Minat fesyen sejak kecil, Mira Agile sentiasa bergaya walau berstatus ibu anak 3. Maka, sebagai seorang pempengaruh Munira Agile sentiasa menjaga penampilan diri.
Gaya yang maksima menjadi tunjang utama bagi wanita yang dikenali dengan nama mesranya, Mira.
“Jika merasa selesa, hati akan menjadi lebih tenteram.
“Hasilnya anda menjadi lebih yakin, gembira dan bersemangat melakukan aktiviti sepanjang hari,” kata Mira yang mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram.
Pengacara TV Fara Hanim Razak berkongsi soal kecaman di media sosial dan usaha menjadi muslimah yang baik dalam segmen No Turning Back, Hijabista. Dalam temu bual eksklusif bersama Fara Hanim atau lebih mesra dengan panggilan Hanim, dia menyatakan bahawa selepas berlakunya insiden terdahulu, dia menjadi seorang yang begitu peka dengan hantaran di laman sosialnya terutamanya di Instagram.
Tambahnya lagi, dia tahu sebagai seorang selebriti, kehidupan hariannya bukan lagi sebuah privasi. Oleh itu, dia akan sentiasa menjaga nilai sensitif di ruang media sosial untuk tidak menimbulkan sebarang konflik.
“Apa sahaja berkaitan dengan akaun media sosial, saya akan pastikan semuanya diperiksa terlebih dahulu. Sama ada gambar atau kapsyen yang akan dimuat turun, saya akan pastikan tidak ada kesalahan yang dilakukan.
Kadang-kala kita terlepas pandang. Netizen lebih cepat sedar tentang kesalahan yang dilakukan. Jadi saya tidak mahu menjadikan ruangan komen saya sebagai sebuah ruang untuk bergaduh atau sesuatu yang negatif,” ujarnya.
Menurut Hanim, sudah terang lagi bersuluh, dia tidak mampu untuk mengawal apa yang berlaku di media sosial. Namun, dia boleh mengawal emosinya sendiri untuk menghadapi kecaman yang datang padanya.
“Jujurnya, kadang-kala kritikan yang diterima di media sosial amat pedas. Tetapi perkara itu di luar kawalan saya. Apa yang boleh saya lakukan ialah mengawal emosi saya untuk sentiasa berasa positif.
Namun, saya tidaklah menghiraukan komen-komen yang diterima. Malah saya jadikannya sebagai sebuah rujukan untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik,” tambahnya lagi.
Menjadi Muslimah Yang Lebih Baik..
Berbicara soal usaha diri untuk menjadi versi yang baik, kongsi Hanim, dahulu sewaktu saat awal memulakan kerjaya sebagai seorang peragawan, keningnya pernah dicukur tanpa rela. Dia dipaksa untuk mencukur keningnya bagi tujuan untuk sesi ‘photoshoot’ di luar.
“Saat itu saya benar-benar sedih. Maklumlah saya berasal dari kampung, Mak saya berpesan agar tidak melakukan sebarang perubahan terhadap wajah termasuklah bulu kening.
Namun, pada saat itu, disebakan saya masih mudam mereka mencukur kening saya tanpa rela. Dari saat itu, saya jadikan ia sebagai pengajaran untuk sentiasa teguh dengan pendirian diri. Saya percaya bila adanya perngajaran sebegini, ia membentuk diri kita hari ini,” ujarnya mengakhiri bicara No Turning Back Hijabista.
Ceria dan positif, itulah perkataan yang boleh menggambarkan wanita kental bernama Azimah Jamaludin yang berusia 42 tahun. Walaupun diserang penyakit barah payu dara, dia tidak pernah menyalahkan takdir malah menjadi lebih bersyukur dengan hidupnya.
Menurut Azimah, dia mula melakukan pemeriksaan pada Julai 2016 selepas mendapati adanya ketulan di buah dada bahagian kiri.
“Selepas disahkan menghidap kanser payu dara, saya terus memulakan rawatan pada bulan September. Saya mulakan pemeriksaan dan rawatan di peringkat awal kerana ada dalam sejarah keluarga yang juga menghidap kanser,” jelasnya.
Ketika ditanya bagaimana dia menghadapi saat disahkan menghidap barah payu dara, dia sama sekali tidak merungut malah menjadikan dirinya seorang yang lebih menghargai kehidupan.
“Saya bersyukur sebab ianya membuatkan saya lebih menghargai nikmat sihat, keluarga, rakan dan orang sekeliling. Barulah saya sedar akan semua nikmat itu,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Azimah juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat positif yang membuatkan dirinya lebih tenang. Dia juga mencari kumpulan sokongan dan menyibukkan dirinya dengan hal kerja.
Kanser mengajarnya menjadi lebih tenang.
“Saya juga rasa sangat seronok lepas terlibat dengan Breast Cancer Foundation sebab banyak sangat aktiviti yang dilakukan, dapat jumpa kawan dan macam-macam lagi,” tambahnya yang berasal dari Kuala Selangor ini.
Selain itu, dia juga bersyukur kerana kanser ini telah mengajarnya menjadi seorang yang lebih positif, tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu dan menangani stress.
“Nasihat saya, jika sesiapa yang menghidap penyakit sama seperti saya, segeralah dapatkan rawatan awal. Jangan bersendirian. Cari kawan atau mana-mana pihak yang sepatutnya. Jangan risau, setiap masalah itu ada solusinya.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Awal tahun ini menyaksikan penampilan Ruby Che Wan, adik kepada Che Ta yang berhijrah sepenuhnya setelah balik mengerjakan haji bersama suami tersayang tahun lalu. Sejak itu, Ruby gemar sekali berkongsi ilmu dengan followernya di laman instagram. Malah foto dimuat turun juga seperti memberi gambaran dia sudahpun mengenakan niqab sepenuhnya. Ramai memuji kecantikannya dalam pakaian niqab berkenaan.
Menurut Ruby melalui temubual bersama Majalah Nona, dia melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang dari mengerjakan haji tahun lalu.
Sebenarnya dia pernah terfikir untk berbuat demikian setelah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum itu.
Menurutnya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia seperti berada dalam dua dunia berbeza. Malah turut merasakan pakaian dan amalan sepatutnya sama walau di mana berada.
“Oleh sebab itu apabila pulang sahaja mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Perubahan ini bukan untk menunjuk alim dan sebagainya, tetapi mahu menyarung pakaian yang mudahkan kita untuk bawa solat tidak kira masa dan tempat,” ujarnya.
Sejak itu juga dia mula serasi menyarung pakaian yang dibuatnya sendiri. Ini adalah kerana takut tukang jahit bajunya tidak faham dengan keinginannya.
Ini menyebabkan Ruby lebih senang mereka dan menjahitnya sendiri sesuai dengan citarasanya yang selesa menyarung baju yang labuh dan longgar.
“Dulu saya tidak suka menjahit dan hanya tahu reka pakaian sahaja. Tetapi sekarang ini saya yang reka dan jahit sendiri baju digayakan. Baju saya pakai ini tidak ada dijual di mana-mana,” katanya lagi apabila ditanya wanita lain di mana mahu mendapatkan baju seperti yang dipakainya ketika menghadiri majlis bersama suami.
Oleh kerana kedua-duanya berasal dari negeri jelapang padi, jadi tidak ada malah untuk mereka pulang di kedua-dua belah pihak. Tahun ini akan beraya di rumah Lan dulu dan selepas solat sunat Aidilfitiri barulah akan pulang ke rumah maknya di Alor Star.
Biarpun kini penampilan sudah berubah, tetapi aktivitinya tetap berjalan seperti biasa.Selain sibuk menguruskan kerjaya seni suamina, Ruby juga turut menguruskan syarikatnya RCW Beauty Empire yag terkenal mengusahakan produk Lotion Putih Ajaib.