Mahu kejar syurga di akhirat nanti, pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ingin kumpul pahala dengan membuka pusat tahfiz suatu hari nanti.
Kini dalam perancangan, Wawa, 29, berkata, ia merupakan satu daripada impiannya dengan suami selepas perancangan mereka membina masjid sebelum ini tercapai.
“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.
Ads
Wawa juga berharap apa yang dilakukan mereka ini mendapat keberkatan daripadaNya.
“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa rancangan membina masjid di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor bakal dimulakan pada bulan Disember ini.
Ads
“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.
Ads
Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini,” ujar pelakon kelahiran Lahad Datu, Sabah ini.
‘Kahwin muda‘,topik yang sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana wanita dan lelaki. Dahulunya metod ini adalah perkara biasa kepada orang tua kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun.
Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: whatapp dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
#5 Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, bersosial dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
#6 Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
#8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu menyesak kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
#10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu hijabi contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
Ketika wabak Covid-19 ‘mengganas’ ramai yang merindukan bumi Haramain. Jika sebelum ini tempat suci ini menjadi tumpuan ramai umat manusia namun kini ia lengang, sunyi dan sepi.
Melalui perkongsian seorang anak muda yang kini menuntut di Universiti Islam Madinah, Khashful Azim, berkongsi keadaan sebenar di sini.
Malam tadi, saya dan kawan-kawan kebetulan ada lalu Masjid Nabawi lepas selesai urusan peribadi sikit. Jadinya,…
Malam tadi, saya dan kawan-kawan kebetulan ada lalu Masjid Nabawi lepas selesai urusan peribadi sikit. Jadinya, alang-alang sudah dekat ni kami sajalah pergi sini nak tengok macam mana keadaannya pada tengah malam sekarang.
Selalunya sebelum ni, sekitar masjid sangat meriah sebab ramai orang walaupun tengah-tengah pagi. Tapi sekarang sekitar ni rasa sunyi yang amat, macam kita seorang saja yang ada kat sini tau.
Depan pintu masuk Malik Fahd Nombor 21.
Hotel sekitar kosong tidak berpenghuni kecuali sebahagian kecil yang masih ada orang.
Pintu 17, belah kanan belakang masjid.
Menara jam pintu 21.
Hotel berdekatan pintu 25. Pintu ni dekat dengan lorong ke raudah untuk wanita.
INI LUAHAN HATI KHASHFUL AZIM
Jujurnya, saya rasa sayu kerana masjid yang selalu dipenuhi dengan hamba-hamba Allah beribadah di sini kini menjadi lenggang seketika. Aktiviti masjid yang setiap hari aktif sebelum ini seperti kuliah agama dan kelas mengaji terpaksa dihentikan sementara ini.
Bila semua ni tak ada, baru rasa rindu sangat nak dengar semula suara alunan bacaan Al-Quran dari kelas mengaji dan kuliah agama bergema lagi di dalam masjid nabawi.
Semoga kita dapat kembali melihat semula suasana kemeriahan jemaah umrah dan haji mengunjungi lagi ke Masjid Nabawi & Maqam Rasulullah SAW dalam masa terdekat.
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal 'on-point' meski panas, mahupun ribut taufan melanda!