Masih terbayang betapa glamour majlis perkahwinan pelakon, Syida Melvin, 22 tahun awal tahun ini. Walaupun masih muda dalam melayari alam perkahwinan, tetapi bagi Syida dia mempunyai cara tersendiri untuk menambat hati suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.
Menurut Syida yang juga adik kepada Tilla tip yang dikongsi diperoleh dari perkongsian pengalaman ibunya sendiri serta adik beradik lain yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Tidak ada masalah jika seseorang mahu berkahwin dalam usia muda. Apa yang penting kita dan pasangan sama-sama memahami dalam meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.
“Bagi Syida tip pertama paling mudah diamalkan adalah kena jaga perut suami. Sebagai isteri kena rajin masak untuknya kerana dari air tangan kita itulah boleh menambat hati suami.
“Perlu adanya sikap bertolak ansur dengan pasangan. Lagi-lagi yang baru berkahwin macam kami ini. Maklumlah bila sudah berkahwin, kita mempunyai dua buah keuarga.
“Keluarga mentua dan keluarga kita sendiri. Jadi kena bijak ‘balance’ dalam apa yang dilakukan agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak,” ungkap Syida ketika ditemui dalam satu sesi fotografi.
Menurutnya juga dalam menjaga hubungan rumah tangga itu perlu elakkan sikap negatif vibes bagi mengelakkan berlaku sebarang pergaduhan antara suami isteri.
“Jangan sesekali ada negatif vibes dalam hubungan sedia ada. Kalau boleh bajai rumah tangga dibina dengan perkara positif yang menggembirakan. Lagi satu kita sebagai isteri juga jangan sesekali bersangka buruk dengan suami.
“Misalnya kita tanya dalam kedaan marah kenapa dia balik dan mula akan fikir bukan-bukan. Kalau boleh bagi ruang untuk berehat (selepas balik kerja) dan tanam kepercayaan pada suami kita sendiri.
“Tip terakhir yang Syida boleh kongsi adalah jaga kebajika suami kita. Malah sebagai isteri memang jadi tanggungjawab kita untuk menjaga segala urusan makan pakai suami itu. Walau sibuk mana sekalipun, kebajikan mereka perlu kita jaga sebaiknya,” ujar Syida sambil tersenyum.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan awal Januari di di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Senaman zumba bukanlah perkara baru dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Sama ada lelaki mahupun wanita, muda ataupun tua, sudah mula menerima senaman zumba sebagai salah satu senaman untuk memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan.
Secara eksklusif, Majalah Hijabista menemu-bual pengusaha juga pemilik studio zumba Dott Space, Dora Dee untuk membincangkan tentang kebaikan senaman zumba pada kesihatan tubuh badan terutamanya kepada kaum wanita.
Berlokasi di Seksyen 23, Shah Alam, Dott Space merupakan sebuah studio kecergasan dan juga ruang acara yang boleh digunakan untuk pelbagai acara seperti pusat latihan serta program acara yang berkaitan dengan kecergasan, kesihatan dan lain-lain lagi.
Kebaikan zumba pada tubuh badan?
Menurut Dora Dee yang juga merupakan salah seorang instruktor zumba terbaik serta berpengalaman selama 9 tahun dalam dunia zumba, muzik rancak yang dipasang saat melakukan zumba mampu untuk mengurangkan stres. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan kesihatan mental. Malah, zumba juga dapat merangsang pengeluaran hormon endorphine. Ternyata, zumba bukanlah sebuah senaman yang hanya memfokuskan kepada luaran sahaja, malahan ia juga menjadikan faktor dalaman juga lebih sihat dan bekualiti. Fitness requires the shaping of minds too!
Tambah Dora, zumba juga dapat menyihatkan sistem kardiovaskular dan meningkatkan metabolisme badan.
“Secara terperincinya, zumba fitness mempunyai gerakan kardio yang menerapkan unsur fitness variation yang mana ia dapat membantu mengurangkan berat badan. Stay healthy and weight less!”
Adakah zumba hanya untuk mereka yang tahu menari sahaja?
Berbicara soal pergerakan dalam zumba, Dora menerangkan bahawa setiap pergerakan zumba fitness mempunyai unsur tarian yang berlandaskan kepada pergerakan asas dari muzik Latin dimana setiap pergerakan melibatkan pergerakan ‘basic muscle’.
“Sebagai seorang instruktor zumba fitness di Dott Space, kami akan sedia membantu untuk memberi tunjuk ajar tentang pergerakan yang dilakukan di dalam setiap kelas. Everyone can learn the movements, getting sweats and having fun at the same time. Let it move you!”
Tambahnya lagi, setiap instruktor yang mengajar di Dott Space merupakan jurulatih yang berpengalaman, bertauliah dan mempunyai minat yang mendalam dalam dunia zumba. Pun begitu, dia juga memberi ruang dan peluang kepada jurulatih yang baru untuk dijadikan sebagai platform mereka menimba pengalaman.
Zumba untuk yang bersaiz besar?
Pastinya bagi mereka yang memiliki saiz badan yang besar berasa tidak yakin untuk melakukan zumba. Malah, mereka juga malu sekiranya pergerakan yang mereka lakukan itu salah dan tidak tepat. Dalam kata lainnya, tidak tajam! Menurut Dora Dee, peserta yang mengikuti kelasnya serta kelas instruktor yang lain di Dott Space telah menunjukkan peningkatan dari segi pembakaran kalori dari 600 kalori kepada 1000 kalori. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, ia adalah senaman untuk semua! Hakikatnya, akui Dora, ada juga diantara mereka (peserta) yang berjaya menurunkan berat badan dengan banyak apabila melakukan zumba secara konsisten.
“Jujurnya zumba fitness dan apa sahaja jenis senaman yang melibatkan pembakaran kalori yang tinggi dan regime fitness variation yang betul, berat badan idaman pasti akan dapat dicapai!”
Jenis senaman lain yang disarankan
“Sebagai seorang yang minat dalam bidang kecergasan, saya menyarankan setiap wanita untuk tidak hanya memfokuskan kepada senaman kardio semata-mata seperti zumba fitness dan lain – lain. Malah, mereka sepatutnyamelakukan aktiviti senaman di gim dengan menggunakan dumb bell & peralatan lain kerana dalam proses untuk mengurangkan berat badan & mendapatkan bentuk tubuh yang ideal, senaman di gim juga dilihat dapat membantu meregangkan otot dan tone-upbentuk badan. Ramai juga yang beranggapan bahawa senaman di gim akan mengubah bentuk badan mereka menjadi lebih muskular seperti lelaki. Sebaliknya, dengan tunjuk ajar dari jurulatih yang bertauliah, mereka pasti dapat memiliki bentuk tubuh badan dan berat yang ideal.”
Rahsia kecantikan Dora Dee sebagai ‘role model’?
Jujurnya, penulis atau sesiapa sahaja yang baru mengenali Dora pastinya akan terkesima dan terpesona dengan aura kejelitaan dirinya. Tidak menjadikan angka umur sebagai penghalang, Dora sentiasa memastikan dirinya lengkap dengan rutin kecantikan dan kecergasan yang sempurna, kerana itulah rahsianya untuk tampil muda, berseri dan aktif sentiasa! Ternyata, dia merupakan seorang ‘role model’ yang harus dicontohi.
“Sebagai seorang instruktor, secara tidak langsung, kami akan menjadi idola kepada peserta yang menyertai kelas ataupun program yang diadakan. Jadi, apa yang saya lakukan, saya akan turut sama melakukan senaman zumba fitness di dalam kelas dan melakukan senaman di gim dengan menggunakan peralatan yang sedia ada sebagai rutin kesihatan untuk menjaga stamina dan mengekalkan bentuk badan sebagai seorang instruktor.”
Sebelum mengakhiri kalam perbualan kami, Dora Dee menasihatkan kepada seluruh kaum wanita di luar sana untuk sentiasa menghargai diri sendiri dan melakukan perubahan demi kepuasan dan kepentingan diri untuk kesihatan tubuh badan. Usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru!
Explore & have it in your own way!
Pada 17 Disember 2021 yang lalu, Majalah Hijabista berkolaborasi bersama-sama dengan Dott Space untuk mengadakan program Fit Hijabi bagi meramaikan lagi kaum wanita yang sihat, cergas dan cerdas!
Bermula pada jam 7.30 malam, program Fit Hijabi yang berlangsung selama 2 jam ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih dari 20 peserta dari pelbagai usia. Terbuka khas untuk kaum wanita sahaja, Fit Hijabi yang diadakan di Dott Space ini menghimpunkan tiga instruktor zumba terbaik seperti Dora Dee, Muhammad Danial Aiman dan Dr Maisarah Shari.
Dimeriahkan dengan acara zumba dan juga sesi motivasi, Fit Hijabi bakal diadakan lagi pada bulan Februari nanti sempena sambutan World Hijab Day! Nantikan kehangatannya!
Untuk info lanjut mengenai Dott Space, layari laman Instagram Dott Space.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa dua pelakon popular, Aprena Manrose dan Nelydia Senrose mempunyai pertalian darah dan kedua-duanya adalah sepupu.
Malah, penampilan kedua aktres jelita yang kini tampil manis dan sopan dalam imej berhijab membuatkan mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.
Perkara itu dapat disaksikan, menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok oleh akaun @miss_teera
Hantaran video berkenaan memaparkan pasangan sepupu itu sedang meluangkan masa bersama di sebuah kedai makan, sebelum Nelydia Senrose dan Aprena Manrose mula buat hal sehingga berjaya membuatkan netizen terhibur dengan gelagat kedua-duanya ketika bertemu.
Sedang asyik makan, Nelydia Senrose secara spontan telah menyuap sepupunya, Aprena yang berada disebelah. Gelagat mereka yang terakam oleh lensa kamera itu begitu mencuit hati wargamaya.
Mana tidaknya, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu sempat buat hal dengan Aprena Manrose dengan membuat pelbagai gelagat dan mimik muka lucu, sehingga rata-ratavwarganet menyifatkan bahawa mereka adalah pasangan sepupu yang kelakar.
Apabila bertemu pasti ada sahaja perkara atau kelakuan lucu yang dicetuskan oleh mereka untuk mengamatkan suasana.
Meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut, Hijabista mendapati para peminat kedua-dua selebriti itu telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecomelan kedua-dua pelakon berkenaan.
Malah, rakaman video itu kink telah juga ditonton sermai 298.1k sejak ianya dimuat naik di laman Tik Tok semalam.
Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik terkemuka yang berasal dari pantai timur, Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang sinonim dengan produk jenama Qu Puteh.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding sekaligus menjadi peratian umum.
Tetapi baru-baru ini Vida telah memberi kejutan buat warga net, apabila tampil dalam satu majlis keramaian dengan busana yang minimalis namun mengekalkan gayanya yang elegan.
Selain penampilannya itu yang menjadi bualan hangat di alam maya, netizen turut terpukau dengan ‘Bunga Tangan Emas 916’ yang digayakan Vida pada majlis tersebut. Menurut Harian Metro, bunga itu bertujuan menggantikan tas tangan ahli perniagaan tersohor itu.
Lebih memeranjatkan warganet, apabila Vida mendedahkan bahawa harga bunga tangan yang diperagakannya itu mencecah harga setengah juta ringgit. Malah ia merupakan koleksi terbaharu Vida.
“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.
“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.
Barang Kemas Di Badan Saya Hampir Cecah RM 1 Juta
Vida menjelaskan dia kini lebih selesa untuk menggayakan konsep “less is more”. Tegasnya lagi, konsep itu perlulah memakai barang kemas yang sedikit tetapi besar nilainya. Tak perlu pakai banyak-banyak kalau dah besar.
“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja. Orang kata ‘less is more’ tapi konsep ‘less is more’ saya adalah kena pakai yang besar.
“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, demi merealisasikan konsep gaya “less is more” yang menelan belanja jutaan ringgit itu, Vida juga telah menggajikan beberapa pengawal peribadi khusus untuk menjaga keselamatan dirinya dan barang kemas yang diperagakannya itu ketika di khalayak ramai.
Tester lipstick boleh tercemar dengan bakteria dan virus seperti HSV-1. Ketahui risiko sebenar, fakta saintifik serta cara lebih selamat mencuba lipstick sebelum membeli.