Melihat kemesraan dan kebahagian pasangan yang sama cantik dan sama padan ini sentiasa bersama bagaikan ‘belangkas’, ramai tertanya-tanya adakah mereka tidak dilanda masalah di dalam rumahtangga.
Menjadi lumrah rumahtanga pasti ada pasang dan surutnya, menjalani kehidupan bersama perlu ada sokongan kedua-dua belah pihak. Aeril Zafrel akui 12 tahun perkahwinan, fasa yang dijalani sekarang hanya untuk anak-anak dan perniagaan.
“Kita hanya fikir untuk besarkan anak bersama, rumah, besarkan perniagaan seperti tambah cawangan di Sabah,” ujar Airel. Tambah Wawa lagi, kesibukan yang mereka lalui tiada ruang untuk mereka bergaduh. Malah, menjaga hubungan rumahtangga ini kunci rezeki mereka mencurah-curah.
Enggan ‘serabut’ tambah satu lagi..
Bercakap soal poligami, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu tidak melulu membantah sebaliknya berpendapat bahawa asalkan perkahwinan tersebut direstui oleh individu yang terlibat. Baginya enggan ‘serabut’ untuk memiliki isteri lagi meskipun poligami tidak dilarang dalam agama Islam.
“Saya sebenarnya tak nak pening. kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening. “Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.
“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” kongsinya.
Menurutnya lagi, dia juga mempunyai anak perempuan takut kifarah berbalik kepada keluarganya sedangkan dia juga tidak jamin hubungan bersama akan kekal hanya dengan izinNya semua itu akan terjadi. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 2.
Sebagai wanita pastinya pelakon dan usahawan yang berusia 32 tahun ini terasa bahangnya jika ini terjadi padanya. Namun Wawa Zainal menasihat wanita di luar agar jaga perangai, penampilan dan banyak aspek lagi. Dia juga menasihatkan golongan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga agar tidak ‘terjatuh’ hati terhadap lelaki yang memegang status suami orang. Mereka sepatutnya menghormati hati dan perasaan sesama kaum tanpa menghancurkan kebahagiaan orang lain.
“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’. Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” katanya lagi.
Sasar pemasaran bekerjasama dengan influencer
Di majlis yang serba ringkas dan indah, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bersama pempengaruh TikTok Rozyana Roslan telah melancarkan minyak wangi terbaharu. Kolabrasi kedua Lagenda Kembali WAWA X ROZYANA Asmaradana (edisi terhad) dijual dengan harga mampu milik RM39 dalam saiz yang lebih besar juga mempunyai 3 varian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta.
Kolabrasi bersama pempengaruh adalah satu strategi pemasaran yang dapat membantu melariskan produk disamping dapat mengembangkan idea dengan pelbagaikan promosi tidak bergantung pada penglibatan Wawa Zainal seratu peratus sebagai muka depan untuk menaikkan penjenamaan jenama Wawa Cosmetics. Pada masa akan datang berkemungkinan Wawa Cosmetics akan bekerjasama dengan selebriti tempatan bagi mengembangkan lagi strategi pemasaran perniagaanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Solat Tahajud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur. Solat ini lebih afdal dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Banyak kelebihan melakukakn solat tahajud. Dr. Zaharuddin Abd Rahman berkongsi tentang keajaiban solat Tahajud yang mampu mendekatkan diri kita kepada pencipta.
Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:04 pagi ketika status ini ditulis – waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 5.55 pagi sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan Solat tahajud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur – tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)
Waktu solat Tahajud bermula selepas Isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.
Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis:
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya: Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
AMBIL PELUANG
Justeru, ambillah peluang mendirikan solat Tahajud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya.
JANGAN niat solat Tahajud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redaanNya. Insha Allah.
JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah SWT berbanding yang banyak tetapi terputus.
Solat Tahajud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.
TIP MEMUDAHKAN BANGUN SOLAT MALAM:
*Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajud. *Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. *Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. *Membaca ayat-ayat al-Quran.
Tren K-Beauty kini mengejutkan lagi ramai orang dengan penggunaan bahan kecantikan baru bagi mendapat kulit yang anjal dan sihat–sperma Salmon kini tular sebagai bahan utama untuk kesihatan kulit wajah!
Sudah tentu ramai yang merasakn jijik dan pelik apabila mendengar bahan utama adalah sperma salmon! Ramai selebriti seperti Doja Cat, Kim Go-Eun, juga Joo Hyung yang menggunakan produk kecantikan berasakan bahan ini untuk kesihatan kulit yang cantik!
Guna sperma salmon untuk cantik?!
Sumber gambar dari Tweak Town
Jika terdahulu tren K-Beauty telah tular dengan penggunaan snail mucin iaitu lendir semula jadi datang dari siput. Kini tidak hairan juga jika penggunaan yang lebih ekstrem iaitu dengan menggunakan sperma!
Tetapi ia bukan sperma dari manusia bahkan seperti yang anda tahu bahan kecantikan ini di perbuat dari sperma ikan salmon. Penggunaan sperma ikan salmon di atas kulit wajah kedengaran agak menjijikkan. Menurut Diva, terdapat kajian yang di lakukan oleh para penyelidik mendapati sperma salmon ini kaya dengan pelbagai kebaikan untuk wajah.
Sperma salmon juga di kuatkan dengan keberkesanannya yang dapat meningkatkan keanjalan kulit dan tahap kolagen. Seperti yang kita tahu, semakin kita berumur, tahap pengeluaran kolagen semakin berkurang dengan itu ia sangat penting bagi mengekalkan dan mengelakkan dari proses penuaan berlaku.
Bahan ini di kenali sebagai Salmon pdrn (polydeoxyribonucleotides) atau DNA sperma sering di dapati melalui ikan Salmon Trout atau Salmon Chum yang ia hanya berfungsi untuk membekalkan protein tertentu juga menggalakkan penyembuhan luka.
Kenna Whitnel, seorang ahli biokimia dan saintis di Amerika Utara, testis salmon merupakan kawasan yang mengandungi jumlah DNA yang sangat tinggi. Penting bagi proses pengekstrakan untuk mendapatkan sperma salmon ini kerana ia lebih mudah dan jimat kos.
Kebaikan sperma salmon pdrn ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit yang rosak dan kering. Oleh kerana keupayaannya yang boleh memulihkan keanjalan kulit, membaiki moisture barrier, dan kurangkan keradangan, ia sangat bagus dan di sarankan untuk menggunakannya!
Ini antara produk yang mengandungi bahan ini, seperti:
KAHI Wrinkle Bounce Multi Balm: Rawatan penjagaan kedutan muka
Ini merupakan salah satu produk yang menjadi bualan ramai apabila aktres pelakon korea Kim Go-Eun dan juga penyanyi di Amerika syarikat, Doja Cat, apabila mereka menggunakan produk ini. Ia berkebolehan untuk merawat kedutan dan memberikan kelembapan pada kulit.
Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang? Sis rasa anda boleh sahaja cuba untuk menggunakan produk ini dan lihat keberkesanannya. Bahan yang unik ini tidak sesuai buat semua jenis kulit jadi anda kena pastikan untuk lakukan patch test terlebih dahulu!
Dendam kesumat adalah suatu benda yang sering menjadi konsep sebuah cerita drama. Begitu juga menjadi satu motif utama konflik yang sesetengah dari kita alami sejak kecil atau suatu perkara yang memberikan trauma buat mereka.
Adakah anda seorang yang menyimpan dendam seperti Moon Dong Uun (Song Hye Kyo) dalam The Glory? Anda perlu faham menyimpan dendam tidak menguntungkan…
Bagi peminat k-dramasudah tentu tahu drama yang hangat dan viral seperti The Glory yang dibintangi oleh Song Hye Kyo! Ramai yang tahu bertapa suspen cerita ini sehinggakan dapat merasakan ‘tekanan’ yang cuba disampaikan.
Seperti yang ditunjukkan melalui drama ini, dendam seorang wanita kepada rakan sekelasnya dibawa sehingga ke alam dewasa. Ianya banyak memberikan impak yang negatif sehinggakan mengacau kehidupan Moon Dong Uun!
Sebenarnya ada sahaja yang mengalami masalah seperti watak yang dibawa oleh Song Hye Kyo dimana dendam yang tidak ingin dilepaskan. Mungkin disebabkan trauma atau perkara yang sangat dahsyat membuatkan mereka ingin membuat seseorang alami apa yang mereka lalui.
Menurut verywellmind, mereka yang menyimpan dendam ini boleh berisiko mengalami masalah kesihatan mental. Hal ini menyebabkan anda lebih cenderung kepada mentaliti yang penuh kemarahan, benci, dan perasaan sedih.
Mengingat perkara yang buruk berulang-kali hanya membuatkan anda murung dan berfikiran negatif sahaja. Anda juga boleh alami masalah seperti:-
Menjadi terlalu agresif
Kemurungan
Emosi tidak stabil
Ingin mencederakan diri sendiri
Lepas dan memaafkan bukan suatu yang mudah…
Sumber dari Canva
Kami faham untuk melepas dan memaafkan seseorang itu atas perkara yang mereka buat bukanlah suatu benda yang mudah. Tapi anda perlu fahami konsep memaafkan itu sendiri seperti:-
Memaafkan seseorang tidak bermakna mereka akan bebas dari tindakan yang pernah dilakukan terdahulu
Tidak perlu memaklumkan anda maafkan mereka
Perasaan tidak perlu dicampur sekali untuk memaafkan seseorang
Kemaafan tidak bermakna juga suatu hubungan itu perlu dibaiki (mungkin sahaja cukup sekadar menjadi kenalan)
Maafkan seseorang tidak bermakna perkara itu akan dilupakan
Memberi kemaafan buat mereka bukan tanda untuk puaskan hati individu lain
Itulah realiti kemaafan yang dinukilkan oleh hellodoktor, ia merupakan proses yang perlu diambil berat dalam pelbagai faktor. Anda boleh sahaja ambil sebanyak masa yang perlu tanpa perlu semat perasaan dendam kepada mereka.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...