Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sentiasa menjadi penghalang untuk kita khususnya kaum wanita tampil yakin dengan kecantikan diri sendiri. Bukan sahaja jerawat, malah parut jerawat juga dilihat sebagai ‘perosak’ untuk keseluruhan gaya kita. Stres, bukan?

Pasti ramai yang buntu untuk mencari solusi terbaik merawat masalah parut jerawat, apatah lagi jenis parut yang dalam lubangnya disebabkan jerawat batu. Jika ingin menggunakan kaedah klinikal, ia mungkin menelan kos yang tinggi dan jumlah yang banyak. 

Tidak mengapa! Kali ini team Hijabista kongsikan rahsia petua untuk hilangkan parut jerawat cara tradisional. Lebih jimat kos dan tak perlu pening kepala! Selamat mencuba!

1. KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK

Malunya Ada Parut Jerawat! Guna Sahaja Bahan Semua Jadi Yang Murah Ini, Mesti Kulit Lebih Licin Dan Parut Semakin Pudar!
Sumber gambar: Kepoh Tak?

Kombinasi kulit kayu manis dan bedak sejuk adalah gabungan yang terbaik untuk mengurangkan parut jerawat kerana sumber zat yang ada pada kayu manis serta fungsi ‘cooling’ pada bedak sejuk mampu merehatkan kulit muka. 

Caranya: Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

Malunya Ada Parut Jerawat! Guna Sahaja Bahan Semua Jadi Yang Murah Ini, Mesti Kulit Lebih Licin Dan Parut Semakin Pudar!
Sumber gamabr: EMediHealth

Ramai yang tahu mengenai kebaikan lidah buaya terhadap dalam aspek kecantikan. Lidah buaya memang terkenal dengan fungsinya yang boleh menyembuhkan jerawat batu, mengurangkan kemerahan di muka dan juga melembutkan kulit wajah. Bukan itu sahaja, malah ia juga berfungsi untuk merawat parut jerawat dengan lebih efektif! Kaedah ini lebih semulajadi tetapi susah sedikit kerana tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. 

Caranya: Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. GUNA ASAM JAWA

Malunya Ada Parut Jerawat! Guna Sahaja Bahan Semua Jadi Yang Murah Ini, Mesti Kulit Lebih Licin Dan Parut Semakin Pudar!
Sumber gambar: Lifestyle Okezone

Ha! Asam jawa bukan untuk dijadikan sebagai bahan penyedap makanan saja tau! Malah ia juga bagus untuk kecantikan wajah! Terutamanya untuk parut jerawat! 

Caranya: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. GUNA MADU

Madu! Siapa yang tidak tahu dengan kebaikan madu? Sama ada untuk dalaman dan luaran tubuh badan, madu sangat berguna untuk memberi kebaikan kepada kita. Kali ini, kita gunakan madu untuk mengubati masalah parut jerawat. 

Caranya: Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. GUNA TIMUN

Malunya Ada Parut Jerawat! Guna Sahaja Bahan Semua Jadi Yang Murah Ini, Mesti Kulit Lebih Licin Dan Parut Semakin Pudar!
Sumber gambar: Style Caster

Bukan hanya untuk menghilangkan kawasan gelap bawah mata, namun timun mampu untuk mengurangkan parut jerawat tau! 

Caranya: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. GUNA DAUN SIRIH MUDA

Malunya Ada Parut Jerawat! Guna Sahaja Bahan Semua Jadi Yang Murah Ini, Mesti Kulit Lebih Licin Dan Parut Semakin Pudar!
Sumber gambar: Suara.com

Daun sirih muda mungkin jarangkali kita dengar untuk aspek kecantikan kan? Jangan risau, sebenarnya daun sirih muda ini banyak kelebihannya, lebih-lebih lagi untuk masalah jerawat dan juga parut jerawat!

Caranya: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI