Sihir merupakan satu perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah dan azab yang besar pasti menimpa si pelaku yang mengamalkannya.

Berkongsi pengalamannya terkena disihir oleh orang terdekat, seorang instafamous yang sering berkongsi kisah motivasi dan juga seorang penulis buku iaitu Aisyah Hijanah berharap kisahnya ini dapat menjadi teladan pada yang membacanya.

View this post on Instagram

Amboi kau, sempat lagi senyum selfie, padahal esok kena sembelih ? _ Aisyah memang jakun sikit. Dulu waktu kecil, Aisyah mmg suka dgn kuda. Hampir setiap petang ayah akan bawa Aisyah naik kuda. Thats why Aisyah suka dgn Little Pony. Bila pindah KL, Aisyah jadi jakun dgn haiwan lain. Nampak je lembu, nak dekat. Nampak kambing nak dekat. Tapi kalau kucing, Aisyah tak berani sgt sbb pernah kena gigit _ Aisyah paling anti dgn cicak. Sbb waktu sek dulu, cicak hitam pernah masuk beg Aisyah. Lepastu ummi Aisyah suka prank dgn cicak. So kalau nampak cicak, memang Aisyah histeria! Hahahah I know now only me yg takut cicak. Korang yg baca ni pun entah-entah sama juga takut cicak kan? Aisyah suka lipas juga. Kalau nampak lipas, Aisyah akan kutip & buat mcm cowboy tu. Aisyah suka baling lipas kat orang. So siapa yg takut lipas tu beware la dgn Aisyah eh hahahaha _ Ok la esok Aisyah nak jalan Pulau Pinang. Korang boleh tak bagi suggestions kat mana best?? Kalau rumah korang buat kenduri, jemputlah eh ?

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) on

Pelik kerana masalah darah haid tu sentiasa terjadi walaupun sudah bertemu doktor.

IKLAN

Bismillahirrahmanirrahim, I dont know where to start, but let me thank family, followers, friends sama ada yg kenal ataupun tidak & semua yg tak putus beri nasihat, tips & kata semangat. Bersyukur sgt Allah kenalkan Aisyah dgn kalian semua. Alhamdulillah Aisyah dah pulih slowly. Alhamdulillah byk benda yg Aisyah belajar & nampak kesungguhan Ummi & suami yg betul-betul jaga Aisyah.
_
Okay jom kita start. Firstly, kepada rakan-rakan perempuan, Aisyah nasihatkan kalian utk berjaga-jaga dgn siapa kalian berkawan. Before this, I went through a lot of relationships. Sebelum hijrah, Aisyah kenal dgn beberapa org lelaki utk dijadikan suami. Tapi, semuanya tak menjadi, mungkin bukan jodoh. Perkahwinan Aisyah & Alif pun bukan disebabkan Aisyah yg suka, tapi dgn redha Ummi Aisyah.
_
Hati-hati dgn sesiapa yg kalian berkawan. Tak kira perempuan atau lelaki. Sebaiknya ambil tahu siapa keluarga & insan yg kalian kenal. Mungkin ini pengajaran yg Allah nak Aisyah belajar & sebarkan.
_
‘Benda’ yg dihantar kpd Aisyah ni actually sudah hampir setahun lebih. To be exact, sebelum kahwin lagi dia dah hantar. Cuma, Aisyah sendiri tak perasan. Okay, girls, get ready kalau petanda ni ada pada korang. Drpd sebelum kahwin, Aisyah ada masalah haid & istihadhah yg terlampau extreme. Kadang tu, Aisyah pun pening mana satu haid, mana satu istihadhah. Bila jumpa doktor, mesti doktor bagi pil perancang, utk smooth kan balik kitaran haid. Walaupun dah makan pelbagai jenis ubat, kitaran haid masih tak teratur & darah makin menjadi-jadi
_
Aisyah tak pernah kena rasuk ataupun buatan org sebelum ni, so sgt mudah benda halus ni nak masuk dlm badan. Satu lagi perangai Aisyah, Aisyah sgt suka tgk cerita hantu. Tak takut langsung. Aisyah dpt tahu yg kena buatan org pun lepas tgk wayang cerita Makmum. Setiap kali tgk cerita seram, Aisyah akan tunggu part hantu. Teringin nak tgk mcm mana rupa hantu. Kadang tu, tak tahu kenapa teringin sgt nk tgk hantu. Jap, caption limit. Nanti Aisyah sambung lagi next part

Rupanya sejak belum kahwin lagi ‘benda’ tu dah bersarang dalam rahim.

IKLAN

Untuk korang yg belum baca lagi part 1, Aisyah recommend korang baca supaya korang tak salah faham. Sambung jom. Bila nak masuk bilik, kadang tu terasa macam bulu roma naik satu badan. Tapi still positif, mungkin Aisyah je yg fikir lebih.
_
Ramai yg ingat benda ni dihantar lepas kahwin, tapi rupanya drpd sebelum kahwin lagi dah bersarang dalam rahim. Selama ni ingatkan masalah hormon, rupanya ada benda yg bersarang dlm rahim. Dah 5 kali Aisyah try check kehamilan , dan semuanya gagal. Of course, Aisyah pun rasa sedih sbb kawan lain semua dah pregnant, Aisyah ni masih ada masalah lagi. Korang bayangkanlah, macam mana nak pregnant kalau dah darah keluar 2 bulan non stop? Waktu subur pun tak boleh nak estimate. Kebetulan sebelum ni Alif dah 2 kali mimpi ular hitam. Aisyah pun pernah mimpi ular sekali Kitaorg dah pelik, tapi husnudzon lagi
_
Then, makin lama Aisyah rasa macam badan makin sakit. Tak tahulah kenapa. Just think positif, mungkin Aisyah yg selalu sibuk, sbb tu badan sakit-sakit. Dah hampir setahun lebih, Aisyah rasa tak selesa pakai tudung kalau terlalu lama. Kepala Aisyah akan sakit teramat. Nak kata anak tudung ketat, tak pula. Kadang tu, baru je pakai tudung, tapi bila keluar rumah, terus sakit. Setiap kali pening tu mesti rasa nak muntah. Banyak kali Aisyah nak termuntah sbb pening kepala yg terlampau.
_
Before pergi China utk Hijanah Haul, Aisyah memang byk sgt kerja. Meeting tak habis, pergi talk lagi. Pinggang Aisyah rasa mmg sakit sgt. Mcm nak tercabut! Aisyah belum pernah kena lagi sakit pinggang mcm ni. sampai kan, nak duduk pun rasa tak sedap. Setiap kali bangun tidur, belakang badan mesti rasa lebam & kesan kena cubit kuat. Setiap masa rasa mcm ada org perhati. Masa kat China ni la kawan Aisyah nampak ada kelibat hitam dekat Aisyah sepanjang masa. Waktu ni Aisyah x percaya, tapi kawan Aisyah memang paksa suruh berubat. Badan Aisyah pun makin hari makin sakit
_
Sorry, Aisyah nak cerita sampai habis tapi caption limit. Ada masa Aisyah sambung balik okay

Rasa pelik kerana jadi seorang yang pemarah secara tiba-tiba…

IKLAN

Aisyah terlupa nak cerita mcm mana keadaan Aisyah masa kena buatan ni. Kalau korang tak baca lagi part 1, make sure korang baca dulu okay! Dulu masa awal kahwin, rasa mcm semuanya indah. Tapi lama kelamaan, Aisyah ni jadi org yg kuat marah & mesti ada benda yg tak kena. Mesti rasa nak marah, mengamuk. Even, Alif sibuk whatsapp sbb kerja pun kadang tu boleh buat Aisyah marah.
_
Sometimes, Aisyah sendiri pun pelik. Kenapa teruk sgt Aku rasa marah ni? Padahal dia cuma balas whatsapp. Kadang tu dia pergi dobi pun Aisyah rasa mcm nak marah. Tapi, syukur, Allah jadikan sifat Alif ni seorang yg sgt penyabar. Dia selalu sabar dgn Aisyah, selalu pujuk, selalu puji & always try utk buat Aisyah happy
Waktu lepas berubat, Alif & Ummi sgt banyak jaga Aisyah. Alif sanggup tunggu sampai tengah malam utk tgk Aisyah tidur dulu. Dia takut kalau ada benda yg kacau Aisyah waktu tidur. Ummi pula sibuk jaga pemakanan Aisyah. Aisyah mmg totally lemah sehari lepas berubat. Alhamdulillah getting better day by day.
_
Salah satu kesan kena buatan yg org hantar ni juga, Aisyah makin jauh drpd kwn. Kadang tu terasa diri mcm terpinggir, rasa nak jauh drpd org. Business partner Aisyah yg dulu mmg Aisyah rapat pun jadi mcm dah jauh. Dia tak buat salah pun, tapi Aisyah mesti akan mengelak kalau nak jumpa dia. Aisyah pun tak tahu kenapa rasa mcm tu.
_
For now, Alhamdulillah semuanya dah kembali normal. Cuma kena banyakkan zikir & amalan. Akhir kata, hati-hati dgn sesiapa yg korang kenal. Kalau korang baca drpd part 1, korang akan faham apa yg Aisyah maksudkan. Aisyah nak minta tips kalau ada yg pernah kena gangguan ke, boleh share tak apa amalan korang? Doakan Aisyah sentiasa sihat & berjaya dunia Akhirat. Share dekat comment okay!

View this post on Instagram

Tengok tu, muka penat je kan? Tak apa! Masa muda ni la kita kena all out. Nanti bila dah tua, boleh duduk rumah tengok drama hahahah! _ Apa yg Aisyah belajar drpd hidup Aisyah, NOTHING IS IMPOSSIBLE. You can make it possible! Latar belakang family Aisyah, tak ada yg business. Awalnya, Aisyah sendiri pun takut. Ingatkan nak kerja dlk bidang apa yg Aisyah belajar. Tapi, rupanya plan Allah sgt amazing! I enjoy learning psychology, but business is my passion. Ilmu tak akan pernah habis, you need to glean knowledge for your entire life. _ Bagi adik-adik yg dah dpt result UPU tu, jgn risau. Belajar lah dgn ikhlas & memang eager utk mencari ilmu. Jgn belajar hanya disebabkan kita nak kerja bagus. Belajarlah utk kita nak amalkan & kongsi ilmu dgn org lain. Bila kita ikhlas dlm amalkan ilmu, kita akan rasa puas & ilmu tu pun akan remain. Tapi kalau kita belajar hanya utk kerja atau pointer semata-mata, ilmu tu tak akan remain. _ Anyway esok Aisyah dpt result sem 2. Doakanlah keputusan yg paling cemerlang & Aisyah dapat Dekan lagi okay!

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) on

Sebagai pengajarannya, Aisyah berharap semua yang membaca kisahnya dapat menjadikannya sebagai teladan. Moga Aisyah dipermudahkan untuk kembali sembuh, terus dijauhkan daripada anasir jahat dan terus berbahagia di samping suami tercinta.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI