Kisah pergolakan antara menantu dan ibu mentua sangat sulit untuk diselesaikan. Isu ibu mentua dengan menantu perempuan memang tidak akan habis sampai bila-bila pun. Jika tidak ditangani secara bijak maka akan rosaklah rumah tangga yang dibina.
Hubungan ibu mertua dan menantu perempuan seringkali tidak harmoni. Pendek kata ada-ada sahaja yang tidak kena. Hal ini bukanlah sekadar mitos. Kajian membuktikan konflik memang sering ‘tumbuh’ di antara ibu mentua dan juga menantu perempuan.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir
MENANTU BUKAN PILIHAN DAN MENTUA PEROSAK RUMAH TANGGA
Aku cintakan kamu, kamu cintakan aku. Hari ini, kita bergelar suami isteri. Kita akan bersatu dan hidup bahagia hingga ke akhirnya.
Ringkas dan mudah bukan? Ini perkara yang berada di dalam kepala pasangan yang baru sahaja bernikah.
Tapi ianya sering tidak semudah itu. Kerana ada anasir luar (baca : dalam) yang mempengaruhi kehidupan suami isteri. Anasir luar yang dimaksudkan ialah ibu-bapa mentua. Ibu dan bapa pasangan itu sendiri.
Apabila anak sudah meningkat dewasa dan bersedia untuk berkahwin, sudah pastinya anak itu sudah cukup matang untuk membuat keputusan. Betul, ibu dan bapa mempunyai pendapat dan boleh memberi pendapat tentang pilihan hati anak. Ini dipanggil menjadi ibu-bapa. Pastinya ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya.
TERLEBIH MELINDUNGI
Tidak salah sebenarnya, kadang-kala kerana cinta, mata yang celik pun boleh menjadi buta. Ada yang jatuh cinta dengan penagih yang tidak berniat untuk berhenti. Ada juga yang jatuh cinta dengan wanita liar yang tidak mahu berubah. Di sini, ibu-bapa memang patut memainkan peranan membawa kembali pandangan mata anak kepada realiti dan akibatnya nanti.
Masalah tiba apabila bila ibu-bapa pula yang terlebih melindungi anak hanya kerana hatinya tidak berkenan dengan bakal menantunya. Di sini bermulalah segala jenis masalah yang dikaitkan dengan menantu bukan pilihan.
“Kalau kau aku tak suka, dengan keturunan kau pun aku tak suka”. Ya, memang ada yang sampai ke tahap itu. Benci, menyampah, buruk, huduh, tak layak, murahan dan macam-macam lagi perasaan yang bermain di minda mentua apabila anaknya berkahwin dengan yang bukan pilihan hatinya.
Bermacam alasan diberi, pilihan anak itu tak cantik, belajar tak pandai, kerja tak bagus atau tidak bekerja, keturunan tak kaya dan tak sama taraf. Kadang-kala sehingga kehabisan sebab, tetapi masih lagi tidak boleh terima. Di carinya lagi sebab lain yang boleh teruskan kebencian di hati.
Biasa dengar mentua yang tak suka negeri itu ini?
“Jangan kahwin dengan orang Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur”
Habis semua negeri tak boleh kahwin, itu tak boleh, ini tak boleh.
Masakan menantu sentiasa tidak kena dengan selera. Asam pedas tak cukup masam, kari tak cukup pekat, masak lemak tak cukup pedas, ikan goreng tak garing, nasi lembik, sambal belacan tak pedas, rendang tak sedap, ayam goreng tak garing, masakan terlalu manis, masin, pahit, tawar sampai air kosong pun tak cukup sejuk.
Hidangan pula tak menarik, pinggan tak tersusun rapi, mangkuk tak guna yang sama tema, sumbing sikit tak boleh, pinggan basah pun kena lap bagi sempurna semua.
Pakaian menantu bukan pilihan sentiasa tidak kena. Terlalu singkat, terlalu labuh, tidak menarik, tak cantik, warna kelam, tudung senget dan macam-macam lagi.
Alasan untuk tidak menyukai dah habis. Walapun menantu dah ikut semuanya tetapi sangat susah mulut untuk memuji apa yang menantu buat. Seperti satu kesalahan yang besar jika mentua memuji menantu yang tidak disukainya itu.
JADI BAHAN UMPATAN
Menantu bukan pilihan juga sering jadi mangsa umpatan mentua dengan orang lain. Sama ada dengan ipar atau orang terdekat. Kadang-kala dengan sengaja membiarkan menantu itu dengar.
Antara yang menyakitkan hati, mentua sentiasa berkias-kias apabila bercakap dengan menantu bukan pilihannya. “Kedutnya baju anak aku, kenapa la tak bergosok?”, “Makin kurus anak aku ni sejak kahwin, tak cukup makan la tu”, “cucu aku semua putih, yang ini sahaja hitam legam”.
Menantu bukan pilihan juga akan sentiasa dipantau. Paling mentua tak suka apabila anaknya melebihkan isteri sendiri. Memang tak senang duduk dia. Sentiasa ingatkan anak yang Ibu lebih penting dari isteri. Tengok isteri berpakaian baru, diperli-perlinya, tengok isteri ada cincin baru, cepat sungguh kena tegur, membazir la, tak cantik la.
Ada juga yang membanding-bandingkan menantu. Yang disukai sentiasa disebut-sebut, diangkat tinggi, dipuji selalu. Menantu yang itu kerjanya bagus, bukan suri rumah. Menantu yang ini belajar sampai PhD, bukan takat SPM je. “Bodoh tu nanti berjangkit kat anak” katanya.
Bila ada menantu yang selalu beri duit, dicanangnya satu kampung. Saudara mara yang datang pun habis dicerita semua. Menantu ini bagi gelang, menantu itu bagi duit, menantu yang ini tak pernah bagi apa pun. Setakat bagi tudung, apalah sangat. Tak penting pun untuk diceritakan.
Yang menyedihkan, anak kepada menantu bukan pilihan menjadi mangsa diskriminasi. Cucu yang itu la yang selalu dimarahi. Cucu yang itu la yang tidak dilayan berbanding cucu menantu yang disukainya.
Tidak cukup dengan itu, anak akan dihasut dengan pelbagai perkara yang tak elok. Kadang-kala sehingga mereka-reka cerita, diburuk-burukkan dan difitnah. Tujuannya supaya anaknya itu membenci isteri sendiri.
Seperti tidak masuk akal juga apabila perkara yang di luar kawalan dan kemampuan disentuh. Menantu yang masih tidak mempunyai anak akan sering diperli dan diperlekehkan kononnya itu semua salah menantu.
Yang pastinya, menantu bukan pilihan ini jika mahu mengambil hati, perlulah patuh dan mengikut 100% seperti apa yang dimahukan, barulah hatinya puas.
Itulah serba sedikit apa yang dilalui menantu bukan pilihan dan perangai ibu mentua yang merosakkan. Memang sangat menyedihkan.
Kadang-kala orang tua ini memang tidak boleh berubah. Anak perlulah memainkan peranan yang teramat penting untuk seimbangkan kembali situasi yang sentiasa tegang ini.
DENGAR RAYUAN DAN ADUAN PASANGAN
Anak perlu sedar mengenai perangai ibu atau bapanya sendiri. Dengarlah rayuan dan aduan pasangan. Jika perlu bertegas, bertegaslah. Pasangan andalah yang akan bersama dengan anda, membesarkan anak anda dan melayan anda hingga ke akhirnya. Hati mereka amat penting untuk dijaga.
Janganlah menjadi anak emak yang membutakan mata serta memekakkan telinga apabila ada ketidakadilan berlaku dari ibu-bapa sendiri terhadap pasangan. Pasangan perlu dibela, pasangan perlu dipujuk. Mereka amat tertekan. Nak marah tak boleh, nak menangis pun tidak dilayan. Jadilah suami atau isteri yang bertanggungjawab. Jangan biarkan anasir luar mempengaruhi kegembiraan hidup berkeluarga.
Hargai pasangan anda, itu pilihan hati anda. Jangan biarkan mereka menghadapi semua ini seorang diri. Berdiri di hadapan mereka. Bela mereka bila diperlukan, jangan biarkan pasangan dilukai sewenang-wenangnya.
Ini adalah situasi yang benar. Terlalu ramai menantu bukan pilihan yang sedang menderita. Bukalah mata dan lihat serta dengar sendiri. Jangan abaikan masalah ini.
Kepada mentua, insaflah. Berhenti merosakkan keluarga anak anda sendiri. Buang ego itu ke tepi, pilihan anak perlu dihormati selagi ianya tidak memudharatkan. Berhenti cuba mengawal semua benda. Janganlah memaksa anak dan menantu menjadi seperti yang anda mahukan dan menjadi keluarga yang sama seperti keluarga anda. Setiap manusia itu unik dan ada keperluan dan minat masing-masing. Biarlah anak dan pasangan mereka menentukan arah tuju keluarga mereka. Itu hak mereka sendiri, bukan anda.
Kepada menantu bukan pilihan, bersabarlah. Jangan berhenti berkongsi masalah ini dengan pasangan. Mereka patut tahu apa yang ibu atau bapa mereka sendiri sedang buat. Teruskan tabah, dan buatlah sebaik mungkin. Fokus kepada keluarga sendiiri, jangan biarkan orang yang tidak menyukai kita menentukan kebahagiaan rumah tangga kita.
Menantu perempuan dan ibu mentua, usahlah sama-sama ‘keras kepala’ dan ego. Ingatlah bahawa jika persengketaan itu terus menerus berlaku yang menjadi mangsa adalah seorang lelaki yang bergelar suami dan anak.
Adakalanya kita rasa seperti okay sahaja untuk mengambil wuduk selepas mandi dalam keadaan berkemban atau ketika bogel. Rasa hairan dan musykil jika sah wuduk yang kita ambil itu.
Hari ini sis kita akan ketahui mengenai hukum wuduk sekiranya kita tidak menutup aurat, sah ataupun tidak.
Fahami maksud wuduk itu dahulu
Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk.”
Secara ringkasnya wuduk ialah perbuatan mengalirkan air pada anggota-anggota badan yang tertentu. Mengikut segi syara’ pula, ia bermaksud membersihkan sesuatu bahagian tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu seperti membasuh muka, kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya dengan membasuh kedua belah kaki dangan syarat-syarat serta rukun yang tertentu.
Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (surah Al-Ma’idah, ayat 6)
Jadi sah atau tidak wuduk tidak menutup aurat?
Melalui pautan rasmi Pejabat Mufti Wilayah pernah membincangkan mengenai perkara ini. Sebenarnya, tiada tuntutan yang menyuruh untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk malah tidak ada juga dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.
Tetapi merujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (muka surat120), aspek mandi ada dinyatakan menutup aurat adalah satu perkara sunat.
Berlainan pula apabila menyentuh soal mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat.
Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Menurut mazhab Syafie, menjadi wajib kepada seseorang muslim untuk menutup aurat walaupun bersendirian dan ditempat tertutup. Pandangan ini disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Mahupun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat apabila berada ditempat tertutup dan bersendirian (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176).
Manakala, dibenarkan untuk tidak menutup aurat dengan syarat jika seseorang itu berniat untuk mandi atau menyejukkan badan ketika bersendirian (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Konklusinya:
Walaupun tidak perlu memakai pakaian sekalipun ketika wuduk itu sah, sis jangan lakukanya di tempat terbuka atau boleh dilihat oleh orang lain. Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik dan bagus jika dapat menutup aurat demi menjaga maruah dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.
Seronok melihat kebahagian keluarga besar pasangan ini Jozlyn dan Johan, dikurniakan 5 orang anak kesemuanya comel-comel berlaka. Ibu kepada Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq ini sentiasa berkongsi gelagat anak-anaknya di media sosial malah setiap entri penuh dengan kisah menarik sebuah rumahtangga.
Melalui satu posting di instagram @jozlynnhanania pasti ramai netizen tertanya-tanya apa tip Jozlyn menjaga anak-anak mesra selalu. Padu jawapan Jozlyn dan buat anda yang mempunyai anak ramai boleh amalkannya dari kecil lagi.
Ini antara tip padu Jozlyn menjaga anak mesra satu sama lain:
1. Ajar doa yang baik…
“Ajar dorg berdoa minta yg baik2.. dr kecil amalkan.. nnt akan dgr.. contoh dulu haziq kecik dia doa.. xnk gado dgn abg, adik kena hormat abg, abg jgn buli adik.. kita akan dgr kelakar.. tp tu permintaan dia pada Allah.. lama2 dia sebati dgn doa dia.. smp doa dia jadi lebih specific n matang.. ikut umur
“Semua dari kecik.. amalkan solat jemaah.. lepas solat ayah kena jalankan tanggungjwp bercerita ttg sirah hadith atau apa saja.. mungkin boleh buat ngaji sesama.. so ada aktiviti lepas solat.. bila dia tgk seronok pasti dia xnk tinggalkan solat.. jadikan solat, mengaji ni satu benda yg seronok utk dorg wajib amalkan.. ingat.. dlm mendidik kita perlu membimbing bukan mengarah..”
“Dari usia 2tahun bila dia dh start amik sejadah nak solat sendiri.. time dh abes je.. mesti akan panggil duduk atas riba.. bermanja dan ajar dorg doa minta apa yg dorg nak.. as a parent ke bimbing n didik bagaimana nak berdoa.. dan kenapa perlu berdoa.. dia akan set kt kepala.. slalu 3 tahun tu dorg dh mula pandai doa minta apa yg dorg nak.. contoh akan ada masok dlm doa dorg nak toy, nak kfc.. suh dorg doa kuat.. supaya kita tau apa dorg inginkan.. if let say dorg doa nak toy.. ada pasar mlm bwk g belanja.. bg tau dia.. tgk, u solat, u doa.. Allah bg rezeki kt papa n mama.. trus dpt belikan u toy.. jangan putus doa yg baik2.. as a gift utk dorg yg nak solat n doa.. kena explain ok
Bersama anak lelaki sulungnya Jozlyn kelas arafiah fokus pada surah-surah pendek. Masyallah indah sungguh keluarga ini. Kalau dilihat pada dasarnya pasangan ini sangat sempoi tetapi apabila mendidik keluarga alhamdulilah boleh dibanggakan.
Sebagai seorang gadis yang sedang meningkat dewasa pastinya kita mahukan seorang ibu yang akan sentiasa berdampingan dengan kita. Seseorang yang boleh dijadikan teman baik untuk berkongsi apa jua masalah. Tetapi lain pula halnya dengan gadis ini yang telah didiskriminasi oleh ibunya. Perkongsian melalui instagram pengacara dan host di TV3 Fedtri Yahya dari gadis ini mengundang pelbagai respon dari netizen. Masing-masing bersimpati dengan nasib gadis ini yang sanggup diperlakukan begitu oleh ibu kandungnya sendiri.
Menurutnya sudah lama dia memendam kisah ini seorang diri. Dibesarkan dalam keluarga yang baik-baik tetapi sifat pilih kasih antara ibu ayahnya membuatkan dia sedih.
Sekadar hiasan.
Pernah katanya ibu membuat makanan tetapi tidak diajak dia untuk makan, sebaliknya memaksa pada adik beradik lain. Malah ibunya juga turut memerhatikan dia makan bimbang terambil lebih. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaaanya apabila sedang makan dia dijeling ibunya sendiri.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah masak macam-macam makanan dan apabila mempelawa ibu makan, ibunya hanya jamah sedikit sahaja. Lain sekali layanan apabila adiknya yang masak, ibu akan merasanya kerana bimbang adik berkecil hati.
Pada waktu itu air mata yang ditahan jatuh jua akhirnya. Dia tertanya-tanya pada dirinya adakah hina jadi anak kerana dia tidak pandai belajar seperti adiknya. Malah dia juga sangggup tidak sambung belajar kerana memikirkan keadaan ibu dan ayah nanti bila berjauhan. Sakit demam tiada siapa mahu menjaga mereka.
Sebagai manusia biasa gadis ini cukup tertekan dengan situasi yang berlaku. Kemuncaknya ibu pernah menyuruh dia keluar rumah kerana satu kesalahan apabila dia cuba pertahankan apa yang dia rasa dan alami selama ini.
Sekadar hiasan.
Berbeza sekali dengan layanan kepada adiknya. ibu akan bercakap lembut walaupun berbuat salah semata-mata untuk menjaga hati.
Dalam mana itu netizen juga turut memberi pelbagai pandangan balas di ruangan komen. Ada antaranya yang tumpang bersedih membaca pengakuan gadis ini.
mama_mazni Sedih membace nye,semoga ank tersebut sabar dn semoga Allah beri.kn petunjuk dn hidayah kpd ibu
captainpurple88 Sy pernah tgk anak yg ditatang dan sgt disayang (siap suka bandingkan anak2 yg hidup sdrhana), anak itu yg masukkkan dia ke nursing home (rumah org2 tua). Itulah dunia. #sukarelawanrumahorgtua
@misslailaar Yang mengalami deskriminasi ibu saja yang tahu bagaimana perasaannya. Kita pun tak tahu mana silapnya. Sedih sangat bila kita diberi layanan sebegitu oleh ibu sendiri.
Sementara itu ada juga kalangan netizen yang menyuruh agar gadis ini memaafkan ibu bapanya atas kesilapan yang dilakukan. Dia turut diminta agar bersangka baik dengan mereka kerana walau apa pun dia tetap ibu kita.
@mazlitajasminAda… tapi cuba maafkan ibu kita.. mungkin kita boleh keep distance supaya kita leh senyum n layan dia sebaik2 seorang ibu.. ibu manusia biasa.. kita juga manusia yg ada hati.. jgn kecil hati.. saya juga bukan kesayangan ibu… kita buat apa yg terbaik semampu kita..
@schashahidan Bila kita mengharapkan penghargaan dari makhluk Allah pasti hati kita akan terluka. Kita akan rasa sedih,tp bila dari awal kita niat setiap apa yg kita lakukan kerana Allah,innsyaAllah hati akan tenang walaupun tiada pujian dan penghargaan dari maklum yg namanya manusia. Teruskan bersabar dan berbaktilah kerana Allah. Seburuk-buruk perangainya,dia tetap ibu yang perlu kita hormati. Semoga sis terus diberi ketabahan dan kekuatan dengan ujian Allah ini. Berlapang dadalah…ganjarannya sangat besar
Gadis ini juga dinasihatkan supaya berdoa agar segala urusan akan dipermudahkan kelak.
@shafikazairan La tahzan…innallaha ma’ana.. jgn sedih.. berlapang dada. Selalu doa..Allah sembuhkan luka di hati adik.. hati manusia Allah yg pegang. Doa dan doa..jgn putus asa ok.
@zahrah.rahman Berdoa la smoga hati ibu tu sedar yg anak2 semuanya anugerah dan amanah,ad lebih ad kurang masing2… Sedih plk baca ?
@nora2454 Jgn putus asa berdoa pada Allah di tgh mlm.. Hati manusia ni hny Allah yg blh ubah.. Jgn pernah abaikan ibu wlpun apa pun sebabnya
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...