Apabila disebut timun ramai beranggapan sayuran ini hanya dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan.

Namun, ramai yang tidak cakna bahawa selain masakan, rasa timun yang segar dan mengandungi banyak air juga memberikan manfaat daripada segi kesihatan dan kecantikan.

Musim panas akibat El-Nino sekarang ni kan? Selalu sahaja membuatkan kulit wajah terasa perit bila terkena panahan cahaya mentari. Berikut Hijabista kongsikan semula sebuah perkongsian dari warga Facebook, Tengku Wdec.

Timun Bantu Atasi Masalah Kulit Kering Dan Lembapkan Wajah!

Menurut Engku cara paling ampuh mengatasi masalah kulit kering dan menggelupas di musim-musim El-Nino ini.

“Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Bagi Hijabi yang mempunyai masalah jerawat, bolehlah perakan bebrapa titis lemon untuk merawat muka sunburn dan berjerawat.

Artikel berkaitan: Buat ‘Face Mist’ Sendiri Guna Timun, Rahsia Wanita Ini Nampak Muda Dari Usia Sebenar!

IKLAN

1) Bahan: timun sebatang.

Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.

2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.

IKLAN

3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus utk cerahkan kulit dan matikan jerawat.

4) Masukkn dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.

IKLAN

5. Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.

Sejuk dan segar je bila kena pada kulit wajah. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Tengku Wdec

Artikel berkaitan: Face Mist, Adakah Sensasi Media Sosial Atau Hanya Mitos Penjagaan Kulit? Ini Pendapat Pakar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI