Neelofa terus melakar nama dalam dunia fesyen melalui kolabrasi pelbagai jenama antarabangsa. Ternyata gaya hijabnya melirik deria pandang global untuk menjadikan selebriti ini sebagai ikon fesyen hijab terus unggul hingga ke saat ini.
Selain menjadi selebriti pertama Malaysia yang menerima undangan menonton acara pertunjukan fesyen Versace di Milan, Itali bersempena Minggu Fesyen Milan, Neelofa turut melahirkan rasa teruja kerana turut menerima undangan bagi acara pertunjukan fesyen Bottega Veneta.
Memilih siluet yang agak ringkas, Neelofa menggayakan persalinan monokrom dengan padanan akhir tas tangan berona krim dengan solekan tanpa mekap (no make-up look).
Ads
“Agak gementar untuk menggayakan stail berkenaan. Tetapi saya yakinkan diri. Alhamdulillah, respons sangat positif daripada PR team Bottega dan orang ramai,” katanya.
Tambah Neelofa, topi sama warna yang dipakai ketika menghadiri acara tersebut merupakan hasil kreativiti jurugayanya, Colin Sim yang mereka sendiri item berkenaan.
Sebagai Ikon Fesyen Berhijab Pelbagai Jenama
Bermula dari hari pertama menghadiri pentas fesyen bersama jenama-jenama terkenal, jom melirik gaya fesyen dan hija yang digayakan Neelofa.
Permintaan internasional akan produk kecantikan dari Korea meningkat secara signifikan sehingga menjadikan Korea Selatan sebagai salah satu pasar besar internasional untuk si hijabi beauty junkies. Bukan itu sahaja malah makanan negara itu juga menjadi ikut-ikutan di serata dunia.
Sebuah penelitian di Korea membuktikan bahawa jika seorang mengikuti pola makan orang Korea selama 10 minggu maka masalah jerawat akan turun sebanyak 27 persen. Selain itu, sebanyak 25 persen kadar minyak pada rambut dan kulit akan menurun, ditambah lagi dengan menurunnya proses peradangan tubuh antara 40 hingga 50 persen.
Semak rahsia kecantikan dari negara yang saat ini sedang menjadi pusat perhatian seluruh dunia kerana kecantikan warganya. Berikut beberapa makanan yang menjadi pengambilan warga Korea yang membuat mereka terlihat mempesonakan.
Sup yang dikenal sebagai sup ulang tahun ini secara tradisi adalah makanan pertama yang disajikan untuk para ibu di Korea pasca melahirkan. Sup berisi rumput laut cokelat yang dimasak dalam sup daging atau seafood ini kaya akan iodin yang meredakan pembengkakan, kandungan kalsium tinggi untuk tulang, omega, dan vitamin B1 juga B3 yang baik untuk kesihatan.
MENGAPA BAIK UNTUK KECANTIKAN DAN KESiHATAN TUBUH?
Penelitian menunjukkan bahawa sup rumput laut secara teratur dapat menjaga tubuh dari kerosakan kulit dari pancaran sinar matahari.
Berbeza dengan pir yang biasa kita makan, Bae atau Pir Korea ini kerap disebut sebagai apple pear kerana bentuknya yang bulat, besar, renyah, manis dengan daging berwarna putih dan kulit kuning kecokelatan. Buah yang boleh langsung dimakan tanpa dikupas ini memiliki kandungan vitamin K, C, dengan kandungan serat yang tinggi.
MENGAPA BAIK UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN TUBUH?
Konsumsi buah ini juga membantu proses pencernaan, kesihatan mata, kesihatan hati, menurunkan kolesterol dan mengurangi berat badan.
Di Korea Selatan, kedelai banyak dikonsumsi setelah melalui proses penapaian. Gochujang (sos cabai), Doenjang (saus kedelai berwarna cokelat kekuningan), Chunjang (sos kacang hitam), Ganjang (kicap) adalah aneka sos yang diciptakan melalui proses penapaian pada kedelai.
MENGAPA BAIK UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN TUBUH?
Kedelai yang rendah kalori dan memiliki serat tinggi sudah terbukti menekan timbulnya kolesterol jahat yang dapat mendatangkan penyakit jantung. Selain itu ternyata kedelai juga kaya akan vitamin E yang mengandung antioksidan.
Kimchi dibuat dengan cara mencampurkan garam, jahe, gula, bawang, cabai, dan sayur pilihan untuk kemudian ditapai. Proses penapaian secara tradisional dilakukan dengan cara memasukkan adunan di atas ke dalam pot tanah liat dan menanamnya di bawah tanah. Namun masyarakat moden saat ini, peti sejuk kimchi sudah dibuat untuk melakukan proses yang sama.
MENGAPA BAIK UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN TUBUH?
Proses penapaian kimchi menimbulkan bakteria lactobacillus yang baik untuk pencernaan dan kesihatan kulit. Dengan mengkonsumsi kimchi, gangguan jerawat akan hilang dengan cepat. Selain itu, kandungan bawang putih dalam kimchi juga menjadikan makanan ini sebagai suplemen anti penuaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gempar minggu lepas apabila seorang pelajar sebuah kolej mati dibunuh oleh seorang lelaki yang dikatakan bekas teman lelakinya. Berita ini mengundang simpati netizen apatah lagi ia berlaku di bulan penuh mulia. Walaupun maut itu tidak kira bulan masa atau hari, tetapi jika kita lebih berhat-hati mungkin kejadian ini tidak akan berlaku.
Bagi hijabi di luar sana, perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kadang-kadang kita lupa tetapi ingatan boleh mengelakkan kemalangan sebegini berlaku.
Perkongsian dari seorang lelaki, Redzuan Abd Manaf di laman sosial facebook ini yang boleh hijabi jadikan panduan sepanjang bergaul dengan orang sekeliling.
Walaupun lelaki tidak bermakna tegurannya tidak boleh diterima pakai. Malah mereka ini sebenarnya lebih mengetahui segalanya berbanding perempuan.
Girls.
Hati-hati bila memilih kawan atau teman lelaki.
Tolonglah dengar nasihat paksu yang satu ni. Even paksu dah pesan banyak kali. Paksu dah tulis coretan panjang macam esok nak mati. Paksu membebel macam pondan bedah gigi. Tapi tetap jugak tak ada orang ambil peduli.
Dik.
Paksu lelaki. Even “kejantanan” paksu masih belum teruji. Even paksu x pernah bercinta beruk pun sebelum ni, tapi paksu tahu apa yang mampu dibuat oleh seorang lelaki. Apa yang ada dalam otak pemikiran kami ni. Paksu tahu bila emosi dan amarah menguasai diri. Paksu pernah rasa nak bunuh jer nyamuk yang hisap darah paksu ni sebab ditolak cinta oleh minah yang paksu gilai. Tapi dik, tolonglah sayang dan hargai diri sendiri.
Tolonglah fikirkan sikit mak ayah dan family yang menyayangi. time muda ni. Semua ni hanya mimpi ngeri!!! Mimpi ngeri??? Reti??? Lelaki yang sayangkan seorang perempuan takkan sanggup buat kerja terkutuk dan sekeji ni samentelah sampai biarkan orang tu mati!!! Allahurabbi!!! Binatang jenis apakah ini…..paksu sendiri pun tak pasti.
Maafkan paksu dik sebab terlebih emosi. Tapi paksu terpaksa dan terpanggil untuk menulis lagi. Menulis untuk semua orang yang paksu sayangi. Pakcik, makcik, kakak, abang, adik, saudara, saudari…..tolonglah pantau anak-anak yang kita kasihi. Tolonglah tegas sikit demi masa depan mereka di belakang hari. Tolonglah ada sedikit sifat prasangka dalam diri.
Cek whatsapp story, wechat status, facebook posting dan gambar-gambar anak di ig sebab budak-budak zaman laniii lebih advance dan berani dalam serba serbi. Lebih baik kita hilang rasa hormat dari seorang anak dari tengok anak sendiri mati. Paksu sedih, sedih sangat dengan apa yang terjadi. Even adik ni paksu tak pernah kenal pun sebelum ni.
Salam takziah dan alfatihah dari paksu untuk adik yang meninggal dibunuh dan buat seluruh keluarga yang bersedih hati. Paksu doakan adik damai disisi Ilahi. Dan paksu jugak doakan pembunuh adik sempat bertaubat dan insaf kembali. Moga kita semua belajar dan ambil iktibar dari tragedi sedih ni. Allahurabbi!!!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kulit breakout kebiasaannya hadir tanpa diduga. Pasti sedih rasanya bila jadi begitu dan hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jangan risau sis! Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Penulis juga pernah mengalami perkara yang sama dan pastinya kebanyakan daripada kita juga tak terlepas dengan masalah sebegini bukan?
Bagi membaik pulih wajah, mungkin hijabi boleh jadikan thread yang disediakan oleh @sophiazakaria_ ini di twitter sebagai panduan. Ini kerana dia telah berjaya mengatasi masalah kulit breakout yang dialaminya setelah 7 tahun berusaha.
Reapply makeup selepas wuduk dengan mudah menggunakan 7 langkah praktikal untuk memastikan wajah kekal segar, natural dan berseri sepanjang hari tanpa perlu bersolek semula dari awal.