Menjejak kaki ke tanah suci dan menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji menjadi impian setiap Muslim, apatah lagi bukan semua orang berpeluang meraih gelaran ‘dhuyufurrahman’ walaupun mempunyai kecukupan daripada segala segi.
Bagi jemaah yang menerima ‘seruan’ Allah SWT menunaikan rukun Islam kelima itu, pastinya mengimpikan haji mabrur. Namun peluang untuk menunaikan haji dalam usia yang masih muda merupakan impian ramai umat Islam.
Seorang hijabi yang dikenali sebagai Siti Aisya Jabaruddin, telah berkongsikan satu berita gembira di akaun Twitternya. Asya telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji untuk musim haji kali ini.
Ads
Lebih mengujakan, bukan Aisya sahaja yang menerima surat tawaran ini, malah adik beradiknya yang lain turut dipelawa untuk menunaikan ibadah haji pada masa yang sama.
Kongsi Aisya, ini semua ialah berkat dari kesungguhan ibu bapanya yang memohon, ketika mereka semua masih lagi berada di bangku sekolah.
Ads
Kejayaan Aisya dan adik beradiknya berpeluang menunaikan ibadah haji pada usia yang muda sangat dikagumi oleh pengguna Twitter yang lain. Ramai yang berharap mereka juga berpeluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia yang muda.
Ads
Para ibu bapa bolehlah mendaftar anak-anak dengan Tabung Hji supaya mereka juga berpeluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia yang masih muda. .
Sumber kredit: Twitter
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah tentu ramai yang inginkan syurga buat perhentian buat kehidupan yang abadi. Meski pun, hidup ini iman naik dan juga turun, tetap kita ingin ada singgahsana di syurga nanti.
Jadi terdapat amalan yang boleh kita ‘book‘ tempat di syurga, bahkan boleh di amalkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, ganjaran yang lumayan menanti suatu hari nanti buat anda.
Kita pasti telah dengar banyak kisah-kisah serta tauladan yang di nukilkan melalui hadis, sudah tentu kita sudah tahu Allah SWT telah menyebut nama-nama yang terjamin syurga buat mereka. Salah satunya sudah tentu Baginda Rasulullah SAW.
Ada juga individu-individu yang telah di nyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dan Rasullah SAW jaminan syurga buat mereka. Antaranya adalah empat khalifah utama dalam Islam yakni Saidina Abu Bakar, Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Ali dan Saidina Uthman. Malah selain dari itu, Talhah bin Ubaidillah yakni sahabat Nabi SAW yang telah tercedera teruk ketika perang Uhud juga tergolong dalam kalangan jaminan syurga.
Jangan anda khuatir, jaminan syurga bukanlah terhad hanya untuk nama-nama individu yang di sebut oleh Allah SWT serta Baginda SAW, malah anda juga boleh menempah nama di sana. Ada beberapa amalan yang telah di nyata dengan jelas untuk memberi anda peluan ‘book‘ tempat di syurga! Antaranya:
Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada dalam kebenaran. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.” [(HR Abu Daud No: 4800) Status Hadis Hasan]
Apa yang di maksudkan adalah kebanyakan orang yang berdebat ini ingin mempertahankan dirinya di pihak yang benar. Manakala, bagi kata yang mengata pula kadang-kala berselindung di sebalik alasan yang banyak. Jadi hal begitu, ketiga amalan yang di sebut jelas tampak ringkas, tetapi memerlukan keteguhan diri dan juga iman.
Ibnu Abbas RA.anhuma pernah berkata:
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (HR Tirmidzi – 1840)
Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak yatim adalah salah satu golongan yang harus kita lindungi, jaga, dan mengasihani mereka kerana tiada lagi tempat bergantung untuk mereka. Ibu dan bapa sudah tiada, jadi sebagai orang sekeliling, kita harus bantu pelihara mereka.
Pernah di nyatakan secara jelas jaminan ini melalui satu hadis yang panjang berkenaan golongan yang akan memasuki syurga tanpa di hisab. Potongan hadis tersebut seprti yang di nyatakan di bawah:
“…Baginda keluar dari rumahnya dan bersabda : Orang yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah mereka yang tidak meminta jampi, tidak menilik nasib, tidak mencederakan dirinya dan sentiasa bertawakal kepada Tuhan.” [Riwayat Al-Bukhari (6472)]
Melihat potongan hadis itu, siapa sahaja tidak mahu jika boleh poton queue untuk ke syurga! Allah SWT maha mengetahui dan mengasihani, semua perkara-perkara yang di nyatakan di atas telah menjadi satu cabaran hebat buat umat manusia dalam keadaan hidup yang penuh pancaroba.
Tiada guna jika menggunakan jin, jampi, dan juga tangkal untuk berjaya. Kesusahan yang kita lalui pasti akan mendatangkan hasil. Allah SWT juga gemar akan mereka yang bersusah payah untuk mendapatkan ganjaran. Usaha dan teruskan usaha dalam membuat amal ibadah supaya dapat di berkati Allah WT.
Memasuki taman syurga Raudhah memang menjadi impian semua muslim ketika mengerjakan umrah. Nikmatnya memasuki taman itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan sahaja yang memahami perasaan itu. Sebak,terharu. Segala perasaan itu bercampur-baur.
Namun, adakalanya hajat itu tidak kesampaian. Seperti yang dikongsikan oleh pelawak popular iaitu Ajak Shiro, isterinya Afifah Amin begitu sedih sekali apabila tidak dapat memasuki Raudhah kerana didatangi haid.
Pagi ni Baba nak pergi sembahyang subuh..Sekali nampak Ibu menangis..Rupanya malam tadi dia usaha dapatkan Raudhah..Dari sebelum Maghrib dia pergi sampailah jam 1 pagi..Tapi xdapat..Bila dia nak cuba pagi ni, penyakit perempuan pulak datang..Ini kali ke dua ibu dekat Madinah tapi rezekinya tertulis begini.Xpe syg..Insyaallah..Raudhah ialah syurga dunia..Awak menangis teresak2 xdapat masuk..Baba doakan Allah berikan Syurga sebenar untuk ibu nanti..Insyaallah.. Ibu pohon rezeki dengan Allah..Ada rezeki, Baba janji, Baba akan bawa ibu kesini lagi..Amin..
. @afifahamin . #insyaalah#mywife#pipah#love#insyaalah
InsyaAllah, walaupun tiada rezeki untuk memasukinya, tapi Tuhan tahu segala yang terbuku di hati itu. Moga urusan Ajak sekeluarga di sana dipermudahkan dan diluaskan rezekinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebahagiaan adalah dambaan setiap insan. Salah satu cara untuk mencapai ini adalah untuk mewujudkan keadaan fikiran yang tenang dan tenang. Allah SWT berfirman dalam (QS. Asy-Syu’ara: 87-89)
“Janganlah kamu merendahkan diriku pada hari kebangkitan mereka. (Iaitu) pada hari harta dan anak-anak tidak berguna lagi”.Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”
Selain itu, hati yang bersih juga merupakan sarana untuk mencapai ketenangan dan keterbukaan hati. Kemudian anda perlu mendapatkan kunci untuk mendapatkan ketenangan fikiran.
Seperti yang kita ketahui, ketaatan kepada Allah adalah salah satu sifat orang yang beriman dan bertaqwa. Sedangkan orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah sangat disayangi.
Apa sahaja keinginan dan keinginan anda, kami akan dipenuhi. Apa sahaja masalah yang anda hadapi, anda akan ditawarkan jalan keluar. Malah dia akan melimpah dengan makanan dengan cara yang tidak dijangka. Hatinya akan sentiasa terbuka dalam apa jua keadaan. Sama seperti firman Tuhan tentang jaminannya untuk orang yang bertaqwa.
Artinya: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya dan menganugerahkan kepadanya rezeki dari arah yang tidak dia duga.” (QS. Ath-Thalaq: 2-3).
Itulah janji Allah bagi siapa pun hamba-Nya yang bertakwa kepada-Nya.
Dalam pengertian yang lebih luas, kategori zikir di sini termasuk zikir, di samping zikir dengan nama dan sifatnya, yang membangkitkan kekuatannya, penciptaannya dan peraturannya, ancamannya dan tanda-tanda kebesarannya.
Zikir zikir kepada Allah bukan sahaja menjadi alasan untuk hilang ketenangan jiwa, tetapi juga sebagai alasan untuk berjaga-jaga daripada melanggar larangan-Nya.
Bayangkan jika kita ingin menderhaka kepada Allah dan kemudian segera mengingati Allah, nescaya kita akan menekan keinginan itu. Sebabnya ialah kita takut dengan azab dan ancamannya.
Maksudnya, betapa baik dan benarnya hati kita harus sentiasa mengingati Allah.Setiap masa dan di mana-mana. Baik berzikir dengan mulut, dengan hati atau dengan keduanya.
Berkenaan jaminan Allah bagi orang yang sentiasa mengingati Allah, berikut dinyatakan dalam Al-Quran:
Artinya: “Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati akan selalu tentram,” (QS. Ar-Ra’d: 28).
Oleh itu, kebaikan yang disebarkan akan kembali kepada diri sendiri, dan akan memberi laluan kepada kesusahan orang lain. Kesusahan kita pasti akan dibukakan oleh Allah SWT pada hari kiamat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.