Usahawan wanita muda tempatan yang melonjak naik namanya di bibir hijabi yang tegar menggunakan produk kecantikan Wawa Cosmetic, Wawa Zainal figura yang tidak asing lagi mempunyai paras rupa yang sangat jelita.

Namun kejelitaannya bukan untuk dirinya sendiri malah dia gemar berkongsi pelbagai tip dan rahsia menjaga penampilan di laman sosialnya. Pasangan yang cukup serasi dan sepadan sama cantik digadingkan, ramai yang memuji keserasian Aeril dan Wawa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Berpasangan Lain Pasti Melukakan Hati Isteri..” Aeril Zafrel Enggan ‘Serabut’ Berpoligami.

Lelaki sekarang lebih berbeza

Memiliki rangkaian produk kecantikan sendiri, Wawa akui dia cukup menitikberatkan penampilan suami. Sehubungan dengan itu, WAWA Cosmetics juga melancarkan produk baharu, TRUE LOVE sebagai hadiah buat pelanggan setia WAWA dan juga sebagai hadiah daripada Aeril Zafrel kepadanya.

Lelaki menjaga penampilan dan kecantikan, wawa beri dorongan pada suami agar lebih menjaga kesihatan kulit memandangkan mereka tidak boleh menggunakan solekan.

“Lelaki memang perlu jaga, terutamanya kulit memandangkan mereka tidak boleh pakai mekap. Seperti Aeril saya memang wajibkan dia pakai sunscreen dan lip treatment untuk merawat bibir yang gelap,” kongsinya.

IKLAN

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Wawa Zainal melancarkan Set True Love yang didatangkan dengan dua produk penting untuk bibir yang lebih sihat dan menawan iaitu Lip Treatment dan Lip Matte.

ARTIKEL BERKAITAN: Airmata Ibu Bapa Wawa Zainal Tumpah! Terima Hadiah ‘Rumah’, Kini Menetap Di Kuala Lumpur!

Support suami nak ‘handsome’

Menjaga penampilan untuk bina keyakina penting untuk kaum adam mahupun hawa, malah Wawa lebih gemar jika suaminya menjaga penampilan lebih darinya. Tetap menyokong!

IKLAN

“Saya support kalau suami saya nak ‘handsome’, malah saya akan ingatkan Aeril jika dia terlupa memakai losen sunscreen dan tidak akan melatah jika ada perempuan lain lihat suami saya handsome,” tambahnya lagi.

Baginya lagi perlu ada sokongan antara satu sama lain dalam membina penampilan masing-masing. Kongsinya lagi inspirasi ini di bawa di dalam set terbaharu, di mana Set ini megandungi formula untuk memastikan bibir si pemakai sentiasa kekal terhidrasi, lembut dan licin sepanjang hari. Tekstur lipmatte yang ringan dialis dengan mudah dan memberikan liputan penuh dengan sapuan yang minimum bersama packaging yang mewah sesuai untuk orang tersayang anda.

IKLAN

Sekadar info, bersempena WAWA Glamourous Bolly Night & Awards bagi tahun 2022, acara yang bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf Leaders dan Resellers Wawa Cosmetics serta kakitangan, Noor Hafizah binti abu samah membawa pulang tas tangan berjenama Dior Caro yang bernilai RM18470.17, sebuah kereta Toyota Alphard dan trofi sebagai individu yang memperolehi total restock tertinggi iaitu berjumlah RM 3 432 776.90 pada tahun lalu.

Makan malam yang bertemakan ‘Bollywood’ diilhamkan oleh adegan filem Bombay, dihiburkan dengan persembahan muzik dengan menampilkan Kilafairy dan penyayi sensasi TikTok, Putribollycover sebagai artis jemputan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI