Terdapat pelbagai pilihan diet untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Antara yang viral baru-baru ini adalah Intermittent Fasting atau berpuasa selama 12 hingga 16 jam sehari. Dan ia terbukti berkesan serta diamalkan beberapa selebriti popular. Selain itu sebenarnya diet secara eat clean juga boleh diamalkan dalam mendapatkan berat badan idaman.
Seperti perkongsian Coach Yatie Nadzli yang memberitahu keberkasanan proses diet ini dalam menurunkan berat badan. Malah diet ini juga yang turut menjadi amalan pemakanan Catriona Ross.
EAT CLEAN adalah perkara yg paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80 % kejayaaan Turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya Focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
Kena tahu apa itu eat clean sebelum mengamalkan diet cara ini.
APA ITU EAT CLEAN?
✔️ makan whole food bukan proses food. maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
Ads
✔️ Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.
Ini pula antara makanan yang diharamkan untuk anda makan sepanjang program eat clean.
MAKANAN YG DI HARAMKAN SEMASA PROGRAM EAT CLEAN.
– Semua makanan bergoreng
– Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
– Semua jenis Air manis
Ads
– Processed food Nugget, Hotdog
– Fast food KFC MCD PIZZA
– SEMUA jenis Sos dan Kicap
– Kerepek, Kekacang yg bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yg selama ini jadi makanan ruji kita.
ya sangat betul! selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus utk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita. minuman kita.
jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
– Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Dan ini pula antara menu diet eat clean yang boleh diamalkan sepanjang proses menurunkan berat badan.
Protein & lemak sihat.Salmon grilled tanpa minyak, sayur rebus, nasi perang, sambal cili tanpa belacan.Nasi kat pinggang lain. paling senang nak makan sayur, tak perlu masak.Ayam bakar dan ulam.Sup telur.Ikan rebus dan ulam. nasi kat pinggang sebelah.Tips makan kat luar. ambil ikan masak lemak tanpa kuah. tanpa sambal belacan.Sup ikan merah.Sambal gesek salmon.Salmon grilled tanpa minyak.Ayam bakar dan terung bakarSup tauhu.Ikan singgang.Sayur rebus dengan sambal belacan.Ikan bakar.Buah-buahan juga penting.Ikan rebus.Makanan sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kalau dulu ramai hijabi yang malu untuk berkongsi pengalaman mengalami masalah breakout di wajah. Tetapi dunia digital tanpa sempadan kini ramai yang mahu berkongsi cara mengatasi masalah utama wanita ini melalui media sosial salah satunya di twitter. Cara ini lebih berkesan untuk menyampaikan perkongsian ilmu cukup berguna kepada hijabi yang turut mempunyai masalah sama.
Ayuh, ikuti thread dari pengguna yang menggunakan akaun nama @nuriyliamalek berkongsi kisahnya hampir 6 bulan berdepan masalah breakout dan cara untuk mengatasinya.
Dia yang mengalami breakout sejak awal tahun. Berapa kali keluar masuk drugstore untuk mencari produk bersesuaian dengan kulit wajahnya.
Dan setelah enam bulan dia berjaya pulihkan masalah jerawat yang membuatnya stress hampir enam bulan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Hari ini seluruh wanita menunjukkan tanda sokongan pada Muslim New Zeland dengan memakai hijab berwarna merah jambu untuk menunjukkan mereka tidak keseorangan. Kempen #scarvesinsolidarity ini dilakukan bagi menghormati wanita di New Zeland yang hari ini (Jumaat) mengenakan hijab.
Kenapa kita memilih warna merah jamu sebagai tema untuk menjayakan kempen ini? Bagi Majalah Hijabista yang memilih warna ini dianggap sebagai warna bagi melambangkan kelembutan seseorang wanita itu.
Jadi pink dijadikan tema untuk kempen #scarvesinsolidarity. Sebenarnya mungkin tidak ramai yang gemar warna pink kerana terlalu lembut, tetapi rona ini juga berpadanan dan cantik digayakan dengan apa jua OOTD.
Tidak kiralah warna pink atau merah jambu gelap, cerah, kusam atau belacan jika dipadankan dengan busana bersesuaian, tetap menyerlahkan penampilan.
Ayuh kita lihat barisan selebiti yang menggayakan hijab atau busana rona merah jambu in kala menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.