Umum sedia maklum, sebelum melangkah ke fasa alam rumah tangga, selalunya akan diadakan satu majlis merisik dan betunang.

Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk berkenalan antara satu sama lain sekaligus berbincang soal persiapan majlis perkahwinan seperti tarikh majlis akad nikah, majlis resepsi, nilai belanja hantaran dan majlis bertandang sebelah mempelai lelaki.

Kebanyakkan wanita zaman ini mendambakan majlis pertunangan yang gilang gemilang dan gah dengan pelamin untuk menyarung cincin dengan berbusana mewah serta solekan yang selayaknya untuk meraikan hari bahagia itu, namun tidak bagi hijabi yang seorang ini.

Tiada Pelamin Gah, Gadis Ini ‘Sempoi’ Bertunang Di Restoran

Baru-baru ini tular kisah pertunangan seorang hijabi yang dilakukan dengan begitu ‘sempoi’ dan bersederhana di sebuah restoran, hingga berjaya membuka mata ramai pihak.

Lebih menarik lagi, majlis pertunangan hijabi ini hanya dihadiri oleh dua buah keluarga dan seorang pakcik dan makcik belah perempuan sebagai pelengkap majlis pertunangan itu.

Artikel berkaitan: Ikat Tali Pertunangan, Wanita OKU Bersyukur Akhirnya Bertemu Jodoh

IKLAN

“Majlis bertunang yang dihadiri oleh keluarga saya dan keluarga suami je. Suka gila hari tunang macam ni, rasa macam pergi shopping je.”

“Rumah tak payah kemas. Makan orang masak dan hidang. Tinggal order je nak apa.

“Kalau malas dan tak nak spend banyak untuk bertunang, saya rekomen dapatkan private room di Restoran Serai KL East Mall, Kuala Lumpur ni,” jelas hijabi ini menerusi rantaian ciapan miliknya ketika berkongsikan pengalaman bertunang di restoran kepada umum.

Malah, majlis tunang yang serba sederhana ini hanya menelan belanja yang cukup berbaloi dan boleh dikategorikan sebagai murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan bagi melaksanakan majlis pertunangan di rumah dengan pelamin yang gah berserta dulang-dulang hantaran mewah.

IKLAN

“Kos perbelanjaan bagi majlis pertunangan saya amat berbaloi dengan makanan yang sedap dan mewah serta suasana yang mendamaikan!

“Ia hanya menelan kos sebanyak RM1282.40 sahaja untuk 12 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak,” dedahnya.

Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya meluahkah rasa kagum terhadap cara wanita ini melaksanakan majlis pertunangan serba ringkas.

IKLAN

Selain ia dilihat amat bermanfaat kerana bakal menjimatkan kos dan wang yang lebih layak digunakan ketika majlis pernikahan dan persandingan kelak.

Untuk rekod, hijabi ini hanya menerima sebentuk cincin pada hari pertunangan tersebut yang menjadi tanda pengikat sebelum menuju ke fasa halal sebagai pasangan suami isteri.

Sumber: Twitter @nabsaurus

Artikel berkaitan: Zarina Anjoulie Kini Tunangan Elzey, Tolak Dakwaan Nikah Secara Senyap

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI