. Saya sering makan malam ketika itu. Apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara disebabkan wabak Covid-19 melanda, rutin makan saya berubah dengan mendadak. Saya makan setiap masa dan sangat kerap. Secara tidak langsung, ia memberi kesan buruk kepada usus dan ulu hati saya terbuka menyebabkan terjadinya masalah gastrik yang lebih kronik,” ulasnya lanjut.
Berbicara soal sambutan Ramadan kali ini, Datin Alya menyatakan bahawa tahun ini sedikit berbeza disebabkan pembedahan bariatrik yang dilakukannya dua minggu sebelum Ramadan menyebakan dia tidak dibenarkan puasa dan harus menjaga pemakanannya.
Dr Mustafa Mohammed Taher, Pakar Gastroenterologi yang bertanggungjawab melakukan pembedahan bariatrik ini menasihatkannya untuk menjaga pemakanan dan kesihatan ususnya.
“Pakar sarankan saya untuk mengambil minuman susu atau sebarang jenis makanan berbentuk ‘liquid food’ sahaja dan tidak mengambil ‘solid food’ sehinggalah masuk minggu keempat selepas pembedahan dilakukan. Alhamdulillah, saya sudah berada dalam minggu keempat. Namun, saya hanya makan sedikit sahaja ‘solid food’ seperti ikan dan tofu,” kongsinya lagi.
“Usus baru seperti bayi, lebih sensitif..”
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati ini, selepas pembedahan, dia harus menjadi lebih peka dengan jenis makanan yang diambil kerana ususnya lebih sensitif.
“Sama juga seperti bayi, selepas pembedahan dilakukan, usus saya menjadi lebih sensitif dan saya harus mengambil makanan yang sihat sahaja. Jadi, banyak perkara yang harus saya pelajari untuk memastikan nutrisi dalam badan saya memberi kebaikan kepada usus dalaman saya. Menu makanan saya tidak sama seperti dahulu. Jadi saya percaya inilah cabarannya kerana saya seorang yang sukakan makanan.
Hasil dari pembedahan itu juga, berat badannya menurun dari 68 kg kepada 59 kg. Namun ia bukanlah tujuan utamanya melakukan pembedahan ini.
Tambahan pula, saya juga turut menghidapi penyakit kolestrol tinggi. Jadi saya harus lebih berhati-hati dalam aspek pemakanan ini.
Namun, selepas pembedahan, badan saya berasa lebih ringan dan amat mudah untuk menyanyi kerana saya sudah tidak mudah lelah seperti dahulu. Kualiti tidur juga lebih terjamin. Jadi, apabila bercakap mengenai pembedahan ini, saya ketepikan dahulu soal turun berat badan. Aspek paling utama ialah kesihatan diri sendiri,” tambahnya.
Hasil dari pembedahan itu juga, berat badannya menurun dari 68 kg kepada 59 kg. Namun ia bukanlah tujuan utamanya melakukan pembedahan ini. Nasihat Datin Alya, jagalah waktu makan dan usahlah melambatkan sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam kerana ia akan mendatangkan kesan yang buruk pada masa akan datang.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.