Pasangan selebriti Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka yang diberikan nama indah, Ameena Hanna Nur Atta.
Sudah berkongsi wajah puteri mereka kepada umum, foto Ameena bersama neneknya iaitu Kris Dayanti menjadi tumpuan ramai kerana wajahnya yang kekal awet muda walaupun kini sudah mempunyai cucu.
Enggan dipanggil ‘nenek’, Kris Dayanti lebih selesa disapa dengan panggilan Grandmi oleh cucunya.
Ads
Selain itu, Aurel juga turut berkongsikan makna indah nama anaknya itu.
AMEENA HANNA NUR ATTA. AMEENA = Terpercaya & Setia dan juga Terinspirasi Dari nama ibu nabi perempuan hebat yang melahirkan Manusia Paling mulia 🖤 HANNA = Kebahagiaan & Kegembiraan NUR = Cahaya Keluarga Kami dan nama ibu hebatnya ATTA = Binti ATTA nama Bapaknya yang akan selalu memeluknya dan juga ini nama keberentungan keluarga 🙏
Biarpun sedang sarat mengandung lapan bulan, Dayah Bakar tetap aktif dalam meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengacara di program Borak Kopitiam.
Dayah yang juga aktif di laman YouTube turut berkongsi baru-baru ini di salurannya video reaksi kejutan buat suami dan keluarganya apabila mengetahui mengenai kehamilannya.
Menariknya mengenai pengumuman kehamilan Dayah ini apabila dia memberitahu kepada suami mengenai kandungannya itu melalui panggilan video kerana suami yang berkerja sebagai tentera sedang bertugas di Australia dan kini sudah memasuki tujuh bulan dia tidak bertemu dengan suaminya yang tercinta itu.
Perhubungan jarak jauh itu ternyata mencabar. Hanya mereka yang kuat sahaja boleh melaluinya. Justeru itu, ramai yang sebak melihat video Dayah ini dan rasa terinspirasi dengan kekuatan yang dimilikinya.
Sis pun turut sebak apabila melihat video Dayah ini. Tambah-tambah lagi di musim pandemik Covid-19 sekarang yang menyebabkan perancangan Dayah untuk berkunjung ke Australia bagi bertemu dengan suami terpaksa dibatalkan.
InsyaAllah, perancangan Tuhan itu pasti ada hikmahnya. Moga Dayah terus diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti dan mendapat zuriat yang sihat dan comel!
Siapa tak kenal dengan Ifa Raziah, keletahnya ketika di pentas memang cukup menghiburkan. Sama ada menyanyi, berlawak atau berlakon, dia sememamgnya artis serba boleh. Kalau dulu kita lihatnya badanya sedikit berisi iaitu 71kg, tetapi kini beratnya hanya 59KG. Bagai tak percaya dengan penurunan berat badan yang begitu ketara. Ramai beranggapan Ifa menjalani pembedahan untuk tampil kurus. Tetapi hakikatnya dia hanya mengamalkan sejenis diet yang membantunya mengurangkan berat badan sebanyak 12kg sejak dua bulan lalu.
Menurur Ifa kepada BH ONLINE, dia sering dikecam kerana mempunyai bentuk badan agak berisi. Malah tawaran kerja seni juga agak berkurangan apabila bertubuh gempal. Jadi dia tekad untuk mendapatkan bentuk badan lebih langsing untuk mencari rezeki.
Walaupun menerima tohmahan mengatakan dia melakukan pembedahan, tetapi Ifa menafikan sambil memberitahu jika melakukan demikian pasti dia sudah terlantar di hospital. Ifa Raziah akhirnya mendedahkan rahsia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12Kg dalam masa dua bulan.
Dia hanya mengamalkan diet berasaskan apa sahaja air yang tidak bergula. Dia juga menolak untuk mengambil makanan. Dan jika mahu makan akan ambil sup atau apa jua masakan berasaskan haiwan laut, terutama ketam. Selain itu, Ifa juga nekad untuk kurus dengan mengamalkan diet tanpa senaman.
Perubahan dialami, bukan sahaja beratnya sudah turun, malah kulitnya juga lebih gebu dan menarik.
Pemenang trofi Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH 29 dan 3.0 itu berkata jika dirinya berasa sangat lapar, beliau juga akan memakan telur rebus sehingga 10 biji sehari.
“Sepuluh biji telur rebus itu saya agihkan untuk makanan waktu pagi, tengah hari dan malam. Ketika saya mula-mula amalkan diet ini, tidak dinafikan memang otak kurang fokus. Saya tidak boleh berfikir dengan betul sebab tak makan.
“Lama kelamaan, ia jadi biasa. Sampai sekarang, tengok makanan pun saya naik takut,” katanya yang turut mengamalkan meminum 3 liter air putih sehari.
Bagaimanapun pesannya, jika hati tidak kental atau lemah semangat jangan sesekali mencuba diet yang diamalkannya.
“Memang hati kena kental kalau nak cuba diet sebegini. Mental dan fizikal kena seiring. Orang hati kering saja barangkali boleh amalkan diet ini. Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan dan akan menyambung amalan diet terbabit selama empat bulan lagi.
“Saya sendiri tidak menyangka diet ini membuahkan hasil. Bayangkan, selama ini saya menari zumba dan makan makanan sihat, namun tetap tak menjadi. Malah, saya juga pernah menyuntik hormon, tetapi tetap tidak berhasil,” katanya.
Mengenai wajahnya yang kelihatan lebih segar, Ifa berkata, beliau hanya mengamalkan produk keluaran sendiri, Diva’s Secret dan menjalani rawatan wajah dipanggil Platelet Rich Plasma (PRP), sebelum ini tanpa melakukan apa-apa suntikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pasangan yang ingin melanjutkan sesuatu hubungan kearah yang lebih serius harus peka dengan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasangan. Mungkin tempoh jangka masa 4 tahun atau lebih itu anda tidak perasan satu perkara yang dikaburi cinta.
Ya, cinta itu penting namun untuk kearah lebih serius seperti kahwin dan mempunyai keluarga, kewangan juga faktor utama untuk permulaan hidup bersama. Jangan sampai anda terlebih cinta tapi pasangan pula ada ‘financial red flag‘.
Bukanlah kami ingin anda menjadi seorang yang materialistik namun ia satu perkara penting dalam permulaan hidup bersama. Ada juga yang sanggup utamakan cinta dari berfikir dengan jauh pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh CNBC Indonesia, penulis kewangan CNBC Indonesia, Aulia Akbar, mengatakan financial red flag dalam perhubungan menunjukkan cara pemikiran pasangan anda dari segi pemikiran dan tingkah laku dalam menguruskan wang.
“Kalau pasangan anda sering memandang ringan mengenai cara mendapatkan wang dan menghabiskannya tanpa rasa sebersalah, itu sudah di kira sebagai ‘financial red flag’ dalam perhubungan.” katanya.
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dijelaskan oleh Aulia Akbar yang boleh anda perhatikan kepada pasangan dan juga diri sendiri. Antaranya adalah:-
Mereka atau anda yang tidak mempunyai perancangan dalam kewangan atau tidak tahu bagaimana ingin menguruskan kewangan. Aulia Akbar menyatakan jika anda atau pasangan memberikan senario seperti tengah bulan sudah kehabisan wang sehinggakan meminjam pada sesiapa. Ini adalah salah satu tanda ciri ‘financial red flag‘.
Mempunyai hutang dalam jumlah yang wajar tidaklah menjadi masalah. Namun, apa yang menggusarkan lagi apabila jumlah hutang itu semakin bertambah dan tidak berkurang walhal wang yang sedia ada tidak mencukupi untuk membayar hutang yang sedia ada.
Situasi ini kebiasaannya terjadi akibat beberapa faktor dan salah satunya seperti kos sara hidup yang mewah. Lebih mementingkan ‘tampak mewah’ berbanding memikirkan rasional untuk hidup sederhana dan menyimpan wang juga ‘red flag’!
Impulsif membawa erti terlalu mengikut kata hati. Sudah tentu anda pernah dengar kebanyakan orang menyatakan ‘ikutkan kata hati juga membawa padah’, itu adalah satu amaran untuk kita berfikir rasional.
Seseorang yang suka membuat pembelian secara impulsif sering memikirkan wang senang sahaja untuk diperolehi tanpa berfikir apa yang bakal terjadi tanpa sedar. Ini jelas menunjukkan pemikiran yang kurang rasional boleh memberikan kesan buruk dalam membina keluarga suatu hari nanti.
Aulia Akbar juga menerangkan ada solusi untuk permasalahan ini iaitu dengan berkomunikasi. Kenapa komunikasi? Ia kerana apabila kedua pasangan serang berinteraksi dan membincangkan sesuatu perkara, misalnya membeli barang dan sebagainya, boleh membuatkan seseorang individu itu untuk berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
Oleh kerana itu, komunikasi dalam perhubungan itu sangat penting sebelum mengutamakan kata hati untuk menjalinkan satu hubungan yang sihat. Ya, wang tidak mampu memberikan kebahagiaan namun ia menjadi satu keperluan buat kehidupan kita. Berbelanja dengan jimat dan urus kewangan anda dengan bijak!
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.