Pernah dihimpit dengan kemiskinan dan bergelar anak yatim piatu sejak zaman persekolahan lagi hingga terpaksa menempuh liku kehidupan tanpa figura penting, ibu dan ayah. Pengasas empayar perniagaan Loveliee Beauty dan Asyalliee Group terus cekal mengorak langkah menggapai kejayaan.
Pemilik nama penuh, Siti Syasya Rosaelmi Baba atau lebih dikenali sebagai Asyalliee akui, merasa sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan berkongsi kejayaan yang diraih hari ini bersama kedua orang tua.
Kini diusia 27 tahun, Asyalliee dilihat semakin aktif menguruskan perniagaan , sekaligus menjadi wanita, isteri, ibu dan majikan yang berkeperibadian tinggi.
10 Tahun Dari Sekarang, Asyalliee Fokus Mahu Bina Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
Dalam temu bual bersama Hijabista, Asyalliee turut mendedahkan impiannya selama ini.
“Dalam masa 10 tahun akan datang, perniagaan saya dah jadi auto run supaya saya boleh fokus 100 peratus kepada impian selama ini, iaitu nak ada rumah anak yatim dan orang tua.
“InshaAllah, itu salah satunya tujuan sebab sebagai seorang anak yatim, saya kurang dapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa, tak sempat jaga arwah ibu dan ayah, nak balas jasa mereka walau saya tahu mereka tak dapat dibayar langsung.
Ads
“Saya mahu beri kasih sayang yang sangat banyak daripada saya sendiri dan mereka (Penghuni rumah anak yatim dan orang tua) yang ada di situ nanti. Jika diizinkan, saya juga nak buat madrasah atau perkara yang lebih ke arah keagamaan,” ujarnya.
Kehidupan Asyalliee hari ini menjadi inspirasi ramai kerana dia mampu memiliki semua yang diidamkan individu seusianya. Ada suami penyayang, anak-anak comel, bisnes maju, rumah besar, kereta mewah dan populariti.
Asyalliee Akui Pernah Hadapi Zaman Gelap, Punca Kejayaan Hari Ini!
Namun bagi empunya diri, perjalanan hidupnya tidak seindah yang disangka. Sejak kecil dia sering dilemparkan dengan kata-kata sindiran dan hinaan daripada orang sekeliling kerana taraf keluarganya yang miskin.
“Dari kecil sejak arwah ayah meninggal, saya lalui kehidupan susah dengan arwah mak sebab arwah mak kerja sebagai tukang masak di kedai. Kami hanya mampu tinggal di suatu tempat sempat yang saya sifatkan bukan sebuah rumah pun. Waktu tu ramai hina arwah mak.
Ads
Mak orang Thailand, dengan kerja sebagai tukang masak ramai yang hina dan tak suka dia. Tapi arwah mak sangat kuat dan kalis kecaman. Disebabkan kehidupan kami yang sangat susah waktu itu, arwah mak meninggal dalam keadaan koma.
Doktor sahkan arwah ada barah otak. Bila arwah meninggal, kami terfikir arwah meninggal sama ada kerana keadaan terlalu miskin sampai dia tak tahu ada barah otak sebab hanya makan ubat dan tak buat pemeriksaan kesihatan. Atau arwah mak tahu tapi tak beritahu anak-anak.”
Sejak pemergian arwah, Asyalliee yang merupakan anak keempat daripada lima beradik tinggal bersama kakaknya. Namun masalah lain pula timbul apabila dia didera mental dan fizikal.
Mujur, kakak sulung sempat selamatkan Asyalliee. Dek kerana mahu berdikari, dia sanggup ambil tawaran menjadi model dan review produk di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi. Rezeki tersebut diraih selepas video Asyalliee menjadi tular di media sosial.
Ads
“Ada hikmah dan rezeki lepas video saya viral di media sosial. Orang panggil buat review dan ambil job jadi model. Dalam masa sama saya masih sekolah. Dari situ saya dah start berdikari sendiri sampai sekarang. Habis je belajar saya terus berhijrah ke Kuala Lumpur untuk cari kerja.”
Untuk rekod, Asyalliee berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Kurma merupakan salah satu makanan sunnah.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza. Buat masa ini Nana juga selain menyanyi kini sibuk berlakon dan juga mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Pelakon popular Indonesia, Oki Setiana Dewi kelihatan begitu aktif di laman Instagram miliknya. Pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukannya. Dalam masa yang sama, Oki juga turut melakukan dakwah dengan cara yang tersendiri. Senyuman manis yang terukir dibibir dengan kata-kata lembut yang dilontarkan sudah cukup membuatkan setiap individu terpaku dan terpesona melihatnya.
Oki merupakan salah seorang juri bagi program Gema Gegar Vaganza ini cukup popular dengan watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Watak itu ternyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke dalam hati penonton.
Ketika ditemui di Majlis Pelancaran Butik HIJUP di Malaysia yang lalu, Oki turut berkongsi kisah penghijrahannya kepada tetamu yang hadir. Cukup meruntun jiwa dan buat hati menjadi sebak. Apa tidaknya, kisah hijrah Oki rupanya mempunyai kaitan dengan penyakit yang dihidapi oleh ibunya.
Mula berhijab pada tahun 2005, Oki diduga apabila ibunya menghidap penyakit kulit yang agak parah dan dikatakan sudah tidak punya harapan untuk sembuh. Pada waktu itu, Oki tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa ibunya ke hospital.
Akhirnya dia bertanya kepada ibunya apakah bantuan yang boleh diberikan untuk meringankan beban ibunya.
Lalu ibunya menjawab, “Bantu ibu jadi anak yang solehah sahaja. Jadi anak yang baik dan taat kepada Allah sahaja. Tak perlu bantu yang lain.”
Memikirkan permintaan ibunya, akhirnya Oki mula berhijab pada tahun 2005 tanpa sebarang ilmu agama yang mencukupi. Itu merupakan ujian pertama di dalam hidupnya.
Setelah berhijab, Oki diduga lagi apabila mendapat tawaran lakonan yang memerlukan dirinya membuka hijab. Alhamdulillah, Oki tegas dengan pendiriannya dan tidak akan sesekali membuka hijab meskipun mendapat tawaran yang agak lumayan. Oki yakin Allah akan membantu jika dia mengikut jalan Allah.
Walaupun ibunya tidak mendapat rawatan di hospital, tetapi Allah telah membantunya secara perlahan-lahan untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa. Alhamdulillah, semoga Oki kekal istiqomah dan dikuatkan hati untuk menempuh segala dugaan Allah.
HIJUP Kini Di Malaysia
Tidak dapat dinafikan, HIJUP merupakan antara jenama Indonesia yang popular di Malaysia. Mengambil singkatan bagi ‘Hijab Up’, HIJUP.com merupakan laman web Indonesia yang mengetengahkan fesyen Islamik sejak tahun 2011 lagi. Berkonsepkan online mall, HIJUP.com menjual pelbagai jenis produk rekaan pereka fesyen muslimah Indonesia.
Menariknya, hjabi kini tidak perlu lagi beli menerusi online kerana HIJUP telah membuka butik fizikal pertama mereka di Malaysia yang terletak di Level G, The Curve, Mutiara Damansara. Dibuka sekitar awal Mei yang lalu, butik HIJUP sesuai untuk hijabi yang mahu tampil menawan dan bergaya dan dalam masa yang sama, masih mahu kekalkan gaya anggun dan sopan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mendidik anak-anak untuk mula berhijab bukanlah mudah, biarpun di lahirkan dalam kalangan keluarga yang mementingkan penjagaan aurat. Justeru dengan adanya kolabrasi dUCK dan Barbie Doll memberi ruang dan salah satu cara bagi menarik minat ibu bapa mendorong kanak-kanak perempuan untuk memakai hijab sejak usia masih kecil.
Sebelum ini syarikat gergasi Martell bukan asing lagi bagi kanak-kanak yang meminati patung Barbie. Malahan syarikat ini telah menghasilkan patung Barbie Doll diinspirasikan dari Ibtihaj yang merupakan atlet pertama dari Amerika Syarikat Syarikat yang pertama bertanding memakai tudung pada Olimpik 2016 lalu dalam acara lawan pedang.
Patung Barbie itu adalah sebahagian daripada koleksi ‘Sheroes’ keluaran Mattel dan ia memakai pakaian lengkap atlet lawan pedang, selain hijab.
Impian Direalisasi
Kini jalinan kerjasama antara Martell dan dUCK memberi ruang dan bagaikan satu impian Datin Vivy Yusof berjaya dilaksakan.
“As a little girl, I had my own collection of Barbie and enjoyed playing with them. In hindsight, I do think that my creativity and imagination had a lot to do with me dreaming and fantasizing with my Barbie dolls. I could be anything I wanted to be! 20 something years later, I cannot believe I’m collaborating with them. “
Inspirasi Mendidik Anak Gadis berhijab
Kolaborasi julung kalinya Barbie Doll dengan jenama tudung terkenal dUCKscarves ini memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan membentuk personaliti sebagai gadis berhijab.
Jadikan mainan harian sebagai salah satu rutin diri, insya-Allah dengan cara ini kita dapat mendidik anak-anak dengan sifat keperibadian yang sopan dan menutup aurat.
“dUCk making scarves for Barbie! Barbie acknowledging the scarves and teaching little girls about diversity! This Women of Inspiration campaign of theirs is a worldwide one and for Malaysia, they chose dUCk and my gal @vivyyusof to be the only one featured as Malaysia’s Woman of Inspiration.”
Mereka yang lahir dengan mainan Barbie Doll, pasti tidak akan lepaskan peluang memilikinya sebagai koleksi peribadi. Ini di akui sendiri oleh follower tudung dUCkscarves sendiri.
Koleksi 2018 Bukti DuckScarves Punyai Ramai Pembeli Tersendiri
Ternyata walaupun sering dikecam orang ramai kerana harga sehelai tudung yang agak mahal, namun Datin Vivy Yusof membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bertahan dan identiti tersendiri.
Koleksi 2018 adalah bukti ramai duckies tidak henti-henti menyokong dan mendapatkan eidsi eksklusif dan terkini dari dUCKscarves.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meskipun perkahwinan yang terbina ini, merupakan perkahwinan kali kedua buat Yatt, namun Yatt akui bahawa dia amat seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat cahaya mata kerana...